Versi kemas kini (Versi yang diterbitkan dalam bentuk buku hardcopy): Volum 1: KATABAKU. Klik SINI. Volum 2: TULAH. Klik SINI. |
+ – x ÷
ANTOLOGI CERPEN GAKSA 2019
Penyelenggara
Irwan Abu Bakar
Penerbit:
+ – x ÷
ANTOLOGI CERPEN GAKSA 2019
© Gaksa Enterprise, 2019
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara-cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripa Gaksa Enerprise. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.
ISBN: (Sedang dipohon)
Penerbit: Gaksa Enterprise
Penyelenggara: Irwan Abu Bakar
Penulis: Ahli grup WhatsApp “E-sastera Vaganza ASEAN”
Cover:
Penyusun:
KANDUNGAN
ALU-ALUAN PENERBIT
KATA PENGANTAR
SENARAI PENULIS DAN JUDUL CERPPEN
CERPEN
BERKENALAN DENGAN PENULIS
ALU-ALUAN PENERBIT
(Sedang disediakan)
KATA PENGANTAR
(Sedang disediakan)
SENARAI PENULIS DAN JUDUL CERPPEN
ADYRA AZ-ZAHRA
1. Kejora Menyinar Harapan
AHKARIM
2. Sebuah Kitab
3. Pak Sajan Bunuh Belon
ANIE DIN
4. Yang Tak Sanggup Dan Sanggup
EKHWAN RUSLI
5. P3GUN
EM. SASTROATMODJO
6. Perempuan-perempuan Di Perpustakaan
IRWAN ABU BAKAR
7. + – x ÷
8. Nangis
9. Dompet
10. Pinang
JaBiT ABDUL AZIZ
11. ai.b.
12. Pe.su.k.
MASLINA NGADIMAN
13. Petualang Ali Dan Alfred Wallace Di Kepulauan Aru 1857
MASRADEN MD
14. Guruh Di Langit
MRT NORDIN
15. Madu Dan Sepah
M.S. RINDU
16. Malam Penentuan
MUKTI JAYARAKSA
17. Kroto Dan Anak Bangsa
18. Kekuwung
19. Taman Sang Kyai
PARIDAH ISHAK
20. Seluang Melaut
PUTRAERY USSIN
21. Riwayat Pendosa
22. Suatu Petang Di Bazar Makanan
ROSNIDAR AIN
23. Patos
SRIWATI LABOT
24. Nurniskala
SUJATA WEE
25. Gulai Siput Daun Kaduk
26. Cendolnya Tumpah
SUZANA JUMADIL
27. Mustajabnya Lidah Di Multazam
CERPEN
1
KEJORA MENYINAR HARAPAN
Oleh: Adyra Az-Zahra
SALIM masih terpaku di kerusi empuknya. Mejanya masih lagi kosong daripada fail-fail dan surat-surat yang hendak disemak dan ditandatangani.
Dia sesekali melihat jam tangan yang terikat kemas di pergelangan tangan kiri. Baru jam 9.00 pagi. Masih awal lagi, kata hatinya. Jari-jarinya mengetuk-ngetuk muka meja yang beralaskan cermin tebal. Fikirannya melayang entah ke mana. Dia tidak bersemangat untuk bekerja pada pagi itu. Matanya kemudian melirik ke arah pokok bunga plastik yang terhias di dalam pasu bunga di sudut mejanya.
”Dira, lihat sana.” Salim memuncungkan mulutnya menunjukkan ke satu arah yang tidak jauh dari tempat dia dan Adira sedang bersenda di taman perkasihan rindu.
Adira melemparkan pandangannya ke arah yang ditunjukkan oleh Salim. Adira senyum apabila terpandang dua insan, lelaki dan perempuan, sedang tenggelam dalam lautan percintaan dan tidak menghiraukan lagi alam sekeliling.
Sebentar kemudian, Adira memalingkan mukanya memandang Salim. Salim hadiahkan sebuah senyuman. Bibir Adira bergerak-gerak seolah-olah hendak mengatakan sesuatu tetapi, belum sempat lagi, sudah menjadi mangsa bibir Salim. Mereka juga turut sama menikmati apa yang sedang dinikmati oleh pasangan yang baru mereka lihat sebentar tadi.
Telah banyak yang menjadi saksi kepada pertemuan dua kekasih yang tidak berenggang walau sepicing pun. Air di tasik berkocak riang dengan madah-madah yang terluah dari celah-celah barisan gigi dan meletus keluar melalui bibir yang gersang dengan kalimat cinta. Angin yang datang menemani pertemuan mereka pun turut sama bersenda riang. Seolah-olah terlalu gembira dengan kehadiran orang-orang seperti Salim dan Adira di situ. Alam menjadi saksi pada pertemuan begini.
Tidak dapat dinafikan bahawa cinta menjadikan segala-galanya indah. Tidak ada satu perkataan yang menggambarkan ketidakindahan. Ia meninggalkan 1,001 kenangan manis pada insan-insan yang dipeluk erat oleh kasih sayang.
Pada percintaan ini, setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut-mulut yang menjanjikan 1,001 janji menjadi lebih bermakna. Dan setiap kata yang diucapkan tidak akan menimbulkan rasa senang hati, tidak ada yang buruk dan hodoh, walaupun kenyataannya tetap buruk. Semuanya terasa indah dan bahagia.
“Bang,” Adira bersuara manja sebaik-baik saja Salim rnerenggangkan bibirnya. Dia kelelahan bagaikan seorang pelari yang baru tamat dalam suatu pertandingan. Dia melekapkan kepalanya ke dada Salim.
”Sampai bila kita harus begini?” Adira mendongakkan kepalanya dan merenung mata Salim dengan sebuah pandangan mendamba simpati. “Dira tidak sanggup begini selama lamanya,” ujarnya lagi.
”Sabarlah, Dira. Apabila tiba masanya, Dira akan abang lamar. Lagi pun sekarang abang belum bersedia untuk berumah tangga. Masih banyak yang perlu abang pelajari.”
Malam yang makin menuju ke fajar mula sunyi. Sudah hampir jam 1.00 pagi. Namun di situ masih ramai lagi pasangan yang tidak mahu berganjak dari tempat duduk mereka. Kalau boleh, mereka mahu biarlah diri mereka terusan begitu. Tetapi akhirnya Salim dan Adira terpaksa juga mengundur diri dari situ kerana besok pagi mereka ada tugas yang menanti.
“Tok…! Tok…!”
Pintu bilik Salim diketuk dari luar.
”Masuk.” Salim memberi jawaban kepada ketukan itu.
“Selamat pagi, Encik Salim. Ini ada satu fail dan satu memo.” Kerani Salim menghulurkan bahan yang dibawanya kepada Salim dan berlalu dari situ. Sebelum dia melangkah keluar dari situ, dia terhenti. “Oh… ya. Bos nak jumpa Encik Salim sekarang juga. Katanya, mustahak,” jelas kerani itu, yang suka bersolek tidak kira waktu.
“Terima kasih,” kata Salim separuh berbisik. Dia senyum memandang lenggok keraninya itu.
Setelah selesai berurusan dengan ketuanya, Salim kembali semula ke biliknya. Dia duduk semula di atas kerusi empuknya. Tangannya membelek-belek fail yang terletak atas meja. Pada saat itu, matanya tertumpu ke atas dada kertas di fail itu, tetapi fikirannya tidak tahu di mana sekarang.
“Hai!” Salim menyapa seorang gadis berkebaya batik di suatu petang ketika sedang menanti kedatangan bas yang hendak dinaikinya.
Si gadis, yang masih belum dikenali namanya oleh Salim, menoleh secara mengejut. Salim menghadiahkan sekuntum senyuman untuk si gadis itu tetapi malang buat Salim kerana senyumannya tidak berbalas.
“Tunggu bas?” Salim tidak berputus asa. Dirinya dirapatkan ke tempat si gadis yang cuba dipikatnya. Si gadis masih membisu seribu bahasa. Tidak mahu melayani kerenah Salim.
“Janganlah sombong,” Salim terus memujuk.
Salim senyum tawar. Direnungnya wajah gadis yang kini di sebelahnya. “Baru balik dari kerja?” tanya Salim dengan ketawa kecil.
“Habis…! Nak pergi makan angin?” Si gadis berbaju batik menjawab dengan ketawa kecil kerana terasa geli hati dengan pertanyaan Salim.
”Tak penat ke berdiri?” tanya Salim lagi.
Si gadis memalingkan mukanya ke arah belakang. “Tak nampak tu…” mulutnya menunjukkan ke tempat perhentian bas yang penuh dengan orang ramai sedang menanti bas.
Adira jarang sekali dapat duduk di tempat menanti kerana dia sering keluar lambat dari pejabat. Dia tidak mahu berebut-rebut. Tetapi begitu juga keadaannya.
Salim ketawa lucu. Dia rasakan dirinya diperbodohkan oleh kesilapan yang dilakukannya sendiri. Adira senyum sinis.
Salim tidak mahu mengaku kalah. Dia mencuba juga hendak memikat hati Adira. Sikapnya mula berubah apabila dia bekerja. Berbeza sekali semasa dia di universiti dahulu. Fikiran dan dirinya terikat dengan peraturan seorang pelajar. Tetapi sekarang tidak lagi demikian. Dia rasakan dunia luar ini terlalu luas sehingga dia lupa pada alam sekeliling. Dunia ini bagaikan miliknya seorang sahaja.
”Boleh saya tahu nama… cik?” Pandangan Salim tertancap ke muka Adira. Senyum.
Adira mengalihkan pandangannya ke arah lain. “Panggil saja, tak ada nama.” Adira mula menunjukkan sikap mesra. Namun dia masih kedekut dengan senyuman.
“Janganlah macam tu…” Salim memuncungkan mulut. “Nama saya Salim.”
Adira mendiamkan dirinya. Dia tidak mahu melayan Salim lebih-lebih. Dia takut melarat pula ke lain cerita. Manalah tahu. Itulah yang paling ditakuti oleh Adira untuk berkenalan dengan sebarang lelaki yang belum dikenali budi pekertinya. Untuk itu dia perlu berjaga-jaga sebelum terkena.
“Alaaa, sombongnya dia. Tak kan nak tahu nama pun tak boleh,” Salim bagaikan merungut pada dirinya sendiri. Dia rasa sebal dengan sikap Adira yang tidak mahu memperkenalkan nama. Tapi Salim bukannya tahu malu dan tahu erti kalah. Dia akan mencuba sehingga berjaya.
“Untuk apa encik Salim hendak tahu nama saya?” tanya Adira dengan suara yang lembut kerana dia malu kalau didengar oleh orang-orang di sebelahnya. Tetapi amat jarang penghuni kota yang hendak ambil tahu hal orang lain. Buat pekak telinga lagi baik.
“Yalah. Kalau terjumpa di mana-mana senanglah saya memanggilnya. Tidaklah main hoi saja. Betul tak?” usik Salim dengan senyum.
“Baiklah. Kalau encik Salim nak tahu juga, boleh. Tapi dengan syarat…” Adira menjeling. Dia mahu lihat reaksi anak muda di sebelahnya.
“Janganlah berencik-encik pula dengan saya. Kan lebih senang panggil Lim saja,” sampuk Salim dalam nada bergurau.
“Macam nama Cina pula,” Adira ketawa geli hati. Salim turut sama ketawa. Tetapi ketawa mereka sekadar didengar oleh mereka berdua saja kerana di situ sudah ramai yang dapat menaiki bas masing-masing.
Akhirnya, bas yang menuju ke destinasi Adira sampai. Adira memboloskan dirinya bersama dengan penumpang-penumpang yang berasak-asak, termasuklah Salim.
Sebenarnya Salim sengaja menaiki bas itu kerana dia hendak meneruskan hajatnya agar dia dapat juga berkenalan dengan Adira. Walhal dia memang mempunyai kereta tetapi sengaja dia tinggalkan di rumahnya. Hanya dengan cara begitu saja dia dapat memikat dan menggoda setiap gadis yang diminatinya. Dan Adira tidak tahu yang Salim bukanlah tinggal di tempat yang sama dengannya.
Sejak pertemuan pada petang itu, Salim selalu saja menunggu di perhentian bas yang Adira sentiasa menunggu di situ. Dia tetap setia dengan janjinya akan pulang bersama-sama dengan Adira yang baru dikenalinya.
Dan, dari hari itu, bibit-bibit kemesraan terjalin antara Salim dengan Adira. Salim pegawai muda di sebuah Kementerian di kota raya memang disukai dan disenangi oleh kawan-kawannya kerana sikapnya yang boleh bertolak ansur dalam semua hal.
Semasa Salim di universiti, dia telah ditunangkan dengan seorang gadis yang sama-sama menuntut dengannya. Dan gadis itu juga sama-sama berasal dari kampungnya. Pertunangannya adalah atas kemahuan kedua-dua orang tuanya. Dia terpaksa menurut kehendak orang tuanya kerana dia tidak mahu mengecilkan hati ibu bapanya yang telah banyak berjasa kepada kehidupannya.
Pada mulanya dia tidak begitu menyayangi tunangnya, tapi lama kelamaan rasa kasih dan sayang berputik juga di hatinya. Dan sampai sekarang pun dia tetap mencintai tunangnya itu. Salbiah seorang wanita yang periang dan pandai menjaga hati bakal mertua.
Hari bertukar minggu dan minggu bertukar bulan. Silih berganti bagaikan berlumba-lumba merebut tempat di alam nyata ini. Dan esoknya siang datang lagi mengisi warna-warna kehidupan yang tercatat di kanvas diri masing-masing. Biasanya hari-hari begitu tidak jemu jemu mengunjungi makhluk di mayapada ini.
Rasanya terlalu pantas masa bergerak. Putaran jarum jam begitu laju. Dari saat menjadi minit. Dari minit menjadi jam, dan seterusnya terkumpul menjadi hari. Dan hari-hari terus juga berlalu tanpa menghiraukan sesiapa lagi.
”Bang…” Manja suara Salbiah.
”Hmmm…”
”Tamat nanti kita langsungkan perkahwinan kita ni secepat yang mungkin ya,” wajah Salbiah benar benar mengharap.
“Tunggulah dulu. Kalau abang tak ada kerja, bagaimana kita nak berumah tangga. Siapa yang nak bagi Sal makan. Siapa pula yang nak beli susu anak,” ujar Salim.
“Kita kahwin gantung dulu,” Salbiah senyum manja.
”Gantung-gantung abang tak main. Kalau nak, kita teruskan. Tapi abang rasa, biarlah dulu kita dapat kerja. Lepas tu kita kawin,” Salim memberi cadangan.
“Kalau macam tu, lambat lagilah,” Salbiah bagaikan merajuk. Dia seolah-olah dipermainkan oleh Salim, tunangnya.
Masa terus juga berjalan meniti bilah-bilah waktu yang telah diatur oleh Penciptanya. Dan penghuni-penghuni muka bumi terus melakar warna-warna di kanvas kehidupan mereka tanpa ada kesyukuran dan ada yang bersyukur.
Salim telah pun tamat dari pengajiannya. Kini dia sudah menjawat jawatan sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik di sebuah Kementerian. Salbiah juga telah sama-sama menceburkan dirinya dalam bidang yang sama dengan bakal suaminya. Tetapi Salbiah bertugas jauh dari Salim.
Apabila saja Salim bekerja, dia rasakan dunia ini terlalu luas. Banyak masanya dihabiskan untuk mentelaah pelajarannya semasa dia di universiti. Tetapi kini telah berlainan sekali kerana pergaulannya mula bebas dan alam pemikirannya juga mula bertukar.
Salim bergelumang dengan masalah yang datang melanda hidupnya. Dan masalah-masalah itu ada sesetengahnya sengaja dia mencarinya sendiri dan ada juga yang datang tanpa diundang olehnya.
Dalam pada itu, dia tidak melepaskan peluang bertemu dengan Salbiah. Tidak ada yang tidak indah dalam hidup mereka. Semuanya indah. Keluarga di kedua-dua belah pihak telah merestui dan hanya menunggu masa yang sesuai saja hendak mengikat mereka berdua dengan ikatan tali perkahwinan yang sah di segi hukum syarak.
Adira tidak menduga dan seterusnya seperti tidak percaya bahawa Salim kini sudah mempunyai seorang isteri. Cuping telinganya panas. Gegendang telinganya bagai mahu pecah apabila mendengar berita itu. Berita Salim sudah ada isteri yang berjawatan sebagai pegawai kerajaan seperti Salim.
Tapi Adira tidak boleh mengundur diri dari Salim kerana cintanya yang telah bersebati dengan darahnya mengalir laju dalam dirinya. Dia tetap mencintai Salim dengan sepenuh jiwanya.
“Dira, maafkan abang,” suara Salim bergetar.
Tiada suara manja yang keluar dari lubang-lubang kecil telefon bimbitnya yang masih melekap di dedaun telinganya. Nafas Salim turun naik dengan kencang bagaikan baru saja lepas dari dikejar oleh anjing garang. Rasa serba salah menyelinap masuk di setiap pelusuk perasaannya. Kegugupan membuatkan dia bertambah resah dengan ketidakhirauan dari Adira.
“Dira!” Suara Salim menjadi keras dan lantang. ”Abang tetap menyintai Dira. Abang tidak mahu kehilangan kasih sayang yang telah Dira curahkan pada abang,” Salim lembut kembali. Dia mahu membujuk terus kekasihnya yang diikatnya hampir selama setahun.
“Dengar tak apa yang abang katakan ni?” gesa Salim lagi dalam nada sebal.
“Dengar.” Akhirnya Adira memberi jawaban yang dikehendaki oleh Salim.
“Habis tu, kenapa diam?” sergah Salim dalam telefon.
“Dira tau, bang. Dira bukannya buta. Dira bukannya tuli. Dira tahu semua tentang abang yang dah ada isteri.”
“Jangan macam tu. Sebenarnya abang terpaksa mengikut kehendak orang tua abang. Abang tak mahu mengecilkan hati mereka yang telah membesarkan abang,” jelas Salim dengan nada bersungguh supaya Adira mempercayainya yang dia tidak berbohong dan tidak hendak mempermainkan kasih mereka.
“Yalah tu. Kalau sudah dasar…”
“Dasar apa? Dasar jantan miang? Begitu maksud Dira terhadap abang?” Salim memotong percakapan Adira yang cuba menuduhnya seorang lelaki yang tidak pernah cukup dengan apa yang telah ada.
“Terserah. Dira tak kata begitu.”
“Begini sajalah. Petang nanti kita jumpa di tempat biasa. Boleh?”
”Untuk apa lagi kita jumpa. Cukuplah setakat ini saja.”
“Janganlah. Abang perlu menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya. Biar Dira faham,” gesa Salim. Adira diam tidak menjawab. “Jangan lupa jam 6.00 petang di tempat biasa. Okey!”
Salim mengeluh. Dia menyandarkan belakangnya di kerusi. Dicapainya sebatang rokok lalu dipasangnya api. Salim tenggelam bersama asap yang disedutnya semahu hati.
Petang yang dijanjikan oleh Salim pun tiba. Dia menuju ke tempat yang selalu dikunjunginya ketika dia membuat pertemuan dengan Adira untuk melepaskan rasa rindu dendamnya sebagai seorang kekasih yang dahagakan kasih sayang dari pasangannya.
Seperti biasa, dia duduk di bawah pokok rendang sementara menanti kedatangan Adira. Angin petang datang menyapa dan menemaninya di situ. Kelibat Adira belum kelihatan lagi. Dia tetap setia menanti dengan sabar.
Salim pulang dengan penuh keriangan. Senyuman sentiasa berbunga di bibirnya. Dia dan Adira, untuk kesekian kalinya, mendayung sampan di daratan. Dan mereka lemas dihanyut oleh hawa nafsu yang tidak dapat dibendung lagi.
Dan janjinya pada Adira yang dia akan tetap mengambil Adira sebagai isterinya yang sah. Walaupun isteri kedua, Adira sanggup asalkan dia tidak ditinggalkan oleh Salim begitu sahaja tanpa sebarang ikatan. Demi cintanya yang tulus, maka dia sanggup membiarkan Salim memperlakukan apa saja ke atasnya. Salim mesti bertanggungjawab dengan anak yang dikandung hampir dua bulan.
“Aku mesti beritahu Salbiah. Walaupun apa saja yang terjadi,” bisik hatinya. Kereta Salim terus meluncur di atas jalan raya yang masih belum sunyi dengan deru penghuni kota yang masih segar dengan kehidupan.
“Aku harap kau bersetuju, Salbiah,” kata hatinya lagi terusan melayani perasaannya yang baru saja lepas dari penanggungan masalah yang besar. Kemelutnya sudah berkecai.
Dan malam itu, bulan di langit tetap muncul apabila saja tiba masanya. Kemunculan sang bulan tidak disedari oleh kebanyakan penghuni kota kerana mereka asyik dilayani oleh lampu neon.
Sebelum Salim membuka pintu pagar rumahnya, dia mendongak ke langit. Dilihatnya sebutir kejora sedang mengiringi bulan. Dia senyum seorang diri. Harapannya, dengan kemunculan kejora, akan menyinar terus kehidupannya yang makin jauh lagi.
Kuala Lumpur, 19 September 2019.
TAMAT 1.
2
SEBUAH KITAB
Oleh: Ahkarim
Aku kalah. Ada dua sebab mengapa aku kalah. Sebab pertama kerana Ghafor dapat dengan jelas dan tuntas memberi hujah mengapa buku itu ialah kitab dan bukan sekadar perbezaan bahasa.
“Jika anta hendak cari ilmu tentang agama, anta cari buku atau kitab? Tentu sekali dari kitab, `kan? Buku hanya beri maklumat tetapi kitab beri ilmu.” Dia merumuskan setelah dia berasa aku tidak dapat mematikan hujahnya. Biarkan, aku bukan yakin sangat dengan hujah itu. Sebenarnya, benak aku merusuh pula tentang ilmu dan maklumat ketika itu: apa beza antara ilmu dengan maklumat?
Sebab kedua aku rasa aku kalah, kerana dia ialah Amir jemaah yang kami ikuti. Aku kalah kepada orang muda yang 20 tahun lebih muda daripada aku.
Oh ya, sebenarnya ada satu lagi sebab aku kalah: aku kesejukan. Aku tidak berdaya berfikir secara kritis ketika itu. Walau kereta dilengkapi dengan sistem pemanas udara namun aku masih tidak berjaya memanaskan badanku. Walau aku mendakap diriku dengan baju tebal sesuai dengan musim gugur namun sejuk berhasil menikam. Kereta yang dipandu Ghafor meredah aspal yang berpermaidanikan daun-daun yang lembab, yang gugur dari pokok di kiri kanan jalan. Angin sejuk berjaya menembusi masuk ke dalam kereta buruk milik Ghafor yang dibeli dengan harga 106 Pound, hasil berdikit wang biasiswanya.
Sesungguhnya, jika ini baru kadar kesejukan bulan November, musim gugur di Midlands England, entah bagaimana nanti apabila tiba musim sejuk Disember dan seterusnya. Risau juga memikirkan bagaimana lima orang anak dan isteriku nanti dalam cuaca yang lebih sejuk.
Aku biarkan Ghafor menyambung. Dia mengubah tajuk. Tetapi tajuknya saja yang berubah, matannya satu itu sahaja. Sepanjang jalan dia hanya bicara tentang Kebesaran Allah dan pengorbanan para Sahabat. Setiap bahagian, apabila dia berhenti mengambil nafas sebelum menyambung semula, pasti ditekankan tentang effort dan mujahadah. Aku masih cuba memahami dan cuba menghadam.
Peristiwa kami bertekak tentang buku atau kitab itu berlaku 25 tahun lalu semasa kami di dalam kereta, dalam perjalanan balik dari Dewsbury ke Sheffield. Perjalanan itu sekadar 28 km sahaja melalui lebuh raya M2.
Kini aku masih memiliki Kitab mm… buku itu, yang aku beli di pinggir masjid Dewsbury itu. Selama tiga hari dua malam kami berkampung di masjid itu mengerjakan amalan Khuruj, mendengar bayan dari para alim ulamak dan elders Jemaah Tabligh. Sempat juga aku ikut keluar gash, mengetuk pintu dan mengajak penghuni rumah datang ke masjid sambil memberi taklim ringkas.
Selama tiga hari dua malam itu aku meninggalkan isteri dan lima anakku di rumah sewa kami di Western Road, Sheffield. Isteri Gafor dan Hisham berjanji untuk menjenguk mereka semasa ketiadaan aku. Mula-mula aku keberatan juga, maklumlah kami baru bermusafir ke negara sejuk itu.
“Assalamualaikum, Tuan dari Malaysia ‘kan?”
Sapaan pertama dari seorang budak yang berasal dari Sabah, semasa aku hendak melangkah keluar dari bendul ruang dalam Masjid Severn Road, selepas solat Jumaat, ialah permulaan aku berjinak dengan pergerakan mereka. Setelah aku mengiyakan pertanyaan itu, dia bertanya alamat rumahku. Petang itu sekitar pukul 5.30, budak Sabah itu dan Ghafor, sambil menggigil kesejukan, siap terpacak di bawah pokok maple di hadapan rumahku, dengan sebungkus limau satsumas, menunggu kepulanganku dari kuliah.
Aku baru sampai di Sheffield. Baru tiga bulan. Masih cuba menyesuaikan diri dengan cuaca. Baru mendapat rumah sewa yang agak sesuai untuk menetap selama dua tahun, setelah beberapa minggu tinggal di hotel dan apartmen yang agak mahal. Sukar juga mendapat rumah apabila tuan rumah mendengar aku hendak menginap bersama isteri dan lima orang anak kecil.
“Anda pastikah boleh mengikuti program sarjana ini dengan beban dan tanggungjawab keluarga yang begitu ramai? Saya sangsi. Jika anda dapat melepasi semester pertama pun saya kira sudah hebat.” Prof McCauley menanam keraguan dalam benakku pada hari pertama aku mendaftar di program kendaliannya. Aku tidak pasti sama ada dia mencabar atau menghina kebolehan aku.
Dengan kekalutan mengikuti kuliah, mengerjakan tugasan dan segala yang berkaitan dengan pengajian pascaijazahku, memastikan keluargaku dalam keadaan selesa di negeri yang asing bagi kami, aku masih dapat juga menyantuni ahli Jemaah.
Sebenarnya, aku dan keluarga disantuni oleh empat kumpulan yang aku yakin semuanya ingin membuatkan kami rasa tidak terpinggir di rantau. Atau mungkin mereka semua ingin meluaskan pengaruh kumpulan mereka.
Radin mengetuai kumpulan Muslim Study Circle, yang bertemu seminggu sekali di Masjid Severn Road. Kumpulan Al-Arqam tidak begitu agresif mendekati aku. Fahitah, pelajar perempuan dari Kumpulan Persatuan Pelajar Malaysia, yang lebih sekular pendekatannya, mengajakku menyertai mereka dalam beberapa acara di London. Tetapi kumpulan pelajar muda dari Jemaah Tabligh yang tidak henti-henti mengunjungi dan menziarahi kami, membuat hatiku dan isteri menjadi bukan saja lembut malah cair.
Aku tidak ada masa. Aku terlalu sibuk dengan pengajianku. Aku hanya berdamping dengan budak-budak Tabligh sekali dua dalam sebulan. Aku rasa semacam terpaksa. Aku kasihan dan kagum melihat kegigihan mereka. Begitu juga dengan kumpulan pelajar lain. Aku hanya menyertai program mereka apabila digesa sehingga sukar aku menolak.
Aku hanya sempat membaca dua tiga kisah perjuangan Nabi dan para Sahabat dari buku mm… kitab Tablighi Nisab yang aku beli semasa keluar Jemaah tiga hari dahulu. Tetapi Noriah, isteriku membacanya hampir setiap hari. Beberapa orang isteri pelajar-pelajar dari kumpulan JemaahTabligh sering mengunjungi keluargaku. Malah mereka membentuk jemaah masturat, membaca taklim kitab Fadhilat Amal, dan menjadikan rumahku sebagai markas tidak rasmi. Mereka bijak, sentiasa membantu isteriku dan menjaga lima anakku, dan mereka pasti berada di rumahku hanya semasa aku sibuk di kuliah atau perpustakaan.
“Aku agak terkejut.” McCauley berkata sambil menyerahkan kembali kertas tugasanku, yang kubingkai kemas, yang telah diperiksa dan diberi markah olehnya. Sebenarnya aku tahu tugasan pertama berbentuk kertas kajian teks itu, akulah yang pertama menyerahkan kepadanya, sementara kebanyakan pelajar lain menyerahkan setelah tarikh dilanjutkan.
“Anda mendapat markah tertinggi malah mengatasi pelajar tempatan. Aku tersilap. Aku telah merendahkan kamu. Tahniah. Aku tahu, kau tercabar dari kata-kataku dahulu.”
Biasiswa British Council yang diberi kepadaku untuk program Sarjana MSc Organisation Development di Sheffield Harlem University itu adalah untuk selama 24 bulan. Aku bertekun untuk menghabiskannya dalam masa 16 bulan sahaja. Itu hasratku. Aku tidak berhajat untuk berlama di sini sementelahan isteriku dalam cuti tanpa gajinya dan lima anakku sedang membesar dalam suasana yang agak sukar.
“Nor dah hampir khatam kitab Tablighi Nisab dan kitab Fadhilat Amal.” Satu malam isteriku membisik.
“Baguslah, balik nanti boleh jadi ustazah.” Noriah terasa nada sinis dalam balasanku itu. Dia tidak respons balas.
Semasa aku di akhir semester pertama, pada suatu hujung minggu, kami sekeluarga bersama beberapa keluarga pelajar lain mengikuti jemaah berkeluarga, atau dikenali dengan panggilan jemaah masturat, ke Bradford. Pada masa itu, aku sudah hafal `enam perkara` yang menjadi pokok dalam bicara bayan Jemaah Tabligh. Noriah pula sudah pandai menyampaikan bayan dalam kalangan Jemaah wanita. Tak hairanlah sebab majlis masturat sering diadakan di rumah kami dengan Noriahlah yang menjadi hosnya.
Pada cuti semester musim panas pertama, aku menyewa sebuah kereta untuk membawa keluargaku ke beberapa tempat menarik di Kota York, London dan Lake District. Anak-anakku amat gembira sekali bermain di beberapa taman tema yang hanya beroperasi pada musim panas. Mengutip epal dan stroberi cukup menyeronokkan. Ya, kanak-kanak, cukup mudah mengadaptasi dengan persekitaran. Yang sulung sudah di Middle School, dua dan tiga di First School. Yang keempat dan kelima masih terlalu kecil.
Pada penghujung cuti semester pertama itu, sekali lagi aku meninggalkan keluargaku. Kali ini aku bersama Jemaah seminggu ke Scotland. Apabila masuk ke semester kedua, aku bukan sahaja sudah rasa agak selesa di kelas pengajian sarjanaku, malah aku sudah boleh menyampaikan bayan semasa perhimpunan mingguan jemaah di halaqah Sheffield. Aku juga sudah faham segala tertib dan kiffiyat yang kami amal dalam jemaah tabligh.
Ya, aku sudah menjadi karkun. Bunyinya agak pelik, entah bahasa apa, tetapi ertinya ialah pengikut atau penggiat Jemaah Tabligh. Kadang-kadang disebut Tablighi.
“Laporan anda terhadap Muslim Welfare House cukup memuaskan. Saya mahu untuk kajian desertasi nanti, intervensi yang lebih mendalam dibuat di sebuah organisasi yang lebih besar.” McCaulay menyerahkan kembali kepadaku kertas projek kecil yang merupakan hasil kajianku di Totley Muslim Welfare House, yang aku buat dengan menggunakan kaedah sains tabiat dan intervensi OD yang kami pelajari selama tiga semester.
Musim sejuk kali kedua di Sheffield dialu-alukan oleh lima orang anakku dengan begitu gembira sekali. White Christmas (salji pada Hari Krismas) yang dipercayai menandai tahun mendatang yang lebih baik, menyerkup seluruh bumi Sheffield dengan kapas putih. Kami sekeluarga sudah tidak lagi rasa kekok dan terasing di negeri orang. Anak-anakku tidak puas-puas membaling bola salji dan membina snow-man. “Hujan salji di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri, lebih baik di negeri orang.” Amboi, pandai sekali isteriku memusing peribahasa. Entah-entah dikutipnya dari pelajar wanita atau isteri budak-budak Tabligh.
Aku memulakan pengajian di semester ke empat dengan lancar. Semua lima kertas tugasan yang diberi, aku mendapat markah yang membanggakan. Kertas kajian projek kecilku menjadi contoh kepada pelajar lain dalam kelas 12 orang, yang terdiri daripada tujuh pelajar asing dan lima pelajar tempatan. McCaulay yang terlalu teruja dengan hasil kajianku itu telah mendapat kebenaran supaya aku membuat kajian tesisku di Manpower Services Comission, Staff Training Centre, Sheffield.
“Abang, tak puas.”
“Kenapa?”
“Sedang rasa seronok. Rasa macam baru saja kita sampai di sini. Tak bolehkah abang sambung buat PhD pula?”
Sebenarnya bukan saja Noriah yang rasa begitu, anak-anakku dan aku sendiri merasai begitu. Namun, begitulah. Selepas 17 bulan, kami sekeluarga balik ke negara tercinta juga. Satu episod yang indah terbalut dalam bungkusan sejarah hidup kami.
Entahlah, setelah lebih 25 tahun, setelah kembali, macam macam boleh berlaku dan telahpun berlaku. Setelah kami kembali menyambung hidup, bak kata orang, `terlalu banyak air yang telah mengalir di bawah jembatan`.
“Maafkan saya, Datuk. Mengapa Datuk jadi begini?” Prof. Ghafor bertanya dengan bahasa Inggeris slanga Yorkshire yang masih tidak hilang.
Aku tidak dapat menjawab soalan itu. Aku sekadar mengangkat bahu. “What`s wrong with us?” Linda, isteriku, yang dari tadi berada di sofa
empuk di sebelahku, dengan rambutnya yang mengerbang berwarna kemerahan, bercelana leotard, bertanya dengan nada jerit yang agak tinggi.
Prof Ghafor bangun dan bergerak ke dinding di ruang bacaan. Dia meneliti buku-buku yang tersusun rapi di rak. Kemudian dia kembali duduk dengan sebuah buku yang dicabut dari rak.
“Dahulu, Datuk hampir hafaz seluruh kitab ini.” Dia menunjukkan buku tebal itu.
“Ya, mm… buku itu…” Aku ingin menjelaskan sesuatu, tetapi Prof. Ghafor memotong pantas.
“Kitab!”
“Oh, ya, kitab itu. Antara buku… mm, kitab lama yang menjadi koleksi klasik saya.” Aku menerangkan dengan tenang.
Prof. Ghafor kini ialah Naib Canselor universiti terulung di Kuala Lumpur. Dia masih berjanggut berjambang. Pakaiannya dan penampilannya masih serupa dengan Ghafor yang aku kenal di Sheffield 25 tahun dahulu. Tidak berubah. Yang berubah hanyalah aku. Seluruh gaya hidupku. Lima tahun setelah mendapat ijazah Masters, aku dinaikkan pangkat sebagai Duta ke Kanada. Sebagai seorang Diplomat, aku berada di pentas yang terapung di awan biru. Setelah dua tahun di Ottawa, aku menceraikan Noriah. Dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan gaya hidup `jet-set` yang aku cukup senang anuti. Selepas Kanada, aku ditugaskan di Washington dan bersara semasa menjadi Pesuruhjaya Tinggi di London. Namun aku dilantik lagi secara kontrak ke PBB di New York selama dua tahun.
Kini aku tinggal di kayangan. Linda, bekas PA-ku, semasa aku menjadi Duta di Washington, aku ambil sebagai dewi bersayap emas yang sering membawa aku terbang melepasi angkasa luas.
Hari ini, sedang aku asyik bersenang di syurga, Ghafor datang. Entah dari mana dia dapat tahu aku kini menetap di Kensington Towers, unit kondo paling mewah di pinggir The Thames, London.
“Terkenang semasa di Sheffield dahulu. Selama hampir dua tahun kita, dan famili kita, sering bersama dalam satu gerakan murni. Tapi… mmm, begitulah. Saya sering lupa laluan kita ditentukan oleh Yang Maha Esa.” Ghafor bernostalgia tawar dengan suara yang lembut. Rasanya Linda tidak dapat mendengar kata-katanya itu.
Selepas Ghafor aku hantar ke lif yang dikhaskan ke unit kondo, aku bergerak melangkah keluar ke ruang kolam mandi dan bersandar di bangku lentang menghadap kolam. Di sinilah aku tadi sebelum Prof. Ghafor datang.
Baru aku sedar, rupa-rupanya dari tadi, aku mashih memegang kitab Tablighi Nisab yang dipulangkan kepadaku oleh Ghafor semasa dia hendak keluar dari kondoku.
Aku buka muka pertama. Masih jelas tulisanku: Tabligh Markaz, Dewsbury— November 1985.
Selepas itu, aku menutupnya semula dan meletaknya di meja tepi. Tanpa kusengaja, kitab tebal itu tertolak gelas martini. Gelas ramping nipis itu jatuh berkecai, isinya yang jernih mengalir mengikut lurah mosaik, menitis masuk ke kolam. Linda yang sedang telentang terapung tanpa sehelai benang, tidak pun sedar.
Assyajarah, 2019.
TAMAT 2.
3
PAK SAJAN BUNUH BELON
Oleh: Ahkarim
Bukan mudah untuk merempuh dan melanda sehingga patah kaki budak betina garit itu. Setakat bersembang di tangga dan di serambi masjid bolehlah, bunyinya amat mudah. Boleh kalah bunyi guruh.
Segala macam perkara mesti diambil kira: latar tanah yang penuh dengan akar timbul bersimpang-siur; waktunya—malam buta; kemungkinan budak itu bersenjata. Banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum bertindak. Namun itulah yang pernah difikirkan oleh kami, kaki masjid. Jika dibiarkan dia berleluasa di kariah kami, di kampung kami, perkara yang lebih buruk pasti berlaku. Satu hari mungkin dia akan membunuh orang pula, atau membakar kampung kami. Macam-macam boleh berlaku
Apapun, kami sudah nekad. Belon mesti dihapuskan. Tidak, bukan hendak dibunuhnya ia, tetapi setakat biar patah kedua belah kaki dan tak upaya bangkit selama lamanya. Tetapi itu sekadar rasa dan nekad sewaktu kami berbicara dengan emosi yang tinggi di tangga masjid semalam. Mengikut rancangan hebat kami itu, mahu kami langgar si Belon itu dengan motosikal ketika dia sedang membuat angkara. Ah, bagaimana pula pelaksanaannya? Ke arah tindakan itu siapapun tidak berani beri komitmen. Semua takut. Kecut.
Akhirnya, kataku, “Serahkan kepada akulah. Aku tahu apa nak buat.” Ya, akulah, Pak Sajan, siapa lagi.
Sekembali ke rumah selepas solat Isya, semasa berborak dengan isteri, di meja makan, isteriku bertanya, “Macam mana, Belon tu. Dah putuskah?” Aku tidak menjawab secara langsung, sekadar mencemek bibir dan mengangkat bahu.
Isteriku terlibat secara langsung. Kerap kali bila ternampak isteriku dia akan mengumam memaki. Dia pernah diancam oleh Belon dengan pisau lipat kerana enggan memenuhi permintaannya.
Nama sebenarnya ialah Nurul. Orang gelar dia Belon kerana dari kecil dia adalah seorang budak yang gemuk montel. Tetapi kini kurus kering. Namun gelarannya kekal Belon. Dia bukan budak lagi, malah sudah emak budak, tetapi masih nampak macam budak. Sejak ayahnya meninggal 18 tahun dahulu, dia terlibat dengan dadah. Beberapa kali masuk keluar pusat dadah dan lokap. Dua orang anaknya, yang entah siapa bapaknya, mujur dipelihara oleh keluarga abangnya. Kerjanya hampir setiap hari keluar rumah minta duit di sana sini. Semua rumah yang kelihatan sedikit berada akan diketuk pintu. Akhirnya dia sudah tahu penghuni rumah mana yang akan menghulur seringgit dua.
Sejak akhir ini, kerenahnya semakin mengancam dan helahnya semakin menakutkan. Adakala dia bersenjatakan sebilah pisau. Kerap merayau di waktu malam sekitar kampung. Siapa yang enggan menghulur seringgit dua akan diancam. Motosikal kerap disambarnya.
Rumahku menjadi tempat singgahnya yang wajib, kerana aku kerap beri dua atau tiga ringgit setiap kali dia mengetuk pintu. Apabila dia mengancam isteriku dengan pisau lipat aku bertindak melaporkan ke Balai Polis. Namun tiada tindakan. Pihak Polis sudah jemu menahan dia beberapa kali. Begitu juga apabila aku lapor kepada AADK meminta mereka mengambil saja dan letak di pusat pemulihan secara kekal, mereka memandang sepi. Bagi mereka kes Nurul adalah kes biasa dan mereka sudah mangli. Sudah berapa kali entah laporan yang dibuat oleh pihak JKKK. Setakat penampar dan sepak terajang ke atasnya oleh orang kampung, sedikitpun tidak menggerunkannya.
Nurul terus bebas. Wajahnya dan gelagatnya berkawad keseluruh kampung sudah menjadi sebahagian hidup kami. Hampir setiap kali selepas ada sedikit ongkos hasil dari minta sedekah dia akan berjalan atau menaiki bas ke arah Pekan Pokok Sena untuk mendapat bekalan metadon. Semua orang tahu, termasuk semua agensi penguatkuasa berkaitan. Hairan juga, tidak ada siapa yang mahu serius bertindak.
Jadi kamilah. Orang kuat masjid, kaki masjid. Ah, akhirnya akulah. Akulah, polis pencen, Pak Sajan, yang akan menggengam undang-undang dalam tanganku sendiri. Esok, Insya Allah, esok. Dan malam itu aku merencana, sambil isteriku mengurut belikat, lutut dan kakiku yang sudah tidak kuat. Aku tahu besok hari Isnin biasanya Belon akan mengetuk pintu sekitar 7:30 pagi. Aku tahu apa nak buat.
Sesungguhnya begitulah. Sekitar jam 7:25 pagi Belon menekan loceng sambil memberi salam. Seperti biasa aku menjawab salam dan keluar membuka pintu pagar.
“Macam mana, bagi duit macam biasa sajakah?” Isteriku membentak ketika aku masuk semula untuk menghabiskan sarapanku.
“Ah, biarkan.” Kataku sambil memolok roti kirai bercicah kari ayam.
Tiba-tiba riuh-rendah kedengaran di hadapan rumahku.
Kelihatan beberapa orang berkerumun di hadapan pintu pagar. Setelah aku keluar, jelas Belon mati terkangkang di hadapan pintu pagar rumahku.
“Pak Sajan bunuh Belon.” Kata seseorang.
“Pak Sajan bunuh Belon.” Sambut yang lain.
Dalam kereta peronda Polis, dengan tanganku bergari, diapit dua orang anggota, aku hanya menggeleng-geleng kepala. Selepas lebih kurang lima minit di dalam lokap aku dibebaskan.
Setelah aku dihantar pulang ke rumah dengan kereta peronda Polis, kelihatan ramai sanak saudara dan kaki masjid berkumpul di rumahku. Mereka terpinga-pinga melihat gelagatku yang mengangkat jari tanda peace sambil tersenyum keremot.
“Pak Sajan bunuh Belon !” masih terdengar, entah soalan atau seruan. Isteriku menerpa memelukku. Yang lain menunggu untuk mengucap tahniah atau menyatakan simpati terhadapku. Aku hanya berdiam. Ada yang cuba bertanya hal, aku membiarkan.
Hanya beberapa hari selepas itu baru orang tahu. Baru terburai cerita sebenar yang aku dah pun tahu: Pak Din Soya, salah seorang kaki masjid yang merancang bersama untuk bertindak ke atas Belon, disorong masuk ke dalam lokap menggantikan aku pada pagi bersejarah itu. Dia datang sendiri ke Balai dan membuat pengakuan bahawa dia yang membantai kepala Belon dengan semambu, hingga jatuh mati terkangkang di hadapan rumahku. Mengapa? Sebab pagi itu kali ketiga Belon meragut bungkus nasi lemak dari cucunya yang sedang berjalan menuju ke sekolah.
“Pak Sajan bunuh Belon!” masih aku dengar lagi. Itu kata seruan.
As-syajarah, Bukit Tampoi, Ramadan 1440 (Mei 2019).
TAMAT 3.
4
YANG TAK SANGGUP DAN SANGGUP
Oleh: Anie Din
Mahaya tak kerja hari ni, tapi pasai apa dia pi bawa beg kerja dia? Nampak macam beg baju dijinjit juga,’ bisik hati Amri.
Amri makin cemas apabila tengah hari berpindah ruang. Perasaannya tidak keruan kerana Mahaya masih belum pulang. Namun dia tetap setia menunggu di muka pintu rumahnya yang betul-betul menghadap ke jalanraya. Dia mahu melihat Mahaya turun dari bas dan berjalan melenggang ke rumahnya.
Terngiang-ngiang suara Mahaya berkata dua hari lepas, “Aku takkan kahwin dengan hang. Dahlah hang tu pendek, malas kerja pula. Hidup hang hanya menghabiskan harta benda mak bapa saja. Aku nak lari jauh tinggalkan kampung yang tanahnya bukan milik mak ayah aku. Tanah ni milik mak bapa hang, ambillah balik. Aku nak buat dua kerja di tempat lain. Setelah rumah siap, aku akan balik ambil mak ayah aku pi duduk di rumah baru. Kalau tak pun, aku rela kahwin dengan sepupu hang yang buta tu.”
Usai solat Asar, Amri memandu kereta barunya. Proton Perdana berwarna merah, warna kesukaan Mahaya, dibeli tunai dengan hasil jual tanah pusaka yang terletak di hujung Kampung Nyiur Sebatang. Encik Wang Weng Jem, seorang tauke balak dari Kuantan, Pahang, sanggup membayar satu setengah juta ringgit sehektar tanah yang akan dibangunkan rumah sewa. Empat hektar tanah orang tuanya sudah berpindah milik.
Amri melayan dan membawa perasaan cemasnya hingga ke Butterworth; di tempat kerja Mahaya, gadis jiran sebelah rumahnya, yang sentiasa dipuja dan diidamkannya untuk dijadikan suri hidupnya.
“Dik, boleh saya jumpa dengan Cik Mahaya?” tanya Amri kepada pelayan di kaunter restoran KFC itu dengan penuh sopan.
“Miss Mahaya tak ada.”
“Sekarang di mana dia?” tanya Amri dengan perasaan cemas. Nada suaranya tidak seirama. Dia gugup.
“Selepas dia siapkan semua kerja, dia bagitahu kami, dia nak pi bercuti selama dua minggu,” jelas pelayan di kaunter restoran itu.
“Hang tahu ka dia pi mana?”
“Kuala Lumpur.”
“Dia naik kereta api ka, dia naik bas?”
“Miss Mahaya naik bas Transnasional, jadual pukul lima,” jawab pelayan itu dengan jujur tanpa sebarang curiga.
Amri berterima kasih kepada gadis itu. Dia berlalu keluar sambil melihat jam di pergelangan tangannya.
‘Dah pukul lima empat puluh lima, aku harus kejar bas itu,’ desis Amri.
Amri memandu laju. Namun sayang seribu kali sayang, apabila sampai di R&R Sungai Perak, sebuah bas ekspres pun tiada di situ. Bermakna, bas-bas yang berhenti di situ sudah berlepas. Hanya lori dan kereta sahaja yang banyak diparkir di situ.
‘Aku harus kejar bas tu sampai ke Ipoh,’ bisik hatinya. Dia memecut tanpa menghiraukan akan disaman atau berlaku kemalangan. Yang ada dalam fikirannya pada waktu itu, hanyalah Mahaya.
Tepat dugaannya. Amri berjaya mengekori bas yang membawa gadis pujaannya. Mahaya cuba melarikan diri darinya, dengan alasan mahu menambah pendapatan bulanan di bandar. Namun Amri tahu benar, kata-kata Mahaya itu hanya alasan untuk tidak mahu bernikah dengannya.
Apabila sampai di Terminal Amanjaya, Ipoh, Amri nampak Mahaya turun dari bas. Diperhatikannya dari jauh. Sebentar kemudian, Amri memandu keretanya hingga hampir dengan tandas awam. Dia keluar dari kereta dan menunggu di hadapan tandas perempuan.
Apabila Mahaya keluar dari kamar kecil itu, dengan pantas dan tangkas Amri menarik tangan Mahaya. Mahaya terkesima. Lidahnya kelu seribu bahasa. Dia merasakan bagai mimpi apabila melihat sosok tubuh yang menarik tangannya itu adalah Amri.
“Ikut abang! Dan jangan bising. Kalau tak, abang bawa ke balai polis, buat laporan hang lari dari kampung,” ugut Amri.
Mahaya menurut seperti kerbau dicucuk hidung. Dia jadi tolol. Hilang kepetahannya berlawan bicara dengan Amri. Disuruh masuk ke dalam kereta, dia ikut. Disuruh pasang tali pinggang keledar, dia turut.
Beg pakaiannya tidak diambil turun dari bas. Nasib baik Mahaya membawa turun beg tangan dan komputer ribanya.
Amri memandu hingga sampai di kaki Bukit Berapit. Enjin kereta dimatikan. Dia pantas keluar dari kereta dan segera membuka pintu di sebelah kiri. Apabila pintu terbuka, dia memaksa Mahaya keluar dari kereta. Mahu tak mahu, Mahaya terpaksa menurut.
Pergelangan kiri Mahaya dipegang kejap. Terpontang-panting langkah Mahaya mengikut langkah panjang Amri yang tidak putus-putus menghisap rokok. Sebatang habis, dinyalakan sebatang lagi. Asap rokok yang berbunga-bunga dihembuskan ke arah Mahaya. Berkepuk-kepul, meliuk-lintuk asap menyentuh lembut muka Mahaya.
Mahaya sedar bahawa Amri sedang memukaunya, namun dia tidak dapat berbuat apa-apa. Ayatul-Kursi yang selalu diamalkannya tidak terkeluar satu huruf pun dari kerongkongnya. Tujuh ayat Ummul-Kitab pun lintang pukang bacaannya. Mahaya menjadi dungu seketika.
Amri membawa Mahaya ke daerah yang asing. Belum pernah dijejaki Mahaya. Kini mereka berdua berada di pinggir bukit yang tidak berpenghuni seorang pun. Bukit yang dagingnya sudah terkeruak.
‘Ke mana sahaja Amri nak bawa aku pi,’ soal hati Mahaya.
Di pandang sekeliling seputar tiga ratus enam puluh darjah. Di kampungnya tidak ada bukit. Di kampungnya hanya ada sawah saujana mata memandang hingga kejauhannya sampai di kaki Gunung Jerai, di negeri Kedah.
Mahaya kehabisan daya. Mahu berteriak atau menjerit, akan sia-sia sahaja. Akan kehilangan tenaga. Tiada sesiapa di sekeliling keberadaan mereka. Mahaya hanya menurut sahaja ke mana Amri menarik tangannya pergi.
Di kaki bukit itu terdapat sebuah rumah kosong yang sudah lama ditinggalkan. Halaman rumah dipenuhi daun-daun kering, sampah sarap yang mereput dan pohon-pohon hiasan yang mati. Berserabut. Tumbuh-tumbuhan yang masih bertahan hidup meliar tidak terurus. Rendangan jejawi di sudut kanan halaman gah berdiri bagaikan ketua pahlawan perang. Tebuan dan lebah berebut tempat membina sarang. Semut yang merayap, jumlahnya tidak kurang. Di belakang pohon jejawi itu, ada kebun yang hanya tinggal batas yang meranap. Ada yang sudah sama rata permukaannya dengan tanah di bumi. Di hujung kebun terdapat dusun peninggalan. Semak-samun dengan tumbuh panjangnya lalang. Lalang yang rela menjadikan dirinya benteng penguat tanah. Monyet, beruk, ungka dan sejenis dengannya bergayutan di pohon buah-buahan yang masih ada sisa buahnya. Pohon betik semuanya tidak berpucuk. Tentunya binatang itu yang memakannya. Sebab itulah manusia belum pernah melihat binatang itu kegigilan demam. Pucuk betik amat mujarab untuk mengelakkan demam, terutamanya demam denggi.
Mahaya berasa sangat takut. Bimbang sekiranya binatang-binatang yang suka meniru kelakuan manusia itu menyerangnya. Bimbang hatinya, kiranya binatang-binatang itu menghampiri dan menarik dirinya seperti yang Amri sedang lakukan kepadanya ketika itu. Bimbang sungguh hatinya, andai dirinya dikoroyok dengan merobek pakaian dan mencakar tubuhnya yang gebu. Secara tak sengaja dan mahu tak mahu, Mahaya terpaksa memeluk erat pinggang Amri; lelaki yang dibencinya.
Semakin menghampiri rumah kosong itu, Mahaya makin berasa gerun. Semakin erat Mahani memeluk pinggang Amri.
Rumah kosong itu amat buruk. Dari jauh sudah nampak banyak atap bumbungnya yang robek. Alang rumah ada yang patah menyebabkan beberapa bahagian genting luruh menyetubuhi bumi.
Apabila masuk ke dalam rumah kosong itu melalui pintu yang sedia terbuka, Mahaya mendongakkan kepalanya ke bumbung rumah. Memang bumbungnya banyak yang terpelahang. Langit-langit dipenuhi sawang. Mahaya melepaskan nafas berjela. Dia bingung. Hatinya tidak habis menyoal, ‘Mengapa Amri membawanya ke situ?’
Mahaya mengalihkan pandangannya ke lantai pula. Jubin lantainya banyak yang retak dan pecah seumpama baru selesai mengalami gempa. Permaidani lusuh yang terhampar di atas lantai nampak berungas digigit oleh tikus dan binatang yang melata. Hampas benang permaidani berserak bercampur-baur dengan habuk yang bertepek-tepek bersama kecaian kertas yang digigit binatang merayap itu. Bau hancing kencing tikus yang melekat di rambu-rambu permaidani usang itu mengganggu deria baunya.
Daun-daun pintu tertanggal engselnya. Begitu juga dengan daun jendela, banyak yang terkeleweh, menunggu saat menghempap tanah. Dindingnya banyak yang terpelahang di sana sini. Mana-mana papan dinding yang masih utuh ditumpuki sarang angkut-angkut pula. Ada juga yang dimakan anai-anai. Tak kurang juga papan-papan almari di makan kasai.
Ke mana hang nak bawa aku pi, Amri? Hang memang jahat! Jomlah bawa aku balik!” jerit Mahaya. Suaranya bersipongang memenuhi rumah buruk itu, namun Amri seolah tuli.
“Kan abang selalu kata, abang akan menikah dengan Aya. Mengapa Aya sanggup lari? Ke mana pun Aya lari, abang akan kejar hingga ke saat mati,” jawab Amri dengan bangganya. Dia yakin, dia akan menjadi juara tidak lama lagi. Tiada siapa yang dapat menghalang keinginannya.
“Aku tak suka lelaki bertubuh rendah. Tapi kalau ya pun ada jodoh kita, hang nak jadikan aku bini, tunggulah dulu. Aku nak beli rumah dan nak bawa ayah dan mak tunaikan haji dulu. Tu sebab aku nak lari dari kampung. Di bandar nanti aku akan kerja keras. Aku tetap akan bekerja di restoran KFC. Sambil-sambil tu, aku akan jual produk kesihatan dan kecantikan. Aku yakin, pendapatan di kota akan lebih lumayan dibandingkan dengan di kampung. Anak-anak dara di kampung masih nak pakai bedak sejuk,” Mahani memberi alasan yang munasabah.
“Dah mereka suka pakai bedak sejuk, juallah lebih-lebih bedak sejuk warisan nenek Aya tu.”
“Macam mana nak jual lebih-lebih. Emak selalu bagi percuma pada orang kampung. Lebih-lebih lagi kawan-kawan mak yang berjemaah di surau tu,” jawab Mahaya mematikan akal Amri.
Tetapi Amri tidak mati fikir, fikirannya tetap ligat berputar mencari akal, “Ah! jangan fikir pasal barang jualanlah. Fikirkan, kita nak kahwin.”
“Tak mahulah! Tak faham bahasa Melayu ka?” bantah Mahaya.
“Kalau tak jual apa-apa pun tak mengapa. Tak payahlah nak kerja apa-apa. Jadi permaisuri kat abang. Ikut nikah dengan abang, abang boleh bagi duit untuk ayah dan mak Aya pi Mekah.”
Bertambah panjang rengusan Mahaya. Sebentar kemudian, Mahaya berkata lagi, “Tak faham bahasa ka? Tadi aku cakap, aku nak beli rumah. Nak bagi ayah dan mak duduk. Lepas tu nak hantar depa pi Mekah. Soal kahwin jatuh nombor tiga. Tak payah gaduh nak ingat hal nikah.”
“Kan dah ada rumah tu…. Nanti abang tolong repair bagi cantik la.”
“Tak mahulah. Aku nak guna duit titik peluh aku sendiri. Lagi pun tapak rumah tu, bukan tanah kami. Tanah datuk hang, kan? Leceh, kalau tanah pusaka!” jelas Mahani.
“Ala… hal tanah tu, perkara senanglah, abang anak tunggal,” ulas Amri bangga sambil mencebikkan bibirnya yang lebam birat kerana kuatnya menghisap rokok.
Mahaya terbatu. Dalam waktu yang sama, Amri memilih kerusi yang agak elok dan tegap lagi untuk diduduki. Kerusi itu dibersihkan dengan tuala mandi yang sudah tidak nampak rupa bentuknya sebab digigit tikus. Mahaya yang seperti kena pukau sudah menjadi perempuan tolol. Segala apa yang dikerjakan Amri dilihatnya dengan pandangan kosong.
“Aya duduk di sini dulu. Lepaskan penat. Abang nak bersihkan katil dan tilam di bilik itu,” beritahu Amri.
Hampir dua puluh lima minit lamanya, Mahaya duduk di kerusi kayu ala Kopitiam itu. Matanya membelingas sekeliling. Dia berhasrat mahu lari keluar dari rumah buruk itu. Dia mahu segera meninggalkan Amri yang sedang membersihkan bilik tidur di rumah buruk itu, tetapi ke mana pula dia hendak tuju? Senja di situ amat sunyi. Hanya suara jengkerik dan katak memanggil hujan sahaja yang memalu gegendang telinganya ketika itu.
Spontan dia terbayangkan kampungnya pada setiap malam minggu. Bunyi bising enjin motor yang menerobos ekzos yang dipendekkan, memang memekakkan telinga. Boleh terperanjat dari tidur. Namun Mahaya tidak dapat berbuat apa-apa. Hendak dilaporkan kepada polis? Anak-anak polis pun sama juga masuk sekaki. Nak buat macam mana?
Tidak cukup dengan motor, ada sebuah dua kereta yang dipendekkan ekzosnya. Memang boleh tersentak orang yang lena nyenyak dan tidur mati sekalipun. Silap haribulan, orang yang koma pun boleh tersedar. Bunyi ngauman singa dan harimau pun kalah. Pernah suatu malam, dinihari sudah pukul tiga, sebuah kereta berhenti di jalanraya berhampiran rumahnya dan sengaja dibunyikan enjin yang memekakkan telinga. Kebetulan Mahaya berpakaian tidur serba putih dan mukanya berselepung bedak sejuk, dia keluar dari rumah menuju ke kereta tersebut. Dengan segenap tenaga tubuh gempalnya, Mahaya menepuk buntut kereta. Terkejut beruk pemandu dan temannya yang berada di dalam kereta itu.
Mahaya tersentak dari rayau fikirnya. Kini, mahu tak mahu, rela tak rela, suka tak suka, bersedia atau tidak, Mahaya terpaksa menunggu. Membiarkan masa berlalu dan menunggu apa yang akan berlaku. Dia teringat akan coretannya setelah berdebat dengan Amri pada suatu petang dua pekan nan lalu. Pada waktu itu, Amri berkata dengan bersungguh hati mahu menikahinya. Tutur bicaranya dicatatkan ke dalam diari menjadi puisi.
TANGGA
“Kau mahu pinang aku?”
tanya si gadis yang duduk di atas tangga
teruna ketawa galak
si gadis terasa muak.
“Aku mahu mendirikan rumah tangga bersamamu,”
tukas teruna lagi
“Boleh, tetapi… ukurlah baju di badan sendiri
dan apakah kamu sudah cukup bertenaga?”
“Untuk apa?
Sekadar mendukung, mengulit tindih-tindan,
hingga dikau kalah dan lelah
tidak timbul masalah
bila-bila masa sahaja aku boleh.”
Si gadis berkata tegas,
“Tidak mencukupi tenagamu itu
aku mahu kamu lebih bertenaga
untuk menginjak dan memijak
tangga kesedaran
tangga keinsafan
tangga kejayaan
tangga kewarasan
tangga kematangan
tangga ketenangan
tangga kemampuan
tangga kebahagian
tangga kebijaksanaan
tangga kearifan
tangga keilmuan
tangga kesopanan
tangga keimanan
tangga ketaqwaan dan lain-lain
baru masuk ke rumah hatiku
bersatu menjadi rumah tangga
dengan lampias bening kasih
cambahan benih sayang
yang tumpah gaul dengan bibit cinta
menghasilkan beberapa butir mutiara
yang bergemerlapan dan membanggakan
warisan dan perhiasan
dalam rumah tangga kita.”
si gadis masuk ke dalam rumah meninggalkan tangga
Teruna berkata lantang
“Akan kuinjak dan kupijak tangga jaya itu.”
SENJA SEMAKIN KELAM. Warna putih dan hitam mulai sukar dibezakan. Amri keluar dari bilik tidur dengan menatang sebatang colok yang menyala. Colok itu dibuat dari gumpalan kain buruk. Mukanya merah padam. Peluh merenik di dahi dan seluruh lengannya. Mahaya berasa jijik dan geli-geleman.
“Mari sini, kita masuk ke bilik, kita tidur di sini malam ni…” ajak Amri.
Mahaya membatukan diri. Telinganya bagai telinga kuali. Amri merapati. Mahaya buat tidak peduli.
“Mari masuk ke bilik,” tukas Amri sambil menarik lengan Mahaya.
“Tak mahulah… ayuh kita balik,” kata Mahaya dengan suara yang agak lantang. Selantang manapun, hatta senyaring suara bini Tarzan sekalipun, semuanya itu tidak sedikitpun membekas di telinga dan hati Amri. Telinga Amri sudah menjadi telinga badak atau telinga kuali. Hatinya sudah sekeras batu. Penuh tumpukan hitam pula.
“Janganlah berdegil. Esok sahaja, kita balik,” kata Amri dengan suara kasar. Dia menarik tangan Mahaya dan memeluk gadis pujaannya itu.
“Tak mahulah! Jom kita balik!” kata Mahaya sambil meronta untuk melepaskan diri dari pelukan lelaki yang sudah seperti kerasukan itu.
“Lepaskan aku, hang ni bau busuklah, aku tak suka bau rokok,” pinta Mahaya lagi.
Setelah terungkai dari pelukan, Mahaya cuba melarikan diri. Namun sayang seribu kali sayang, kakinya tersauk permaidani buruk. “Aduh!” Dia terjatuh dan kepalanya terhantuk di bucu meja yang berhabuk. Terasa gelap pandangannya ketika itu. Mahaya pengsan.
Peluang keemasan tebuka lebar. Amri mengangkat dan menatang tubuh Mahaya, lalu dibawa masuk ke dalam bilik yang baru dibersihkan dan dikemaskannya itu. Tubuh Mahaya yang montok itu diletakkan di atas katil. Nafsu jantannya memuncak. Buas!
‘Aku takkan lepaskan peluang ini,’ desis Amri.
Mahaya tersedar dari pengsannya. Dia terkesima apabila mendapati butang blausnya sudah ditanggalkan. Dia cuba menolak tubuh Amri yang telanjang.
Amri makin bertindak ganas. Mahaya merintih di dalam hati, ‘Oh Tuhan… menurut aku berdosa, menegah aku tetap diperkosa. Menurut aku akan kehilangan dara, menegah aku akan didera. Izinkan aku menurut kehendaknya, ya Allah….’
“Aku boleh puaskan nafsu hang, tapi biarlah hang yang telentang,” ujar Mahaya.
Mahaya pura-pura suka, mula menyembamkan mukanya di dada sasa Amri, turun dan menurun ke bawah, hingga sampai ke alat sulit Amri yang sudah mencanak. Mahaya beraksi seperti mahu menghisapnya. Tetapi sebentar kemudian, terdengar jeritan Amri membelah malam. Unggas yang sedang lena turut terperanjat dan tergamam. Darah membasahi kelengkangnya. Tidak disangka sama sekali, Mahaya sanggup menggigit alat sulitnya hingga hampir putus melepaskan perasaan geram dan marah.
Tuih! Tuih! Tuih! Mahaya membuang ludahnya berkali-kali. Tekaknya terasa loya. Dia membuka tas tangannya dan mengeluarkan beberapa helai tisu. Tisu itu dihulurkan kepada Amri.
“Maafkan aku. Aku tak sanggup pecahkan kristal aku sebelum diijab-kabul demi cinta aku kepada Allah. Kalau hang buat juga makin besar dosanya, pasai aku dalam haid,” kata Mahaya sedikit kendur marahnya.
Amri tidak terjawab barang sepatah. Dia mengerang kesakitan kerana lukanya agak parah.
“Cepat pakai baju dan seluar, hang hantar aku ke terminal bas. Lepas tu, hang nak pi mana-mana hospital, pilah, aku nak balik,” putus Mahaya.
SAMPAI di rumah pada tengah malam, ibu bapanya sudah tenggelam di alam mimpi. Mahaya gelisah. Resah menunggu ketibaan pagi. Dia mahu segera menyampaikan apa yang bersarang di hati kepada kedua orang tuanya.
Ketika bersarapan bersama ayah dan emaknya, Mahaya mengumpul segenap kekuatan untuk bersuara. “Emak… ayah… hari itu, tok penghulu beritahu Aya, Abang Man tu nak pinang Aya.”
“Man mana?” tanya ayahnya agak terperanjat.
“Abang Man yang buta tu… sepupu Amri,” jelas Mahaya.
“Amri pun nak kat hang?” celah emaknya.
“Lebih baik Aya pilih Abang Man. Sungguh! Aya sanggup. Ini keputusan Aya, mak… ayah…. Abang Man tak tahu nak cemburu, kot…” pinta Mahaya.
Haji Nordin dan Hajah Halimah terdiam.
TAMAT 4.
5
1511: P3GUN
Oleh: Ekhwan Rusli
P3GUN menekat sejarah.
Perkakas Pertahanan Pelbagai Guna (“Pegun”) adalah jentera bersenjata terbaharu, dibina di Goa hasil kerjasama Malaysia-Portugal.
P3GUN mampu mengghaib, tidak terkesan radar, inframerah, sonar dan teknik-teknik lain. Penyamaran keseluruhan spektrum elektromagnetik hasil salutan emas dan indium timah oksida pada bahan binaan komposit dielektrik serta gentian logam isotop ferrite. Keratan rentasnya mengurangkan kesan akuistik, haba dan pantulan gelombang. Pakaian seragam pengendalinya bertiub nano dan fotophore dirawat kimia, salin tak tumpah bak sotong Abraliaveranyi. Maka tidak hairanlah P3GUN diintip satelit-satelit Aeon (EOS MH-8) dan NOAA-37.
Kapten Syah menguli tombol konsol. Paparan melompat-lompat antara fungsi-fungsinya. Pantas dipilihnya ruangan “Maklumat” dan terpamerlah di skrin hologram:
Jumaat, 15 Ogos 2087 (16 Muharram 1511H)
10:10 pagi (UTC +8)
Lokasi: 2.1926871° Utara, 102.2504093° Timur
Ketinggian: 19.0 meter
Suhu: 26.4°C
Kelembapan: 86%
Angin: 3km/jam, Tenggara
Klik tombol seterusnya mempamerkan waktu-waktu penting:
Kiblat: 292° dari Utara, Jarak: 7,064 km
Subuh 5:53-7:11 pagi,
Isyrak 7:26-7:36 pagi, Dhuha 7:37-12:48 tengahari, Awwabin 11:04-12:48 tengah hari
Zohor 1:18 tengahari, Asar 4:37 petang, Maghrib 7:24 Malam, Isyak 8:35 malam
Qiyam (tahajud) 2:47 pagi
Waktu-waktu solat, yang fardu dan sunat siap dikira. Dipaparkan dalam bahasa kebangsaan, dengan pilihan tulisan Jawi, bagi yang tahu dan selesa membacanya.
Kapten Syah menoleh ke sebelahnya. Di kanannya, pakar strategi, Kamal; di kirinya, Reyna, pakar senjata. Kapten tersenyum kerana gabungannya yang terbaik dalam Briged Halilintar PAC.
Senyumannya dibalas Reyna. Pemilik nama bererti “Ratu” dalam bahasa Semenanjung Iberia serasi bersama P3GUN yang mampu menembak peluru gelombang tenaga. Tindak balas neutrino dan elektron menghasilkan positron yang amat pantas, mewujudkan kon radiasi Cherenkov berfrekuensi setinggi 3.6 MegaHertz pada 190dB. Pembunuhan senyap.
Menu “Persenjataan” dipilih. Maklumat imbasan aktif dan pasif persekitarannya tersedia. Segala yang dikesan telah diidentifikasi, dan terteralah pilihan senjata untuk meneutralkan ancaman. P3GUN turut mengesan anomali ionosfera. Barangkali, ia dek lontaran massa korona dan suar matahari tahap X9.
Meski bacaan ionisasi diramalkan mencecah 101 TECU/h (101 x 10¹⁶ el/m² sejam), dan daya induksi magnetik luaran menghampiri -786nT, latihan ketenteraan masih diteruskan. Kerancakannya meningkat.
2
Entah kenapa, setelah peluru dilepaskan, P3GUN bergegar dan bekalan elektrik dalaman terputus. Gelap, sehingga sistem dihidupkan semula.
“Kapten, lihat!”, teriak Reyna.
Direnungnya skrin. Terkebil-kebil insan kelahiran Batu 5 Jalan Ipoh. Sejak membesar di Kampung Indah Selayang, dia bersumpah untuk mempertahankan kedaulatan negaranya. Membuak darah milik leluhurnya konstabel 26841, dek peluang yang kini terhadir.
Skrin memaparkan:
Jumaat, 15 Ogos 1511 (21 Jamadil Awal 917H)
10:10 pagi (UTC +6:46)
P3GUN kini di tengah-tengah peperangan Melaka-Portugis! Mungkinkah telah terwujud Pecutan Alcubierre hasil gabungan pelbagai faktor, memintalkan fabrik kontinum ruang-masa menjadi Jalur Möbius? Ataupun barangkali, P3GUN telah semerta diteleportasi merentasi jambatan Einstein-Rosen, iaitu bayangan asimptot lipatan Calabi-Yau ruang Anti-de Sitter (AdSn)?
Imbasan mendedahkan kedudukan kapal-kapal asing. Tombol ditekan-tekan, lalu terpaparlah:
Kapal: 11 (Flor de la Mar, Santa Caterina, Joia, Santiago, Trindade,
Anunciada, Santo Antonio, Santa Cruz, Bretao, Taforeia, dan Enxobregas)
Ghali panjang: 10, Ghalias: 8, Fusta: 16, Pencalang: 15
Skrin turut memperlihatkan kedudukan 36 anak kapal setiap fusta, lokasi tentera pertahanan Melaka serta meriam-meriamnya.
Imbangan kekuatan: 1,000 serdadu Portugis dan Malabar; 20,000 ketumbukan Melaka
“Bukankah kita dikalahkan Portugis?”
Soalan Reyna diangguk lemah kedua-duanya.
“Walaupun askar kita ramai? Tiada senjatakah?”
“Bukan, Reyna. Melaka bukan sekadar bersilat, bertombak. Melaka sudah biasa bersenjata api. Di rantau ini, ada tiga hab penghasilannya: Pahang di Semenanjung, Gerisik di Tanah Jawa, dan Kerajaan Pagaruyung Darul Qorar di Sumatera!” balas Kamal. Begitulah catatan Thomas John Newbold, sejarahwan Portugis Emanuel Godinho de Erédia, dan orientalis John Crawfurd.
“Bahkan 8,000 pucuk senjata api, 3,000 meriam tembaga dan besi dari kota Melaka, digunakan Portugis untuk menyerang kita!” tambahnya lagi. Arquebus Portugis tidak termampu menandingi istinggar Melaka, maka tidak pelik jika ada yang dibawa ke Kota Cabo da Rama, Goa kelak.
“Tapi, kita ramai…” bantahnya.
“Reyna, apa dihairankan kekalahan 20 lawan 1? Perhatikanlah Peperangan Tumu. Hanya dua hari berperang, di awal September 1449, Maharaja keenam Dinasti Ming dan 500 ribu tenteranya tertewas dan ditangkap 20,000 tentera Mongol pimpinan Esen Tayisi.”
Fakta itu benar-benar mengejutkan Reyna. Bukankah itu dinasti yang kononnya terhebat? Dikalahkan gasar dalam dua hari?
“Begitu jua Perang Vietnam. Kendatipun Amerika Syarikat dan sekutu punyai dua kali ganda tentera dan kelebihan teknologi, mereka tetap tewas,” celah Kapten.
“Ya, kebesaran tentera, kemajuan teknologi, bahkan kekayaan tidak menjamin kelangsungan nusa. Hayatilah sejarah Empayar Qing, dari kuasa terbesar ekonomi dunia era 1820-an, dek ketagihan candu, empayar merosot dan rakyatnya merempat berkelana!”
Kata-kata Kamal menginsafkan. Kini, detik-detik bersejarah sedang berlaku di hadapannya, laksana Sulalatus Sulatin sedang ditulis! Mungkin segala yang ditakdirkan tidak terubah, namun yang menambahkan sedih adalah apabila sejarahnya dikaburkan, umpama perjuangan hebat hanya bersenjatakan keris dan parang!
Genggaman tangannya membuku kuat. Matanya bulat menyoroti lokasi kapal-kapal penyerang dan pengkhianat. Barangkali, ‘sejarahwan’ kelahiran Seluyut teringin benar merubah sejarah? Mungkinkah bisa ditulisnya sesuatu seperti Hikayat Muhammad Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah, ataupun kisah ajaib persis Rip Van Winkle, Urashima Taro, waima komik Zipang?
3
Mereka menapak keluar. Kehadiran warga tempatan di sekeliling P3GUN harus diperiksa.
“Apakah kalian pari-pari atau syaitan?”
Kapten Syah menoleh persekitaran P3GUN, sebelum pandangan dikembalikan ke sosok tubuh ahli pasukan. Impak tenaga kemunculan jentera moden merubah warna pohonan: buahnya keemasan, daunnya berkilauan laksana perak, manakala batang-batangnya berona tembaga. Aksi Reyna menjimbit senjata XM177E8-ACOG dan Kamal memperbetul ‘Pegasus’, beret merah manggis, menambahkan kehairanan Mat Empat dan Dang Marini.
“Bukan, kami manusia, pelindung dan penjaga segala hak Seri Paduka Baginda!”
Lalu dibawalah mereka menghadap Hang Qadim. Insan bertanjak, berbusana Melayu dengan tersisipnya keris dan istinggar ini adalah pemimpin skuad pertahanan yang terpisah dari skuad utama. Hujan soalan melanda, berceridau keraguan tanpa surut. Akhirnya, Kamal mempersembah buah silatnya, disusuli ucapan: “Andai roboh Kota Melaka, papan di Jawa hamba dirikan, andai sungguh bagai dikata, jasad dan nyawa hamba serahkan!”
Tersungginglah senyum Hang Qadim.
“Selamat datang, saudaraku! Apa khabarnya Pati Unus dan Ratu Kalinyamat? Sudah tibakah?”
4
Hari-hari berlalu, kehadiran Kapten Syah dan pasukan memantapkan skuad pertahanan. Penerimaan dizahirkan nama-nama baharu: Hang Jadid (Kapten Syah), Nena Pahlawan, dan Kamal Pandita.
Kamal yang menjiwai Sulalatus Salatin, Misa Melayu dan pelbagai hikayat lain kini benar-benar berguna. Usik Reyna, barangkali, pengetahuan strategi serta inskripsi silam Rencong, Kawi, Pallava, dan Brahmi menjadikannya lebih sesuai hidup di era Dong Yen Chau, Sojomerto, mahupun Kedukan!
Mereka bertiga turut menyertai usaha menjamin keselamatan Sultan dan keluarganya. Sesekali, Kamal turut mendengar laporan terbaharu perisik dari lima lokasi pertempuran. Arkian, diutuskannya buah tangan buat Sang Naya, perisik utama. Keberadaan pasukan-pasukan pertahanan sentiasa dekat di hatinya. Apalah gunanya pancangan kayu, besi tajam, kawat beracun, lancara dan perahu berapi, ataupun senjata api, jika hal ehwal tentera tidak diendahkan?
Serang hendap turut dipertingkat. Strategi asal yang kurang memfokuskan kekuatan binaan dan cenderung lawan berhadapan cuba ditukar. Walaupun tiada salahnya keberanian seperti Biman Cengkobat, strategi baharu diperlukan. Portugis pimpinan ‘Kaisar Timur’ sudah biasa berperang dan menjarah sejak 711. Penawanan Madeira, Tangier, Socotra, Calicut, Pulicat dan Goa bukti besarnya jurang berbanding Melaka yang banyak bergantung tenaga luar Gujerat, Parsi, Turki dan Jawa. Manakan sama penghuni kota entreport Melaka dengan Portugis gasar? Tambahan pula sudah ada yang sombong, angkuh, dendam, tamak, dan terlalu cintakan dunia.
Pernah mereka jumpai banyak senjata terbiar di hutan dan paya. Telah Hang Qadim, “Apa diharapkan bangsa yang dagang? Berubah angin, diangkatlah sauh!” Bicaranya benar. Meski tentera upahan sudah dibayar pendahuluan 3 purnama, di penghujung hari, anak jati jualah diharapkan mempertahan pertiwi. Bukankah mencintai watan sebahagian iman?
Maka, pistol gelombang tenaga radiasi Cherenkov digunakan bijak agar tidak dikesan musuh. Bertambahlah perihal kisah pukulan-pukulan ghaib peragut nyawa, selain ilmu warisan milik barisan pertahanan. Namun Hang Jadid berulang-kali mengingatkan P3GUN agar tidak ketara kelihatan.
Apakan daya, takdir sudah tertulis. Angin bersiru, ombak bersabung, terlalu banyak faktor kejatuhan. Namun mereka kekal berusaha memastikan keselamatan Seri Paduka Baginda, tunggak kesetiaan.
Impak ketiadaan satu gabungan serangan yang kukuh amatlah ketara. Pasukan P3GUN cuba membeli waktu, melewat-lewatkan kemusnahan mutlak, demi menunggu ketibaannya. Terbayang-bayanglah gambaran ketokohan Sang Laksamana dan armadanya. Catatan lembaran sejarah Rekidai Hoan Ryukyu, Ming Shi, dan Xin Fei menjadikan mereka mendambakan Laksamana segera pulang dari rondaannya.
Begitu juga Bendahara, sosok tubuh penting penguatkuasa undang-undang Melaka dan penjamin kesetiaan rakyat, serta tiadanya penderhakaan dan pemberontakan. Kematian Bendahara Paduka Raja Tun Perak menggoyahkan Melaka seawal 1498. Penggantinya, Tun Perpatih Putih hanya dua tahun berkuasa, sebelum digantikan Tun Mutahir. Sepuluh tahun bergolak, hinggalah Bendahara Paduka Tuan Tun Pikrama Muhammad ibni Tun Perak dilantik pada 1510. Sayang, belum sempat persediaan rapi diatur Bendahara ke-8 Melaka, Portugis menyerang. Kini, Bendahara uzur tepok. Andai tidak, pasti sudah dilanggarkannya bersama si Lamat Gagah. Masih terngiang syahdu ucapnya, “kalau aku lagi kuasa, mati aku dengan negeri Melaka ini!”
Hakikatnya, kehadiran Portugis adalah bencana yang sudah lama diatur Raja Manuel sebermulanya era os descobrimentos pada Mac 1505. Sasarannya adalah pembinaan kota di Melaka. Ogos 1506 menyaksikan penyelinapan Francisco Pereira dan Estevão de Vilhena, disusuli Lopez de Sequira 13 bulan kemudian. Pengkhianatan seawal 6 Februari 1510 oleh surat Ninachatu membuka luas rahsia pertahanan kota. Serangan subuh 25 Julai 1511, disusuli serangan 9 Ogos di Kampung Keling dan beting pasir mengabsahkan pengkhianatan dalaman. Pintu pertahanan dibuka, dan sebilangannya sekadar menonton dari jong-jong dan bahtera. Pelabuhan Melaka dibakar dan Jambatan Kota diserang selepas dua minggu. Kemudiannya, Kota Melaka dibakar dan meriam-meriamnya dibawa lari, sebelum sang saudagar asing berkhianat besar menyerahkan ribuan hamba abdi, mengharapkan gudang-gudangnya tidaklah dijarah. Maka tiadalah hairan meriam-meriam Kota Melaka lebih disasarkan ke Upih berbanding ke laut kerana ramai benar berkelakuan telunjuk lurus kelingking berkait.
Kamal Pandita tahu masa sudah semakin suntuk. 24 Ogos 1511 deras menghampiri. Kewujudan kota di atas runtuhan tapak Masjid Agung makin terzahir. Dalam beberapa hari, tatkala air pasang, kapal-kapal musuh akan mempertingkat serangan meriam dari Kampung Cina dan dari jambatan kastam Syahbandar. Peperangan dalam bandar bakal bermula disusuli sepuluh hari penjarahan kota. Bala ini bakal disusuli kelibat Sepanyol pada 1521, sebelum rantau dicarik lagi pada 1824 dan 1909.
Ah, P3GUN harus bertindak!
5
“Tapi, kita tak boleh ubah sejarah!” bantah Kapten Syah.
Bantahannya membuatkan yang lain terasa. Melaka Darul Azim bukanlah biasa-biasa. Pengembangannya luar biasa: Pahang, Kampar dan Kelantan ditawan perang; manakala Inderagiri, Siantan dan Bentan dihadiahkan Batara Majapahit sewaktu pernikahan Sultan dan Raden Galoh Cendera Kirana. Hebatnya Melaka hinggakan Kedah pernah meminta nobat, dan Patani pula bersurat sembah ke bawah takhtanya.
“Pantang Melaka berundur. Sebut sahaja Kampar, Pasai, mahupun Haru, semua pernah menyaksikan kehebatannya. Pembesarnya tidak bersembunyi di belakang rakyat. Ceh, anak harimau takkan menjadi anak kambing!”
Pertelingkahan bermula apabila Hang Qadim mengetahui Melaka bakal tumbang. Sementelah maklumnya hasil intipan Nena Pahlawan perihal hasil jarahan harta nusa dan bangsa bakal dilarikan Flor de la Mar. Antara yang dihimpun ialah 60 tan barang kemas, ratusan kotak berlian, gelang sakti Nakhoda Bija, dan tiang-tiang istana dilepa emas. Meski nama seindah bunga, busuk isinya menyakitkan hati anak bangsa. Laksana Amorphophallus titanum, cantik tetapi baunya menyesakkan.
“Kamu pasti?” soal Kapten Syah.
“Ya, saya tidak berseorangan ketika mengintip!”
“Siapa temanmu?”celah Hang Qadim.
“Hang Nadim!” balas Reyna.
Jawapannya membuat Hang Qadim tersenyum.
Kamal terlopong. Andai benarlah insan pemilik nama misteri yang bersamanya, ini ajaib! Nama bererti “teman” ini berulang kali tertulis dalam lipatan sejarah bangsa, seakan abadi. Menentang todak di Temasik pada 1380, menentang Portugis di Melaka, Kopak, dan Bintan pada 1516, 1519, 1524; dan bersama-sama menumbangkan Portugis pada Januari 1641.
Mungkin inikah petandanya?
6
Seusai solat dhuha, Kapten Syah, Kamal dan Hang Qadim berbicara. Jelas kini kota pasti tumbang. Namun empayarnya tidaklah tamat begitu sahaja. Portugis hanya mampu menawan Kota Melaka, tetapi bukanlah jaringan ekonominya. Perniagaan beralih ke Acheh, Bantam dan Brunei. Matawang perak Tanga dan timah Bastardo, Soldo dan Dinheiro hanya diterima Pegu dan Siam. Peradaban Islam Melaka kekal mekar.
Kamal berbisik pada Hang Qadim, “Dari Melakalah kelak wujudnya pemerintahan zuriatnya di Perak, Johor, Pahang, Terengganu, Riau, Lingga, dan Kampar. Alat-alat kebesaran Melaka, dan sistem pemerintahannya bakal dibawa. Umpama pohonan dibakar tanahnya, makin suburlah buat tumbuhan seterusnya.”
Mata Hang Qadim membulat.
“Ya, segalanya diwarisi. Pedang Cura Si Manjakini, Keris Seri Gading, Keris Taming Sari, Rantai Bunga Nyiur, Pontoh-pontoh, Mundam. Nobat, gendang dan nafiri turut dikekalkan. Begitu jua perjawatan Datuk Paduka Maharajalela, Datuk Penghulu Istiadat, jejawat, kundang, bentara dan pawai,” tambahnya.
“Sungguh?” soalnya sangsi.
Kamal mengangguk.
Kapten mengeluarkan sekeping duit keemasan memaparkan wajah-wajah pemerintah agung. Disuakannya kepada Hang Qadim, “Duli Tuanku bakal bertebaran dan berterusan, insya-Allah!”
Dikesatnya air mata, sedih yang teramat setelah mengetahui bayangan masa hadapan, nasib negeri nan satu tiada beraja.
Kapten menambah, “Perjuangan Melaka belum tamat selagi waris-warisnya wujud! Bukankah adat Melayu: negeri alah raja mati?”
Diangguknya perlahan.
“Usah khuatir, kami kekal mempertahankan Seri Paduka Baginda. Tiada pemakzulan!” jamin Kamal.
7
Saat dinantikan akhirnya tiba. Tiga purnama selepas kejatuhan kota, kapal celaka bersiap untuk melarikan hasil jarahan. P3GUN mengesan 400 tan hasil haram pengisi perut. Laras muncung senjata bergerak mengikut kiraan azimut, altitud, jarak dan kelajuan sasaran.
Mata mereka bertiga menyoroti satu sama lain. Masing-masing memikirkan perkara yang sama. Kewajiban bertindak seperti dizahirkan plak nama 30 Pahlawan Gagah Perkasa. Di sana terpamerlah nombor 901738, enam digit epik. Meski berbeza, kesetiaan tetap tumpah pada Raja dan Negara.
Skrin berkelip-kelip menunggu pengesahan pakar senjata. Hening.
“Tangan mengayun buaian mampu menggoncang dunia!” bisik Reyna sendiri. Pekat mengalir darah wirawati Nusantara di tubuhnya: Cik Siti Wan Kembang, Ratu Hijau, dan Malahayati. Inilah buahtangan pewarisnya Dara Jingga!
“Daulat Tuanku!” bicaranya spontan.
“Daulat Tuanku!” disahut Kamal.
“Daulat Tuanku!” teriak Kapten bersemangat.
Tanpa dirancang, diluar P3GUN, Hang Qadim juga menumbuk-numbuk ke udara. “Takbir!” lantas dibalas bertalu-talu pasukannya.
“Allahuakbar!”
“Allahuakbar!”
“Allahuakbar!”
Kesepaduan semua jasad dan nurani menghadirkan gempa menggoncang bumi. Bersama-samanya tujuh butir peluru istimewa nusa dan bangsa memecut ke kapal durjana.
8
Suatu percikan di kejauhan. Buat penghuninya, yang diinjak dan yang didongak bertukar posisi. Layar makin basah dijamah laut, sedangkan luan bebuli, baling-baling dan kemudi semakin mesra disapa bayu.
Flor de la Mar karam.
TAMAT 5.
6.
PEREMPUAN-PEREMPUAN DI PERPUSTAKAAN
Oleh: Em. Sastroatmodjo
DI bangku yang sedang Kau duduki sekarang. Kau bisa menatap pria ceking yang melayani pengunjung di depanmu itu. Lihatlah jari-jemarinya. Tolong awasi dia. Sebab lelaki brengsek, di manapun tempatnya, apapun jabatannya, tetap saja akan brengsek.
Kau tak perlu tau siapa aku dan mengapa aku membuat catatan ini. Yang jelas, setelah membaca tuntas, Kau akan paham sendiri.
Sudah kau awasi? Pastikan matamu tak melewatkan gerakan tangannya sedikitpun.
Baiklah, lewat tulisan ini, aku akan sedikit bercerita. Ini tentang perempuan-perempuan yang aku temui di perpustakan. Perempuan-perempuan yang saat ini juga dapat kau temui di situ. Lihatlah sekelilingmu:
/1/ Perempuan yang potonya dipasang di poster pintu masuk perpustakaan
Seperti halnya Kau. Aku pun seorang pengunjung paling taat di perpustakaan ini. Sore, selepas kerja, siapa saja akan menemukanku berdiam di sebelah rak warna hijau. Persis di tempat yang sedang kau duduki. Aku mulai keranjingan membaca, sejak aku bertemu perempuan yang wajahnya dipajang sebagai poster di pintu masuk perpustakaan. Perempuan itu bernama Olivia Hareem. Si Penggemar topi bulat dan jas berwarna kalem. Perempuan cerdas dengan sedikit riasan wajah. Dan itu yang membuatku mencintainya.
Aku menerimanya dengan kasih sayang seorang kekasih yang bahagia. Itu pertama yang harus Kau tahu. Anaknya dua dan dua-duanya ikut keluarga suami. Hiburan satu-satunya yang Olivia miliki adalah membaca cerita-cerita fiksi. Maka tidak heran, apabila setiap akhir pekan ia datang kemari.
“Sebelum aku menggilai cerita fiksi seperti sekarang, Aku pernah phobia pada pengarang” ucap Olivia suatu ketika.
“Bagaimana ceritanya?”
“Dulu, suamiku seorang pengarang, kau tahu sendiri, banyak pengarang yang sangat romantis dalam karya, tetapi dalam kenyataan kehidupannya semua itu omong kosong” lanjutnya. Ia benahi rambutnya yang sedikit turun di kening. “Kau tak akan menyangka, Mas, bahwa tangan yang ia gunakan untuk mengetik kalimat romantis itulah yang menciptakan luka memar di wajahku. Ia menjadi gila dan marah tiba-tiba saat imajinasinya mampet”
“Astaga.. Maaf, Aku turut prihatin” dan benar,aku lihat beberapa bekas luka yang hampir pulih sempurna. Semacam bekas jahitan.
“Tak perlu minta maaf, aku sudah terbiasa. Yang jelas, aku bersyukur, saat ini aku sudah merdeka”
“Kalian sudah cerai?”
“Bisa dibilang begitu, lebih tepatnya, dia pergi dengan penggemar tulisan-tulisannya” ketika menjawab ini, aku lihat mata olivia menyala, semacam ada kemarahan sekaligus kenyerian. Tapi aku tak melanjutkan percakapan itu. Aku tak akan menanyakan bagaimana suaminya bisa pergi, atau pergi ke mana. Menanyakan kisah lama seseorang terkadang justru membuatnya tidak nyaman. Itu masa lalu dia. Aku hanya ingin melihat masa depan di matanya.
Sejak itulah, aku mencintainya dengan cinta seorang kekasih yang bahagia. betapa aku telah menjadi orang yang beruntung memiliki perempuan seperti dia. Sampai saat ini, saat kau baca catatan ini, aku mencintainya.
/2/ Perempuan yang menggendong bayi
Perempuan yang sandaran di jendela sambil menggendong bayi itu namanya Sri. Kami bertemu saat mencari buku di bagian rak kesehatan. Tanpa sengaja buku yang ia cari sama seperti buku yang aku cari. Sebagai lelaki, aku mengalah. Waktu pertama kali berkenalan, kandungannya masih sangat muda. Ia mengatakan bahwa hal berat orang hamil adalah menahan godaan ngidam.
“Seperti halnya perempuan hamil pada umumnya, ngidam adalah godaan yang setiap saat bertamu.”
“Benar, kata orang-orang memang demikian. Kalau tidak di turuti bayinya bisa ngiler”
Aku lihat dia tertawa.
“Sepanjang karier hamilmu, Sri. Kamu sudah ngidam apa saja”
“Aku ngidam melempar kapak” ucapnya.
“Melempar kapak?”
“Iya, melempar kapan” perempuan itu meyakinkanku.
“lantas,Sudah kau tunaikan ngidammu itu,Sri?”
“Sudah. Ditemani suamiku” jawabnya singkat.
Aku tertawa, dan dia memandangiku dengan tatapan sedikit janggal,
“Aku kira suamimu juga akan sama sepertiku” kataku sambil menahan tawa.
“Kamu salah, justru suamiku ketakutan,”
“Apa yang menakutkan dari ngidam seperti itu?”
“Aku ngidam melempar kapak pada kendi. Dan kendi itu harus ditaruh di atas kepala suamiku”
“Astagfirulloh.. Kalau begitu ceritanya, bukan hanya suamimu saja yang takut, semua lelaki di muka bumi akan bereaksi demikian, edan. Lalu bagaimana suamimu?”
Dia diam sejenak, ada aliran sungai yang tiba-tiba muncul di matanya,
“Dia tidak beruntung, Mas, bilah kapak yang aku lemparkan tidak mengenai kendi, melainkan menancap tepat di tengah kepalanya”
Ada kesunyian yang merembes di antara kami. Aku bisa membayangkan betapa ngerinya. Otak berceceran di jubin dan darah berhambur di mana-mana. Memang terdengar gila. Tetapi, itulah kisah Sri adanya.
/3/ Perempuan yang mirip laki-laki
Tengok perempuan yang duduk selonjor di ujung lorong itu. Kumis tipis dan bulu halus yang tumbuh di antara alisnya itulah yang membuatku menaruh hati. Pun bulu-bulu yang tumbuh subur di lengan dan kakinya. Bagiku, itu sangat unik. Kami bertemu di perpustakaan pada akhir bulan Januari.
Ayahnya seorang wali kota, seorang kepala keluarga yang sibuk mengurusi kehidupan orang banyak, meski terkadang bahkan sering melupakan urusan keluarganya sendiri.
“Ayah hanya datang sebulan sekali, itupun hanya beberapa jam saja, sekadar mampir” begitu ia memulai kisah orang yang ia sebut Ayah. “Setiap hari, aku selalu bertanya-tanya, apakah semua lelaki memang brengsek? Bagaimana menurutmu?”
“Dengar Mei, tidak semua lelaki seperti itu?” jawabku
“Lalu, bagaimana denganmu, Mas?” Kau tahu, pertanyaanya itu membuat leherku seret. Sebuah pertanyaan yang menurutku terlalu keparat. Aku sedikit lama terdiam. Bagaimana aku menjawabnya. Seumpama posisimu sebagai aku waktu itu, tentunya akan mengalamai hal yang sama, menjadi patung selama beberapa menit.
“Emm.. Kalau aku sih tidak termasuk jenis lelaki semacam itu?” aku menjawab dengan sedikit gugup. Mei melirikku sambil tetap diam. Ya. Perempuan yang mirip lelaki itu tak menampakkan ekspresi apa-apa.
“Aku percaya itu”ucapnya sambil membenahi letak duduknya. Kemudian ia mendekatkan wajahnya ke wajahku. “Aku memercayaimu, seperti halnya aku memercayai ayahku tempo dulu. Kamu dan ayah ada kemiripan. Dulu, Ayah orang yang terlihat lugu sepertimu, seorang lelaki gagah yang dipercaya banyak orang bahwa ia adalah lelaki yang tidak brengsek. Tetapi itu dulu, sebelum akhirnya semua orang bahkan aku mengecapnya sebagai lelaki paling brengsek. Ia meninggalkan ibuku ketika aku sedang dikandung. Sementara kakakku terbaring di dipan, karena berjuang melawan penyakit cacar yang menyerang seluruh badanku secara membabi buta. Dulu, Ayah dikabarkan pergi berlayar ke Singapura. Dan sampai sekarang, ia tidak pernah kembali. Kabar terbaru, ia sekarang menjadi pemimpin sebuah partai di sana, banyak pemimpin partai yang brengsek di dunia ini”.
Kekecewaan pada ayahnya membuat Mei tidak percaya lagi pada lelaki, kecuali padaku. Mulai saat itu, aku selalu menemuinya setiap hari rabu, seperti hari ini. Ia selonjoran diujung lorong.
/4/ Perempuan berjilbab lebar bercelana gemes
Putar kepalamu sedikit ke kanan. Perempuan berjilbab lebar bercelana gemes itu namanya Eti. Ia lahir tanpa kedua orang tua. Menurut ceritanya, Bapak Ibunnya meninggal saat ada unjuk rasa di depan kantor dewan. Bukan karena terkena gas air mata atau lemparan batu, melainkan karena terpeleset kulit pisang ketika mereka berlari menjauhi kerumunan. Tak perlu heran, terkadang kematian memang datang bersamaan hal seremeh itu.
Eti hidup bersama pamannya yang sekarang mengalami stoke. Penyakit darah tinggi merenggut kekuatan kaki lelaki yang telah ia anggap sebagai ayahnya sendiri itu. Dulu, pamannya bekerja di Gedung Olah Raga PT.Djarum Kudus khusus membina tunas-tunas muda bulu tangkis. Namun, semenjak ia diberhentikan dari sana akibat konflik KPAI dengan perusahaan itu, ia menjadi stress. Tensi darahnya meningkat. Kakinya mulai mati rasa.
Sejak saat itu, Eti menggantikan peran pamannya sebagai tulang punggung keluarga. Perempuan bertubuh pinus itu mengabdikan dirinya di warung Yu Sum. Warung di pinggiran rel kereta api. Menjadi tukang bersih-bersih piring dan perabotan.
Sekarang Kau sudah tahu semua perempuan-perempuan yang berada di sekelilingmu kan. Tapi tolong, awasi pria ceking di depanmu itu. Pria ceking yang sekarang Kau tatap itu adalah petugas perpustakaan yang baru, dia menggantikan seseorang yang bekerja sebelumnya–pria tambun yang jarinya aku jadikan gantungan kunci: jari yang dulunya sangat mudah memegang pantat perempuan-perempuan yang aku ceritakan di atas. Tapi tenang saja. Lelaki itu sudah kabur ke Kalimantan. Pulang ke kampung halaman. Jadi, kalau kau melihat pria ceking itu menggunakan jarinya untuk mencolek pantat perempuan-perempuanku, bilang saja. akan kujadikan jarinya gantungan kunci.
Dan ini rahasia kita, Aku adalah kakek, ayah, dan suami dari perempuan-perempuan itu. Kamu diam saja, sebab mereka pun tak mengenaliku lagi.
Yogyakarta, Hari Santri 22 Oktober 2019.
TAMAT 6.
7.
+ – × ÷
Oleh: Irwan Abu Bakar
MEJA itu berbentuk empat segi sama. Meja kayu. Panjang setiap sisinya hanya dua kaki (0.6096 meter). Luas permukaan meja itu ialah dua kaki darab dua kaki, jadinya empat kaki persegi. Meja itu bernombor 17. Itulah nombor yang tertempel di suatu sudut permukaan meja itu. Letaknya meja itu adalah di kedai Mamak yang bernama “Teh Tarik Palace”. Kedai itu letaknya di dalam supermarket Tetero. Berhawa dingin. Amat popular kedai makan ini, meja-mejanya selalu dipenuhi oleh para pelanggan.
Di meja 17 itu, duduk dua orang lelaki muda. Seorang mengenakan baju-T berwarna merah sementara seorang lagi berbaju-T berwarna hitam. Mereka masih remaja, dalam 17 tahun umurnya. Susuk badan mereka tampan dan langsing. Rambut lebat, banyak yang keperang-perangan disapu pewarna rambut. Remaja yang berbaju merah kelihatan seperti sahabat sebaya kepada lelaki berbaju hitam. Yang berbaju hitam kelihatan seperti sahabat sebaya kepada lelaki berbaju merah. Mereka sedang duduk untuk menikmati sarapan tertangguh (atau brunch) tentunya. Dikatakan brunch kerana jam sudah menunjukkan hampir pukul 11.00 pagi sedangkan mereka baru sahaja memesan makanan dan kedua-duanya kelihatan agak kelaparan.
Dua orang lelaki muda itu duduk bersebelahan tetapi menghadap 90 darjah antara satu sama lain, kau faham, bukan? Maksudnya, garis pandangan lelaki berdua itu bersilangan antara satu sama lain untuk membentuk sudut 90 darjah. Maksudnya, mereka duduk di dua sisi meja itu yang berlainan dan dua sisi itu membentuk sudut 90 darjah. Maksudnya, mereka masing-masing duduk di meja itu, di dua sisi yang berlainan tetapi mereka berada sebelah-menyebelah antara satu dengan lain. Lelaki-lelaki itu sengaja duduk di meja bernombor 17 kerana kedua-duanya ialah peminat tegar bagi novel antiplot Meja 17 yang sedang laris di pasaran Malaysia dan Indonesia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Lelaki berbaju merah sudah menerima pesanannya. Sedulang roti boom terletak di hadapannya. Dua keping roti boom, dengan kuah dalam lekukan pada dulang itu. Teh tarik juga terletak di sisi dulang itu. Seorang pelayan Mamak kedai itu datang membawa sedulang chicken strips dan french fries serta segelas lagi teh tarik. Diletaknya racikan ayam, gorengan potongan kentang, dan teh tarik itu di hadapan remaja berbaju hitam.
Dua lelaki remaja itu terus memamah makanan masing-masing sambil melayani telefon bimbit masing-masing, dengan sesekali meneguk teh tarik panas dari gelas masing-masing. Sesekali mereka serius, sesekali mereka tersenyum, sesekali mereka mengerutkan kening dan dahi, dan sesekali mereka ketawa.
Apa tanyamu? Bagaimana suasana dalam restoran itu pada masa itu? Oh, suasananya riuh dengan para pelanggan yang ramai, mencari-cari meja yang masih kosong. Beberapa kumpulan pelanggan berdiri di tepi dinding, memerhati dari jauh jika ada meja yang ditinggalkan kosong oleh pelanggan terdahulu yang sudah selesai menikmati juadah masing-masing. Para pelanggan di meja juga terasa tertekan untuk menghabiskan makanan masing-masing dengan secepat mungkin kerana terus-menerus diperhatikan oleh pelanggan yang masih menunggu giliran untuk mendapatkan tempat duduk. Pelayan restoran, ada dalam 10 orang kesemuanya, sibuk ke sana sini untuk mendapatkan helaian borang pesanan makanan yang dihulurkan oleh pelanggan yang baru duduk di meja dan mengisi helaian borang pesanan yang tersedia di atas meja masing-masing. Sekali sekala, terdengar suara laungan pelanggan memanggil pelayan untuk mengambil borang pesanan daripada mereka atau untuk menukar pesanan yang tersilap hantar. Kekadang terdengar juga tukang masak di dalam kubikel dapur memanggil pelayan restoran itu untuk datang mengambil segera makanan yang telah siap mereka sediakan dalam dulang penghantaran. Di kaunter bayaran, kelihatan barisan yang panjang, dengan pelanggan yang masing-masing menunggu giliran untuk membuat bayaran di kaunter bayaran yang mempunyai hanya sebuah mesin bayaran dan seorang kasyier sahaja. Ya, begitu mencabar suasananya… Ala, sudahlah tu. Janganlah tanya lagi. Kamu bayangkanlah sendiri suasananya. Kita hendak fokus kepada ceritanya, kepada apa yang berlaku. Kalau sibuk bercerita tentang suasana sekitar, boleh merugikan tenaga, merugikan masa, malah merugikan kata-kata. Itu pembaziran, tahu? Allah marah orang yang boros, suka membazir tenaga, masa, dan kata-kata. Kelmarin, dalam khutbah Jumaat di masjid al-Ghufran, imam ada membaca dan menayangkan di skrin yang terpasang di dinding depan masjid itu, sebuah petikan dari al-Quran, surah al-Isra’ (surah 17), ayat 27, seperti yang berikut:
Sesungguhnya, orang yang boros itu ialah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.
Aduh… Wajarkah ayat al-Quran dipetik dan diletakkan untuk menghiasi sebuah cerita fiksyen seperti cerpen ini? Ada sebuah novel, pastinya fiksyen, yang menyelerakkan petikan terjemahan berbagai-bagai ayat al-Quran di dalamnya. Wajarkah hal itu dilakukan, sedangkan novel juga ialah sebuah karya fiksyen. Emm… Itu isu lain, isu akademik. Biarlah pakar sastera dalam kalangan ahli-ahli akademik membincangkannya. Kita teruskan sahaja dengan cerita kita.
Rupa-rupanya, pada ketika itu, pada ketika dua lelaki remaja tersebut beraktiviti di meja 17, ada seorang perempuan yang duduk di meja yang berhampiran, sedang memerhatikan dua orang lelaki remaja bersahabat baik di meja 17 yang tersebut. Betulkah dua lelaki itu semata-mata dua orang yang bersahabat baik? Agaknya la. Lagak mereka pun kelihatan mesra kawan biasa. Bukan jenis yang berbincang tentang “top ke bottom?”. Lagi pun, tidak mungkin dua lelaki itu pasangan PLU kerana lelaki PLU laknatullah biasanya tidak membawa pasangan laknatullah mereka makan di kedai Mamak.
Perempuan tadi bangun dari mejanya, meja bernombor 19. Perempuan ini sebenarnya adalah juga peminat tegar novel Meja 17 dan sewaktu dia masuk ke restoran itu tadi, dia sememangnya terus menuju ke meja bernombor 17. Malangnya, meja itu sudah terlebih dahulu diisi oleh dua orang lelaki tersebut menyebabkan perempuan itu terpaksa menuju ke meja 19 dengan perasaan geram. Geram marah, rasa hendak tampar, bukannya geram berahi, rasa hendak peluk cium.
Kini perempuan itu terus menuju ke meja 17 yang sedang diduduki dua lelaki remaja tadi.
“Adik,” tegur perempuan itu kepada dua lelaki tersebut apabila dia sampai di meja 17. “Saya lihat adik berdua terlalu leka dengan telefon bimbit masing-masing. Tidak bercakap-cakap langsung antara satu dengan lain. Inilah tabiat buruk yang sedang merosakkan hubungan sosial dalam masyarakat kita pada hari ini,” bentaknya. Mukanya merah marah.
Wah, perempuan itu seorang aktivis sosial agaknya! Tidak mungkin dia bertindak begitu untuk merebut meja 17 daripada lelaki berdua itu.
Dua lelaki remaja di meja 17 tersebut memandang terkejut ke muka perempuan yang menyerang mereka itu.
“Puan, kami sedang berkomunikasi berdua. Kami berkomunikasi menggunakan telefon kami!” kata lelaki remaja berbaju merah itu. Remaja berbaju hitam melihat ke muka perempuan aktivis sosial itu sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
Tetiba wajah wanita aktivis sosial yang garang tadi berubah warna daripada merah kepada merah padam.
“Oh, kenapa anda perlu berbincang dengan menggunakan telefon bimbit? Kenapa tidak tatap muka dan lontarkan suara? Itu dua gerak asas komunikasi!” bentaknya.
Oh, dia mempunyai ilmu akademik asas tentang komunikasi rupa-rupanya. Mungkin dia pengikut tegar portal FIKKOM (Fikir & Komunikasi) yang diuruskan oleh syarikat Real Good Studio di URL http://fikkom.home.blog.
Remaja berbaju merah menjawab. “Sukar kami hendak berkomunikasi begitu, puan,” katanya sambil melihat ke muka perempuan aktivis sosial itu. Remaja berbaju hitam melihat ke muka perempuan aktivis sosial itu sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
Perempuan itu, secara spontan, membeliakkan matanya dan bertanya, “Sukar hendak berkomunikasi dengan menatap muka dan melontarkan suara? Mustahil! Apa yang sedang kamu berdua bincangkan?”
Remaja lelaki berbaju merah menunjukkan skrin telefonnya kepada wanita itu.
Perempuan itu tergamam. Matanya semakin terbeliak apabila melihat kandungan skrin telefon bimbit yang ditalakan kepadanya itu. Menjadi serba salah perempuan aktivis sosial itu apabila melihat pancaran imej ini:
TAMAT 7.
8
NANGIS
Oleh: Irwan Abu Bakar
MEJA itu berbentuk empat segi sama. Meja kayu. Panjang setiap sisinya hanya dua kaki (0.6096 meter). Luas permukaan meja itu ialah dua kaki darab dua kaki, jadinya empat kaki persegi. Meja itu bernombor 17. Itulah nombor yang tertempel di suatu sudut permukaan meja itu. Letaknya meja itu adalah di kedai Mamak yang bernama “Teh Tarik Palace”. Kedai itu letaknya di dalam supermarket Tetero. Berhawa dingin. Amat popular kedai makan ini, meja-mejanya selalu dipenuhi oleh para pelanggan.
Di meja 17 itu, duduk seorang lelaki separuh umur bersama-sama dengan seorang wanita. Si lelaki kelihatan umurnya sekitar 45 tahun. Badannya masih kelihatan tampan tetapi rambutnya sudah banyak juga ubannya. Si perempuan kelihatan hampir sebaya dengannya. Susuk badannya langsing. Rambutnya lebat, banyak yang keperang-perangan disapu pewarna rambut. Si lelaki kelihatan seperti suami kepada wanita itu. Si wanita kelihatan seperti isteri kepada lelaki. Mereka sedang duduk untuk menikmati sarapan tertangguh (brunch) tentunya. Dikatakan brunch kerana jam sudah menunjukkan hampir pukul 11.00 pagi sedangkan mereka baru sahaja memesan makanan. Si suami kelihatan agak kelaparan sedangkan si isterinya tidak sebegitu.
Pasangan tersebut duduk bersebelahan tetapi menghadap 90 darjah antara satu sama lain, kau faham, bukan? Maksudnya, garis pandangan mereka berdua itu bersilangan antara satu sama lain untuk membentuk sudut 90 darjah. Maksudnya, mereka duduk di dua sisi meja itu yang berlainan dan dua sisi itu membentuk sudut 90 darjah. Maksudnya, mereka duduk di meja itu, di dua sisi yang berlainan tetapi mereka berada sebelah-menyebelah antara satu dengan lain. Pasangan itu sengaja duduk di meja bernombor 17 kerana kedua-duanya ialah peminat tegar bagi novel antiplot Meja 17 yang sedang laris di pasaran Malaysia dan Indonesia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Si lelaki sudah menerima pesanannya. Sedulang roti boom terletak di hadapannya. Dua keping roti boom, dengan kuah dalam lekukan pada dulang itu. Teh tarik juga terletak di sisi dulang itu. Kemudian seorang pelayan Mamak kedai itu datang membawa segelas teh O panas. Diletaknya teh O itu di hadapan sang wanita.
Pasangan lelaki dan wanita itu terus menikmati juadah masing-masing. Sesekali mereka serius, sesekali mereka tersenyum, sesekali mereka mengerutkan kening dan dahi, dan sesekali mereka ketawa.
Apa tanyamu? Bagaimana suasana dalam restoran itu pada masa itu? Oh, suasananya riuh dengan para pelanggan yang ramai, mencari-cari meja yang masih kosong. Beberapa kumpulan pelanggan berdiri di tepi dinding, memerhati dari jauh jika ada meja yang ditinggalkan kosong oleh pelanggan terdahulu yang sudah selesai menikmati juadah masing-masing. Para pelanggan di meja juga terasa tertekan untuk menghabiskan makanan masing-masing dengan secepat mungkin kerana terus-menerus diperhatikan oleh pelanggan yang masih menunggu giliran untuk mendapatkan tempat duduk. Pelayan restoran, ada dalam 10 orang kesemuanya, sibuk ke sana sini untuk mendapatkan helaian borang pesanan makanan yang dihulurkan oleh pelanggan yang baru duduk di meja dan mengisi helaian borang pesanan yang tersedia di atas meja masing-masing. Sekali sekala, terdengar suara laungan pelanggan memanggil pelayan untuk mengambil borang pesanan daripada mereka atau untuk menukar pesanan yang tersilap hantar. Kekadang terdengar juga tukang masak di dalam kubikel dapur memanggil pelayan restoran itu untuk datang mengambil segera makanan yang telah siap mereka sediakan dalam dulang penghantaran. Di kaunter bayaran, kelihatan barisan yang panjang, dengan pelanggan yang masing-masing menunggu giliran untuk membuat bayaran di kaunter bayaran yang mempunyai hanya sebuah mesin bayaran dan seorang kasyier sahaja. Ya, begitu mencabar suasananya… Ala, sudahlah tu. Janganlah tanya lagi. Kamu bayangkanlah sendiri suasananya. Kita hendak fokus kepada ceritanya, kepada apa yang berlaku. Kalau sibuk bercerita tentang suasana sekitar, boleh merugikan tenaga, merugikan masa, malah merugikan kata-kata. Itu pembaziran, tahu? Allah marah orang yang boros, suka membazir tenaga, masa, dan kata-kata. Kelmarin, dalam khutbah Jumaat di masjid al-Ghufran, imam ada membaca dan menayangkan di skrin yang terpasang di dinding depan masjid itu, sebuah petikan dari al-Quran, surah al-Isra’ (surah 17), ayat 27, seperti yang berikut:
Sesungguhnya, orang yang boros itu ialah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.
Aduh… Wajarkah ayat al-Quran dipetik dan diletakkan untuk menghiasi sebuah cerita fiksyen seperti cerpen ini? Ada sebuah novel, pastinya fiksyen, yang menyelerakkan petikan terjemahan berbagai-bagai ayat al-Quran di dalamnya. Wajarkah hal itu dilakukan, sedangkan novel juga ialah sebuah karya fiksyen. Emm… Itu isu lain, isu akademik. Biarlah pakar sastera dalam kalangan ahli-ahli akademik membincangkannya. Kita teruskan sahaja dengan cerita kita.
Datang pelayan restoran ke meja 17 untuk mengira bayaran yang akan dikenakan. Pelayan itu bertanya, “Sorang jer makan ke?”
Si suami menjawab, bergurau, “Bajet yang kami ada cukup untuk sorang makan jer, maka saya makan la…”
Hakikat sebenarnya, si isteri baru sahaja makan pagi sebentar di rumah mereka tadi. Si lelaki tidak sempat makan pagi di rumah, jadinya si lelaki itu sedang lapar. Selepas urusan di bank, mereka ke restoran itu, duduk di meja 17.
Rupa-rupanya, pada ketika itu, pada ketika pasangan tersebut sedang beraktiviti di meja 17, ada seorang lain perempuan yang duduk di meja yang berhampiran, sedang memerhatikan pasangan suami isteri di meja 17 yang tersebut. Betulkah pasangan insan itu merupakan pasangan suami isteri? Agaknya la. Lagak mereka pun kelihatan mesra sekali dan tidak malu-malu. Lagi pun, tidak mungkin pasangan itu ialah lelaki pelanggan pelacur dengan perempuan pelacur yang dilangganinya kerana lelaki laknatullah yang melanggani pelacur biasanya tidak membawa pelacur laknatullah yang dilangganinya untuk makan di kedai Mamak.
Perempuan tadi bangun dari mejanya, meja bernombor 19. Perempuan ini sebenarnya adalah juga peminat tegar novel Meja 17 dan sewaktu dia masuk ke restoran itu tadi, dia sememangnya terus menuju ke meja bernombor 17. Malangnya, meja itu sudah terlebih dahulu diisi oleh pasangan suami isteri yang tersebut menyebabkan perempuan itu menuju ke meja 19 dengan perasaan geram. Geram marah, rasa hendak tampar, bukannya geram berahi, rasa hendak peluk cium.
Kini perempuan itu terus menuju ke meja 17 yang sedang diduduki pasangan suami isteri tadi. “Encik,” tegurnya kepada si suami. Sambungnya, “Encik makan sedulang roti boom seorang diri sementara isteri encik hanya dipesankan segelas teh O panas sahaja. Tabiat buruk memperlekeh-lekehkan isteri seperti inilah yang sedang merosakkan keharmonian rumah tangga dalam masyarakat kita pada hari ini,” bentaknya. Mukanya merah marah.
Wah, perempuan itu seorang aktivis sosial agaknya! Tidak mungkin dia bertindak begitu untuk merebut meja 17 daripada pasangan suami isteri itu.
Pasangan suami isteri di meja 17 tersebut memandang terkejut ke muka perempuan yang menyerang mereka itu.
Pada ketika itu, pelayan restoran tadi datang semula membawa sedulang lagi roti boom dan meletaknya di depan si wanita: sedulang makanan yang sama seperti makanan yang berada di dulang si suami.
“Eh, kami tak pesan pun…” kata si lelaki kepada pelayan itu.
“Tak per, Encik. Tak perlu bayar. Percuma, tauke belanja…” kata pelayan itu.
Menitis air mata si suami.
TAMAT 8.
9
DOMPET
Oleh: Irwan Abu Bakar
MEJA itu berbentuk empat segi sama. Meja kayu. Panjang setiap sisinya hanya dua kaki (0.6096 meter). Luas permukaan meja itu ialah dua kaki darab dua kaki, jadinya empat kaki persegi. Meja itu bernombor 17. Itulah nombor yang tertempel di suatu sudut permukaan meja itu. Letaknya meja itu adalah di kedai Mamak yang bernama “Teh Tarik Palace”. Kedai itu letaknya di dalam supermarket Tetero. Berhawa dingin. Amat popular kedai makan ini, meja-mejanya selalu dipenuhi oleh para pelanggan.
Di meja 17 itu, duduk seorang lelaki separuh umur bersama-sama dengan sebuah beg di kerusi di sebelahnya. Lelaki itu badannya masih kelihatan tampan tetapi rambutnya sudah banyak juga ubannya. Beg di kerusi di sebelahnya ialah beg kulit yang agak besar saiznya. Beg itu kelihatan baharu, masih baru sebulan dua digunakan. Beg itu diperbuat daripada kulit yang menarik, berwarna keperang-perangan dan berkilat. Ia berisi buku-buku. Lelaki tadi kelihatan seperti tuan punya beg itu. Beg itu kelihatan seperti milik lelaki separuh umur itu. Lelaki dan beg itu berada di kerusi masing-masing dengan lelaki separuh umur tersebut sedang duduk untuk menikmati sarapan tertangguh (brunch) tentunya. Dikatakan brunch kerana jam sudah menunjukkan hampir pukul 11.00 pagi sedangkan lelaki itu baru sahaja memesan makanan dan kelihatan agak kelaparan.
Lelaki dan beg tersebut berada di kerusi yang bersebelahan tetapi menghadap 90 darjah antara satu sama lain, kau faham, bukan? Maksudnya, garis pandangan lelaki itu dan garis pandangan dari kerusi tempat beg itu berada adalah bersilangan antara satu sama lain untuk membentuk sudut 90 darjah. Maksudnya, lelaki itu dan beg kulit tersebut berada di dua sisi meja itu yang berlainan dan dua sisi itu membentuk sudut 90 darjah. Maksudnya, kerusi yang menempatkan lelaki itu dan yang menempatkan beg tersebut masing-masing berada di meja itu, di dua sisi yang berlainan tetapi kedua-duanya berada sebelah-menyebelah antara satu dengan lain. Lelaki itu sengaja duduk di meja bernombor 17 kerana dia ialah peminat tegar bagi novel antiplot Meja 17 yang sedang laris di pasaran Malaysia dan Indonesia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Lelaki separuh umur sudah menerima pesanannya. Sedulang roti boom terletak di hadapannya. Dua keping roti boom, dengan kuah dalam lekukan pada dulang itu. Teh tarik juga terletak di sisi dulang itu.
Si lelaki memulakan proses memakan roti boomnya. Beg dibiarkannya di kerusi di sebelahnya. Dia tidak berkata apa-apa.
Tidak lama kemudian, roti boom si lelaki pun habis dimakan. Tinggal teh tarik sahaja yang perlu dilayani. Lelaki separuh umur yang sudah selesai menikmati roti boomnya terus mengalihkan tumpuannya untuk melayani telefon bimbitnya, sambil sesekali meneguk teh tarik panas dari gelas di hadapannya.
Apa tanyamu? Bagaimana suasana dalam restoran itu pada masa itu? Oh, suasananya riuh dengan para pelanggan yang ramai, mencari-cari meja yang masih kosong. Beberapa kumpulan pelanggan berdiri di tepi dinding, memerhati dari jauh jika ada meja yang ditinggalkan kosong oleh pelanggan terdahulu yang sudah selesai menikmati juadah masing-masing. Para pelanggan di meja juga terasa tertekan untuk menghabiskan makanan masing-masing dengan secepat mungkin kerana terus-menerus diperhatikan oleh pelanggan yang masih menunggu giliran untuk mendapatkan tempat duduk. Pelayan restoran, ada dalam 10 orang kesemuanya, sibuk ke sana sini untuk mendapatkan helaian borang pesanan makanan yang dihulurkan oleh pelanggan yang baru duduk di meja dan mengisi helaian borang pesanan yang tersedia di atas meja masing-masing. Sekali sekala, terdengar suara laungan pelanggan memanggil pelayan untuk mengambil borang pesanan daripada mereka atau untuk menukar pesanan yang tersilap hantar. Kekadang terdengar juga tukang masak di dalam kubikel dapur memanggil pelayan restoran itu untuk datang mengambil segera makanan yang telah siap mereka sediakan dalam dulang penghantaran. Di kaunter bayaran, kelihatan barisan yang panjang, dengan pelanggan yang masing-masing menunggu giliran untuk membuat bayaran di kaunter bayaran yang mempunyai hanya sebuah mesin bayaran dan seorang kasyier sahaja. Ya, begitu mencabar suasananya… Ala, sudahlah tu. Janganlah tanya lagi. Kamu bayangkanlah sendiri suasananya. Kita hendak fokus kepada ceritanya, kepada apa yang berlaku. Kalau sibuk bercerita tentang suasana sekitar, boleh merugikan tenaga, merugikan masa, malah merugikan kata-kata. Itu pembaziran, tahu? Allah marah orang yang oros, suka membazir tenaga, masa, dan kata-kata. Kelmarin, dalam khutbah Jumaat di masjid al-Ghufran, imam ada membaca dan menayangkan di skrin yang terpasang di dinding depan masjid itu, sebuah petikan dari al-Quran, surah al-Isra’ (surah 17), ayat 27, seperti yang berikut:
Sesungguhnya, orang yang boros itu ialah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.
Aduh… Wajarkah ayat al-Quran dipetik dan diletakkan untuk menghiasi sebuah cerita fiksyen seperti cerpen ini? Ada sebuah novel, pastinya fiksyen, yang menyelerakkan petikan terjemahan berbagai-bagai ayat al-Quran di dalamnya. Wajarkah hal itu dilakukan, sedangkan novel juga ialah sebuah karya fiksyen. Emm… Itu isu lain, isu akademik. Biarlah pakar sastera dalam kalangan ahli-ahli akademik yang membincangkannya. Kita teruskan sahaja dengan cerita kita.
Pada ketika itu, pelayan restoran itu datang ke meja 17, menghulurkan invois kepada lelaki itu. Kelam-kabut benar kelihatan lelaki itu. Dia tak dapat nak bayar. Katanya, dompetnya tertinggal di rumah. Mamak kasyier tidak percaya, dan macam marah-marah kepadanya.
Lelaki itu melihat sekeliling, dan akhirnya mohon bantuan pelanggan di meja terdekat, meja 18. Mereka yang berada di meja itu berpandangan sesama sendiri, dan buat tak peduli; jelas tidak percaya kepada dia.
Rupa-rupanya, pada ketika itu, pada ketika aksi tersebut sedang berlaku di meja 17, ada seorang perempuan yang duduk di meja yang berhampiran, sedang memerhatikan lelaki di meja 17 dengan begnya itu. Betulkah beg itu kepunyaan lelaki yang tersebut? Agaknya la. Muka lelaki tu nampak biasa sahaja, tak nampak macam pencuri. Tak mungkin beg itu dicurinya kerana pencuri laknatullah biasanya tidak membawa barang curiannya untuk makan di kedai Mamak.
Perempuan tadi bangun dari mejanya, meja bernombor 19. Perempuan ini sebenarnya adalah juga peminat tegar novel Meja 17 dan sewaktu dia masuk ke restoran itu tadi, dia sememangnya terus menuju ke meja bernombor 17. Malangnya, meja itu sudah terlebih dahulu diisi oleh lelaki dua orang tersebut menyebabkan perempuan itu terpaksa menuju ke meja 19 dengan perasaan geram. Geram marah, rasa hendak tampar, bukannya geram berahi, rasa hendak peluk cium.
Kini perempuan itu terus menuju ke meja 17 yang sedang diduduki lelaki tadi.
“Encik,” tegur perempuan itu kepada lelaki tersebut apabila dia sampai di meja 17. “Encik sepatutnya lebih berhati-hati. Jadikan satu tabiat, nak makan di kedai tengok duit dulu. Jangan pakai makan sahaja. Inilah tabiat buruk yang sedang merosakkan suasana sosial dalam masyarakat kita pada hari ini,” bentaknya. Mukanya merah marah.
Wah, perempuan itu seorang aktivis sosial agaknya! Tidak mungkin dia bertindak begitu untuk merebut meja 17 daripada lelaki berdua itu.
Lelaki di meja 17 tersebut memandang terkejut ke muka perempuan yang menyerangnya itu.
Datang seorang lelaki remaja dari meja 16. Katanya kepada perempuan yang sedang marah-marah itu. ““Puan, apabila namanya insan, terlupa, tertinggal, terlepas, dan tersalah adalah lumrah.” Dia melihat ke muka perempuan aktivis sosial itu dengan sinis..
Tetiba wajah wanita aktivis sosial yang garang tadi berubah warna daripada merah kepada merah padam.
“Oh, kenapa dia perlu lalai sebegitu rupa? Tabiat yang positif perlu dijadikan amalan dan cara hidup! Entah-enetah dia menipu…” bentaknya.
Seorang lagi remaja lelaki di meja sebelah, meja 16, tetiba meluru ke arah mereka dan menyampuk. Katanya, “Ala… sepatutnya tuan punya restoran ni buat csr jer. Dia buat duit berpuluh-puluh ribu sehari, tak boleh nak tolong ke? Mari kita boikot kedai ni…”
Suasana kelihatan tegang sekali.
Aku ke meja 17 dan bertanya si Mamak kasyier, berapa si lelaki itu perlu bayar. Ah, dia makan roti boom dan teh tarik sahaja. RM4.80 sahaja. Aku bayarkan kos itu bersama dengan bil aku.
Aku memang percaya yang lelaki itu tertinggal dompetnya di rumah. Walaupun dia tidak cam akan aku tetapi aku kenal akan dia, seorang profesor gred A di sebuah universiti terkemuka. Gajinya dalam RM30,000 sebulan.
(Perhatian: Set dialog di bahagian akhir cerpen ini saya petik daripada komen pembaca apabila saya siarkan cerpen ini sebagai status di akaun Facebook saya – Irwan Abu Bakar).
TAMAT 9.
10
PINANG
Oleh: Irwan Abu Bakar
“Saya memang tak suka perempuan; dari mula lagi.”
“Suka sesama lelaki?”
“Yup.”
“Top ke bottom?”
“B.”
Meja itu berbentuk empat segi sama. Meja kayu. Panjang setiap sisinya hanya dua kaki (0.6096 meter). Luas permukaan meja itu ialah dua kaki darab dua kaki, jadinya empat kaki persegi. Meja itu bernombor 17. Itulah nombor yang tertempel di suatu sudut permukaan meja itu. Letaknya meja itu adalah di kedai Mamak yang bernama “Teh Tarik Palace”. Kedai itu letaknya di dalam supermarket Tetero. Berhawa dingin. Amat popular kedai makan ini, meja-mejanya selalu dipenuhi oleh para pelanggan. Di meja itulah dua lelaki itu sedang berbicara.
“Kenapa abang menghubungi saya di media sosial?”
“Bukankah sdr yang menghubungi saya dulu?”
“Tidak. Abang yang menghubungi saya dulu.”
“Oh, ye ke? Terlupa pulak saya.”
Di meja 17 itu, kelihatan seorang lelaki hampir separuh umur bersama seorang lelaki muda. Yang lebih tua, umurnya sekitar 45 tahun. Badannya masih kelihatan tampan tetapi rambutnya sudah banyak juga ubannya. Yang lebih muda, masih remaja, sekitar 25 tahun umurnya. Bentuk badanya slim. Rambutnya lebat, banyak yang keperang-perangan disapu pewarna rambut. Yang hampir separuh umur, seperti abang kepada remaja itu. Yang muda, seperti adik kepada lelaki yang hampir separuh umur itu. Mereka sedang duduk untuk menikmati sarapan tertangguh (brunch) tentunya. Dikatakan brunch kerana jam sudah menunjukkan hampir pukul 11.00 pagi sedangkan mereka baru sahaja memesan makanan dan kedua-duanya kelihatan agak kelaparan.
“Kenapa minta bertemu saya?”
“Saya hendak mencari suami.”
“Suami?”
Lelaki hampir separuh umur sudah menerima pesanannya. Sedulang roti boom terletak di hadapannya. Dua keping roti boom, dengan kuah dalam lekukan pada dulang itu. Teh tarik juga terletak di sisi dulang itu. Lelaki 17 tahun juga sudah menerima pesanannya – chicken strips dan French fries serta segelas Milo panas. Dua lelaki itu lantas memulakan proses memakan hidangan sarapan masing-masing.
“Saya hendak mencari suami baharu. Suami saya sudah ada orang lain. Saya tinggalkan dia.”
“Suami? Oh, sugar daddy agaknya…”
“Ya, macam sugar daddy… Tapi lebih kepada suami.”
Tidak lama kemudian, roti boom si lelaki hampir separuh umur pun habis dimakan. Tinggal teh tarik sahaja yang perlu dilayani. Chicken strips dan French fries si lelaki 17 tahun pun habis dimakan. Tinggal segelas Milo panas sahaja yang perlu dilayani.
“Berapa umur sdr?”
“25.”
“Sudah lama bersuami tu?”
“Couple lima tahun.”
Apa tanyamu? Bagaimana suasana dalam restoran itu pada masa itu? Oh, suasananya riuh dengan para pelanggan yang ramai, mencari-cari meja yang masih kosong. Beberapa kumpulan pelanggan berdiri di tepi dinding, memerhati dari jauh jika ada meja yang ditinggalkan kosong oleh pelanggan terdahulu yang sudah selesai menikmati juadah masing-masing. Para pelanggan di meja juga terasa tertekan untuk menghabiskan makanan masing-masing dengan secepat mungkin kerana terus-menerus diperhatikan oleh pelanggan yang masih menunggu giliran untuk mendapatkan tempat duduk. Pelayan restoran, ada dalam 10 orang kesemuanya, sibuk ke sana sini untuk mendapatkan helaian borang pesanan makanan yang dihulurkan oleh pelanggan yang baru duduk di meja dan mengisi helaian borang pesanan yang tersedia di atas meja masing-masing. Sekali sekala, terdengar suara laungan pelanggan memanggil pelayan untuk mengambil borang pesanan daripada mereka atau untuk menukar pesanan yang tersilap hantar. Kekadang terdengar juga tukang masak di dalam kubikel dapur memanggil pelayan restoran itu untuk datang mengambil segera makanan yang telah siap mereka sediakan dalam dulang penghantaran. Di kaunter bayaran, kelihatan barisan yang panjang, dengan pelanggan yang masing-masing menunggu giliran untuk membuat bayaran di kaunter bayaran yang mempunyai hanya sebuah mesin bayaran dan seorang kasyier sahaja. Ya, begitu mencabar suasananya… Ala, sudahlah tu. Janganlah tanya lagi. Kamu bayangkanlah sendiri suasananya. Kita hendak fokus kepada ceritanya, kepada apa yang berlaku. Kalau sibuk bercerita tentang suasana sekitar, boleh merugikan tenaga, merugikan masa, malah merugikan kata-kata. Itu pembaziran, tahu? Allah marah orang yang boros, suka membazir tenaga, masa, dan kata-kata. Kelmarin, dalam khutbah Jumaat di masjid al-Ghufran, imam ada membaca dan menayangkan di skrin yang terpasang di dinding depan masjid itu, sebuah petikan dari al-Quran, surah al-Isra’ (surah 17), ayat 27, seperti yang berikut:
Sesungguhnya, orang yang boros itu ialah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.
Aduh… Wajarkah ayat al-Quran dipetik dan diletakkan untuk menghiasi sebuah cerita fiksyen seperti cerpen ini? Ada sebuah novel, pastinya fiksyen, yang menyelerakkan petikan terjemahan berbagai-bagai ayat al-Quran di dalamnya. Wajarkah hal itu dilakukan, sedangkan novel juga ialah sebuah karya fiksyen. Emm… Itu isu lain, isu akademik. Biarlah pakar sastera dalam kalangan ahli-ahli akademik yang membincangkannya. Kita teruskan sahaja dengan cerita kita.
“Boleh tak abang menjadi suami saya?”
“Menjadi suami? Untuk apa?”
“Supaya saya boleh menjadi isteri. Boleh tinggal bersama-sama abang. Boleh interaksi sebagai pasangan PLU”
Apakah hubungan antara dua lelaki di meja 17 itu? Entahlah, agar sukar untuk diagak. Kecanggungan interaksi mata antara mereka menggambarkan mereka baru berkenalan, baru pertama kali bersua muka. Namun ada kemesraan sosial dalaman antara mereka, menandakan mereka biasa berinteraksi di media sosial atau di telefon, ber-WhatsApp atau ber-Telegram barangkali. Dua lelaki yang sedang menghadapi minuman masing-masing itu terus berbual-bual.
“Berinteraksi sebagai pasangan PLU?”
“Yup.”
“Saya takut… Berdosa.”
“Semua perbuatan ada dosanya, ada pahalanya…”
Pada ketika itu, pelayan restoran itu datang ke meja 17, menghulurkan invois kepada lelaki hampir separuh umur itu. “Kami mahu tutup kedai sebentar, encik,” kata pelayan itu. “Pukul 1.00 nanti kami buka semula untuk makan tengah hari.”
“Boleh ke Abang? Atau abang cuba sekali dulu, buat dengan saya…. Lepas tu baru abang buat keputusan sama ada nak jadi suami saya atau tidak. Nak ke cuba sekali, abang?”
Kuala Lumpur, 03.03.2020.
TAMAT 10.
11
ai.b.
Oleh: JaBiT Abdul Aziz
KULIT dicalar ngingis[1]. Ngingis ghairah jari amai[2]. Amai gesel kulit. Kulit gatal nyaman digaru. Digaru ganda mahunya. Mahunya sehingga rasa gatal nanar[3]. Nanar pusing kembali. Berbalik kulit digaru.
Pawana terbangkan gatal. Gatal mendarat ke kulit. Kulit manusia diulit. Diulit sasar gelisah. Seluruh kampung gelisah. Gatal maharajalela. Risau galau[4]. Bapanya tercabar. Ibunya rasa pijar[5]. Gatal maharajalela, kulit pisat[6].
Tangan sarung plastik raba. Raba lubuk gatal. Gatal berlubuk di mana? Di seluruh kampung sudah betot[7] muafakat. Tuduh menuduh junterah[8]. Sengketa seruak[9]. Seruak mencari sasaban[10]. Sasaban untuk dituduh. Boleh tuduhan bantu? Nihil[11]! Tangan sarung plastik geming[12]. Keadaan ini murba[13]. Penuduh punya tauke. Tauke luahkan carut. Carut lahirkan prasangka. Siapa yang dicarutkan?
Pawana[14] sanyam[15]? Pawana saba[16] dengan air?
Hirup sop dengan lahap,
lahap liur inda tertahan;
sudah dua pekan kami berharap,
mungkinkah gatal sakit jangkitan?
* * *
Aku lihat lembaga berbaju putih taranah[17] punggungnya. Di sebelahnya, lembaga lebih muda. Aku tidak tahu apa hubungan mereka?
“Tuan yang mahu berjumpa dengan Tuan Jurutera Saliran?” tanya lembaga berbaju kurung, penuh hormat.
“Au, sudah buat appointment hari atu.”
“Tunggu sebentar Tuan.”
Lembaga berbaju putih mengganguk. Lembaga lebih muda kutat[18].
Mercun letup, badan diababi,
Akulah perakam gambar, cctv.
* * *
Aku nampak dua lembaga berada di dalam bilik. Lembaga berbaju putih bertali leher biru duduk, di sebelah kanan. Di sebelahnya, lembaga berbaju hitam bertali leher hitam.
Lembaga berbaju putih sudah lama menunggu di dalam bilik. Lembaga berbaju putih duduk di sebelah kiri.
“Nyatakan nama tuan dan tujuan tuan berjumpa kami.”
“Nama saya Siman. Saya memohon dibinakan sistem saliran najis yang disambungkan kepada sistem saliran kebangsaan. Pada masa ini, sisa kumbahan najis terus mengalir ke dalam longkang. Najis tersebut tidak dirawat…”
“Projek itu tidak ada dalam perancangan Sistem Saliran Kebangsaan…”
“Tuan, saya sudah pohonkan secara hitam putih dua tahun lepas. Saya sudah hantar surat susulan kali kelima…”
“Itu kami tidak tahu kerana kampung Tuan tidak termasuk dalam perancangan Sistem Saliran Kebangsaan!”
“…”
Lembaga berbaju putih bertali leher biru, bagul[19]nya canak[20].
Lembaga berbaju hitam bertali leher hitam, bagulnya tugal[21].
Lembaga berbaju putih, bagulnya mengerling ke bawah.
“Jika tidak ada apa-apa lagi yang Tuan mahu cakapkan, perjumpaan selesai…”
“…”
“Peluang terakhir untuk Tuan menyatakan sesuatu.”
“Sebelum saya bercakap, saya memohon maaf…”
“Kami sedia mendengar…”
“Saya harap permohonan saya itu mengambil masa lama untuk dipertimbangkan bukan disebabkan oleh isu yang ayah saya timbulkan dengan pihak Tuan satu ketika dahulu…”
Paaappppppp!!!!!
“…???”
“Ini membuat saya marahni! Itu cerita lama! Kami profesional. Ayah kamu memang menjana isu kerana membuat siasatan ke atas Pengarah. Pengarah tidak dapat melupakan perkara tersebut. Kami profesional!”
Lembaga berbaju putih, mengangkat punggung. Lembaga berbaju putih mengunjuk tangan kanan. Tangan kanan jumbul[22].
“Tuan menangis…?”
“…”
Tanpa memegang tangan kanan lembaga berbaju putih, lembaga berbaju putih bertali leher biru menggetarkan lubang yang berada di antara hidung, di atas dan dagu di bawah: “Kenapa Tuan menangis…???”
“…”
“Keluar!! Orang babau[23] tidak ada dalam kamus perjumpaan saya!!”
Minum kopi bergula Melaka,
diminum lahap anak berkhatan;
penjelasan diberikan dusta belaka,
setentutnya kebenaran akan sahan[24].
* * *
Harian Gaplah
Misteri menyelubungi sebuah kampung yang belum ada hentinya. Lalat berkerumun dengan pajalnya di dalam dan di luar rumah. Oleh kerana itu, penduduk di sini sentiasa menutup pintu dan jendela mereka.
Kawasan sasaran berkumpulnya lalat adalah di tempat keluarnya air dari tangki kumbahan najis. Yang menghairankan lalat tidak berkumpul di sebuah rumah, di hujung kampung. “Kami juga hairan, rumah di hujung kampung, tidak dikerumuni lalat. Kami yakin, ada sesuatu yang mereka tapuk. Mungkin mereka gunakan sihir…” ulas penduduk kampung yang nampak marah sambil diiyakan oleh beberapa orang penduduk lainnya. Menurut penduduk kampung itu lagi, sebelum ini rumah tersebut telah didatangi oleh satu kumpulan orang luar, memeriksa rumah dan mengambil air dari longkang…
* * *
Pawana gurih[25] selesa. Selesa uyung-uyungan[26]. Kerusi meja ikhlas diduduki. Gelas siaga diminum air di dalamnya. Pawasa gurih rasa. Suraah Yaasin dan kitab Ratib Al-Attas girang setelah dibacatelaah.
“Bapa, Aiman dengar ceramah di radio pagi tadi. Ceramah ugama madah jika azan dilaungkan, syaitan akan berkeliaran berlindung di tempat kamah[27]. Jamban[28] salah satu tempatnya…”
“…”
“Kawan Aiman beritahu mamanya membeli ketulan biru bulat di masukkan dalam tangki jamban. Jika dimasukkan ke dalam tangki jamban, airnya jika dipam menjadi biru. Air itu membersihkan sistem jamban termasuk dalam tangki, bawah bibir tangki, dalam mangkuk jamban dan lengkuk S katanya. Sudah tentu kuman mati!”
“Bapa pun mendengar ceramah itu, bulan lepas sudah. Mamamu sudah beli ketulan biru bulat itu kelmarin…”
“Bah okaylah tu, nanti Aiman masukkan. Terima kasih pa.”
Hidup berkampung, malar bersapa,
bersapa penuh ramah;
berbelanja sedikit tidak mengapa,
asalkan air biru bersihkan kamah.
* * *
Gumanta[29] suasana. Rumah di hujung kampung dikepung. Penduduk kampung berang. Lalat girang bergabung di rumah lain. Pawana ampus[30]. Pawana dipampan[31]. Jumantara[32] simpati, mendung. Penduduk tidak tergumbala[33] menghalau lalat. Lalat girang melayan sijan[34]. Lalat penaka[35] galat[36] serang rumah di hujung kampung?
“Hei, orang dalam rumah keluar, sudahlah menggunakan sihir kamu!” teriak lembaga yang bagulnya diikat kain. Lembaga yang bagulnya diikat kain lampuh[37] badannya. Lembaga yang bagulnya diikat kain, berpeluh ketiaknya.
“Oh lurus tu, keluar kamu. Penakut…!!!” semakin padu suara, gaplah.
Lembaga muda berlari pantas. Lembaga muda memandang kepada khalayak.
“Dapat semua bersabar? Jangan ambil tindakan melulu yang merugikan.”
Khalayak masih menggetarkan lubang yang berada di antara hidung di atas dan di bawahnya.
“Kamu, siapa berani ikut campur dalam masalah kampung kami?!!”
“Saya dari Persatuan Tandas Sedunia (PTS)…”
“Bukan tandaslah, katakan saja jamban…”
“…”
“Saya mahu mengongsikan keterangan yang diberikan oleh PTS. PTS akan membina secara percuma sistem kumbahan najis seterusnya mencantumkan dengan saliran Sistem Saliran Kebangsaan. Tuan punya rumah ini yang memohonkan perkara tersebut…”
“Kenapa tidak memohon kepada pihak berkuasa…?”
Dari jauh kedengaran:”Inda kena benarkan oleh Pengarah!!!”
Berbaur[38] gumanta.
“Apa kaitannya dengannya lalat yang pajal ini…!!”
“Sebab itulah pihak berkuasa kesihatan minggu lalu mengambil contoh air longkang dekat dengan tangki najis. Mereka mendapati adanya kuman yang belum dapat dikenalpasti. Masih di dalam siasatan makmal. Sekarang musim panas bermakna kuman jenis ini senang membiak melalui udara…”
“Kenapa air biru keluar dari rumah ini.”
“Tuan rumah menggunakan pembersih jamban yang dimasukkan di dalam tangki jamban. Sebab itu airnya biru. Air itu mengandungi ubatan untuk membunuh kuman dan membersihkan tangki najis…”
“…“
* * *
Dalam masa yang sama, gaplah di kawasan kampung dikerumuni lalat, di luar bilik Jurutera Saliran, Aku nampak menugal turus berdiri empat lembaga menunggu dilayan.
“Tuan-tuan mahu berjumpa siapa?”
“Kami dari Bahagian Etika dan Audit mahu berjumpa dengan Jurutera Saliran pihak puan,” bergetar lubang yang berada di antara hidung, di atas dan dagu di bawah. Lembaga memakai baju hitam mengunjuk sekeping kertas.
* *
“Mohon semua bersurai. Ketua kampung akan mengadakan perjumpaan selepas ini. Menunggu kedatangan pegawai daerah…”
Gumanta santai[39].
Gumanta tidak jumpalitan[40].
Gumanta pajah[41].
Gumanta tandas[42].
Pawana bertiup kembali.
namiS[43] menyubuk[44] melalui tabuk[45].
Bergumanta jumantara: “Alhamdulillah”
-Tamat-
Rujukan:
Kamus Bahasa Melayu Nusantara, Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam
[1] Brunei – terkopek sedikit (tentang kulit).
[2] Brunei – amai tangan – sangat teringin mengerjakan yang tidak-tidak.
[3] Tidak tentu haluan; menjadi bingung.
[4] Kacau, riuh, bising
[5] Berkunang-kunang (tentang penglihatan)
[6] Kehairanan kerana terkejut
[7] Jakarta – cabut (menarik) dengan paksa
[8] Brunei – berlebih-lebihan atau lebih banyak daripada yang biasanya
[9] Berjalan menyusup dengan menguak-nguakkan sesuatu yang menghalangi
[10] Brunei – alasan;sebab
[11] kosong sama sekali
[12] Jakarta – tidak bergerak sedikit pun
[13] biasa sahaja
[14] Sastera lama – angin;bayu
[15] Brunei – senyap
[16] bercampur
[17] Brunei – tidak bergerak
[18] Sibuk atau asyik memikirkan sesuatu
[19] Brunei – bentuk kepala yang bulat
[20] sastera lama – tegak memanjang
[21] Brunei – tercegat
[22] terapung-terapung
[23] Brunei – bisu
[24] Brunei – memikul
[25] enak
[26] Brunei – dikejar
[27] Brunei – tidak bersih;kotor
[28] kakus
[29] Brunei – riuh;bising
[30] Brunei – tercungap-cungap
[31] Brunei – tutup
[32] sastera lama- awang-awang;udara;langit
[33] Brunei – dapat melakukan
[34] Gustan 360 darjah
[35] sastera lama- seperti
[36] Brunei – malu
[37] Brunei – gemuk
[38] Bahasa Melayu – ketidaktentuan
[39] Bebas daripada tekanan
[40] Jakarta – bertingkah tidak keruan
[41] Brunei – padam
[42] tidak ada lagi
[43] Gustan 360 darjah
[44] Brunei – menjenguk
[45] Brunei – jendela;tingkap
TAMAT 11.
12
pe.su.k.
Oleh: JaBiT ABDUL AZIZ
PAWANA ngingiskan sendalu. Sendalu udar oleh dingin pagi. Dingin pagi perlina ditutup pintu. Pintu pampan sendalu. Sendalu udar oleh dingin pagi.
Lembaga tua kurus geming. Mata lembaga tua kurus, kuyu. Mungkin lembaga tua kurus mengantuk? Bening dan dingin tundukkan bagul.
Di luar, dingin pagi yuda dengan sendalu. Sendalu semakin lemah. Lemah sendalu, pawana gah. Gah masuk menyisip lubang pintu. Pintu pasrah.
Lembaga tua kurus bungkas. Bungkas terus menuju tabuk. Tabuk ditutupi cermin nipis. Nipis boleh melihat di luar. Di luar, binar mula hidup. Hidup sama degupan jantung lembaga manusia. Lembaga manusia hidup babar. Babar pihit makhuk lain. Makhluk lain tidak nampak. Nampak yang ada. Ada lembaga manusia, ada kehidupan?
Lembaga tua kurus duduk di kerusi. Kerusi kubak kulitnya. Kulitnya dari tilam potong. Potong tilam nyamankan punggung. Punggung lemaskan tilam potong juta kali. Kali ini, duduk lembaga tua kurus, lemah. Lemah ghalib bagi lembaga tua. Tua penanda umur. Umur lembaga manusia terhad.
Lembaga tua kurus bungkas lagi. Lagi menuju tabuk. Tabuk ditutupi cermin nipis. Nipis boleh melihat di luar. Di luar, binar rubit. Air di jumantara bunut. Bunut acai hari hujan. Hujan di dalam kalbu lembaga tua?
Lembaga tua kurus limbai kaki lidut. Lidut dengan tundukkan bagul. Bagul yang berfikir. Berfikir ligat setiap detik. Detik kuai lidut. Lidut jalan. Jalan terhenti. Terhenti kerana lembaga tua meraba kawasan perutnya. Perutnya buratak barangkali? Barangkali cetus waham. Waham buntingkan masalah. Masalah perlu dirusah.
Lembaga tua kurus duduk di kerusi. Duduk di kerusi masih meraba kawasan perutnya.
Kkkkreeekkkkkk!!!
Lembaga tua kurus cakahnya bungkas. Bungkas terus menuju tabuk. Tabuk ditutupi cermin nipis. Nipis boleh melihat di luar. Di luar, bunut melebat. Melebat menjadi hujan. Hujan turun, Alhamdulillah.
Lembaga tua kurus menuju pintu. Pintu jadi hadang. Hadang sendalu, dingin pagi. Pagi semakin hidup. Hidup semula lembaga tua. Lembaga tua gah.
Pintu diambit ke dalam 45 darjah.
“Assalamualikum…”
Lembaga tua kurus mengangkat kedua tangan. Kedua tangan dilayahkan. Dilayahkan dengan mulut lembaga tua kumat-kamit. Kumat-kamit terpandang lembaga muda. Lembaga muda mengangkat kedua tangan. Kedua tangan dilayahkan.
“Beritahu bapamu, terima kasih tapaukan aku lauk kuasi ampap…”
Lembaga mud“Walaikumsalam…”
“Siapa si Awang?”
Lembaga muda membuka penutup bagulnya.
“Aku anak Muzi, penghantar sukar khabar kita…”
“Mana bapamu? Inda ia datang hari ini?…”
“Au, bapa demam, jahat rasa…”
Lembaga tua kurus canak. Canak mulut nganga. Nganga walih. Walih dengar khabar hiba. Hiba barangkali kalbu lembaga tua. Lembaga tua kurus geming. Lembaga tua kurus gah berdirinya.
“Masuklah dulu wang…”
“Inda payah, baju basah. Lagipun aku kan gagas…”
“Bah…”
Lembaga muda memberikan bungkusan. Bungkusan disambut rakus oleh lembaga tua kurus. Lembaga tua kurus diberikan barang dalam kotak plastik. Kotak plastik disambut rakus. Rakus berinti maksud. Maksud yang baik-baik setentunya. Setentunya semua ini ditunggu lembaga tua kurus.
“Kirim salam arah bapamu lai…” Lembaga tua kurus tukar ‘wang’ kepada ‘lai’. Lai panggilan manja kepada anak. Anak lembaga tua kurus kah lembaga muda ini? Nahi. Lembaga muda ini anak izuM. izuM mungkin bermakna kepada lembaga tua. Lembaga tua kurus tasamuh.
“Bah, nanti memberitahu bapa…”
a berlari anak menuju lembaga besi berbunyi Kkkkreeekkkkkk!!!
Gumanta siur fitnah di alam fana,
Aku hembus udara dipanggil pawana.
# # #
Berselerak kemas kertas di atas meja. Seorang lelaki menerjah matanya ke atas kertas. Lelaki ini miruk. Duduknya taranah. Duduknya canak. Duduknya geming.
“Matnor, uncle yang berlanggan surat khabar inikah yang didakwa untuk dimufliskan?” lirih lelaki ini berkata-kata. “Inda ia pernah bercerita arahku?”
“Ia betul ni, alamat rumahnya. Patut jua hari atu, ia beritahu dirinya sudah menjadi hamba? Kasihan jua…” lirih lelaki ni berkata-kata. Berkata-kata seorang diri.
Mata lelaki ini mencari huruf hitam di atas kertas. Matanya mengecam tarikh. “Aah, minggu hadapan ia dibicarakan.”
“Assalamualaikum.”
“Walaikum salam.”
“Sudah kau hantar surat karah uncle Matnor…?”
“Sudah. Uncle kirim salam arah kita…”
“Walaikumsalam. Nanti petang, kalau hari inda hujan, bawa bapa jumpa Sukri…”
“Sukri lawyer atukah pa?”
“Au.”
“Bah. Di mana kau masa ani?”
“Masih menghantar surat khabar, tempat ke 20. Ada dua tiga orang kirim salam arah kita. Famous kita pa…”
“Iatah kalua katani amalkan resmi sabut, timbul tu. Sentiasa berbuat baik, bagus tu…”
“Kan tanya kita?”
“Apa?”
“Kita tapaukan uncle Matnor lauk baampap atu kita bersedekahkah?”
“Au. Kubeli dari amitmu di kampung. Ada dua tiga orang, pelangganku, kusedekahi. Sedekah atu ikut gerak hati bapa. Inda pulang hari-hari…”
“Besok-besok pa, aku hantar surat khabar, siuk pa. Happy yang menerima atu. Lagi pun aku masih cuti unibersiti…”
“Bah, manasaja kau. Lebih 20 tahun sudah bapa menghantar surat khabar. Dari neneknya turun ke bapanya…entah-entah, cucunya, jika panjang umur…hehe. Sudah kau baca Surah Al-Waqiah dan Surah Al-Mulk subuh tadi?”
“Alhamdulillah, sudah pa. Lepas subuh. Kulihat kita selepas subuh atu, tatidur kita di kerusi…”
“Au. Pagi tadi inda tah katani berjemaah subuh tu. Jahat rasaku, perut lagi sakit-sakit. Bagahku…”
“Bangga ku pa. Kebaikan kita menjadi motivasiku. I love you pa…”
“I love you jua lai. Ganya mamamu sudah inda ada. Al-Fatihah untuknya…”
Suasana bening.
Gumanta pajah.
Jumantara senyum.
Tumbuk dinding perbuatan sia-sia,
bengkak tangan kerana seliuh urat;
ampiti makanan tindakan mulia,
infak rezekimu bawa berkat.
# # #
“Semua berdiri.”
Lembaga-lembaga berdiri semuanya.
Lembaga berjubah hitam jalan concong. Setelah lembaga berjubah hitam duduk, lembaga lain menundukkan bagul.
Aku nampak ramai lembaga duduk beratur.
Uncle rontaM berada di kerusi ke 10. Bergilir-gilir lembaga dipanggil. Lembaga berdiri turus. Lembaga tersebut mengatakan: “Mengaku Yang Arif.” Kertas diberikan kepada setiap lembaga yang berdiri turus. Kertas diunjuk oleh lembaga berkot hitam.
“Matnor bin Sinor, sila berdiri.”
Uncle rontaM berdiri, miruk. Muka Uncle rontaM gulana.
Kedengaran suara dari belakang, kira-kira dua baris kerusi…
“Yang Arif, saya Sukri dari Sukri Associates, mewakili defendan dalam kes muflis ini.”
Sukri bersyarat kepada lembaga berkot hitam mahu memberikan kertas.
“Surat wakil telah diberikan kepada staf Yang Arif.”
Uncle rotnaM tasamuh baur kesima.
“Apa pihak Sukri Associates boleh bantu mahkamah?”
“Saya bagi pihak defendan bercadang mengadili kes kemuflisan defendan secara timbangtara setuju bersama dengan erti kata lain, melalui arbitration. Pihak plaintif, bank telah dimaklumkan. Pihak plaintif setuju. Mohon ketetapan Yang Arif.”
Lembaga berjubah hitam membaca kertas yang diberikan oleh lembaga berkot hitam.
“Ada wakil plaintif?”
Berdiri angkis wakil plaintif, lembaga muda berkot biru.
“Saya Mohsin wakil plaintif. Kami sudah berunding dengan peguam defendan dan bersetuju untuk menyelesaikan kes kemuflisan defendan melalui arbitration.”
“Mahkamah tidak ada halangan. Sila hubungi staf saya untuk membuat persediaan seperti lazimnya.”
Lembaga berkot hitam menghampiri wakil plaintif.
Sukri menghampiri Uncle rontaM.
“Saya Sukri tuan, mewakili tuan…”
“Aku tidak pernah menghubungi tuan. Mengorder lawyer mesti bayarkan…?”
“Betul. Tetapi kes tuan ani pro bono, maksudnya syarikat kami tidak meminta bayar, kami bersedekah…”
Uncle rotnaM mengangkat kedua tangannya. Tangan dilayahkan. Mulut Uncle rontaM kumat-kamit.
Sukri melakukan perkara yang sama.
Lembaga berjubah hitam juga mengangkat tangan dan layahkan.
Seluruh lembaga yang ada di dalam yudikatif ini mengangkat tangan dan layahkan.
Aku nampak lembaga separuh umur kepit surat khabar. Mukanya ditundukkan. Dikejam matanya. Matanya basah.
Aku rasa hiba.
Rumah dibina dari tanah liat,
tanah liat dikumpul waktu subuh;
semua tindakan mengikut niat,
niat baik natijahnya tasamuh.
# # #
Bilik yang boleh memuatkan sebuah meja panjang dengan enam kerusi berhadapan menjadi tempat mengadili kes kemuflisan Uncle rontaM.
“Berapa lagi baki hutang defendan menyebabkan pihak plaintif bertindak memufliskan defendan.”
“Hutang defendan berbaki $950.00 setakat ini.”
“Adakah sebarang garispandu plaintif bagi hutang yang rendah ini? Perlukah pelanggan bank dikenakan tindakan kemuflisan dengan jumlah hutang yang sedikit ini?”
Lembaga berkot hitam berambut lasak duduk di pisuk meja menulis sesuatu.
“Yah, ada. Bagi kes defendan, ini kes menjamin, guarantor.”
“Boleh kiranya defendan menerangkan mengenai dengan hutangnya ini?” menyampuk lembaga berkot hitam berambut lasak.
Uncle rontaM berdiri lemah. Aku nampak lututnya getar…
“Hutangku sebab aku jamin dua orang, berhutang kerita. Mereka tidak mahu membayar. Bank potong gajiku. Gajiku tinggal suku saja membayar hutang tersebut…”
Uncle rontaM duduk di kerusi. Sah lututnya getar. Kudrah Uncle rontaM dikumpul kembali. Kembali berdiri.
“Dengan gaji atu, sudah nasib badan, anak biniku tinggalkan aku. Tempat kutinggal dibayarkan oleh kawanku, penghantar surat khabar. Terima kasih dan Alhamdulillah…”
Uncle rontaM duduk kembali di kerusi. Kembali berdiri.
“Setelah pencen, duit pampasan kerja dipotong habis oleh bank. Kenapa bank tidak uyung yang punya kerita, itu aku tidak tahu? Pihak bank madah, aku penjamin perlu bayar jika yang dijamin lari. Aku takut kena buang kerja pasal atu aku setuju saja. Aku berunding dengan lawyer bank. Memberi takut jua tu. Yang kujamin kubawa berunding, kan bawa berkelahi tia pulang. Atu tidak suka bertengkar. Duit atu pemberian Ilahi. Aku sabar sajalah…”
“Setuju tuan jika kami bayarkan baki hutang kita atu…?”
“Mana saja. Inda nanti aku kamu tagih membayar…?”
“Inda…”
Uncle rontaM mengangguk-angguk lemah.
“Iatah terima kasih karah si Awang penghantar surat khabar kerana selalu bertanya aku baca Al-Waqiah atau inda? Mula-mula ia duduni aku membaca. Setelah setiap hari dibaca, jadi amalanku. Ada ketenangan walaupun kurang duit. Ketenangan atu membawa usin yang inda mampak…”
Uncle rontaM duduk kembali di kerusinya.
Keadaan bening.
Lembaga berkot hitam lasak rambutnya menulis sesuatu.
“Dalam seminggu, keputusan arbitration ini akan diberikan kepada plaintif dan defendan. Kes selesai,” kedengaran suara dari pisuk meja.
Mentari pagi binar,
bibirmu lebar senyum;
perkasakan selalu bersabar,
natijahnya kau babar kidum
# # #
“Ada kamu terima surat dari lawyer pasal kes hutang kereta katani dulu? Hutang Chief Matnor jadi penjamin katani…”
“Ada. Kau?”
“Ada jua. Apanya surat atu…?”
“Lawyer lagau aku ke ofisnya merundingkan hutang atu. Jika inda mahu, lawyer akan bawa perkara ini ke mahkamah…”
“Maksudnya katani kena sue…?”
“…”
“Iatah susah hatiku…”
Bergumanta jumantara: “Hasbunnallahiwanikmalwakeel…”
-Tamat-
Rujukan:
Kamus Bahasa Melayu NUSANTARA, Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam:
pesuk – bocor;berlubang-lubang;tembus.
sendalu – angin yang sederhana (sedang) kencangnya.
pawana – angin;bayu.
udar – (Jawa) terurai (lepas) daripada ikatannya.
ngingis – (Brunei) terkopek sedikit.
perlina – (sastera lama) tidak kelihatan.
geming – (Jakarta) tidak bergerak.
bagul – (Brunei) bentuk kepada yang bulat.
yuda – (Sanskrit) perang.
bungkas – (Brunei) bergerak kerana terkejut;diganggu.
binar – sinar.
rubit – (Brunei) terkoyak sedikit.
babar – (Jawa) menjadi banyak;membiak;bertambah.
pihit – (Brunei) bertindih yang satu di atas yang lain.
ghalib – (Bahasa Melayu) biasa;lazim;umum.
tabuk – (Brunei) jendela;tingkap.
bunut – rintik-rintik.
limbai – lenggang.
tapau – bungkus makanan dsb untuk dibawa pulang.
kuai – (Brunei) melintas.
lidut – (Brunei) perlahan (dalam perbuatan atau pergerakan).
buratak – (Brunei) bergelegak.
pisuk – (Brunei) pelosok.
rusah – (Brunei) mengusahakan (mengerjakan) sesuatu.
canak – (sastera lama) tegak memanjang.
walih – (Brunei) berbeza atau berlainan.
bah – (Brunei) kata untuk menyatakan arahan atau persetujuan.
tasamuh – kelapangan dada;keluasan fikiran; kesabaran.
layah – (Brunei) tidak tertutup;terbuka;terdedah.
ampap – (Brunei) ikan yang direbus bersama-sama asam, garam, lada, dsb sehingga kering kuahnya dan biasanya dimalamkan.
gumanta – (Brunei) riuh;bising.
ganya – (Brunei) hanya.
ampit – (Brunei) menerima bahagian.
infak – pemberian (sumbangan) harta dsb (selain zakat wajib) untuk kebaikan;sedekah.
miruk – (Kelantan) berasa gerun atau takut.
gulana – letih;lesu;layu.
kesima – (Jakarta) tercengang; tertegun.
yudikatif – (Undang-undang) berkaitan dengan badan yang berfungsi mengadili perbicaraan.
lasak – (Brunei) tidak ditumbuhi rambut pada sebahagian kepala.
kidum – (Brunei) senyum.
angkis – (Brunei) sombong;bongkak.
izuM – Gustan 360 darjah
rontaM – Gustan 360 darjah
TAMAT 12.
13
PETUALANG ALI DAN ALFRED RUSSEL WALLACE DI KEPULAUAN ARU 1857
Oleh: Maslina Ngadiman
TUAN Wallace berjalan santai mendekati Ali di bawah rumah, yang sudah bersiap mahu menguliti kulit burung murai tanah.
Pitta nouae-guineae, begitu Tuan Wallace memanggil unggas ini.
Majikan Ali ini berjalan dengan membongkok, di tangan Tuan Wallace ada sebuah tabung buluh, dia sandarkan pada tepi kaki meja tempat kerja Ali. Tuan Wallace lalu rebahkan diri di buaian kain di sebelah Ali.
Ali pandang sekilas kepada tabung buluh itu.
“Ada orang memberi aku tuak, kamu mahu?” pelawa Tuan Wallace sambil betulkan letak baringnya.
Ali tergamam.
“Oh aku lupa, agama Muhammad tidak boleh minum tuak.”
Ali menghela nafas lalu mengambil pisau kecil yang khas untuk menguliti kulit burung murainya.
“Aku akan menulis di dalam jurnalku, cara-cara membuat tuak. Getah dari bunga kelapa yang dipotong….”
Pisau di tangan, Ali tak jadi menyentuh kulit murai.
“Bukan getah, tuan. Itu air nira yang keluar dari potongan mayang yang masih kudup. Kalau getah tu, seperti yang ada pada potongan nangka. Sebab itu ada peribahasa, siapa makan nangka, dialah kena getahnya.”
Tuan Wallace mengiring memandang Ali. “Kamu semakin cekap menguliti burung. Nanti aku akan beritahu kepada temanku, Charles Darwin. ‘Ini anak lelakiku yang paling terampil’.”
Akhirnya Tuan Wallace tertidur keletihan. Sepanjang pagi tadi dia perlu melayani penduduk kampung yang datang menawarkan burung, siput dan kumbang. Banyak pula antara haiwan ini yang sudah rosak namun mereka memaksa Tuan Wallace membelinya dengan garam ataupun tembakau. Tentu saja Tuan Wallace menolak.
Pemuda-pemuda Aru adalah pemanah cenderawasih yang handal. Mata panah, mereka balut supaya tumpul agar tidak melukai burung yang dipanah. Mereka kemudian menjualkan kepada Tuan Wallace. Tuan Wallace cukup puas hati dengan koleksi burung cenderawasihnya.
Namun bagi menjaga burung cenderawasih sehingga dapat berada dalam keadaan utuh lalu dikemas di dalam kotak kayu, bukan hal yang mudah. ‘Musuh’ mereka adalah anjing-anjing liar.
Ada suatu masa, Ali baru selesai menguliti seekor burung raja yang indah dan seekor burung cenderawasih. Kulit-kulit ini digantung di alang atap di bahagian beranda. Tiba-tiba kulit itu terjatuh, belum sempat Tuan Wallace mengutipnya, seekor anjing lebih dahulu menyambar kulit berkenaan. Maka terjadilah tarik-tarik antara anjing dan Tuan Wallace. Lelaki Inggeris ini akhirnya berjaya mendapatkan kulit burungnya namun dalam keadaan robak rabik.
Pernah juga terjadi, ada dua keping kulit cenderawasih yang sudah cukup kering dan siap untuk disimpan. Namun kulit itu tertinggal di meja. Pada esok paginya, Tuan Wallace menemui cebisan-cebisan kulit dengan bulu halus keemasan. Hampa sungguh hati Tuan Wallace.
Pada waktu malam, Tuan Wallace tidak dapat tidur dengan nyenyak bahkan berada dalam keadaan tegang sampai ke pagi setiap kali mendengar bunyi anjing menyelongkar bawah rumahnya bagi mencari apa-apa untuk di makan. Oh, anjing-anjing ini juga minum minyak lampu yang apinya sedang menyala, bahkan kemudian makan sumbu lampu itu.
“Di Kalimantan, anjing-anjingnya lebih dahsyat, Ali.”
Ali tak sabar mahu mendengar. Semasa Tuan Wallace pergi ke Kalimantan, Ali belum bekerja dengan Tuan Wallace. Ketika itu pembantu Tuan Wallace ialah Charles Allen. Seorang pemuda yang dibawa dari London.
Semasa Ali mulai bertugas dengan Tuan Wallace, Allen masih ada dan mereka sempat membuat kerja bersama-sama.
“Di mana kamu belajar bahasa Inggeris?” tanya Allen.
“Edward, penjaga kuda di Astana Rajah Brooke,” begitu jawab Ali.
Namun pemuda itu akhirnya tidak mahu ikut dalam pengembaraan Tuan Wallace. Dia mahu menjadi guru di sekolah mubaligh di Sarawak.
“Anjing di Kalimantan bukan hanya makan spesimen yang aku kumpulkan, mereka juga makan kasut kalis air dan kelambu aku.”
Ali tercengang sampai tak bernafas.
*****
Sebahagian warga tua dan penduduk Aru masih tidah faham mengapa Tuan Wallace perlu mengumpukan kesemua binatang ini. Diawet lalu disimpan dalam kotak dalam keadaan cermat seolah-olah haiwan-haiwan ini masih dalam keadaan hidup.
Tuan Wallace pernah dipanggil untuk disiasat oleh warga warga Aru ini. Ali perlu mencari orang Melayu tempatan untuk menjadi penterjemah mereka. Penduduk Aru kurang fasih berbahasa Melayu sedangkan Ali dan Tuan Wallace pula kurang mahir dengan bahasa orang tempatan.
Ada seorang tua, dia sangat-sangat tidak boleh menerima alasan Tuan Wallace bahawa kesemua serangga dan unggas yang dia awetkan adalah untuk dibawa pulang bagi ditunjukkan kepada orang di England.
“Apa, ung-lung? Di mana itu? Aku tidak pernah dengar nama tempat seperti itu.”
Ali berada di sisi Tuan Wallace namun agak ke belakang sedikit. Muka Ali tegang, perutnya keras. Suara di kerongkongnya bagai ditolak-tolak supaya berkata, ‘bukan ung-lung tapi England.’
Wajah Tuan Wallace kelihatan keliru, dia berasa seperti sudah menipu warga tua ini.
“Sebelum anda datang ke mari, hujang turun tidak berhenti-henti, jalan menjadi becak, air di mana-mana. Ketika anda datang, cuaca menjadi terang dan kering. Anda ini tukang silap mata, bukan?”
Mulut Tuan Wallace terbuka, tercengang dia.
“Haiwan-haiwan yang anda awetkan itu, nanti anda mahu hidupkannya semula, bukan?”
Seorang yang lain mencelah, “Kalau anda bukan tukang silap mata, anda pasti seorang ahli sihir.”
Tuan Wallace tergagap-gagap. dia tak tahu bagaimana mahu membela diri.
Ali teringat akan kejadian yang hampir serupa semasa di Desa Kupang, Pulau Lombok. Tuan Wallace disiasat habis-habisan. Mereka berasa curiga dengan kehadiran Tuan Wallace ke desa mereka. Belum pernah ada orang datang lalu meminta izin untuk mengumpulkan burung, rama-rama dan kumbang.
Mereka bertanya tentang senapang dan serbuk mesiu yang Tuan Wallace bawa. Apakah yang Tuan Wallace buat kepada burung-burung yang sudah diawetkan.
Semakin Tuan Wallace menjelaskan, wajah-wajah penyiasat kelihatan bertambah bingung dan Tuan Wallace dilihat semakin mencurigakan.
Empat lelaki tua bergilir-gilir memakai kaca mata Tuan Wallace, mereka tak faham mengapa mereka malah tidak dapat melihat apa-apa apabila memakai kaca mata itu. Ini menambahkan lagi kecurigaan mereka kepada Tuan Wallace.
Ketika di Desa Kupang, Tuan Wallace begitu berkecil hati dengan layanan yang dia terima sehingga dia memutuskan untuk meninggalkan desa berkenaan. Namun kini, apabila Tuan Wallace menghadapi perkara yang sana Pulau Aru, Tuan Wallace tidak menyerah kalah. Dia perlu bertahan demi mendapatkan spesimen-spesimen yang sangat eksotik untuk dia bawa pulang ke Eropah.
*****
Mata Tuan Wallace terbuka sedikit, “Ali, adakah kamu rindukan Sarawak?”
Ali tersedar yang dari tadi dia memerhatikan Tuan Wallce. Majikanya ini tertidur semula.
Pertanyaan Tuan Wallace membuatkan Ali teringat akan abangnya, Panglima Seman. Abangnya banyak membantu Raja Brooke menumpskan lanun-lanun. Namun kerana sebuah fitnah, hubungan Rajah Brooke dan Panglima Seman menjadi dingin.
Panglima Seman dikatakan mahu memberontak kepada Rajah Brooke. Keyakinan Rajah Brooke makin bertambah apabila tahu yang Panglima Seman ada membuka bengkel besi. Senjata akan dengan mudah dibuat di bengkel itu, begitu para batu api meniupkan fitnah.
Ali menghela nafas lalu menyambung kerjanya. Kulit burung murai tanah di tangannya ini akan dilayarkan dengan kapal dan akan menjadi tatapan orang-orang di ‘ung-lung’.
TAMAT 13.
14
GURUH DI LANGIT
Oleh: Masraden MD
HEMBUSAN bayu pagi terasa sungguh dingin dan segar. Ia menerobos masuk ke dalam rumah yang dindingnya berlubang-lubang. Kedinginan dan kesegaran itu mengundang ketenangan dijiwanya.
Tanah di laman sudah kelihatan warnanya. Atan Chik masih belum bergerak dari tempat duduknya. Dia menanti sarapan pagi yang sedang disediakan oleh isterinya di dapur. Hidungnya kembang kempis mencium harum kuih cucur yang berendam dalam minyak kuali. Telinganya bagaikan ditendang oleh bunyi deburan sesuatu di dalam minyak panas. Hatinya cukup senang dan damai.
Tangannya tiba-tiba menggaru betis yang bertelanjang. Makin kuat dan keras garukkannya. Kepuasan tergambar di wajahnya yang kian dimamah usia. Wajah yang dulu sering menjadi buruan musuh-musuhnya yang keliling pinggang. Wajah ini juga yang sering dicari anak muda untuk beramah mesra di gelanggang silat. Dan wajah ini juga yang menjadi idaman isterinya sekarang.
Dia rasa malas hendak ke tempat kerja pada pagi itu. Dia mahu berehat di rumah sahaja. Dia tidak tahu berbuat apa-apa pada waktu itu. Rasa dongkol dalam dirinya membuatkan dia bertambah malas dan lesu.
“Bang. Menung apa pagi-pagi ni. Tak nak kerja ke?” tegur isteri Atan Chik. Atan Chik terkejut. Ditatapnya sekujur tubuh yang banyak memberi makna dalam kehidupannya. Atan Chik senyum tawar.
Perlahan-lahan tangannya mencekup seketul kuih cucur. Dengan perlahan juga dia menyuapkan kuih ke dalam mulutnya yang ternganga sempit. Isterinya berlalu dari situ membiarkan dia meneruskan memasang angan-angan.
“Abang… saya tengok abang ini kemas orangnya, saya rasa abang ada belajar silat dan tentu handal…”
Sambil bangun lelaki itu berkata, “Handal tak handal, kalau nak cuba boleh! Aku bukan setakat belajar, aku dah pun jadi Guru Silat!” Sergahnya. Cukup pantang dirinya kalau ditegur tanpa memberi salam terlebih dahulu.
“Saya minta maaf, bang. Bukan maksud saya hendak naikkan darah abang. Saya cuma tegur saja,” ujar pemuda itu agak keliru dengan sikap lelaki itu.
“Yalah. Sekurang-kurangnya bagilah salam lebih dulu.” Nada suaranya masih tinggi. Matanya menikam tepat ke wajah anak muda yang agak kurang sopan. Masing-masing tiba diam. Anak muda menatap bumi.
“Kalau kamu nak cuba boleh. Aku tak gerun dan tak heran dengan siapa-siapa,” gerutu lelaki itu.
“Saya pun belajar silat bang. Tapi bukanlah untuk bergaduh.” Jelas pemuda itu yang mula menampakkan ketenangan.
“Kamu belajar silat apa?” Soal lelaki itu ingin tahu. Kali ini nadanya bertukar agak lembut sedikit.
“Saya belajar Silat Cekak, peringkat buah potong.” Celah pemuda itu. Matanya menatap wajah yang tadinya kelihatan bengis. Pandangan bersabung.
“Buah potong? Potong macam mana?” Soal Atan Chik. Tangannya mengurut dagu yang telanjang tidak ditumbuhi sehelai janggut.
“Cekak kalau kena tumbuk, menang. Kalau menumbuk pun menang juga”. Jelas pemuda itu tentang persilatan yang dipelajarinya.
Perkataan pemuda itu rupanya menimbulkan kemarahan kepada lelaki tersebut lalu berkata, “Eh! Hang jangan main-main. Hang balik tolong kirim salam kat guru hang dan cakap kat dia… Aku nak bunuh dia, kalau tak boleh baru aku jadi murid. Tapi ingat! Biasanya aku bunuh orang dalam belajar! Jangan dia nak lari. Akan aku cari sampai dapat!” Suaranya keras dan bergeruh bagaikan terlekat biji rambutan di tenggorok.
Itulah antara amaran keras dari seorang lelaki yang telah pun bergelar Guru. Pernah menewaskan 33 buah jenis silat dan menjadi Mahaguru Gayong Indera Sakti.
“Silat ini sukar ditandingi! Kalau tak percaya bolehlah kamu cuba dengan mana-mana saja guru silat.” Itulah antara kata-kata hikmat Pak Ngah Lahim buat Atan Chik ketika menamatkan pengajiannya.
Tatkala itu, pantang ada gelanggang silat mahupun guru silat di merata ceruk pasti Atan Chik akan menguji ilmunya. Bukan sedikit yang tewas ditangannya malah lebih dari 20 guru silat. Maka bertambah yakinlah Atan Chik terhadap Kuntau Betawi yang dipelajarinya itu. Pendek kata setiap gelanggang yang dimasukinya secara automatik dilantik menjadi orang kanan guru justeru menjadi pengganti guru.
Cakap-cakap Pak Ngah Lahim memang benar dan sudah pun terbukti. Sungguhpun begitu Atan Chik masih ingat bagaimana dia memperolehi ilmu permainan keris dari Abang Pin (Ariffin) Perguruan Gayung Raja dan Silat Sendeng pula dari Pak Teh Hassan Pokok Paku yang mana Atan Chik tidak dapat menewaskannya. Setelah mempelajari Sendeng, Atan Chik rasakan gabungan Kuntau Betawi dan Sendeng sudah lengkap malahan ilmu kebatinan yang dipelajari antaranya seperti Kipas Nandung atau loghat Banjarnya Parang Maya adalah ilmu kebatinan yang amat tinggi.
Adalah dikatakan bahawa Kipas Nandung ini sekiranya dijuruskan ke atas apa jua pasti putus atau boleh dijatuhkan walaupun jaraknya jauh. Pengalaman ilmu ini mengambil masa selama 3 bulan dengan bacaan Surah Yassin yang harus dibuat selama lebih kurang 2 jam setiap malam. Bukan sedikit guru silat yang tewas oleh pukulan Kipas Nandung.
Selain dari Kipas Nandung ada lagi ilmu kependekaran Melayu yang lebih kepada kebatinan. Bukan setakat ayat Al-Quran menjadi amalannya malah ungkapan-ungkapan Melayu beserta kitab amalan ilmu kebatinan ada di tangannya.
Atan Chik bukan sekadar belajar ilmu dunia semata-mata. Beliau juga melalui jalan-jalan para sufi. Lima jenis tarikat dipelajarinya bagi melengkapkan dirinya sebagai seorang insan. Bukan calang-calang ilmu yang dimilikinya. Tetapi hakikatnya itulah yang ada padanya, namun sifat ingin menguji di medan pendekar tidak kunjung padam. Pantang mendengar ada yang bagus seolah-olah sudah menjadi satu kemestian harus diuji oleh Atan Chik baru di kira baik.
Nama Silat Cekak sudah pasti tidak dapat dilupakan selagi belum ditemui. Di mana sahaja Atan Chik pergi akan dicarinya Silat Cekak. Enam tahun selepas itu, secara kebetulan dia bertemu dengan seorang kawan lama, dan bertanya tentang Silat Cekak. Tanpa disedari kawan lamanya itu sudahpun mempelajari Silat Cekak. Atan Chik yang ditemani oleh Mat Isa pergi ke tempat latihan Silat Cekak di Tanah Liat, Bukit Mertajam.
Setibanya di perkarangan rumah Tuan Haji Ishak lalu disuruhnya Mat Isa masuk dahulu. Bisik hati kecilnya inilah masanya akan diuji Guru Silat Cekak (waktu itu Tuan Haji Ishak hanyalah seorang jurulatih). Beria benar Atan Chik ingin menguji dan melihat bagaimana Guru Silat Cekak ditumpaskan dengan Kipas Nandung. Kejadian-kejadian yang lepas masih segar di ingatannya. Atan Chik menggunakan ilmunya itu lalu dijuruskan kepada Tuan Haji Ishak. Pada awalnya tubuh Tuan Haji Ishak kelihatan bergegar dan terangkat sedikit. Diteruskannya lagi dengan kuasanya tetapi kali ini lain yang diinginkan lain pula jadinya.
Tubuh Tuan Haji Ishak semakin lama semakin membesar. Atan Chik kehairanan. “Apa jadi dengan hang ni? Mai sini.” Lamunannya terhenti seketika, bila dia dipanggil oleh Tuan Haji Ishak. Atan Chik melangkah ke hadapan Tuan Haji Ishak. “Saya nak belajar silat ini,” kata Atan Chik.
“Isi borang ni, nanti kami panggil.” Lalu borang itu pun diberikan pada Atan Chik. Selepas itu, dia pun berlalu dan pulang. Setibanya dirumah, terjadi suatu peristiwa ganjil di mana pada malamnya kulit beliau meletup-letup menggelupas dengan terdapat biji-biji seperti bertih keluar dari badannya.
Kehairanan ini menguatkan lagi azamnya untuk mengetahui lebih dekat Silat Cekak. Minggu berikutnya, Atan Chik pergi semula ke rumah Tuan Haji Ishak. Setibanya di sana, dia terus ditegur oleh Tuan Haji Ishak, “Dulu badan Atan tak macam ini, bukan?”
“Entahlah. Setelah ambil borang dari sini, balik rumah, tiba-tiba jadi macam ini.” Jelas Atan Chik.
“Bersyukurlah pada Allah,” kata Tuan Haji Ishak.
‘Bersyukur?’ Bisik hati kecilnya.
“Kelak Atan akan tahu.” Atan Chik dinasihati agar berulang selama 6 bulan tetapi belum dibenarkan belajar. Dalam tempoh 6 bulan, Atan Chik diberi peluang melihat sendiri bagaimana Silat Cekak diajar termasuklah ‘Buah Potong’ yang dikatakan rahsia. Namun begitu, Atan Chik tidak boleh melakukannya sendiri.
Selepas tempoh itu, bermulalah Atan Chik mempelajari Silat Cekak. Kalau ada masa terluang tak putus-putus dia ’uji’ secara empat mata dengan Tuan Haji Ishak. Kalau boleh hendak melihat Silat Cekak tewas. Setelah tamat buah potong, tibalah masanya Atan Chik menerima ‘Buah Serang’. Pada malam inilah peluang bagi Atan Chik menguji secara terbuka di hadapan pelajar yang lain. Kata orang inilah masanya yang sesuai untuk melihat Silat Cekak ditewaskan.
Setiap pelajar mula diberikan ‘Buah Serang’. Seorang demi seorang telah merasai tumbukan ‘Buah Serang’. Kini tiba giliran Atan Chik mengambil ‘Buah Serang’. Melangkah masuk Atan Chik ke tengah tempat latihan dengan penuh yakin dan berani lalu berkata, “Kalau saya jatuh, saya akan jadi murid yang taat, tetapi kalau saya menang saya jadi guru.” Itulah ungkapan yang sering diucapkan oleh Atan Chik bila saja mahu berhadapan dengan sesiapa saja yang sanggup diuji olehnya terutama yang bergelar guru silat.
Kata hendak dikota, itulah pegangannya selama ini. Sepanjang pengalaman yang dilaluinya tidak pernah ia kecundang. Antara orang yang pernah diujinya ialah Cikgu Majid, Guru Utama Pusaka Gayong ketika itu. Menurut Atan Chik waktu itu, Cikgu Majid (sekarang Dato’) merupakan orang kanan Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman. Dalam perlawanan itu tiada siapa yang menang dan kalah. Tapi ternyata Cikgu Majid telah menggunakan seluruh rahsia persilatannya ketika berdepan dengan Atan Chik. Malah Ahmad Lazim orang kuat Gayung yang kini dengar desas-desus ingin menggantikan Dato’ Meor juga adalah saudara dua pupu dengannya.
Tetapi ketika berhadapan dengan ‘Buah Serang’ ia merupakan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan dan belum pernah menjumpainya sebelum ini walaupun telah bertemu dengan 33 orang guru silat.
Hingga kini ia tidak dapat dilupakan dari kotak fikirannya. Malah bila dikenang semula ia masih segar seperti baru berlaku semalam. Pada malam diberikan buah serang kepada penuntut, tibalah masanya Atan Chik pula menerimanya. Sebaik saja Atan Chik bersedia, ‘Buah Serang’ pun dihadapkan padanya dan Atan Chik tidak dapat berbuat apa-apa. Lalu katanya, “Dekat memanglah boleh.”
Dia berundur setapak ke belakang sambil berkata, “Cuba tengok, kena ke tak kena.” Sekali lagi ‘Buah Serang’ hinggap di badannya. Ia masih tidak berpuas hati. Dia undur jauh ke belakang kira-kira 10 kaki. Sebelum kata-katanya termuntah dari mulut yang seketika dulu sentiasa berkemam dengan wirid dan zikir dan belum sempat menghabiskan niatnya, tiba-tiba penumbuk sudah melekat ke tubuhnya. Atan Chik mula binggung dan hairan. Namun, hatinya masih tidak puas. Dia mahukan penjelasan yang dapat memberi keyakinan kepada dirinya. Keangkuhan masih bertapak dalam dadanya.
“Masih tidak percaya lagi? Walau ke kaki langit, ‘Buah Serang’ tetap kena,” kata Tuan Haji Ishak pada Atan Chik dengan suara tegas.
Malam itu Atan Chik akur dengan apa yang telah berlaku. Namun sifat ingin mencuba tak kunjung padam. Malah dengan pengasas Silat Cekak sendiri iaitu Al-marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad sendiri pun pernah dicubanya. Ini berlaku ketika Ustaz Hanafi berkunjung ke Bukit Mertajam. Ketika itu, Ustaz Hanafi mengajaknya berbual-bual kemudian dengan dua jari Ustaz Hanafi memegang tangannya.
Bisik hati kecilnya, ‘Ustaz ni nak matikah?’ Kemudian dia berkata, “Kalau nak pegang pun keraslah sikit.”
Ustaz Hanafi hanya tersenyum sambil berkata, “Ini pun dah cukup.”
Ketika itu, Atan Chik bercadang nak tutup mata Ustaz Hanafi tetapi sebaliknya tangan Ustaz Hanafi awal-awal lagi berada di matanya. Bertambah hairanlah Atan Chik dengan kepantasan Ustaz Hanafi.
“Lampu sapa yang nak padam dulu?” Tanya Ustaz Hanafi.
‘Mana dia tahu niat aku? Hairan aku,’ cetus hati Atan Chik.
Pada awal penglibatannya dalam Silat Cekak memang agak sukar menerima kenyataan kerana beliau yang sudah bergelar Mahaguru dan pernah menewaskan 33 guru silat kini hanya menjadi murid biasa sahaja. Tetapi setelah memahami Silat Cekak bukanlah silat tetapi adalah jalan untuk menjadi hamba Allah perasaan ini lama kelamaan dapat dikikisnya.
Malah Atan Chik Chik bersyukur ke hadrat Allah kerana menemukannya ke jalan yang selama ini dia mencari dan akhirnya berjumpa dengan apa yang dicarinya itu. Bagi dirinya sudah mencukupi dengan penerimaan guru terhadap dirinya sebagai murid biasa. Dia tidak bercita-cita hendak menjadi seorang jurulatih kerana pada pandangannya seorang jurulatih itu mempunyai tanggungjawab yang amat berat dan kurnia itu ditentukan oleh Allah.
“Hendaklah sentiasa bergantung hati pada Allah.” Itulah pesan Ustaz Hanafi yang menjadi pegangannya. Sejak mempelajari Silat Cekak ia mula sedar bahawa Islam telah menganjurkan kepada umatnya hidup dalam keadaan sederhana dan sifat riak dan bongkak hendaklah dikikis.
Pada pendapatnya juga pada zaman Ustaz Hanafi kebanyakan ilmu yang diperturunkan kepada murid-muridnya adalah berupa kiasan. Tetapi dengan guru yang ada sekarang iaitu Tuan Haji Ishak amat mudah dan penerangannya ringkas namun tetap pada landasan asal tidak berubah dan tidak terpesung. Sebagaimana Ustaz Hanafi maka begitulah Tuan Haji Ishak.
Sebelum bertemu dengan Silat Cekak, perkataan untuk diuji oleh orang lain bukanlah menjadi kegerunan padanya malah ia amat disukai dan kadang-kadang orang yang hendak menguji diberinya amaran keras agar bersedia. Apa yang dikata memang benar, orang yang ingin menguji mendapat padah. Tetapi berbeza pula Atan Chik bila memasuki ujian sijil rendah, dia merasa gerun. Tidak pernah ia mengalami perasaan seperti itu, lebih-lebih lagi bila mendengar ada yang pengsan bila terkena pukulan Tenaga Pengajar.
Kata hatinya, ’Jurulatih ini nak bunuh orangkah?’
Tetapi semasa beliau menguji orang dulu memang hasratnya tiada lain ingin mematahkan lawan. Perasaan takut telah membuatkan dia berjumpa dengan jurulatih agar mengujinya tidak terlalu keras. Semasa ujian berlangsung tiada sebarang kecelakaan menimpa dirinya, sebaliknya dia lulus dengan jayanya mempraktikkan pelajaran Silat Cekak.
Dia merasa pelik tetapi kebenaran menerjah dirinya bila dilihatnya semua jurulatih Silat Cekak menghormatinya. Sedangkan dia adalah penuntut yang baru tamat dan baru berada dalam persatuan ini. Baginya penghormatan yang diberikan oleh jurulatih-jurulatih Silat Cekak lebih menyedarkannya agar lebih takut kepada Allah. Pada pandangannya Jurulatih Silat Cekak adalah merupakan satu kurniaan dari Allah untuk membimbing masyarakat silat ke jalan kebenaran yang dituntut oleh agama.
Walaupun Atan Chik telah menemui guru sebenar, namun guru-gurunya yang sebelum ini tetap beliau hormati terutamanya Pak Ngah Lahim. Khabarnya gurunya yang dahulu mengetahui bahawa Atan Chik telah belajar Silat Cekak. Ketika beliau balik ke kampungnya, Atan Chik terpaksa menyepikan dirinya dari terserempak dengan Pak Ngah Lahim. Ini adalah bagi mengelakkan diri disoal tentang penglibatannya dalam Silat Cekak kerana beliau khuatir sekiranya disoal nanti maka jawapan yang diberikan akan membuatkan gurunya itu kecil hati. Seperti kacang lupakan kulit. Mungkin itulah apa yang akan diperkatakan orang. Tetapi itu bukanlah falsafah yang dipegangnya.
TAMAT 14.
15
Madu Dan Sepah
Oleh: MRT Nordin
“Hello, boss. This is Mr Chong. Have you checked in and passed the guard”, ringkas Mr Chong.
Bahang yang amat panas sejak pertengahan Februari pada tahun 2020 semakin hangat. Bacaan penyukat suhu atau dikenali sebagai ‘Thermometer’ menunjukkan pada paras 32 darjah Celsius, 32⁰C dalam mata pelajaran sains tahun empat yang telah diajarkan oleh Cikgu Salmah 17 tahun dahulu. Lampu isyarat bertukar warna dari merah hati terus ke hijau pekat seperti daun pisang tua, kulit lepat pisang warnanya. Ryzal segera memulaskan pendikit (throttle) agak perlahan mengikut keadaan angin bercampur bahang yang mencucuk-cucuk kulit tangannya yang agak halus. Matanya memandang tanda arah ‘BLS Sales Gallery’ sejak tadi, 15 minit pertama hingga ke minit yang terakhir. Kiri kanan sudah dia amati tapi tandanya hilang seketika. Peta Google Maps mengarahkan ke kiri lalu tiba dalam beberapa meter tidak jauh dari tanda arah yang terakhir. Telefon bimbitnya berdering buat kali pertama, memaparkan nombor asing +6018-3394450, barangkali pelanggan (client) baharu.
“Hi there, Mr. Choong. I just parked my bike and will meet you up. Where are you?” balas Ryzal.
“In my car. Range Rover YWJ 6954; come here, waiting here,” ujar Mr. Chong.
“Alright, then,” balas Ryzal.
Ryzal melangkah laju mendapatkan Mr. Chong buat kali pertama. Orang Cina bagi projek, Orang Melayu buat kerja. Sudah biasa, bukan benda pelik. Cara Alibaba yang sudah diguna pakai. “Realiti, bukan mimpi,” bisik hati Ryzal sambil menyegaramkan langkah kiri serta kanan. Ryzal dikenali ramai oleh rakan sepejabatnya dulu sebagai pelobi projek terhandal. Enam Ratus Ribu Ringgit Malaysia (RM600K) telah dia selesaikan. Suatu isu kronik yang timbul pada lewat tahun 2018. Rahsianya ialah prinsip dalam hidup yang berpegang kuat pada peribahasa yang besar makna tersirat: Genggam Bara Api, Biar Sampai Jadi Arang. Kelihatan seorang lelaki yang melambai-lambai tangan dari kereta berwarna putih susu. Mr. Chong mungkin. Ryzal mulakan dengan menghulurkan tangan kanannya, disambut oleh Mr. Chong lalu dieratkan lagi dengan genggaman yang utuh. Protokol yang bagi semua orang yang berdarah usahawan, business-minded.
“Ryzal?” tanya Mr. Chong.
“Betul,” balas Ryzal.
“Come in. We will discuss there at the café,” tambah Mr Chong.
Setibanya di Kafe Kopitiam, Bandar Baru Ijok, Ryzal dan Mr. Chong segera duduk bagi membincangkan projek baharu yang diberikan oleh pihak BLS, pemaju terunggul di Malaysia. Satu per satu muka surat buku milik Ryzal diconteng menandakan ketekunan Ryzal mengambil isi-isi penting yang keluar daripada mulut pelanggannya, Mr. Chong. Pada mulanya, Ryzal berusaha menjadi objek yang terbaik di mata Mr. Chong, akan tetapi semuanya lenyap bagaikan bayang-bayang dipenuhi cahaya lampu terang. Mana tidaknya, fasihnya orang Cina ini membuatkan Ryzal macam hilang pedoman. Berkomunikasi dalam bahasa Inggeris ialah satu bonus buat dirinya. Dengan itulah orang akan pandang tinggi (salute), berpelajaran (educated), dan meyakinkan (convincing). Kali ini, Ryzal sungguh berbangga kerana dia berbual dengan seorang yang tidak enggan berkongsi semua pengalaman dalam industri pembinaan walaupun sudah 30 lamanya menceburi bidang yang mencabar ini. Ryzal ialah seorang pelukis pelan (draftsman) yang amat disenangi dalam kalangan pelukis pelan yang lain. Sebut sahaja namanya, semua orang tahu ketangkasan serta kepakaran Ryzal yang tidak ada tolok bandingnya.
“Jadi, bagaimana dengan segala penerangan saya kepada awak?” tanya Mr. Chong sekali lagi.
“Saya sudah faham semuanya, Mr. Chong. Ada apa-apa lagi?” balas Ryzal.
“Baiklah kalua begitu,” ringkas Mr Chong.
Kehangatan cuaca petang sudah pun surut pada jam 5.30 petang. Ryzal memerhati jam dinding kafe yang betul-betul diletakkan di atas kepala kabinet. 26 darjah Celsius, 26⁰C. Isu hangat apabila kabinet Malaysia digugurkan, tiada seorang pun yang terlepas. Perdana Menteri Malaysia ke-7 telah pun diangkat sebagai Perdana Menteri Interim (PMi), Tun M dan tiada menteri-menteri sebagai kabinet Malaysia. Berlaku pada tahun 2020 hujung Februari juga. Minggu terakhir, 25hb hingga 29hb. Dan akhirnya, tidak sampai sepenggal telah ada Perdana Menteri Ke-8; beliau ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Syabas. Dah habis madu sepah dibuang. Ryzal membuka satu tab artikel, merepek dan tidak berasas. YDPA perkenankan, apa lagi hendak kita dustakan. Ryzal agak positif akan situasi yang melanda negara tercinta lagi darah tumpahnya darahku. Dengan perasan yang bercampur-baur selepas berita besar ini, Ryzal tiba di rumah tepat pada pukul 6.00 petang. Solat Asar telah didirikan lalu berdoa agar baik-baik semuanya. Notifikasi diterima dari seseorang.
“Mana, jogging. Pukul 6.30 petang jumpa sana.” – Fiz.
Ryzal telah pun set privasi dan paparan itu ditekan lalu membalas.
“Alright, bossku. Set.” – hantar Ryzal”.
Sepeninggalan Ryzal dari rumah, dia telah membalut dompetnya; wallet bagi lelaki, bukan purse. Purse biasanya dicipta untuk perempuan dan wanita. Kebanyakan orang memang akan silap erti, wrong term usage. Ryzal sudah biasa dengan kesalahan segelintir orang yang main hentam. Geli hatinya. Diletaknya ke dalam tempat simpanan peralatan motosikal, berhampiran tangka minyak. Ryzal dan Fiz akan pergi ke Kampung Baru, Kuala Lumpur selepas bersenam.
“Kita laju sikit hari ni,” kata Fiz.
“No hal, bossku,” balas Ryzal.
Terpandang seorang pemuda di tiang pertama, depan pintu keluar dan masuk Taman Layang-Layang, Kepong atau Taman Metropolitan Jinjang. Topi keledar dimasukkannya ke bawah tempat duduk motosikal dan dikunci erat. Mata masih melihat pemuda yang sama berdiri tetapi pemuda itu langsung tidak mencurigakan. Ryzal dan Fiz terus masuk ke dalam untuk memulakan senaman ringgan. Kebiasaannya, Fiz akan mengambil 200 meter dengan hanya berjalan seperti lari anak (small steps). Ryzal pula mempunyai rentak (pace) yang perlahan. Kalau Fiz laju, Ryzal pun laju, bergantung pada teman senamannya pada hari itu. Setelah 20 minit lamanya, habis satu bulatan penuh taman (one whole round). Jam tepat pada pukul 7.20 petang, dikiranya malam.
“Maghrib, jom balik,” kata Ryzal.
“Jom,” balas Fiz.
Ryzal berasa tidak sedap hati. Matanya terus ke arah motosikalnya. Malapetaka bagai akan bakal berlaku. Membuka tempat duduk motosikalnya, kain yang membaluti dompetnya tiada. “Sial,” bentak hatinya.
“A’sal?” curiga Fiz.
“Wallet aku hilang, lesap sekali kain pembalut,” balas Ryzal.
Raut wajah Ryzal yang tenang tidak sama sekali menunjukkan kerisauan hatinya. “Aku diuji kerana Allah sayang.” Tanda cinta dan taat pada Pencipta sekian alam. Fiz bergegas pergi kerana mahu menghantar anak bujangnya ke klinik. Demam mengejut. Pandangan Ryzal tidak sedikit pun beralih ke arah nombor pendaftaran motosikal Fiz, hilang beberapa detik di penghujung jalan. Enjin dihidupkan dan pendikit dipulas.
Zaaaasss!!!!! Ryzal membalas rasa gundah-gelana dengan cara memecut pacuan dua rodanya. Setibanya di bengkel tempat biasa dia melepak pada hujung minggu bersama-sama kawan baiknya, dan juga kawan karib Fiz, yang dikenali semenjak 2012: Feruz. Feruz ialah usahawan yang agak lumayan untuk didekati. Pada umurnya 27 tahun, Feruz telah ada segala-galanya. Sebut sahaja: rumah, kereta, anak, isteri, duit, dan segala-galanya. Ya, terlalu muda. MDD-DKE ialah bengkel kepunyaan Feruz. Kepakaran ‘Tuning & Dyno’ untuk pacuan dua roda seperti Yamaha 135LC, Y15, dan jenis-jenis lain.
“Why?” sergah Feruz.
“Wallet kena kebas kat taman tadi,” balas Ryzal.
“Naya, dah cari ke? Kalau tak jumpa, buat report polis dan block semua kad debit ATM,” beritahu Feruz.
“Alright. Call bank jap. Bank Islam, Bank CIMB, dan Bank Hong Leong,” balas Ryzal.
Disekatnya (blocked) kesemua kad debit ATM. Puas hati. Ryzal termenung memikirkan nasibnya walaupun dia tidak heran dengan insiden yang melanda dirinya. Lagi beberapa minit, dia akan pergi ke balai polis untuk melaporkan tentang kecurian dompetnya. Bulan sabit, ditemani bintang-bintang, telah memecahkan kegelisahan hatinya. Barang yang lepas tak usah dikenang. Hidup perlu diteruskan walau badai melanda. Ryzal selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Sentul, Kuala Lumpur. Sarjan Firdaus telah mengambil semua butir-butir dari Ryzal dan mencetak laporan bagi membolehkan urusan kad pengenalan yang baharu, kad debit ATM, serta yang berkaitan. Ryzal mengucapkan ribuan terima kasih atas kecekapan, kemesraan, dan sifat ramahnya Sarjan Firdaus menjalankan tugas sebagai pegawai polis.
“Terima kasih, Sarjan,” ucap Ryzal dengan yakinnya.
“Tiada masalah. Saya faham situasi encik. Lepas ni, berwaspada dan lebih berhati-hati,” balas Sarjan Firdaus sebagai nasihat.
“Insya-Allah,” bisik Ryzal sambal bersalaman dengan Sarjan Firdaus.
Ryzal lena dibuai mimpi. Segala-galanya telah selesai. Pencuri dompet pasti berusaha untuk memecahkan kata laluan (password) kad debit ATM miliknya. Ryzal ketawa dalam tidur bagi memperlekehkan usaha pencuri dompet miliknya. “Ha ha ha…”.
Azan subuh kedengaran jelas dan masuk ke dalam gegendang telinganya lalu terjaga dari lena. Ryzal bingkas bangun mendapatkan tuala dan segera mandi. Hubungannya dengan Pencinta tidak dilupakan, di sebabkan itulah urusannya mudah dan senang. Sarapan pagi berlaukkan ayam masak merah kegemaran Ryzal. Nasi lemak, siapa yang tidak mahu. Ryzal salah seorang daripada pelanggan gerai Mak Cik Milah.
Sudah masuk jam 12.00 tengah hari, Ryzal sibuk menyiapkkan lakaran yang dibincangkan bersama-sama Mr. Chong semalaman. Tekun dan komited. Itulah Ryzal. Walaupun dilanda ujian, dia tidak sekalipun lupa tugas yang diberi. Draf pertama sudah siap. Ryzal senang hati dan bergegas ke UTC, Pudu Sentral bagi penggantian kad pengenalan baharu. Selesai pukul 3.00 petang. Ryzal ditemani oleh sahabatnya Ben, susah senang bersama walaupun sibuk sekalipun. Ben ialah seorang pegawai atasan yang sangat disegani dalam kalangan rakan sepejabatnya. Ben menyokong penuh segala apa yang Ryzal lakukan. Tidak pernah sekali pun dia menolak mahupun memperkecilkan apa-apa keputusan sahabatnya. Hebat orangnya.
“How much do they charge you?” usik Ben.
“No need to pay. Dah buat aduan, ada report,”balas Ryzal dengan pantas.
“Ouh, I see. Kalau tak de report?” tambah Ben.
“RM110 kali pertama, RM310 kali kedua, dan RM1000 kali ketiga. RM10 kalau IC rosak,” beritahu Ryzal dengan tenang.
Ben dan Ryzal selesai di UTC, Pudu Sentral. Destinasi yang sama ke Selayang. Notifikasi WhatsApp banyak, Ryzal sengaja tidak endahkan. Bukan Mr. Chong, tak penting. Deringan nada panggilan berbunyi. Ryzal menjawab panggilan itu.
“Boss, saya UMobile. I found your missing wallet.” –Umobile.
“That was stolen, semalam.” –Ryzal.
Selepas beberapa minit, Ryzal pergi mengambil dompetnya. Hhatinya berbelah bahagi antara kad-kad yang lama dengan yang baru. Perdana Menteri Malaysia pun sudah tahu, Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin. Tiada lagi PMi mahupun apa. Ryzal terpaku akan kegopohan dirinya yang mahu cepat. Sudah habis madu, sepah dibuang.
Nota: Cerpen ini berdasarkan kisah benar dengan beberapa tokok tambah serta isu semasa dijadikan penguat.
TAMAT 15.
16
Malam Penentuan
Oleh M.S. Rindu
Malam itu Mat Indera bercadang untuk melakukan sembahyang sunat isytiharah buat kali yang
ketiga. Jadi dia tidur awal dan bercadang akan bangun pada pertengahan malam. Malam itu
baginya adalah malam penentuan sama ada dia akan melibatkan diri dengan pembentukan
pasukan bersenjata untuk menentang Inggeris atau tidak.
Kira-kira seminggu sebelum itu dia telah dijemput oleh JH. Jasman datang ke rumahnya. JH.
Jasman ialah salah seorang kader PKM di kawasannya dan baru saja balik dari menghadiri
kursus politik dan ketenteraan anjuran PKM di Lubuk Kawah, Temerloh pada pertengahan
bulan Mei 1948.
Mat Indera datang menemui JH Jasman bersama-sama dengan kawan-kawannya Abdul
Kadir Ma’ie, Hashim Kaimi (Kimi), Yatim, Sanip bin Jasmani dan Rosman bin Munaji.
Di tempat persembunyiannya di dalam hutan dan di hadapan Mat Indera dan kawan-
kawannya serta beberapa orang lain yang dijemputnya, JH Jasman memberi penerangan
berikut:
“Saya baru balik dari menghadiri kursus politik dan ketenteraan anjuran parti Komunis di
Temerloh Pahang. Parti komunis hendak melancarkan perang terhadap Inggeris. Pasukan tentera
Cina sudah ada, iaitu terdiri daripada orang-orang Bintang Tiga atau bekas ahli MPAJA. Jadi
kami parti komunis bahagian Melayu hendak menubuhkan pasukan bersenjata Melayu.”
2
“Mengapa komunis hendak melancarkan perang terhadap Inggeris?” tanya Mat Indera, Ketua
API dan ahli jawatankuasa PKMM Muar dan pemimpin kesatuan buruh di Muar. Memang dalam
pertemuan dia yang banyak bertanya.
“Sebab Inggeris tidak akan memberi kita kemerdekaan secara damai. Parti-parti kiri sudah
diharamkan. Jadi kita sudah tidak jalan lain untuk mencapai kemerdekaan. Kita mesti berperang
untuk menghalau Inggeris,” jawab JH Jasman.
“ Jadi kita mesti masuk komunis dan berjuang bersama dengan komunis? tanya Mat Indera.
“Kita memang akan berjuang bersama dengan komunis, tapi kita tidak mesti masuk
komunis atau jadi ahli parti komunis, Kita akan bentuk tentera kita sendiri, tentera Melayu, ”
jawab JH Jasman.
Seterusnya terjadi soal jawab yang berikut antara Mat Indera dengan JH Jasman:
“Tapi kita mana ada senjata?”
“Pasukan Cina akan beri kita senjata. Mereka sudah ada senjata, yang mereka dapat daripada
Inggeris pada masaJepun.”
“Bolehkah kita menang berperang dengan Inggeris?”
“Tidak mustahil kalau kita bersatu. Kalau semua bangsa bersatu,” jawab JH. Jasman. “Dulu
Jepun sudah kalahkan Inggeris”.
“ Bagaimana cara kita hendak berperang dengan Inggeris?”
3
“Sebagai permulaan, kita akan serang estet orang Inggeris yang banyak terrdapat di
kawasan kita . Kita akan rosakkan. ekonomi mereka. Kita akan halau mereka dari kawasan
luar bandar. Dan kita akan jadikan kawasan luar bandar sebagai kubu perjuangan kita.”
“Selain itu, kita mungkin akan serang balai polis untuk mendapatkan senjata”.
“Kalau ada pasukan askar atau polis masuk kampung, kita akan serang hendap dan rampas
senjata mereka”.
“Kita perlu segera menubuhkan pasukan tentera Melayu. Kita nak lancarkan perang mulai
sekarang juga. Saya harap kawan-kawan semua boleh menyertai saya menjadi ahli pasukan
tentera Melayu,” jelas JH selanjutanya.
Setelah menjawab beberapa pertanyaan lain yang seakan-akan atau merupakan
pengembangan daripada pertanyaan di atas, JH Jasman pula bertanya, “Sekarang apa pendapat
saudara-saudara? Adakah bersetuju menyertai pasukan tentera Melayu yang akan kita
tubuhkan?”
Tidak ada yang menjawab dengan serta merta. Kebanyakan yang hadir memandang Mat
Indera yang boleh dianggap sebagai pemimpin mereka. Mat Indera pun tidak segera memberi
keputusan.
Oleh sebab tidak ada yang menjawab, JH Jasman mengemukakan pertanyaan khusus kepada
Mat Indera, “Bagaimana pendapat Mat Indera?”
“Nak membentuk pasukan tentera dan nak berperang dengan Inggeris ni satu tugas yang berat.
Lagi pun nampaknya kita akan berjuang bersama komunis dan mungkin di bawah pimpinan
4
komunis. Saya minta tangguh memberi keputusan. Saya akan memberi keputusan kira-kira
seminggu lagi, “ jawab Mat Indera.
“Tapi saudara Mat Indera sebenarnya tak ada pilihan lain, “ kata JH pula. “ Kalau saudara tak
menyertai pasukan tentera kita, saudara akan ditangkap dan disumbat dalam penjara. Baiklah
saudara menyertai pasukan tentera kita dan berperang dengan Inggers.”
“Lagipun saudara jangan lupa perjuangan kita adalah untuk membebaskan tanah air dari
cengkaman penjajah. Perjuangan secara damai sudah tertutup atau tidak dapat diteruskan lagi.
Perjuangan kita mesti diteruskan dengan mengangkat senjata. Ingat slogan API yang
dikemukakan oleh Ahmad Boestamam. Merdeka dengan darah”, kata JH Jasman seterusnya.
Mat Indera hanya tersenyum dan tidak memberi apa-apa ulasan. Dalam hatinya dia memang
merasa sangat sukar untuk menyatakan tidak bersetuju untuk menyertai pasukan tentera yang
akan ditubuhkan oleh JH Jasman. Malah hatinya sudah berat akan bersetuju.. Bagaimanapun,
dia masih meminta tempoh seminggu sebelum memberi keputusan muktamad, kerana dia ingin
melakukan sembahyang isytiharah terlebih dahulu.
Setelah dua kali melakukan sembahyang iytiharah, hati Mat Indera sebenarnya memang
sudah berat untuk melibatkan diri dengan pembentukan pasukan bersenjata dan menyertai
perjuangan bersenjata bersama komunis. Hanya pada malam itu dia ingin mencukupkan
sembahyang sebanyak tiga kali, supaya keputusannya betul-betul mantap.
Kira-kira pukul dua belas malam, dalam suasana yang sunyi sepi, Mat Indera melakukan
sembahyang isytiharah buat kali yang ketiga.
5
“Ya, Allah, berilah aku petunjuk untuk mengambil keputusan yang tepat sama ada akan
menyertai penubuhan pasukan bersenjata atau tidak. Aku ingin berjuang untuk membebaskan
tanah airku daripada cengkaman penjajah Inggeris. Tapi aku tidak dapat lagi berjuang secara
damai. Malah aku akan ditangkap dan disumbat ke dalam penjara. Aku tidak mempunyai tujuan
dan niat yang lain. Berilah aku petunjuk yang benar, ya Allah”, antara lain dia berdoa.
Selepas melakukan sembahyang isytihaarah buat kali yang ketiga, Mat Indera semakin yakin
bahawa tindakan yang harus diambilnya tidak lain daripada menyertai penubuhan pasukan
bersenjata dan melancarkan revolusi untuk menentang Inggeris. Dia memang menyedari risiko
yang akan dihadapinya dari tindakannya itu. Tapi hatinya sudah bulat dan dia redha menghadapi
apa-apa risiko, jika dia mengambil keputusan yang salah.
Kira-kira sepuluh hari selepas pertemuannya yang pertama dengan JH Jasman, Mat Indera
menemui JH sekali lagi dan menyatakan keputusan yang diambilnya. Dia membawa beberapa
orang kawannya seperti Karim Atan, Omar Mmeon, Genim, Yat dan Abdul Rahman Ali.
Mereka bersama-sama masuk ke hutan dan memulakan perjuangan bersenjata menentang
Inggeris secara gerila.
Memang akhirnya Mat Indera dapat ditangkap dan mati ditali gantung.Akan tetapi, dia
yakin dia mati sebagai seorang pejuang kemerdekaan. Memang tidak semua orang mengiktiraf
dan menghargai perjuangannya. Akan tetapi, nama Mat Indera sudah tercatat dalam buku-buk
sejarah dan tidak mudah dihilangkan begitu saja, dan tentu tidak kurang pula orang yang tidak
akan melupakan jasanya dan akan sentiasa menyanjung perjuanganya.
TAMAT 16.
17
KROTO DAN ANAK BANGSA
Oleh: Mukti Jayaraksa
LANGIT buram berselimut awan hitam, tanda langit bermuram durja bersama bulir-bulir beku bening menyerang hamparan tanah. Tangis langit semakin membuncah, berbaur dan berpelukan mengikat keseimbangan dengan halilintar bercampur petir. Dalam sekejap bumi menggigil, daun dan ranting lompat dari atas dahan, begitupun pohon-pohon banyak yang tiarap memeluk tanah terkena tamparan angin. Jalanan membentuk kolam-kolam kecil, menelanjangi batu berselimut aspal yang baru satu-setengah bulan selesai dikerjakan.
Air mata langit mulai mengering, wajahnya perlahan menyembulkan gairah, kulitnya nampak abu-abu, walau masih sedikit lebam. Matanya berangsur memerah terkena suntikan sinar matahari yang berpamitan diufuk timur, ingin segera pulang menyambut datangnya malam. Burung-burung melanggak-lenggok, hilir mudik menari dan melukis angkasa.
Sementara Agus duduk termenung di balai bambu depan rumahnya sambil memandangi pesona alam. Sarung lusuh membungkus tubuh mungilnya, dagunya disandarkan pada lutut yang terlipat seperti aphehon, hanya kepala yang mendongak dengan mata nikilis dalam alam nasut yang semakin memburam. Pandangan Agus terlihat suram, seakan ada beban berat yang ditanggungnya. Tubuh jangkis, panjang dan tipis Agus lambat berkembang diusianya yang masih sewindu lebih beberapa bulan.
Agus terperanjat dan kaget. Lamunannya mencair, terbang melayang entah kemana setelah bapaknya menoel punggungnya. Agus menoleh kearah bapaknya sambil menggeser tubuhnya.
“Eee… bapak, silahkan pak” ucapnya lirih. Tangan kanannya memukul-mukul rumbai-rumbai bambu berlapis debu dan memungut daun jambu kering yang tergeletak tak berdaya.
“Kamu udah sholat Gus”.
“Sholat apa pak?”
“Ya sholat Ashar-lah, masa sholat shubuh,” tegas Pak Mi’un yang turut menempelkan pantatnya ke balai itu sambil mendengar kepolosan dan keluguhan anaknya.
“Sudah Pak”. Jawabnya enteng dengan mimik tersipu malu.
“Gus… Agus”.
Dalam kondisi terpuruk dan sekarat ekonomi, Pak Mi’un tetap memperhatikan dan mengingatkan anak-anaknya untuk sholat. Sholat baginya nomor wahid yang tidak boleh ditinggalkan. Walau terkadang hatinya menjerit dikala anak-anaknya merengek ingin sekolah. Pak Mi’un hanya bisa menjawab “Sabar ya nak, nanti-sabar ya nak, nanti.”
Pak Mi’un yang tak pernah makan bangku sekolahan, hanya mencicipi pesantren beberapa bulan, selalu mengajari tata cara sholat pada Agus dan Iyan anak bungsunya yang baru berusia enam tahun.
Tak lama pak mi’un mengeluarkan secarik kertas berlipat tiga dari selipan peci bermotif senja dan diserahkan pada Agus dengan harapan ada penjelasan dibalik isi surat dari kelurahan yang diterimanya selepas sholat ashar di Musholah.
Sejenak Agus terdiam, seperti ilmuwan yang sedang menyusun sistimatika materi yang hendak disampaikan. Bibirnya mulai bergaya seperti pantat ayam yang akan keluar telor. Matanya berkaca-kaca, sesekali ia tekan kuat-kuat, sehingga bendungan kelopak tak mampu menahan cairan bening tumpah ruah, disertai iringan isak yang mengganjal dada.
Entah apa yang sedang dirasakan Agus. Surat yang dipegangnya tak mengeluarkan nada dan suara kata, Agus hanya memandang dengan tatapan kosong. Pak Mi’un yang sejak tadi memperhatikan anaknya tak dapat berkata-kata. Pak Mi’un iling, kalau kemampuan anaknya sama seperti dia. Pelukan hangat menyambar tubuh Agus, semakin merapat pada tubuhnya, menyatukan kegelisahan dan nasib yang dirasa. Pipi Pak Mi’un pun becek, dialiri bulir-bulir oase kesedihan yang menyusuri guludan penuaan di wajahnya.
Gaya teletabis antara bapak dan anak mulai mencair dalam guratan nasib yang terus menganga. Mengendap rasa berkawan pilu yang ditampung dalam bejana suratan takdir yang masih asyik bersemayam dalam kehidupan.
Hati Pak Mi’un bak diiris sembilu, mengenang bayangan tempo dulu bersama keluarganya yang jauh dari pendidikan formal. Pendidikan bagi Pak Mi’un hanya ada dalam bayangan dan keinginan. Kini nasib serupa juga dirasakan Agus yang sedikit berbeda dengan bapaknya. Agus pernah sekolah, walau hanya tamatan kelas satu Sekolah Dasar (SD) dan sempat belajar di kelas dua beberapa bulan.
Agus tamat sekolah belum waktunya, karena faktor biaya. Jangankan iuran, SPP-nya saja sering nunggak dan masih meninggalkan hutang di kelas satu. Mata Agus sekedar menonton dan masih belum dapat membaca anggaran pendidikan, telinganya sebatas mendengar tentang berita penggratisan biaya pendidikan, hatinya remuk dan hancur merasakan ejekan dan gunjingan teman-temannya dan jiwanya masih kabur pada lagu-lagu dan syair-syair wajib belajar dan pendidikan dasar sembilan tahun (Wajardikdas). Agus masih polos dan lugu.
Walhasil, Agus menganggur diusia belia. Dan untuk menghilangkan kejenuhan, keseharian Agus turut bapaknya melanglang buana ke seantero hutan mencari kroto (telur semut krangrang) untuk dijual pada pengepul. Diusia belia, lambat laun skill dan kemampuan Agus semakin terasah dalam mencari dan mengambil kroto, makanan favorit ikan hias dan burung berkicau itu. Tak jarang, Agus pergi tanpa ditemani bapaknya. Masuk-keluar hutan menjadi profesinya sehari-hari. Teman Agus, Ical, Hasan dan Dani memiliki nasib yang tak jauh berbeda. Mereka generasi bangsa yang sering masuk keluar hutan. Tujuannya begitu mulia, ingin membantu meringankan ekonomi keluarga.
Niat baik Agus tak pudar untuk membantu orangtuanya, walau penghasilannya hanya cukup untuk beli satu liter beras, itupun kalau nasib lagi mujur. Sungguh tak sebanding dengan keringat yang menetes, tenaga yang terkuras, bahkan terkadang tersesat ditengah hutan, tak menemukan jalan pulang. Tapi mau bagaimana lagi, inilah potret anak bangsa yang disimpan dilemari dan rak-rak kantor yang masih digembok.
Semangat Agus langsung ambruk pada level terendah, bila melihat anak-anak sebaya beseragam putih-merah sambil menggendong tas. Itu disaksikan hampir tiap hari. Hatinya hancur, pikirannya kabur dan jiwanya terkoyak. Bila cuaca lagi tak bersahabat, Agus sering termenung di depan rumahnya, bernostalgia saat-saat sekolah dulu. Suara bu guru yang menuntun baca, mengeja kata, lagu-lagu riang yang masih terngiang, berdiri di depan kelas ketika tidak mengumpulkan PR matematika dan seabrek kenangan indah semakin menambah kengiluan dan kenestapaan hati Agus.
Pagi tanpa awan, mata-hari terlihat garang memamerkan sinarnya, birunya langit nampak jelas dan cerah, celik mata Agus berbinar-binar menerawang bayangan kroto yang tergantung di dahan pohon. Perjuangan segera dimulai, gerak kakinya bak tentara dengan bambu panjang di pundak dan cangklong bertengger di pinggang. Agus terus menyusuri jalan berlubang dan berbelok-belok.
Dipersimpangan jalan, Agus tak menyadari, sepasang bola mataku mengumbar sorot pandang, kedipan kelopak mataku sengaja diperlambat untuk menghisap keanehan yang kutanggap. Jarak semakin menyempit, ruang pun semakin nampak, bertemulah Aku dan si bocah yang belum pernah bersua.
“Hai Dik, bisa berhenti sebentar?” Sapaku yang diiringi gaya polantas yang hendak memperlambat laju kendaraan.
Si bocah terus menggerakkan kakinya, tak peduli dengan sapaanku. Sesekali menarik celananya yang hampir turun. Kutinggalkan sepeda motor di tepi jalan persimpangan, demi memburu berita. Aku terus mengekor, mengikuti jejak kakinya sampai ke dalam hutan. Aku mencoba memberikan pengertian dan sedikit penjelasan.
“Maaf Dik, Aku bukan orang jahat, jadi kamu jangan takut, Aku seorang wartawan dari koran lokal, maaf yah?”. Jelasku, walau nampak di wajahnya makna kebingungan dan ketidakfahaman. Belum juga ada kata yang terucap dari mulut si bocah, Aku nyerocos bertanya “Nama kamu siapa?”
“Agus”. Singkat.
“Kamu Ngga sekolah Gus?”
“Kalau saya sekolah, tentu saya tidak ada disini”. Jawab Agus sekenanya, namun mengandung logika.
Aku terperanjat dengan jawaban Agus, tak kusangka dia akan menjawab seperti itu. Aku termenung sejenak dan semakin penasaran saja. Sementara Agus sibuk menyambung dua batang galah dengan potongan karet ban dalam. Aku terus mencoba mengamati-amati apa yang dilakukan Agus. Kepalanya mendongak, menengadah ke langit sambil memutar-mutar tubuhnya. Selang beberapa menit, ada sebongkah benda terjatuh tepat didepanku.
“Apa ini Gus?”
“Sarang semut”.
“Buat Apa?”
“Dijual”.
“Apanya yang dijual?” tanyaku penasaran.
“Telornya”. Agus menunjukan butiran kecil berwarna putih yang masih dikerumuni semut berwarna kekuning-kuningan.
“Berapa uang yang kamu dapat dari menjual telur-telur semut ini?”
“Sehari, kadang-kadang dapat 6000, kadang-kadang 10.000. ngga nentu”. jelasnya sedikit panjang. Tangannya aktif menghindari serangan dan gigitan semut sambil mengumpulkan dan memasukkan kroto (telur semut) ke dalam dauk kenderon1 yang setia nempel di pinggangnya.
Aku terus mengorek dan menyudat informasi sebagai bahan berita. Ternyata Agus seorang bocah yang kesehariannya mencari kroto (telur semut) untuk membantu meringankan ekonomi orang tuanya. Sekolahnya kandas, karena tak ada biaya. Gigitan semut krangrang menjadi teman setia tubuhnya.
Aku semakin bernafsu untuk mengetahui perjalanan hidup Agus, seorang anak bangsa yang masih sangat belia. Cita-citanya terkubur dalam ketiadaan ekonomi, potensinya terpenjara dalam kerangkeng waktu, kesempatannya ternodai dan terluka dalam kubangan zaman. Zaman modern bagi Agus hanya mimpi disiang bolong. Era reformasi dirasa sebuah ilusi dalam dekapan ambisi politisi, tak ada solusi dalam memandang situasi. Demikian potret Agus dalam bayang pikirku.
Tiba-tiba Agus mengangkat galah panjang ke pundaknya, tak ada pertanyaan atau kecurigaan padaku. Kepolosan dan keluguhannya masih nampak jelas di wajah dan tingkahnya. Kakinya mulai digerakkan, merayap maju menyusuri jalan setapak. Aku terus bermakmun di belakangnya. Aku setia mengikuti kemana kaki Agus melangkah.
Tak terasa hampir empat jam aku bersama Agus bertamasya, bercengkrama dengan alam. Rintik hujan menyapa dedaunan, menggeser debu yang bertengger. Agus menghentikan petualangannya dan bergegas pulang.
Di tengah perjalanan, langit menumpahkan air dengan cepatnya, sehingga Aku dan Agus berlarian. Untung ada gubuk tak berpenghuni di sisi jalan. Aku dan Agus berteduh. Melodi air yang menyentuh atap gubuk terdengar jelas dengan gesekan nada angin yang membuat konser musik di alam bebas. Tubuh Agus mulai menggigil. Kupeluk tubuhnya dengan jaketku agar ada sedikit kehangatan yang dirasa.
Disaat hujan mulai reda, kulihat mata Agus mengeluarkan butiran bening, wajahnya mendung, pandangannya kosong sambil melihat sebuah bangunan yang hanya terlihat atapnya dari gubuk. Sepertinya bangun sekolah. Aku mulai cemas dan khawatir. Kupegang keningnya, tapi biasa saja.
“Gus, kamu sakit yah?”. Agus tak berucap, hanya gelengan kepala.
“Kok kamu nangis, apa yang kamu rasakan?” tanyaku penasaran. Lagi-lagi dia menggelengkan kepalanya. Sepertinya ada sesuatu yang sangat mengganjal dalam hatinya. Aku mencoba menenangkannya. Jepretan kameraku sedikit meredakan kegundahannya, senyumnya mulai nampak walau hanya sekejap.
Agus bergegas melangkah, meninggalkan gubuk. Aku pun cepat-cepat menyusul, tak mau tertinggal jauh. Agus semakin cepat melangkah dan setengah berlari ketika melewati bangunan itu. Jalanan becek dan penuh berlubang tak menyurutkan semangatku untuk mengikuti langkah Agus hingga sampai di rumahnya.
Di rumah sangat sederhana sekali (RSSS), Agus menghentikan petualangannya, melangkah, menerobos ke dalam. Sementara Aku duduk di balai bambu depan rumahnya sambil mengumbar mata nakalku, memandangi dua-tiga rumah yang bentuk dan kondisinya hampir sama. Nampak anak-anak yang hampir seusia Agus sedang asyik bermain kelereng dan beberapa gadis kecil bermain lompat tali.
Tak lama kemudian, sesosok wanita setengah baya membawa segelas air tanpa warna dan menyuguhkan padaku. Agus mengikuti disampingnya.
“Saya bu Zenab, ibunya Agus” ucapnya, memperkenalkan diri tanpa ditanya.
“Oo Iya, saya Heri bu”. Sambil kujabat tangannya yang mulai mengkriput.
“Maaf, ada keperluan apa nak Heri ke gubuk ibu?” nada suaranya lembut, sopan dan penuh keramahan.
“Aku juga mohon maaf bu, mungkin kedatangan saya mengganggu keluarga ibu”.
“Bapak kemana bu?” tanya Agus tiba-tiba, sambil memegang lengan kiri ibunya.
“Katanya sih mau ke sekolah, mau bayar hutangmu yang dulu belum dibayar”. Jelas bu zenab dengan mata berkaca-kaca. Agus pun tertunduk. Bu Zenab memeluk tubuhnya. Air mata Agus tak terbendung, bak lumpur lapindo. Bu Zenab berusaha menyekanya dengan ujung kain bajunya. Tangannya menari-nari di kepala putra kesayangannya sambil membendung rasa iba dalam dirinya.
Tangisan Agus mulai reda, Bu Zenab berpamitan masuk. “Gus sini Gus”. Aku berusaha menghibur Agus dengan memperlihatkan foto-foto hasil jepretanku. Agus nampak senang, terlebih ketika aku janjikan fotonya akan masuk koran. Aku jelaskan banyak hal, termasuk profesiku sebagai seorang wartawan. Perlahan Agus mulai terbuka dan berbagi cerita. Banyak cerita yang kudapat dari mulut polosnya, termasuk kenapa pandangannya kosong ketika melihat atap bangunan dari gubuk sisi jalan itu. Ternyata di bangunan itu ada setumpuk kenangan dan harapan, namun musnah ditelan keadaan.
Tak lama kemudian Aku berpamitan pada Bu Zenab dan Agus. Segudang berita dan cerita sudah kudapatkan. Aku akan jadikan pengalam ini menjadi berita di halaman depan dengan tulisan besar, agar mata rabun penguasa jelas melihat dan membacanya.
Tiba-tiba Aku teringat pada motor kesayanganku yang diparkir di persimpangan jalan itu. Masihkah menjadi milikku? Atau sudah dimiliki orang lain?. Adakah kesempatan untuk meraihnya lagi?. Entahlah, mungkin senasib dengan Agus.
Catatan.
1). Dauk Kenderon : Semacam tas yang dibuat dari anyaman daun pandan.
TAMAT 17.
18
K E K U W U N G
Oleh : Mukti Jayaraksa
MATAHARI mengangkasa, memanjat langit yang agak temaram. Sinarnya perlahan menerobos, memotong riwis-riwis gerimis yang bekejaran menghampiri bumi. Di sebelah barat nampak warna-warni setengah lingkaran. Sungguh indah untuk dipandang. Kekuwung orang kampungku bilang. Aku terpesona dan menikmati keindahannya. Tiba-tiba pundakku ada yang menepuk dari belakang.
“Plok, Hai, lihat apa kamu?” Suara dan tindakannya mengagetkan dan membuyarkan kekhusyuan dalam menikmati lukisan alam.
“Kampret.” Ucapku spontan, sambil balik belakang, melihat siapa yang datang tanpa permisi itu.
“Eee… kamu Mat, sontoloyo,” kataku agak sewot.
“Asyik benar, lagi ngelihatin apa sih?” Mamat mengulangi pertanyaannya. Namun belum juga Aku menjawabnya, sudah disusul dengan celotehannya yang kurang membumi, menerka-nerka sesuatu yang sedang Aku nikmati.
“Ooo… Pantesan kamu tidak menghiraukan kehadiran saya, ternyata lagi asyik ngelihatin bidadari yang sedang mandi.” Ungkapnya sok tahu.
Aku tak menggubris celotehan Mamat yang penuh teka-teki. Omongannya tidak kumengerti. Entah apa maksud Mamat mengungkapkan opini seperti itu. Bahasanya menyimpan kontradiktif dengan pengetahuanku. Penuturannya terkadang irasional dan membingungkan. Tapi harus Aku akui, setiap berbincang dengannya, ada saja pengalaman baru atau sesuatu yang menjadi bahan renungan. Pernyataannya yang sering nyeleneh membuat otakku berputar-putar.
“Mat, dimana ada bidadari sedang mandi?” Aku balik tanya menuntut penjelasan darinya.
Mamat tak langsung menjawab, pura-pura tuli. Dia sibuk dengan kamera handphonnya, jepret sana-sini mengabadikan suasana dan keadaan panorama alam. Aku mulai kesal dengan ulah Mamat. Tingkahnya membakar emosiku saja. Dia tetap saja acuh tak acuh, padahal Aku memanggil namanya sampai tiga kali “Mat… Mat… Mat”.Rasa dongkol yang bersemayam dalam hati tak terbendung lagi.
“Mamaaaaat.” Bentakku dengan nada tinggi. Mamat berlagak kaget sambil menoleh ke arahku dan langsung nyerocos, memberikan penjelasan dari pertanyaanku yang tadi tidak dihiraukan.
“Yang-saya-mak-sud bi-da-da-ri se-dang man-di i-tu adalah yang kamu lihat tadi,” jelasnya dengan nada yang sengaja diputus-putus.
“Itu yang kamu maksud, Mat”. Telunjukku lurus ke arah kekuwung yang masih menampakkan keindahannya.
“Plek.” Spontan tangan Mamat memukul lengan kananku, lumayan keras.
Aku kaget dan langsung geram dan gondok atas tindakan Mamat. Aku tidak paham dan tidak terima diperlakukan seperti itu. “Emangnya tidak sakit” gerutu hatiku. Sementara wajah Mamat cengengesan seakan tak merasa punya salah. Aku semakin kesal dan marah. Rasa jengkel bersemayam dan kutahan dalam jiwa. Aku pikir lebih baik diam dari pada perang mulut dengan teman sendiri.
Suasana hening beberapa saat. Hanya hembusan angin yang semilir pelan menyapa kulit. Kulipat wajahku dalam kedongkolan.
“Hey kawan, kenapa kamu? Kamu marah, yah? Segitu saja kok sewot, jelek tauuu,” tegurnya dengan bibir dimonyongkan. Aku tetap termanggu, namun mulut Mamat terus nyerocos, mengalirkan pertanyaan-pertanyaan yang dibumbui ledekan sambil terus memandangi wajahku. Rupanya Mamat memahami dan mengerti sikap yang kutampilkan.
Aku masih dongkol, belum menerima perlakuan Mamat. Hatiku benar-benar kecewa. Rasa sakit pada tanganku menjalar dan melukai hati atas perlakuannya. Aura wajahku menyebarkan kekesalan dan kemarahan dan mulutku masih terkunci. Ketika Mamat meluncurkan guyonannya didepan wajahku, aku langsung membuang muka. Namun Mamat semakin bernafsu dengan gaya-gaya kocaknya. Dia memang temanku yang suka guyon dan bertingkah kocak.
Beberapa jurus, dari yang biasa sampai jurus pamungkas telah digunakan Mamat, namun aku tetap diam dalam dekapan kekecewaan, seakan hati ini tak ada pintu maaf lagi. Melihat sikapku itu, Mamat pun mengambil jurus lain. Dia ucapkan kata-kata yang mengandung makna dan kalimat yang syarat dengan estetika, sehingga hatiku mulai agak luluh dan mencair.
“Ma’af kawan, Mungkin saya teman yang kurang baik atau saya tak pantas sebagai teman bagimu, tapi sekali lagi saya mohon maaf atas kelakuan saya terhadapmu, sungguh tak ada maksud apa-apa, hanya rasa kepedulian saja”.
Kebekuan hatiku perlahan mencair, setelah Mamat mengucapkan kata-katanya dengan serius. Walau tak dapat aku pungkiri, butiran-butiran kesal masih menyisa dan menempel di dinding hati. Aku mencoba menyadari dan berusaha menerima keadaan sambil memoles wajahku dengan sedikit senyuman, walau agak terpaksa dan mencoba bersikap dewasa dalam menghadapi permasalahan. Aku coba sedikit profesional.
“Mat, terus terang Aku masih tak mengerti, kenapa kamu memukul lenganku?”.
Bukannya menjawab, Mamat malah tertawa. Giginya yang agak dongos dipamerkan. Aku semakin dibuat tak mengerti dengan kelakuannya.
“Mamat”. Aku membentaknya lagi, kali ini dengan nada tegas.
Mamat mengerem gelaknya secara mendadak. Raut wajahnya nampak serius, sedikit tegang. Dia mulai menyadari dan menghargaiku sambil memberikan penjelasan dengan serius.
“Begini kawan, saya tak bermaksud menyakitimu, apalagi melecehkan. sebenarnya saya merasa kasihan dan tidak mau kamu mendapat adzab atas tindakanmu, nanti kulitmu jadi belang”.
“Omongan kamu tambah ngacau aza Mat!” cetusku yang semakin tak mengerti.
“Ngacau bagaimana maksud kamu?” Mamat balik tanya.
Obrolan terputus beberapa saat. Sesekali Mamat mendongakkan wajahnya, bola matanya membaca situasi, seakan sedang mengumpulkan data-data pengetahuannya sambil menanti penjelasan dariku. Akupun menahannya, tak langsung memberikan jawaban. Entah apa yang sebenarnya yang ada dalam pikiran Mamat.
“Begini Mat.” Aku membuka kembali perbincangan. Aku jelaskan omongan Mamat yang aku anggap ngacau dan tidak rasional itu. Aku mengajaknya untuk berfikirrealitis dan rasional. Panjang lebar Aku menjelaskannya.
Mamat mendengar dan menyimak seluruh unek-unek dan pola pikir yang aku sampaikan, Dari mulai memukul lengan sampai masalah adzab kulit belang yang belum aku mengerti. Kepala Mamat manggut-manggut, dibarengi senyum yang semakin mengembang. Dipukulnya pundakku beberapa kali dengan pelan.
“Maaf kawan, sebenarnya saya juga belum begitu paham dan mengerti, hanya reflek memukul lenganmu”. Ungkap Mamat membela diri. Kemudian dia melanjutkan dengan menyampaikansebuah cerita pengalamannya di masa kanak-kanak.
“Begini kawan, Semasa kecil, saya dilarang menunjuk kekuwung. Konon menurut keyakinan masyarakat di kampungku, bila itu dilakukan, maka akan terkena penyakit belang. Bila sudah terlanjur melakukannya, buru-burulah untuk ngalamod (mengulum) jarinya agar adzab belang tak jadi menimpah”. Mamat menutup ceritanya.
“Mamaaaat…Mamat, kamu kok masih percaya yang gituan, itu mitos, tahayul.” Giliranku yang memamerkan senyum kurang manis, agak tawar.
“Ya, terserah kamulah kawan.” Menimpali ungkapanku.
Mamat meningkalkanku. Langkahnya terayun cepat tanpa menengok ke belakang. Mungkin baginya aku dianggap teman yang tidak mau dikasih tahu. Aku terus berfikir dalam ketidak mengertian, kenapa keyakinan seperti itu muncul di masyarakat dan masih diyakini pada zaman sekarang, padahal aku sendiri belum pernah menyaksikan orang yang terkena penyakit belang gara-gara menunjuk kekuwung. “Ada-ada saja” ucapku dalam hati.
Bersamaan dengan kepergian Mamat, Kekuwung yang tadi nampak jelas, kini mulai memudar, warnanya menguap entah kemana. Mungkin kekuwung itu merasa malu atau kesal, karena menjadi bahan perdebatan aku dan temanku, Mamat.
Catatan: Kekuwung artinya Pelangi.
TAMAT 18.
19
TAMU SANG KYAI
Oleh: Mukti Jayaraksa
RUMAH kyai Rahmat nyaris tak pernah sepi. Tiap hari ada saja orang yang bertandang, bertamu. Dari mulai pejabat sampai rakyat biasa. Tujuannya pun beragam. Ada yang ingin meminta doa sekaligus dukungan pencalonan, ada yang sekedar curhat tentang hukum agama, ada pula yang ingin konsultasi waktu yang tepat untuk pernikahan anaknya. Pokoknya macam-macam deh. Maklum kyai Rahmat seorang ulama yang kharismatik, penampilannya sederhana namun berwibawa. Ucapannya menjadi oase hati yang menyejukkan. Tutur katanya bak air zam-zam yang dinantikan masyarakat bila jamaah haji baru pulang. Maka tak heran bila banyak orang yang datang untuk meminta tausiahnya atau sengaja ingin diberi solusi atas masalah yang dihadapi.
Saya sempat beberapa kali ke rumahnya dan bercakap-cakap tentang problematika kehidupan. dari masalah pribadi sampai masalah masyarakat yang semakin hari semakin semerawut. Dari obrolanku dengannya ada kesan yang mendalam atas petuah yang pernah dilontarkan. Kyai Rahmat pernah berkata, “bahwa hidup ini adalah khiyar (pilihan) yang tentu harus direalisasikan (ikhtiyar) untuk menuju yang baik (Khoir) agar menjadi orang-orang pilihan (Mukhtar)”. Sungguh luar biasa bukan?. Kalimat itu masih membekas dalam ingatan dan akan saya jadikan jamu dalam meniti kehidupan.
Sebenarnya bukan cuma saya yang merasakan dan mendapatkan petuah-pertuah seperti itu. teman saya yang mau mencalonkan diri jadi dewan pun pernah bercerita. Pejabat yang dulu sering bertamu dan sekarang bertengger dipuncak gunung sering mengaku dan memuji-muji kyai Rahmat pada setiap acara, walau hanya sebatas cerita atas kebaikan sang Kyai yang telah membekali dirinya dengan doa, ketika hendak mencalonkan diri. Belum lagi masyarakat biasa dan jamaah majlis ta’lim yang diasuhnya, begitu beragam manfaat yang pernah diterimanya.
Desas desus masyarakat mulai bertebaran. Air susu dibalas dengan air tuba. Di gardu, di warung, di kantor dan hampir setiap tempat terdengar perbincangan yang bertemakan Kyai Rahmat. Saya sendiri kurang jelas inti masalah yang diobrolkan, namun sayup-sayup terdengar suara parau, bahwa kyai Rahmat, tadi malam kedatangan tamu wanita-wanita cantik dan seksi. Menurut kabar dari burung, Pakaiannya serba minimalis dengan aroma parfum yang menyembul menusuk hidung.
Hati kecil saya berkata “kok bisa yah, seorang ulama menerima tamu seperti itu, ada perlu apa sebenarnya wanita-wanita itu, apakah mereka tidak tahu, siapa Kyai Rahmat?”. tapi saya mencoba untuk berfikir positif. Saya tak mau gegabah menjustifikasi seseorang, apalagi seorang ulama. Bisa-bisa kuwalat nanti. Pikiranku terus melilit dan bertowaf mengitari ruang dan waktu dengan harapan ada titik terang yang menyinari.
Satu minggu sudah waktu berjalan, saya masih penasaran dengan kabar yang semakin santer diperbincangkan. Saya mencoba memberanikan diri untuk menghadap sang kyai. Saya Ingin menanyakan prihal yang sebenarnya. Dag-dig-dug hati semakin kencang ketika saya berada di depan pintu rumahnya. Entah kenapa rasa takut semakin membesar, padahal saya tak bermaksud salah, saya ingin tahu yang sesungguhnya secara langsung, bukan menurut orang yang masih katanya-katanya. Apalagi ini menyangkut kredibiltas seorang ulama yang menjadi panutan.
Dengan bismillah saya ketuk daun pintu yang masih setia menjaga. Tak lupa aku ucapkan kalimat doa sekaligus keselamatan, dengan harapan sang Maha Pencipta memberikan keselamatan kepada kita semua. Tak perlu mengulang kata thoyyibah itu, daun pintu terbuka. Laki-laki berjenggot pendek yang memutih menyambutku dengan jawaban salam yang dihiasi senyum sumeringah. Wajahnya nampak merona sejalan dengan tingkahnya yang tidak membedakan setiap orang yang datang. Siapa saja yang datang kyai Rahmat selalu menerimanya dengan ramah. “Dia memang kyai yang sejalin dengan namanya, yang mendapat Rahmat Allah” hatiku berucap.
Saya tersentak dan kaget, ketika kyai Rahmat bertutur tentang maksud kedatanganku. Beliau tahu apa yang masih mengendap dalam hati dan pikiranku, padahal saya belum sempat berkata-kata sedikitpun. Saya semakin gagu dan salah tingkah. Jangankan bertanya banyak tentang desas-desus yang berkembang, satu pertanyaan pun terasa berat keluar. Mulutku seperti terkunci.
Kyai Rahmat menyarankan untuk membaca istighfar tiga kali dan aku menurutinya. Alhamdulillah perasaanku berangsur lega dan sedikit ada keberanian untuk mendapatkan sesuatu yang dicari. Lagi-lagi kyai Rahmat mencuri start, mendahului maksudku. Aku yang masih meraba-raba susunan kata yang layak dan pantas untuk diucapkan harus mematung mendengarkan kata-kata dan kalimat-kalimat bijak. Dan saya merasa bersyukur, karena kalimat pak kyai jauh lebih bermakna dari pada kata-kataku yang masih beku.
“begini ya nak”, Kyai Rahmat mengawali nasehatnya. “Mata dhohir itu menyimpan fatamorgana, banyak orang yang tertipu dan tersesat dengan mata dhohir, sementara mata bathin menyimpan cahaya dan tidak sedikit orang yang selamat. Bila kita melihat dengan mata dhohir, seperti terhadap wanita-wanita yang kemarin datang, sangat dimungkinkan kita akan terjangkit virus fitnah”. Mendengar tausyiahnya, saya seperti burung tekukur yang sedang pamer suara merdunya, manggut-manggut menikmati indahnya makna.
“Kamu paham nak?”
“Dikit pak kyai,” jawabku agak kaget.
“ya sedikit-sedikit, nanti lama-lama jadi bukit,” Sambil melempar senyum kewibawaan. Saya pun semakin tak berdaya untuk berucap. Kalimat-kalimat yang mengalir dari mulutnya tak satupun yang sia-sia. Sungguh ta’azub dan jarang yang bertutur seperti kyai Rahmat di zaman sekarang ini. Kata-katanya ringan, tidak bertele-tele, namun juga syarat dengan makna.
“Kamu masih penasaran yah dengan wanita-wanita dari kota itu?” Lagi-lagi dia membangunkan lamunanku dengan pertanyaan yang sudah diketahui jawabannya. Terpaksa hanya anggukan yang dapat kulakukan dan sedikit senyum yang kurang manis, karena malu dan bingung harus berbuat apa lagi.
“Sudah, nggak usah bingung, santai dan sabar saja. Memang benar, kemarin wanita-wanita kota itu datang, mereka adalah para pemuas nafsu lelaki dan suka menjual diri. Mereka datang kemari ingin penglaris, karena menurut mereka sudah banyak saingan dan pelanggan mulai sepi, aku beri mereka wiri dan dan do’a,” cerita sang Kyai. Kali ini saya mendapat titik terang tentang tujuan wanita-wanita kota itu. tapi kenapa kyai menerima kedatangan mereka dan…
“Naaak, jangan kotori pikiran dan hati dengan bisikan syetan, karena hal itu akan menjerumuskanmu dalam kehinaan dan kehancuran.” Saya mengerem laju pikiran dan kegundahan rasa hati. saya tertunduk malu dan disarankannya untuk beristighfar lagi. Saya terkena semprotan nasehat yang semakin dalam. Saya semakin yakin, bahwa kyai Rahmat benar-benar dapat membaca pikiran dan perasaan orang. Saya semakin hati-hati.
Hampir dua jam sudah saya berbincang-bincang dengan kyai Rahmat, banyak hal sudah kudapat. petuah, ilmu dan kesadaran diri, namun masih ada masalah yang menggantung dalam benak saya. Saya masih penasaran untuk mencari jawab, kenapa kyai Rahmat menerima bahkan memberikan wiridan dan do’a-do’a penglaris pada wanita-wanita malam itu. sebenarnya rahasia apa yang disimpan sang kyai itu. Pikiranku membidik hati dalam rasa istifham “Adakah pelajaran yang diujikan pada saya oleh sang kyai?”. Ilmu dan pengetahuan saya seperti bumi dan langit, jauh bahkan jauh sekali. Seribu akal saya gunakan tetap gelap dan buntu.
Saya tersipu malu, ketika saya mendongakkan wajah dan kyai Rahmat pun sedang menatap dan memperhatikan tingkahku yang gundagulana. Jari-Jari tangan kanannya sedang membelai jenggotnya yang tak begitu lebat, mulutnya nampak aktif berucap, walau tak membagi suaranya.
“Sebentar lagi, insyaallah kamu akan mendapatkan jawaban dan sekaligus dapat mencairkan kebekuan pada tempurung kepalamu,” ucap kyai Rahmat. Kata-kata itu seperti energi alam yang merasuk dalam tubuh, ibarat tanah kering yang tersiram air. “Inna Allaha Layandzuru ilaa Shuwarikum wa Amwalikum, walakinna Allaha yandzuru ilaa qulubikum wa A’malikum,” lanjut kyai dengan bahasa yang fashih.
Selang beberapa menit, suara mobil nampak memasuki halaman rumah kyai. Saya bertanya dalam hati “siapa tamu yang datang, pejabat atau masyarakat biasa?”. Saya terkejut setelah dipersilahkan duduk, lurus dengan posisi saya, ternyata tamu itu dua wanita cantik berbusana muslimah. Wajahnya berseri, penampilannya anggun dengan pakaian yang kelihatan mahal. Parfum yang mampir di hidung terasa adem, seakan sedang menghisap aroma traphy. Saya jadi salah tingkah.
“Bagaimana, laris nggak?” tanya kyai pada kedua wanita itu.
“Al-hamdulillah pak kyai,” jawabnya kompak
“Syukurlah,” balas kyai singkat dan tak mau melanjutkan atau menyusul dengan pertanyaan berikutnya.
“Insya-Allah pak kyai, saya bulan depan akan menikah dengan laki-laki pilihan saya, mohon doa dan kehadirannya,” ungkap wanita yang berbaju pink sambil menyodorkan kartu undangan.
“Kalau saya, mudah-mudahan tahun depan pak kyai,” ucap temannya yang satu. Keduanya kelihatan berbunga-bunga dan antusias. ucapkan terimakasih berulang kali muncul dari bibir mereka.pada kyai.
Saya menjadi mayat hidup menyaksikan dan mendengar dialog mereka. Saya pikir, lebih baik saya pamitan pulang sebelum benar-benar mati karena menahan rasa bersalah dan malu pada kyai. Saya tinggalkan mereka agar tak nampak pada mata dhohir.
Gerem Raya, 5 Oktober 2013
TAMAT 19.
20
SELUANG MELAUT
Oleh: Paridah Ishak
MALAM yang damai tenang. Bintang-bintang bergemerlapan di dada langit. Menyinari gelita. Keadaan laut tidak terlalu bergelombang. Angin sentiasa berpuput mulus. Nyaman . Dingin menguliti. Dan terasa hingga ke tulang. Belum lagi alam sekitar membawa monsun Timur Laut yang akan menggelorakan Laut China Selatan ini dan merumitkan penghidupan di persisir perairannya dengan musim tengkujuh. Pasti akan berkunjung juga tidak lama lagi.
Ketika ini nelayan-nelayan pantai yang menaiki bot kecil atau perahu dan hanya miliki peralatan penangkapan ikan yang minima tidak berani turun ke laut untuk mengais sedikit rezeki meneruskan kehidupan. Hanya menempuh bahaya sekiranya ingin melakukannya. Para nelayan tentu akan mengambil sikap mementingkan keselamatan diri mereka. Nyawa wajib dijaga. Kehilangannya sudah tentu tiada ganti.
Kini masih di bulan Ogos. Cuacanya tenang berseri dan metah sesuai berwisata di tempat peranginan di tepi laut. Dan aktiviti nelayan-nelayan berterusan sebagaimana biasa. Di kejauhan kelihatan cahaya bergerak di tengah samudera. Barangkali ada kapal yang sedang belayar merentas lautan. Menuju destinasi entah kemana.
Jalil berdiri di tepi bot. Memerhati alam sekeliling yang sunyi. Kedengaran hanya lagu ombak berdebur menampar bot dan suara enjinnya yang tidak putus. Pengemudi bot fokus mengendalikan operasi pelayaran tidak mengambil kisah perilaku Jalil. Dia menilai situasi laut yang melengkunginya. Berdasarkan daripada sedikit pengetahuan yang diperolehi tentang kejuruteraan laut yang di pelajarinya di UITM. Kemudian menyambung pengajian peringkat sarjana di universiti UK. Pengajian yang mengambil masa agak lama sebelum menamatkannya.
Pelayarannya bersama bot yang dinaiki ini pasti tidak tersasar ke destinasinya kerana tiupan angin yang lembut tidak akan menyebabkan tekanan ombak yang menggelora. Harapannya semoga berterusan situasi begini dan tidak berlaku perubahan cuaca drastik.
Ketenangan suasananya melekakannya menikmati keindahan laut Cina Selatan yang terbentang dan tidak tercapai hujung pandangannya. Perjalanan yang agak lama namun lancar tanpa aral gangguan akhirnya sampai ke destinasi tujuan. Sebuah pulau indah menyapa pandangannya. Walau malam membungkus panorama sebenar namun pulau Redang ketara jua citranya.
Bot mewah itu sudah tiba di jeti. Injinnya sudah dimatikan. Namun Jalil masih alpa, termenung seketika. Dia tidak melangkah turun daripada bot lagi. Faez segera mencapai begnya dan beg temannya itu untuk dibawa bersamanya. Jalil tersedar daripada lamunannya yang melayang jauh entah ke mana. Dicapainya begnya daripada genggaman Faez. Langkah Faez dituruti. Mereka berjalan seiringan justeru arah tujuan adalah sama.
Di hadapannya terpampang papan tanda Resort Sri Palma Pulau Redang. Faez kagum sekali melihat persekitaran resort yang cantik dengan rekaan seni bina chalet yang unik bentuknya walaupun hanya kelihatan samar dan cuma diterangi sinaran lampu jalan.
Faez mengajak Jalil untuk terus melangkah mendekati kaunter pertanyaan resort yang masih terang benderang itu. Ada seseorang yang kelihatan mundar-mandir di dalamnya. Seakan sedang menanti kehadiran seseorang.
Langkah Faez terhenti pabila terasa tangan Jalil menyentuhi bahunya. Dia segera berpaling. Dan menanti buah bicara temannya itu. Hatinya merasa gusar, tidak enak. Apa pula masalah temannya itu lagi.
“Faez!”
“Apa lagi? Bukankah di sini tempat pertemuan kita dengan kawan-kawan sekolah dulu. Kita pun dah buat tempahan. Usahlah kau fikir tentang projek kapal yang sedang kau bina tu. Lupakan dulu. Aku tahulah kau tu jurutera marin pembina kapal. Kita berehat sekejap di sini. Sambil bertemu kawan-kawan lama kita..L agipun dah lama kita rancang pertemuan ni. Baru kali ni menjadi. Maklumlah kita kan masing-masing sibuk dengan pelbagai urusan. Setelah sekian lama bekerja, kita berihat pulak. Tubuh kita pun minta haknya untuk dilayani tau!” Panjang lebar jawapan Faez menjelaskannya walau dia tidak tahu apakah soalan sebenar temannya itu.
“Esok lusa aku ada tugasan untuk menguji beberapa buah bot peronda polis marin yang dibeli dengan syarikat tempat aku bekerja. Itu yang dalam kepala aku sentiasa duk mengira ketepatan strukturnya . Kepala aku ni terbayang-bayang setiap pelan yang aku reka. Asyik memikir tentangnya. Aku hanya boleh berharap segalanya tepat dan sempurna. Bot marin yang disiapkan itu terbaik keadaannya sebelum diserahkan kepada pelanggan penting syarikat kami tu.”
“Insya-Allah. Tiada apa-apa masalah tu. Kau kan profesyenal. “
“Walau seprofesyenal mana pun, kesilapan kadang berlaku juga tanpa kita sedari. Kan kita ni manusia biasa saja!”
“Kita sama-sama doakan rekacipta kau terbaik macam selalu. Tak payahlah kau terlalu fikirkan semua tu!”
“Harapanku semoga begitulah hendaknya.”
Senibina kapal dan pengangkutan laut, jurusan pilihannya di UITM mengajarnya ilmu kejuruteraan maritim. Meliputi teknologi rekabentuk kapal atau objek pengangkutan yang terapung di air. Teknologi pembinaan kapal merupakan bidang tersendiri dan semakin maju. Kejuruteraan Marin berkaitan dengan rekabentuk dan operasi enjin pendorong di atas sesebuah kapal.
Untuk melakukan pelbagai aktiviti di laut, sungai dan tasik, manusia telah lama menggunakan pelbagai jenis struktur terapung direka bentuk dan dibina. Ada yang bersaiz kecil seperti kanu dan bot memancing, juga yang berbentuk raksasa seperti kapal tangki.
Pembinaan kapal pada mulanya tidak diasaskan kepada teknologi sains. Tetapi lebih berdasarkan ketrampilan dan kemahiran pembina bot atau kapal berkenaan. Sejak zaman awal peradaban manusia telah berlaku. Sejarah tamaddun Mesir Kuno, Yunani dan China telah mencatatnya. Al-Quran juga menceritera kisah nabi Nuh alihissalam yang membina bahtera besar untuk menyelamatkan umat yang beriman kepada Allah Yang Maha Esa daripada bencana banjir.
Dalam riwayat Melayu lama pula, penglipur lara bercerita kisah kapal Merong Maha Wangsa tersadai di gunung Jerai dilanggar burung geroda ketika dalam pelayaran membawa putera Rom yang akan mengahwini puteri China. Kapal itu telah bertukar menjadi batu kerana disumpah sang kelembai. Batu yang terhampar luas di puncak gunung Jerai dipercayai ialah artifak kapal raja Merong Maha Wangsa.
Demikian juga dalam pembinaan kapal-kapal perang dan penjelajah dibina tamaddun Rom, Islam dan juga kuasa penjajah Inggeris, Sepanyol, Belanda, Portugis dan Perancis tidak menggunakan ilmu matematik atau kaedah saintifik yang diyakini masakini..
Pada abad ke tujuh belas, saintis dan jurutera mula menerapkan ilmu sains dan matematik kepada rekabentuk kapal. Antara yang terawal ialah Sir Anthony Deane yang menulis buku Doctrine of Naval Architecture pada tahun 1670. Bidang Senibina Kapal hanya boleh diikuti di luar negara Universiti-universiti di Jepun, United Kingdom,. Mulai tahun 1981, Universiti Teknologi Malaysia telah menawarkan kursus di bidang Teknologi Marin yang merangkumi senibina Kapal pada peringkat Ijazah dan Diploma.
Jalil berpeluang mengikuti kursus yang ditawarlan UITM setelah dia lulus temuduganya.Kini semua ilmu itu telah mengadaptasi dalam dirinya. Lestari seiring kehidupannya. Terapung objek itu satu persatu dalam layar mindanya. Mereka yang mempunyai kepakaran dalam senibina kapal ialah arkitek kapal sepertinya. Dia seorang pengamal berkarya dengan gigih dalam bidang yang diceburinya demi kemudahan penggunanya..
“Setahu aku, kau masa kat sekolah dulu aliran sastera. Tapi peliknya jadi orang sains pula. Hairan juga aku. ” Sambil mengatur langkah ke kaunter resort mereka berbeka perlahan. Memecah kesunyian malam.
“Aku sebenarnya bukan minat sastera pun. Tak pandai langsung berkarya kreatif puisi atau cerpen. Membacanya minat juga. Tapi sebab tak pandai macam kau, ke kelas sasteralah aku. Dulu kan kelas sastera hanya pilihan mereka yang lemah dalam sains dan matematik. Kau pula dari kelas sains tapi jadi orang sastera pula ya. Tapi sains dan sastera itu kehidupan, perlu adaptasi seiringan. Minat dan kemahuan penting untuk mencapainya. Siapa sangka kau kini seorang YB yang setiasa memikirkan kebajikan rakyat jelata. Aku pun tak mampu buat semua tu.Bukan main tinggi pencapaian kau. Ada rezeki manatahu jadi menteri pula. Aku sajalah yang menghabiskan masa dalam kapal di laut saja. Mengais rezeki Allah yang melimpah dalam laut.”
“Tapi rezekinya lumayankan?”
“In syaa-Allah…bolehlah nak hidup. Tapi tidaklah kaya-raya macam sesetengah kawan-kawan kita.” Faez sangat faham sikap Jalil yang selamba merendah diri itu hanya menambah kata.
“Ramai kawan-kawan sepersekolahan kita dulu yang hebat sekali pencapaiannya dalam kehidupan mereka. Kau ingat Azmi? Dia kini pengetua sekolah tempat kita belajar dulu. Sorang lagi kawan baik kau, Tan Sri Asman, kini orang kuat SPR.” Jalil sekadar mengangguk. Dia tidak mengambil tahu sangat perkembangan hidup kawan-kawan sepersekolahannya setelah sekian lama berpisah sebaik usai tingkatan lima… masing-masing membawa diri menurut haluannya. Sama ada menyambung pelajaran, bekerja atau berkahwin.
“Ya aku ingat,juga Azmi. Dia kan sekelas dengan kau, kelas lima sains satu. Memang bijak orangnya, layak pun jadi pengetua sekolah. Asman tu kawan sekelas aku masa kat kampung. Dalam kelas masa ujian asyik dia je yang dapat nombor satu. Satu sekolah kenali dia sebagai budak bijak. Aku selalu dapat nombor satu juga. Tapi nombor satu yang paling belakang.” Lelucon Jalil menerbitkan tawa kedua-duanya.
“Cuma aku sorang je tak hebat pencapaiannya. Hanya seorang pelaut. Bekerja dalam laut. Aku dulu tidak pandai macam kau dan kawan-kawan kita. Lemah sangat dalam akademik. Selalu dapat nombor corot je dalam kelas. Mengenangkannya malu pula. Segan pula nak bertemu kawan- kawan lama kita yang kebanyakannya berjaya dan sudah kaya-raya semuanya.”
‘Aku dulu PMR sebelum ditukar PT3 pun tak lulus, Faez. Tapi ayahku usaha masukan ke sekolah swasta hingga aku lulus dan dapat sambung belajar di sekolah kerajaan, bertemu kau dan kawan-kawan kita. Kata ayahku pelajaran itu amat penting dalam kehidupan walau hidup kami sentiasa kesukaran. Ayahku bergantung harap kepadaku untuk mengubah corak kehidupan kami yang daif kepada lebih sempurna. Justeru aku anak lelaki dan sulung pula,harapan ayah ibu dan keluarga kepadaku perlu kugalas dengan baik.
Keputusan SPM pun tak berapa bagus. Cuma setakat lulus pangkat tiga saja. Bukan sebabnya kerana aku tidak gigih berusaha. Barangkali nasibku yang tersurat sudah begitu. Tapi ayahku yang cuma tahu tulis baca saja itu menggalakkan aku mohon masuki mana mana IPT walau aku tidak yakin akan berjaya. Aku hanya berhasrat hendak mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan keupayaanku. Hendak bersandarkan kelayan akademik yang tidak seberapa itu masakan mungkin. Aku selesa meneruskan kerjaya tani warisan keluargaku sekian lama. Tapi pandangan ayahku berbeza. Luas dan jauh minda ayahku mencongak kira. Akhirnya aku berubah pendirian. Berkat doa ayah ibuku beginilah aku kini.’ Monolognya bercempera tidak bersambung lagi.
“Wah! Merendah diri pula kawan kita ni. Tak disebabkan kau tak jadi reunion kita ni. Kau yang sumbangkan dana untuk majlis kita. Semua belanjanya kau tanggung. Termasuklah sediakan bot untuk pengangkutan kawan-kawan kita ke sini. Kita yang lebih awal ke sini dengan bot persiaran kau yang mewah lagi. Selesa sungguh aku belayar dengan bot mewah kau ni!”
“Eh! Kau salah faham tu. Bot mewah tu bukan aku punya. Aku pinjam je dari syarikat tempat kerja aku tu. Sesekali melaram dengan harta syarikat heh…heh..”
“Iyakah? Cakap kau kadang bukan boleh percaya juga, kau ni jenis orang yang suka pendam rahsia sendiri. Asyik merendah diri saja. Aku kenal sangat kau ni!”
“Sejak bila kau tak percaya aku ni? Kau kan kawan baik aku masa kat sekolah menengah di Kuantan dulu. Kita sebilik di asrama putera.” Kenangan ketika dia bersama Faez dan rakan-rakan seasrama bergentayangan lalu. Manis dan pahitnya dirasai. Abadi dalam kenangan.
“Yelah tu kawan baik konon! Tapi aku tak tahu pun kau sambung belajar di UK. Senyap-senyap saja kau ke sana. Mujur ayah kau beritahu aku. Kalau tidak sampai sudah aku tak tahu!” rasa jengkel Faez terluah lirih.
“Buat apalah aku nak hebuh cuma dapat sambung belajar di UK. Mesti tak ada yang percaya kawan sekolah mereka yang selalu dapat nombor paling belakang setiap kali ujian, belajar di UK bidang kejuruteraan kapal. Nanti dikatanya aku membohong pula. Tak mahulah aku! Biarlah aku dengan cara hidupku tanpa menyusahkan sesiapa.”
Faez menerima sekadarnya alasan yang diberi sahabatnya walau hatinya mungkin sedikit terkilan.
“Maaflah Faez! Sebenarnya aku terlupa nak beritahu kau tika aku nak bertolak. Maklum masa tu kalut nak uruskan semua. Tapi bila dah sampai di sana aku kirim surat pada kau kan. Dan sampai kini kita tak pernah putus hubungan.”
Lirih suara Jalil melunakan penerimaan Faez. Emosinya kembali normal. Dia mulai memahami situasi yang didepani kawannya itu.
“Itulah kan.kita tak pernah tahu apa-apa pun tentang hidup kita. Tapi Allah mendorong kita ke arah itu. Sebaliknya apa yang kita rancang beriya-iya tidak menjadi. Dan kita hanya tahu mengeluh kesal.” Tukas Faez lunak.
“Tapi jangan kau hebuhkan pula pasal tu pada kawan-kawan kita. Aku ikhlas buat semua tu. Tidak salah aku hendak belanja sedikit pada kawan-kawan kita. Kau sebut saja semua ni kau yang tanggung biayanya. Kau kan orang politik. Orang politik kan banyak duitnya. Lagipun kan YB ada peruntukan meraikan rakyat jelata. Tambah dah nak jelang pilihanraya tak lama lagi. Mesti YB sedang berlumba-lumba buat kebajikan untuk raih sokongan pengundi. Biasanya begitu selalu kan. Rakyat jelata macam aku ni dapatlah merasa sedikit harta negara yang melimpah ruah banyaknya. Bukan kekayaannya dibolot politikus yang menguruskan fiskal negara. Tidak adillah begitu. Rakyat macam aku ni cuma diberi janji dan harapan saja.”
“Pandailah kau nak mengenakan aku. Duitnya tu ada juga. Tapi tak banyak sangat. Ekonomi negara kan sedang merudum sekarang ni, belanja keraian pun sikit je yang dibagi. Lainlah kau. Bisnis kau berkembang maju walau ramai yang perit merasa kesulitan dan hidup seadanya saja. Kalau dah rezeki melimpah tu tidak salah berkongsilah sedikit kan!”
“Jomlah kita cepat ke sana. Pengurus resort nampak mundar-mandir dekat kaunter resort tu agaknya sedang tunggu kita mendaftar diri.” Jalil menggesa Faez mematikan bicara sahabat itu.
“Kenapalah pula pengurus resort yang nak ambil daftar kita? Kan ada kerani resepsionis pekerjanya. Pengurus pula nak buat kerja gitu!” Faez tersengih sahaja. Dan tidak membalas apa-apa.
“Oh, aku faham! Heh… heh… kau kan YB. Tak rugi aku berkawan dengan YB ni… Ke mana saja akan dirai. Memudahkan urusan pula.”
“Yelah tu. Badan aku ni pun dah rasa letih sangat. Rasa tak sabar nak tidur atas tilam, beristirahat.” Tangan Jalil di tariknya. Jalil terpana kebingungan. Tetapi langkah Faez dituruti juga. Tidak teragak-agak lagi. Malam beransur dini. Cahaya bintang semakin sirna. Jalil dan Faez lena jendera sehingga azan subuh kedengaran dilaungkan dari surau resort.
Pagi yang damai.
Jalil sudah mempersiap diri sekemas mungkin. Berbaju batik lukisan tangan bercorak rebung dan warna dasarnya hijau pucuk pisang. Begitu juga Faez, kedua-duanya kacak bergaya terampilannya walau usia kedua-duanya melebehi separuh abad,.
“Jom kita ke jeti menyambut kedatangan kawan-kawan kita. Agaknya mereka dah sampai tu.” Seorang demi seorang kawan-kawan yang setuju menghadiri pertemuan itu menuruni bot yang membawa mereka dari tanah besar ke situ. Mereka bersalaman antaranya dan saling bertukar senyum manis. Mungkin juga mereka mengimbau kenangan yang dialami. Wajah lelaki-lelaki seusia dengannya ada yang tidak dikenalinya. Walau suatu ketika dulu mereka adalah rakan sepermainan. Begitu juga dengan kawan-kawannya yang perempuan.
Jalil terkesima memandang seseorang. Wajah itu sangat dikenalinya. Sentiasa menari-nari di layar mindanya wajah ayu itu. Pujaan hatinya dalam diam suatu ketika dulu. Kejap tersemat dalam memorinya. Langsung tidak terlupakan.
“Kau ingat Azimah? Dia kan sekelas dengan kau. Suaminya Datuk Rahim.” Bisik Faez perlahan menyapa deria dengar sahabatnya.
“Azimah mestilah ingat. Kan dia kawan baik aku. Selalu tolong aku buat kerja sekolah dulu.”
“Datuk Rahim tak ikut sekali ke Azi?” datin Azimah tersenyum hambar.
“Taklah YB. Datuk ada mesyuarat penting dengan pucuk pimpinan parti di KL.”
“Kau kan orang parti juga tak kan kau tak tahu.” Tukas Jalil kehairanan.
“Manalah aku tahu. Aku parti lain. Datuk Rahim parti lain. Tapi kami berkawan baik. Tak ada masalah apa-apa.”
“Oh! Begitu kisahnya ya. Yang bergaduh riuh rendah kat dalam TV tu cuma drama swasta saja. Hmm…susah juga nak faham ragam orang politik ni ya. Pening kepala aku memikirkannya. Mujurlah aku pelaut saja. Aku tidak ada masa hendak bertengkar dengan laut.”
“Kau kerja laut saja Lil?”
“Ya, Datin. Nelayan laut dalam,cari rezeki hidup. Itu sajalah kepandaian yang ada datin!” Faiz tersenyum saja mendengar kekata Jalil.
“Tak payahlah nak berdatin-datin dengan saya. Panggil Azi saja. Macamlah tak biasa. Kan kita kawan baik dulu. Selamanya kita akan berkawan baik.”
‘Nampaknya begitulah Azi. Selamanya kita akan berkawan baik. Dulu aku pernah berangan sebaik menamatkan pengajian di UK akan pulang melamarmu. Dan membawamu belayar berkeliling dunia bersama bahtera hidup yang sedang kusiapkan pembinaannya sepenuh hati. Taman hatiku meriah berbunga harum.
Tapi sebaik kuberitahu hasrat itu kepada ayah ibuku, mereka tersenyum saja. Katanya aku dah lama terlambat. Azimah yang ayah ibuku sangat kenali justeru ayahnya pernah menjadi guruku di sekolah kebangsaan dulu telah berkahwin dengan seseorang. Tidak kuambil tahu pun siapa pasangannya. Hancur berkecai hatiku kala mendengar khabar itu.
Hanya doa kuiringkan dari jauh agar Azimah dan suamiya kekal berbahagia hingga ke syurga abadi. Namun lama juga hendak kupadam nama Azimah dari lembaran hatiku. Setiap hari menyendiri menatap laut dari terbit mentari hingga senja merah mewarna horizon. Irene hadir menemani sepiku. Aktiviti yang sealiran minat memesrakan hubungan. Sering bertukar kata tentang ceritera laut merawat sedikit demi sedikit kesakitan di jiwaku
“Jom kita semua ke meja hidangan. Saya pula selaku tuan rumah ya,” teragak-agak pula Faez menuturkannya.
“Kan YB yang aturkan semua ni. YBlah tuan rumahya.”sela datin Azimah.
Faez tersenyum mengerling Jalil. Datin Azimah berpaling ke arah rakan-rakannya mengajak mereka semua mengikutinya ke meja hidangan. Masing-masing berselfi dahulu sebelum menjamah hidangan. Masih tidak puas berselfi untuk merakam kenangan pertemuan mereka.
“Mana cikgu Azmi? Tak nampak pun.”
“Biasalah cikgu, sibuk selalu dengan tugasnya. Itu yang tak dapat datang kot.”
“Azi tu tak berubah wajahnya. Masih secantik dulu.”
“Kau berkenankan kawan kita tu ke? Bolehlah aku cuba tanyakan.”
“Isy. Gila kau! Kan dia isteri orang. Nak cari nahas.”
“Kau tak tahu ke Azi dan suaminya ada masalah rumah tangga. Suaminya buat hubungan dengan wanita lain dan bercadang nak kahwin lagi. Azi tak izinkan dan nak tuntut fasakh.”
“Kau ni tahu saja ya.”
“Mestilah tau. Aku orang politik, mesti ambil tahu mengenai lawannya. Apa lagi kelemahannya.”
“Eh, begitu pulak ya! Tapi kalau aku nakkan Azi di mana nak kucampakan Irene Aisyah, isteri aku tu?”
“Ke lautlah… heh… heh…”
“Mau disamannya aku juta-juta. Ayah isteri aku tu pemilik syarikat tempat aku bekerja tau. Lagipun tidak mungkin aku melakukannya kerana cintaku melaut kepada isteriku itu. Bidadari yang menemani susah payahku di dunia hingga jannah.”
“Oh, aku tak tahu pun kau ni menantu saudagar besar syarikat kapal terkenal tu!” melopong besar Faiz sambil merenung wajah Jalil.
“Jodoh pertemuan Allah mengaturnya, Faez. Aku terima ketentuan-Nya dengan reda.” Jeda malaikat lalu.
“Tapi apa sebenarnya masalah Azi? Hingga hendak meruntuhkan masjid yang sudah lama dibina?”
“Wah kau pun excited nak tahu kisah orang ya!”
“Azi tu kawan baik kita. Tentulah aku nak tahu juga kisahnya. Bukan niatku nak menjaga tepi kain orang. Kau jangan salah faham pulak!” Faez tersengih mendengar alas an Jalil hendak mewajarkan cara.
“Apa yang rancak disembang kawan berdua ni?” sela Datin Azimah, tiba-tiba sudah muncul di sisi mereka. Terkedu bicara seketika.
“Tak ada apa datin. Saya kan pelaut. Cerita tentang laut saja seluas lautnya. Tak pernah habis kan Faez. Kehidupan kita ni seluas laut yang kadangkala tenang dan kadang bergelora.”
Faez sekadar terangguk-angguk. Tersengih sedikit.
Glosari
IPT – Institut Pengajian Tinggi
UITM – Universiti Teknologi MARA
UK – United Kingdom
YB – Yang Berhormat
SPM – Sijil Pelajaran Malaysia
PT3 – Pentaksiran Tingkatan 3
TAMAT 19.
21
RIWAYAT PENDOSA
Oleh: Putraery Ussin
PAGI masih berkabut. Ibu kota Kuala Lumpur belum terjaga sepenuhnya. Hanya beberapa orang yang kelihatan kalut-kalut, sama ada memandu atau berjalan kaki untuk ke destinasi masing-masing. Hari Isnin selalunya dikaitkan dengan Monday blues iaitu perasaan malas untuk memulakan sesuatu kerja setelah cuti hujung minggu.
“Macam biasa na, roti tose seorang satu… lepas itu bagi lagi satu roti canai. Roti canai kosong tau… garing, jangan potong-potong!” Ditegaskan sungguh-sungguh agar tidak dicencang. Annas menanti seseorang untuk menemaninya bersarapan.
Pesanan itu diterima dengan anggukan oleh pelayan di restoran mamak itu. Annas terus perhatikan kelibat lelaki berbangsa India itu hilang daripada pandangan. Dia mengambil sehelai tisu untuk mengelap titisan air embun yang membasahi meja itu.
Jika hari Isnin juga rakan sejawatnya yang ditunggu, Zizi akan sampai dari utara tanah air ke Ibu Kota pada pukul 4:30 pagi. Kemudian terus masuk ke pejabat untuk bekerja. Bekerja? Kononlah ada kerja…. Sudah hampir setahun rutin itu berlalu. Jauh Annas melengung untuk memikirkan tentang nasib mereka sama seperti sehelai tisu apabila lusuh terus dibuang.
“His, dah siap oder makan minum semua ini! Terima kasih. Hang macam dah faham selera aku pada hari Isnin.” Senyumannya lebar. Kerusi plastik berwarna kuning itu ditarik ke belakang untuk memudahkan dia duduk dengan selesa. Annas menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Zizi.
Masing-masing membuang pandang ke arah jalan raya bersaiz empat lorong di hadapan mereka. Kedai kecil yang berada di celah-celah bangunan pencakar langit itu masih kosong. Kali. Hanya mereka berdua pelanggan paling awal dan barangkali pengunjung pertama pada pagi hari itu.
“Kau tak balik ke bilik sewa dulu ke?” Annas memerhati susuk tubuh rakannya.
“Hoi, aku dah mandi lah dekat masjid pagi tadi. Tak payahlah pandang aku macam orang tak mandi. Rambut tak sikat gaya KL kot. Lagi pun aku malas nak balik… kalau balik ke bilik, baring-baring pasti lena nanti tak mai kerja pula. Kerja banyak kot dekat pejabat tu….” Ketawanya sungguh-sungguh sehingga beberapa orang pekerja restoran turut memandang. Kemudian pekerja Restoran Mamak itu turut tersenyum apabila mata mereka bertentangan. Ah, senyum penawar duka! Malah telah tersebar membawa bahagia kepada orang lain di sekitar.
“Yalah, kerja kita berlonggok-longgok kan!” Ketawanya masih bersisa.
Apabila ketawa reda. Zizi beralih tanya kepada rakannya. “Hang naik tram ka?”
“Itu saja kan kenderaan rasmi aku di sini. Takut aku, nak naik motosikal di KL ini. Orang yang berjiwa kental macam hang saja yang berani membonceng di KL ini.” Perkataan KL itu seolah-olah sebutan yang menjengkelkan. Ada ketakutan pada nada dan riak suaranya.
“Aku ada pilihan lain ke? Nak naik kereta dengan masalah parking lagi… jem la bagai. Baik aku redah saja naik moto itu. Nak mati dekat mana-mana pun boleh mati. Macam nasib kita ini….” Dia tak habis kan kata-katanya. Suaranya tiba-tiba sudah berubah nada.
“Duduk kerja elok-elok di kawasan dekat dengan rumah… tup-tup sekelip mata kau berubah.” Annas mengelap matanya untuk menyeka air mata kerana terlalu banyak ketawa.
Zizi turut ketawa kecil seolah-olah memahami maksud kata-kata rakan sejawat dengannya itu. Entah, kerja apa yang ada untuk mereka? Datang ke pejabat awal pagi selepas solat subuh kemudian tepat jam 4:30 petang bergegas pulang. Sudah genap setahun mengulang-ulang rutin yang sama tanpa sebarang tugasan yang diberikan. Malahan meja yang disediakan untuk mereka juga kosong. Mereka hanya duduk sahaja seolah-olah dibekukan agar berputus asa kemudian berhenti kerja. Hari-hari mereka datang ke tempat kerja untuk makan gaji buta.
“Kena freeze lah kan….” Ketawa lagi. Annas meletakkan cermin matanya di atas meja.
“Hang ini happy saja Annas… kenapa ini?” Teh tarik yang dihirup sudah tinggal separuh. Sekali teguk sahaja. Benar-benar Zizi cuba untuk lepaskan segala sebu di dada.
Zizi kembali serius. Dia cuba untuk melupakan segala punca dan sebab yang menjadikan hidupnya terseksa sebegini. Terpaksa berjauhan dengan keluarga dan rumah tangga. Sekelip mata segala-galanya berganti dari senang kepada susah. Rasa tidak percaya masih berbaki di dalam kepalanya dengan segala takdir yang menimpa. Aduan daripada orang membawa padah kepada mereka. Aduan? Ah, lebih kepada fitnah! Cakap-cakap yang tidak bersumber dan bukti lantas menjadi barah untuk menekan dirinya.
“Aduh, Pindah! 24 jam kena tukar ke ibu pejabat.” Surat itu diulang baca biarpun sudah nyata. Tetapi tiada sebarang pertuduhan untuk mudah difahami akan puncanya atau kesalahan. Melengung lama mendapatkan rasional. Sebagai ketua jabatan, dia sedar hanya ada dua kemungkinan untuk dia segera dipindahkan. Pertama masalah kewangan; pendek kata rasuah atau guna duit untuk kepentingan sendiri. Kedua salah laku seks.
“Huis, kisah lama usah dikenang… sabar lah. Aku kan ada… kita kan senasib buruk.” Ketawa lagi. Kali ini dikawalnya seolah-olah untuk menenangkan diri sendiri.
“Annas, Aku dah buat keputusan untuk berhenti… ambil pencen awal.” Ayat itu digantung begitu sahaja. Tak sempurna kata.
“Lah, kau dah jumpa Dato’ untuk minta tolong ke?” Terkejut. Masih berharap keputusan itu dapat diubah. Sedangkan dirinya juga pernah disuruh tarik diri yakni berhenti awal atas tuduhan yang tidak pasti itu. Hidup tanpa pekerjaan pada zaman serba meleset ini memang susah. Bagaimana nak sara keluarga? Bersesak-sesak-sesak persoalan itu dalam kepalanya.
“Sudah… Dato’ cakap sendiri buat masalah sendiri tanggung lah. Lagipun nak tunggu sampai bila?” Kata-kata itu senada sahaja.
“His… kita buat salah apa? Hanya dengar cakap orang cakap, lepas itu buat aduan tanpa bukti terus suruh kita berhenti!” Geram apabila mengenangkan nasib mereka yang hampir serupa seperti menunggu buah yang tidak gugur-gugur.
Roti canai yang masih separuh terus tidak terusik. Terbiar keras begitu sahaja. Air yang berbaki separuh dilanggah sampai habis. Malu setahun yang ditanggung sudah tidak tertutup seperti bangkai yang membusuk. Pelbagai cerita dan cerca mula kedengaran lalu dijaja orang ke sana ke sini. Jadi keputusan Zizi muktamad. Barangkali itu yang dikehendaki oleh majikan dengan membiarkan mereka tanpa sebarang kerja kemudian mengalah. Berhenti kerja secara suka rela.
“Bukan ada video hang dok beromen pun? Buat apa nak ambil keputusan lagu itu? Banyak yang dah ada bukit terang-terang pun ramai yang terlepas. Siap boleh naik pangkat lagi.” Sudah bernada serius. Amarahnya terpendam dalam-dalam.
Emosinya berkecamuk memikirkan nasibnya yang akan keseorangan di situ jika sungguh Zizi mahu berhenti. Pasti selepas ini dia akan keseorangan ketika bersarapan pagi. Menunggu keputusan kes disiplinnya sudah pasti lambat lagi untuk diketahui. Maka, tiada lagi teman untuk beriktikaf di Masjid Dang Wangi sambil mendengar kuliah duha. Kala petang pula, lepas waktu kerja jika hendak menonton wayang gambar juga sudah tentu tiada teman untuk bergembira menonton cerita. Lebih terok lagi waktu di pejabat yang kedudukan meja mereka berhadapan dengan pintu keluar masuk itu akan mendedahkan dirinya yang dibiarkan tanpa kerja. Bayangan diri terbiar hina memenuhi ruang mindanya.
Diam terbina lama. Kini Annas pula termenung.
“Aku tak tau nak tampal apa lagi dekat muka ini untuk tutup malu, Annas? Aku dan fikir habis-habis dah… yang aku nampak adalah berhenti kerja daripada tak dapat apa-apa kena buang kerja nanti. Baik move on… titik.” Tegas kata-kata Zizi.
“Habis itu, hang ingat aku tak ada kemaluan ke?” Ketawa. Dia bingkas bangun untuk ke kaunter bayaran. Zizi mengekorinya. Mereka sama-sama ketawa besar. Banyak mata yang memerhati sudah tidak dipedulikan lagi. Keseronokan Annas berakhir juga apabila Zizi memilih untuk bersara awal.
Annas duduk di warung yang sama seorang diri pada pagi Isnin tiga bulan selepas itu. Wajah Annas berkerut seribu. “Hah, ini gambar orang yang dahulu paling berkuasa masa di pejabat ini!” Bercakap sendirian.
‘Dato’ telefon aku minta tolong kereta dia rosak tengah jalan.’ Keterangan berserta gambar mereka berswafoto di hadapan bengkel kereta yang baru diusahakannya.
“Tahu pula dia minta tolong hang….” Cepat-cepat membalas. Hanya jawapan wajah gambar wajah kuning senyum kambing yang dibalas oleh Zizi. Annas terus sendirian menghabiskan sisa-sisa minuman. Surat buang kerja yang baru diterima dimasukkan semula ke dalam sampul. Jiwanya kosong. Tiket bas untuk pulang ke utara diselitkan dicelah-belah dompetnya.
TAMAT 21.
22
SUATU PETANG DI BAZAR MAKANAN
Oleh: Putraery Ussin
PANAS terik. Jam menunjukkan waktu sekitar pukul 4:30 petang. Cuaca yang terang
benderang menghadirkan keindahan yang mempesonakan, namun panas tetap
membahang. Kawasan sepanjang 1000 meter berhampiran jalan utama sudah mula
hiruk-pikuk. Perkarangan stadium di ibu kota itu menjadi tumpuan pada setiap kali
tibanya bulan rahmat ini. Di kiri dan kanan kawasan itu terdapat deretan gerai yang
menjual pelbagai jenis makanan tersusun sekata. Pelbagai warna dan rupa
membangkitkan nafsu selera. Pendek kata tempat itu dipenuhi dengan pelbagai
aneka hidangan serta terselit juga barang-barangan.
Rata-rata pengunjung seolah-olah berlumba-lumba untuk memborong. Jika
terdaya memenuhi setiap jari dengan beg barangan. Barangkali biar alah membeli,
menang berhidang kelak pada waktu berbuka datang. Akad jual beli diabaikan
sahaja dalam urusan yang kalut-malut itu. Namun, jika ada yang menyebut akad
pasti ada yang menyambutnya seolah-olah sambil lewa. Kemeriahan terpampang di
kawasan yang pada ketika bulan lain langsung tidak dipedulikan. Hanya dipenuhi
dengan gagak-gagak yang berkeliaran mengharap makanan yang dibuang dalam
tong yang kurik dan hitam berenga.
Pun begitu, pada celah-celah kawasan gerai yang sempit itu tersorok juga
beberapa kerat tubuh badan yang hanya menunggu habuan untuk diberikan orang.
Ada yang berdiri tegak memegang kotak dengan pelbagai gambar dan tulisan yang
meminta-minta untuk pelbagai tujuan agar mendapat jalan mudah di alam barzakh
sana. Ada juga yang cuma duduk mengharap ihsan dihulurkan pemberian sambil
mata memerhati setiap pengunjung yang melintas. Begitu juga penjual tisu yang
tiada penglihatan menagih simpati jualan lumayan yang dipimpin oleh seseorang
yang cergas bergaya. Mereka tidak berteduh dalam khemah seperti peniaga.
Sebaliknya hanya menumpang redup pada pokok-pokok di persekitaran. Terus
mengharap simpati dengan cara yang mudah untuk dimengerti.
Beberapa batang pokok yang tinggi merendang di tapak letak kereta itu masih
tidak mampu memberi teduh kepada pengunjung. Peluh meleleh-leleh dicelah-celah
badan. Barang kali ketinggian pokok-pokok itu masih tidak dapat menandingi
bangunan-bangunan pencakar langit di sekelilingnya iaitu rumah bertingkat-tingkat
2
melayut tinggi. Dahulu kala pastinya tiada tandingan yang lebih tinggi daripada
pokok-pokok di hutan. Semuanya kini sudah berubah. Jika ada yang boleh melepasi
pasak alam itu pun barangkali burung-burung yang berterbangan.
Terdapat taman dan tasik bersebelahan dengan bazar. Burung-burung
menjadikan kawasan itu tempat untuk berteduh dan berlindung kerana kawasan
sudah bertukar tangan. Begitu juga dengan unggas dan binatang-binatang lain yang
menjadikan taman untuk menumpang redup. Kelihatan beberapa orang pengunjung
taman tasik sedang berlari-lari riang. Tiba-tiba terkejut lalu membuka langkah
panjang apabila bertembung dengan sekawan anjing liar yang menyalak garang.
Gamat seketika persekitaran. Ramai yang memerhati dan mengelak kerana
kebimbangan. Sama-sama ketakutan dan terkejut sakan. Lantas anjing-anjing
menyelinap ke dalam semak. Manakala orang ramai terus berkeliaran.
Pengunjung yang hendak ke bazar tidak mempedulikan drama lolongan
anjing yang sudah hilang. Mereka melangkah laju mengheret anak-anak menuju
gerai-gerai jualan yang berderetan di kiri dan kanan sepanjang tempat parkir
stadium. Pelbagai juadah yang dijual menggiurkan. Aroma ayam yang dibakar, wap
nasi dan bau lauk pauk memauk deria membuka selera untuk memborong semampu
daya memenuhi jari tangan yang ada.
“Nak makan itu!” Sungguh-sungguh meminta.
“Tak boleh….” Bersahaja menolak permintaan tersebut.
Angguk memahami. Namun, masih mengharap agar ada simpati untuk menjamah
segala hidangan yang ternganga dipamerkan di situ. Lalat-lalat tak perlu meminta
untuk merasa. Ah, usah kira pasai kebersihan lagi! Tiada yang peduli. Nafsu lapar
yang lebih menguasai diri. Itu yang perlu didahului untuk diisi. Lagipun puasa yang
berusia sehari harus dinikmati dengan juadah yang diingini.
“Nak yang itu!” Meminta lagi.
“Jangan….” Tegahan itu diulangi lagi. Nadanya masih sama.
Harapannya masih menggunung tinggi melihat aneka jenis kuih-muih di meja. Eh,
masih ada ke gunung yang tinggi? Jika adapun tentu sudah terpacak bangunan-
bangunan yang lebih tinggi lagi daripada tanah bukit itu. Manusia pasti hendak
menakluki dan menguasai segala banjaran dan hutan. Jika boleh semua ruang
hendak dijajah. Yang tidak tercapai barangkali harapan tingginya untuk menjamah
pelbagai aneka juadah.
“Eh-eh, sedapnya yang itu… boleh lah!”
3
“Hmmm nanti dulu.” Tetap menghalang agar tidak terus meluru. Pengunjung
semakin ramai berkerumun. Bersesak-sesak-sesak seperti lalat menghurungi
bangkai yang besar.
Kelihatan barisan pembeli yang panjang sedang beratur untuk menunggu
habuan mendapatkan makanan. Walaupun panas sambil berkipas-kipas tetap
menanti giliran.
Di gerai jualan yang tiada pelanggan terdengar suara penjual memekik untuk
menjaja jualan. Semakin nyaring untuk menarik perhatian dan menenggelamkan
semua kicauan burung dan hingar bingar lain. Bingit bunyi enjin mesin yang
memutar batang tebu juga diatasi oleh jeritannya. Kelihatan sangat bertenaga dan
gembira penjual itu melaung-laung mengharapkan barang niaganya menjadi pilihan.
Bulan Ramadan bukan penghalang untuk dia tiada tenaga dan bersemangat luar
biasa.
“Alah, kalau semua tak boleh yang di longgok di sana itu, boleh lah kan?”
Merayu lagi. Suaranya mendayu penuh pengharapan.
“His, tunggu clear dulu lah. Nanti susah.” Sudah hadir simpati. Yalah, lapar
kot! Dia juga sudah kelaparan.
Keadaan masih hiruk pikuk. Sesak yang bukan main-main lagi. Setiap sudut
dari pandangan mata mereka jelas seolah-olah tiada ruang. Semuanya sendat-
sendat berjalan sambil berhati-hati melangkah. Banyak sampah sarap yang
bergelimpangan. Di jalan utama, kenderaan berderetan sepanjang laluan. Setiap
ruang yang lapang terus diisi. Sungguh-sungguh meriah keramaian pada petang itu.
Hari pertama pada bulan mulia yang ditunggu-tunggu oleh semua orang.
Kini senja sudah lama mengesot pergi. Suara azan yang menandakan waktu
untuk berbuka juga sudah lama berlalu. Mereka masih menunggu peluang. Tidak
boleh membuta tuli untuk menyerbu. Walaupun semua itu hanya sisa, namun pada
mereka itu adalah harta berharga. Rezeki menimbun yang hanya sekali dalam
setahun. Melimpah ruah untuk mereka. Sepanjang bulan rahmat ini agak mewah,
namun perlu tunggu semua gerai di kawasan itu lengang dan ditinggalkan barulah
mereka peroleh laba. Semuanya dilonggokkan di kawasan itu begitu sahaja.
Beberapa ekor lagi burung sudah menyinggahi di dahan yang paling rendah.
Sudah meriah dengan bunyi-bunyian untuk menyambut senja. Anjing dan kucing
yang berkeliaran juga mula menghampiri menanti peluang untuk menikmati rezeki
yang sekali-sekali sahaja sebegitu mewah. Senja menghampiri gelap malam.
4
Bam… Bam…. Ibu gagak hanya memikirkan tentang dirinya untuk lekas-lekas
terbang jauh. Anaknya sudah berguguran ke tanah atas longgokan sisa-sisa
makanan yang diidamkan.
“Huh, bulan puasa pun ada lagi gagak-gagak ini… pengotor!” Bangkai burung
itu dihumban ke tempat longgokkan sampah sarap. Beberapa ekor anjing liar yang
kesik sebentar tadi keluar kembali untuk menyelongkar segala makanan yang
dibuang. Pasukan penembak itu hanya memerhati anjing tersebut. Kemudian mereka berkereta berlalu pergi.
TAMAT 22.
23
PATOS
Oleh: Rosnidar Ain
Batu belah, batu bertangkup.
Tangkuplah aku, telanlah aku.
Aku kempunan telur tembakul.
KENAPAKAH Mak Melur merajuk sesungguh hatinya hingga tergamak meninggalkan anak-
anaknya yatim piatu dengan masuk ke dalam batu belah batu bertangkup? Tidak terfikirkah
bahawa dengan kematiannya, anak-anaknya bakal hilang tempat bergantung sementelah
suaminya juga telah meninggal dunia akibat keluar pada hari ribut untuk menangkap ikan
yang diidam-idamkannya? Kenapa Mak Melur tergamak? Kenapa sampai begitu sekali?
Sungguh sampai hati Mak Melur meninggalkan anaknya yang masih menyusu.
Aku melihat jam di tangan. Sudah 4.40 petang. Ada berbaki masa 20 minit ke pukul
lima. Papan kekunci kuketik-ketik biar laju sedikit. Ikut hati, aku ingin menyudahkan
penulisan artikel ini, hari ini juga. Paling tidak, pukul 5.30 petang aku perlu berhenti
mengetik. Jika sampai jam enam, tidaklah aku rasa bersalah kepada Teacher Ana. Jika tiba
hampir pukul tujuh, Teacher Ana sudah siap-siap berjaket dan kelihatan tidak sabar-sabar
hendak pulang. Kadang-kadang pada hari Jumaat, Teacher Ana hendak pulang ke
kampungnya di Perak dengan menunggang motosikal. Jika malam aku sampai, lewatlah pula
Teacher Ana sampai ke kampungnya.
Telefon tangan berdering. Tertera suami.
“Saya balik lambat malam ini ya. Jangan beli makanan lebih. Nanti membazir pula.”
Pesannya.
“Ok.”
2
Kututup suiz pendingin hawa dan lampu bilik apabila jam pada jarum 5.45.
“Sudah mahu pulang ya, Dr. Ros?” Dr. Wen yang kupanggil Ah Wen menegurku
sambil memulas kunci pada lubang kunci pintu biliknya.
“Ya, Ah Wen. Mahu ambil anak. Belum balik lagi ya?”
“Ya, mahu sambung kerja sikit lagi. Malam sikit saya balik. Balik masak ya?”
Aku tersenyum sedikit. Pertanyaan yang memerlukan penjelasan yang lebih dalam
pada masa yang singkat ini.
“Tak. Saya tapau saja. Selalu pun tapau saja.”
“Oh. Begitu.” Dr. Wen mengangguk-angguk.
“Dah tak ada orang ni. Berani ke tinggal seorang-seorang?” Aku cuba mengusik.
“Tak mengapa. Saya ok. Di sana Prof. Nurul masih ada. Dia selalu pulang lewat.”
Aku mengangguk kepada Dr. Wen dan beredar sambil merangka makanan apa yang
perlu dibeli petang ini sebagai makan malam. Kadang-kala mati kutu aku dibuatnya.
BENARLAH apabila sampai dipintu taska, Teacher Ana telah siap-siap berjaket hitamnya.
Tiada anak asuhan lain selain Achmad dan Emir. Muka Achmad sudah mencuka apabila aku
sampai di sana pada jam 6.45.
“Kenapa lambat, ma?”
“Kerja banyaklah.”
Emir menjerit-jerit di belakang mahukan aiskrim di kedai biasa.
“Achmad tak mahu aiskrim.”
“Tak mahu tak apa. Kita beli untuk Emir sahaja.”
Achmad mencuka lagi. Tangannya meraba telefon tanganku yang kuletakkan di
sebelah.
“Jangan main telefon bila hari bersekolah, ya!”
3
“Achmad nak telefon ayah.”
“Kenapa?”
“Nak minta ayah beli kad Boboiboy di Seven Eleven.”
“Ayah balik lambat, kan?”
Achmad mencuka lagi.
Dia cuba menekan punat lain di telefon. Aku menunjukkan isyarat mata. Dia
meletakkan semula telefon tangan di dalam beg tangan yang aku letak di sisi. Jenuh kalau
hari-hari main telefon sahaja. Bila pula hendak belajarnya?
Rumah dalam keadaan berjempalitan apabila pintu hadapan dibuka. Baju pagi tadi
yang bertaburan di lantai sangat tidak menyenangkan mata. Berselepuk di sana, berselepuk di
sini, Semua baju itu kukutip dan timbunkan dengan baju yang belum berbasuh di belakang.
Dalam mesin basuh masih berbumbun belum dikeringkan atau tidak sempat dikeringkan
kerana dimesin sebelum keluar pagi tadi. Entah mana datangnya baju banyak-banyak
sehingga tidak habis-habis dibasuh. Basuh, ada lagi. Basuh, ada lagi. Dalam rumah ada lima
orang sahaja. Bukan banyak mana, pun. Baju sahaja ada macam-macam kerja. Pertama, kutip
dan kumpul, Kedua, mesin dan basuh. Ketiga, kering dan jemur. Keempat, lipat dan gantung.
Kelima, susun. Keenam sebagai tambahan, seterika. Itu tentang baju. Tentang lain-lain,
banyak lagi.
“Ma, nak susu!” Emir menyua botol susunya minta dibancuh. Entah bila hendak alah
susunya ini. Sudah lima tahun masih berbotol lagi. Letih beli susu. Letih bancuh susu. Makan
tidak hendak. Susu sahaja. Kalau dibuang botolnya, satu hari meraung. Kalau tidak bawa
susunya ketika hendak berjalan-jalan, dia minta patah ambil semula. Letih mendengar, ikut
sahajalah. Sampai masa macam Achmad nanti, dia berhenti sendiri.
“Ma, lapar ni! Keropok ada lagi?”
“Sudah jangan makan itu. Makan nasi dulu. Itu makanan sampah, tahu?”
4
“Kenapa ma beli kalau sampah?”
“Achmad yang ambil sendiri di pasaraya, kan? Ingat?”
Dia tersengih-sengih. Laporan daripada WHO mendapati 17.7% kanak-kanak dan
remaja di Malaysia berusia 5 hingga 19 tahun mengalami masalah pertumbuhan terbantut.
Menurut laporan lain yang sudah lupa daripada mana aku baca, satu pertiga daripada
keluarga di Malaysia, kekurangan nutrisi penting. Ini bukan dikelaskan kepada keluarga
miskin yang kekurangan makanan sahaja, tahu. Ini termasuk keluarga yang berkemampuan.
Aku bimbang anak aku termasuk dalam golongan ini jika dilihat dari tubuh badan mereka
yang keding-keding dan berat mereka yang kurang daripada sepupu perempuan mereka yang
sebaya akibat selalu makan jajan.
“Jom kita ambil adik dulu sebelum makan.”
Masing-masing berlari keluar rumah mengambil basikal masing-masing. Mungkin
membonceng basikal ke rumah Tok Cik adalah perkara yang paling menyeronokkan bagi
mereka apabila pulang dari taska. Itulah tempat paling jauh mereka mampu pergi dengan
bebas berbasikal.
SELESAI membasuh pinggan mangkuk, mengeringkan separuh baju sementara baju yang
lain sedang dimesin, menyapu ruang tamu dan ruang dapur, bilik pula sudah berselerak
semula oleh mereka tiga beradik. Setiap hari mereka akan main khemah-khemah dan
conteng-conteng dinding hingga dinding itu jadi mural yang berseni dan punya jalan cerita.
Dulu semasa kecil, aku pun sering juga dibantai emak kerana daun pisangnya habis dicantas
untuk dibuat pondok. Tiba giliran anak, marah pula. Genetiknya begitu, jadi begitulah.
Kerja tidak akan pernah selesai di situ. Selesai yang ini, yang lain pula menunggu.
Beg sekolah Achmad perlu dikemaskan dan ikut jadual sekolah. Budak darjah satu belum
bijak. Jika diminta kemas, semua buku dimasukkan ke dalam beg. Badan yang keding jadi
5
kecil benar bila menggendong beg sekolah yang besar. Beg Emir kurang sedikit kerana
bertukar baju sahaja. Pergi tadika main-main dan belajar sedikit. Ehsan pula tiada beg kerana
awal-awal lagi aku tinggalkan keperluannya di rumah pengasuh. Jangan minta ayahnya
kemas, kerana beg dan baju akan sentiasa tidak cukup dan bertukar tuan.
“Bila ayah nak balik?” Achmad tidak jemu lagi bertanya. Tadi sudah bertanya.
“Masuk tidur dulu. Bukankah hari-hari ayah lambat balik?”
“Tak mengantuk macam mana nak tidur?”
SAYUP-SAYUP jam loceng berbunyi dari telefon. Rupanya sudah jatuh ditendang Achmad.
Atas badan terasa berat kerana Ehsan menelangkupkan badannya untuk menyusu. Perlahan-
lahan badannya kualih bimbang dia tersedar susunya ditarik. Jika tersedar dia mahu menyusu
lagi sebagai peneman tidur. Jam penggera masih berteriak. Sudah pukul 6.00 pagi
nampaknya. Mata masih berat kerana semalam tidur lewat juga berjaga menulis. Artikel
semalam belum lagi selesai dan hari ini telah mula kuliah dengan subjek yang sebelum ini
belum pernah mengajar. Cadangnya hendak bangun pukul 4.00 untuk menyiapkan slaid.
Tetapi jam 3.00 baru masuk ke bilik tidur, tentu agak mustahil akal akan berfungsi dengan
waras. Ketika bangun membuka lampu ruang tamu, bunyi pintu sedang dibuka kuncinya.
“Awak dah bangun? Nanti saya hantarkan Achmad. Saya mahu tidur sekejap.
Kejutkan saya ya.” Sapa ayahnya ketika masuk ke rumah dan apabila melihat aku mengambil
tuala menuju ke bilik air.
Sesudah Achmad bangun dan selesai solat subuh, aku minta Achmad lekas supaya
tidak lambat lagi ke sekolah. Hari-hari sampai, pintu pagar sudah tutup. Kena masuk ikut
pintu pagar hadapan. Balik menghantar Achmad nanti, perlu uruskan yang berdua itu pula ke
taska dan ke rumah pengasuh sebelum ke tempat kerja. Ayahnya tentu tidak mampu lagi
6
membuka mata menguruskan mereka. Harapnya Ehsan tidak terjaga minta susu dan Emir
tidak menangis minta susu botol dan mahu dipeluk apabila ditinggalkan.
“ROS, tolong hantar segera ya. Mereka mahu tahu penerbitan bahagian kita untuk tahun ini.”
“Baik.”
“Berapa ada?”
“Tak banyak. Ada lima sahaja. Tetapi satu sahaja yang berindeks.”
“Oklah. Tahun depan kena terus fokus ya.” Dr. Musa mengingatkan. Lebih tepat,
memberi amaran.
“Tahun depan saya berpantang lagi!” Aku berseloroh.
“Haha. Berpantang atau tidak, KPI tetap jalan!” Ya. KPI tetap jalan. Anak bukan
alasan.
Pintu di luar diketuk dengan lenggok bunyi yang aku sudah cam.
“Eh, jangan lupa kita ada mesyuarat Khamis ini ya. Kau kena siapkan modul.” Zarina
menjengulkan muka setelah kubuka pintu.
“Aku tengah siapkan ni. Entah sempat atau tidak. Lagi dua hari.”
“Aku lagi banyak kerja tau! Lagi banyak benda nak kena siapkan. Mesyuarat hari-
hari.”
“Sudah engkau pengerusi, apa nak buat?”
“Nanti giliran engkaulah pula. Tahulah engkau nanti sibuknya macam mana.”
“Nanti aku tahulah. Sekarang aku belum sibuk macam engkau.” Aku ketawa-ketawa.
SEORANG guru mati lemas dikatakan telah membunuh diri. Dia dikecam tiada iman, lupa
agama, lupa Tuhan. Seraya aku terkenangkan Mak Melur yang masuk ke dalam batu.
Mungkin Mak Melur juga kehilangan iman apabila menyeru batu itu menelannya.
7
Iman. Iman sukar dijaga.
“Ehsan belum mahu tidur agaknya, ya?” Dia memutuskan kekhusyukanku membaca
ketika tangannya mengocak-ngocakkan buaian besi.
“Kenapa?”
“Dok menggeliang-geliut ni.”
“Tak mahu tidurlah tu. Turunkan saja.”
Aku sambung tatap telefon di tangan. Bila suamiku menghayun buaian anak, dapatlah
aku berehat sekejap sambil melayan baca tulisan-tulisan di Facebook. Bila dia pulang awal,
terasa lega benar, aku.
“Apa yang awak baca?”
“Hmm…” Aku kerling kepadanya.
“Awak tentu dah baca cerita guru yang lemas tu. Rupa-rupanya ada cerita di
sebaliknya.”
“Apanya?”
“Bersangkutan juga dengan sikap suaminya.”
“Kenapa pula?”
“Dakwa seorang netizen yang kenal dengannya, suami guru itu jenis yang kurang
pedulikan perasaan isteri. Jika dia ada masalah, suaminya akan kata, semak semula imanmu.
Semak apa yang dah kau buat sehingga menerima balasan daripada Allah.”
“Hmm…”
“Ada anak yang ramai, dia uruskan sendiri kerana suaminya bekerja di tempat lain.
Sehinggalah suatu hari dia tidak mampu bekerja dan menguruskan rumah tangga lagi,
keluarganya bawa pulang untuk berubat dan akhirnya dijumpai mati lemas.”
“Hmm… macam itukah?”
“Dia mati tidak ada imankah?”
8
“Saya pun tak tahu.”
Iman perlulah bersatu dengan akal.
“Hujung minggu ini saya kerja ya. Kalau awak mahu pulang ke kampung, saya
hantarkan. Nanti saya ambil macam biasa.” Ayahnya menyambung ke topik yang lain setelah
menurunkan anak dari buaian.
“Tak cuti?”
“Saya kena siapkan kertas siasatan. Sekarang ada berpuluh-puluh yang belum selesai.
Hari-hari ada tangkapan. Bos pula mahu segera.”
“Awak janji sekarang giliran saya tumpukan kerja, kan? Empat tahun awak di Kuala
Lumpur. Saya di sini dengan anak-anak.”
“Ya, saya ingat. Pengorbanan awak saya ingat.”
Ingat saja tidak cukup. Iman saja tidak cukup.
“MA! Batu belah batu bertangkup ada di TV ni. Kita dah tengok dalam Youtube, kan?”
“Ya.”
“Boleh ma cerita lagi?”
“Kisahnya, emaknya merajuk kerana anaknya Pekan habiskan semua telur
tembakulnya. Dia minta Batu Belah Batu Bertangkup menelannya.”
“Ohh…”
“Boleh ma pergi masuk dalam batu belah?”
“Tak mau! Tak boleh!” Emir mencelah.
“Jangan bagi ma susah hati ya. Kalau tidak, ma lari masuk dalam batu.”
“VIDEO dah siap, Dr. Ros?”
9
“Sedang siapkan. Kalau boleh hendak tengok esok, ya. Minggu depan acara kita akan
berlangsung. Kertas kerja pun saya belum terima lagi.”
“Tak apalah kalau kertas kerja saya tak sempat masuk. Mana yang ada, teruskan
saja.”
“Kau orang muda. Kerja biar pantas. Sebagai orang lama, saya cuma nak nasihatkan.”
“Begini Dr.. Saya ada waktu 8 hingga 5 sahaja. Itulah waktu untuk saya ke kelas,
menulis artikel, menyiapkan vídeo, menyiapkan nota, menyelia pelajar. Kemudian, sambung
di rumah pula lewat malam.” Itu jawapan yang berada di ruang fikiran. Kerana aku tahu
jawapan balasnya, anak bukan alasan, ya.
Sudahnya yang keluar. “Baik, Dr. Terima kasih atas nasihat.”
Telefon berdering pula. Suami.
“Saya balik lambat lagi ya. Kenapa yang?”
“Saya ingat nak tinggal lama sikit di ofis hari ini. Mungkin hingga jam 9.00. Saya nak
siapkan kerja, artikel, video. Petang ini pula ada latihan pelajar untuk persembahan minggu
hadapan.”
“Macam mana ya? Saya ada operasi ni.”
“Hmm…”
“Sorry yang.”
HARI ini rasa tidak mahu buat apa-apa. Badan rasa terlalu lesu. Rumah yang berjempalitan,
pinggan mangkuk yang penuh dalam sinki, dapur tidak berlap, sampah yang tidak berbuang,
kain baju yang kerjanya ada enam itu rasa segan hendak usik. Tilam yang tadi pagi
dikencingkan oleh Emir semalam, sampah dan sisa makanan yang jatuh akibat mereka
bertiga makan berlari, mainan yang berterabur dari ruang tamu ke ruang dapur, meja makan
yang belum kemas dan bilik air yang berbau kerana sebulan tidak disental amat melemaskan.
10
“Kau kena ambil orang gaji.” Kata Abang Mad.
“Awak carilah orang untuk tolong kemas rumah kita.” Katanya.
Kerjanya hari-hari. Hari-hari.Bukan seminggu sekali, bukan sebulan sekali.
Jam sudah 12.00 lebih. Achmad, Emir dan Ehsan menukar corak permainan. Kali ini
mereka berlari pula sesudah letih menconteng. Berlari ke dapur, ke bilik hadapan, ke dapur,
ke bilik hadapan berulang-ulang di hadapan mataku. Kemudian ke dapur, buka peti ais, tutup.
Buka, tutup. Sambung lagi berlari.
“Achmad! Berhentilah berlari! Sudahlah! Sudah jam berapa ni?!” Kepalaku
berbintang-bintang. Sakit berdenyut-denyut di sebelah kiri, makin lama makin kuat hingga
terasa kejang di leher.
Kuatkan imanku.
Waraskan akalku.
“Ma, nak berak!”
“Pergilah.”
“Achmad! Sudahlah. Dah tengah malam ni. Tidur sekarang!” Achmad berlari lagi
mengejar Ehsan.
“Ma, dah sudah!” Emir dari dalam kamar mandi melaung.
Aku bingkas bangun sedang tenaga sudah tiada. Benar-benar sudah tiada. Video
belum siap, artikel belum siap. Nota kuliah juga perlu dilihat.
Emir berdiri di dinding bersiap sedia untuk dibasuh punggungnya. Ehsan menjengah
dan terkekek-kekek ketawa minta untuk mandi dan siap menanggalkan lampinnya. Sedang
Achmad masih lagi mengacah-ngacah Ehsan. Terhantuk kepala Ehsan di dinding bilik air.
Mataku tiba-tiba terbayangkan wajah ayah mereka. Terbayangkan dia sedang bekerja
dengan bagus. Setiap tahun markahnya cemerlang. Terbayangkan dia nanti akan dinaikkan
11
pangkat dan dipindahkan pula ke tempat lain. Entah mengapa, cebok itu kupukul-pukul ke
dalam sinki bertalu-talu hingga hancur dan pecah berderai. Selepas itu mataku jadi kelam.
“YANG, yang…” Aku membuka mata. Rasa sakit di kepala. Pening juga. Di sekeliling rasa
lain seperti kali terakhir aku ke sini kerana bersalin.
“Awak di hospital ni.”
“Kenapa?”
“Awak jatuh semalam. Achmad telefon saya bagitahu awak jatuh.”
“Anak-anak mana?”
“Emak dah bawa balik rumah mereka sekejap.”
“Tak susahkan merekakah? Merekapun tak sihat.”
“Jangan bimbanglah.”
“Awak tak kerjakah hari ini?”
“Saya ambil cuti. Lagipun dah lama saya tak ambil cuti. Sejak-sejak awak bersalinkan
Ehsan tu, saya tak pernah ambil cuti.”
Dia tersenyum. Kemudian menyambung.
“Awak kena jaga kesihatan ya. Tak boleh buat kerja berat-berat lagi.”
“Kenapa?”
Dia tersenyum senang. Sungguh senang senyumnya itu. Dengan melihat
senyumannya, aku lalu membayangkan pakaian yang bakal dimesin akan bertambah dan
waktu tidur yang akan mula berubah, rutin harian yang akan berbeza. Maka, kerjaku akan
tertangguh lagi. Teringat-ingat ayat orang-orang yang sudah berpangkat, anak bukan alasan.
Anak bukan alasan.
Entah aku mahu senyum senang sepertinya atau tidak.
Sungguh aku tidak tahu.
TAMAT 23.
24
NURNISKALA
Oleh: Sriwati Labot
NURNISKALA merenung laut biru. Sebiru itulah rindu yang terhampar di hatinya. Rindu yang kedalamannya tidak tersukat. Keluasannya tidak dapat diukur oleh jarak dan waktu. Mentari senja, gunung-ganang dan pelangi bagaikan rakan akrab yang menyimpan sejuta rahsia. Hati Nurniskala bagaikan warna dan garisan mujarad di kaki senja. Menjadi tafsiran pada hukum dunia. Hukum yang hanya menghukum hati insan yang bercinta.
Dari daerah pergunungan yang sepi, gadis itu menjadi dewasa dan jelita. Mata bundarnya bagaikan bintang kejora yang menjadi panduan pelayar yang tersesat di malam hari. Hidungnya yang mancung selari bibir mungkirnya, mampu menggoda mata sesiapa sahaja yang menatapnya. Sekiranya menyertai Dewi Remaja, sudah pasti Nurniskala akan layak ke pusingan akhir untuk menyaingi peserta-peserta lain. Tapi Nurniskala hanyalah seperti Siti Nurbaya yang hanya wujud dalam syair-syair indah. Dia hanya pandai mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Setiap pagi selepas subuh dan setiap malam selepas isyak, Nurniskala tidak pernah lupa menghantarkan pesan kepada kekasihnya yang Satu. Suaranya yang mengalir bersama nada tarannum bayati, hijjaz, soba dan bayati penutup tidak asing lagi di daerah pergunungan itu. Nurniskala akur hanya ayat-ayat al-Quran adalah ubat segala penyakit. Terutamanya surah Al-Fatihah. Di dalamnya terkandung sejuta rahsia. Sesekali gadis manis bertudung litup itu menghiburkan hati sendiri. Dalam kesayupan yang hampir tidak kedengaran dia menyanyikan lagu suaramu syairku dalam versi Arab. Sungguh merdu. Gemersik bayu gunung juga seakan cemburu. Pada dinding takdir, gadis itu seringkali berbisik dalam doa, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku tidak meminta lebih, kalau angin cukuplah derunya’ dan perlahan-lahan mutiara pilu menitis.
Daripada batu gunung dan hutan kemanusian yang masih murni, hati Nurniskala tetap terpintal selembut sutera. Sekental semangat Tun Teja. Seperti insan biasa, dia juga ada hati dan perasaan. Ingin bercinta dan dicintai. Seorang wanita anggun dan berkaliber. Berkelulusan dari UIA. Pemegang ijazah sarjana undang-undang Syariah. Tapi memilih hanya untuk membela insan-insan yang teraniaya di daerah perkampungannya sahaja. Membantu wanita yang menjadi mangsa oleh kekejaman kaum lelaki. Kaum yang bijak menggunakan hak dan keistimewaan. Lelaki yang berkias menggunakan payung emas untuk berlindung. Dialah peguam yang tidak pernah meminta apa-apa bayaran. Setiap kes yang ditanganinya sentiasa memperolehi kemenangan. Walaubagaimanapun ayahnya, Lebai Yazid tetap menjadi idola Nurniskala. Seorang lelaki yang menjaganya dari merah telapak kaki sehingga ke muara doa. Sehingga dia mampu berfikir dan berjaya. Tapi, itulah perjuangan. Bukan kerana benci kepada lelaki, tapi kerana terlalu simpati pada wanita yang dikhianati. Betul seperti kata pepatah, sekiranya kita berjuang dengan hati, pasti akan diberkati Ilahi. Bagi gadis itu, hidup hanyalah sebentar untuk meredahi akhirat yang panjang. Lebai Yazid juga tidak membantah keputusan anak gadisnya. Dia percaya rezeki tuhan itu luas dan ada di mana-mana. Walaupun hanya menetap di daerah pergunungan yang terpencil.
Tiba-tiba angin waktu menarik detik mengajak kenangan terukir perlahan-lahan. Sewaktu di universiti Nurniskala adalah siswazah yang aktif menyuarakan hak-hak wanita. Dia adalah seorang wanita yang berani melawan arus.
Berani menegakkan hak. Berani bersuara dan berani menegur segala kebatilan. Nurniskala juga pernah jatuh cinta. Tapi hanya terpendam di sudut hati kecilnya. Dia tidak berhasrat untuk menyatakannya kerana dia tahu cinta adalah milik tuhan. Serahkan cinta kepadaNya dan Dia akan menyerahkan cinta yang selayaknya untukmu. Wanita itu juga sebenarnya hidup dalam falsafah.
Ketika itu, Syed Aiman hanya tersenyum. Nurniskala menghulurkan sehelai kertas yang baru dikutipnya di atas jalan. Dia tahu kertas itu kepunyaan Syed Aiman. Tanpa sepatah kata mereka terus berlalu membawa haluan masing-masing. Hanya kerdip mata dan hati yang berbicara dalam sepi. Dan bermula dari saat itu mereka seakan diatur untuk bertemu meskipun tanpa sengaja. Takdir dan waktu menjadi episod-episod indah antara dua hati yang hanya tersentuh oleh getar-getar zarah yang bergeseran. Gadis tinggi lampai dan berpurdah hitam itu seringkali hadir dalam mimpi-mimpi Syed Aiman. Sehinggakan anak muda itu terlupa pada tanggungjawab dan tujuan yang besar untuk digalas, pada keluarga dan amanah yang ditinggalkan. Nurniskala hanya diam. Dia tidak pernah menunjukkan reaksi yang berlebihan. Dia tetap menjaga adab dan sopan. Dia percaya dan ingat pada pesan seorang Adiguru, sesungguhnya diam itu akan membungkam sejuta cinta. Dia juga ingat kata-kata Sasterawan Negara yang berjanggut putih, sesungguhnya jeritan diam itu lebih nyaring bunyinya. Gadis genius itu sengaja bermain tarik tali.
Matahari pagi dengan ikhlas melimpahkan sinar mutiaranya. Nurniskala tersedar dari lamunan yang agak panjang. Daerah pergunungan yang tenang dan damai mengikat Nurniskala untuk mengharungi hakikat hidup. Bagi gadis itu segala kenangan sudah lama mati meskipun adakalanya menjelma dan bergetayangan di luar kawalan hati dan minda.
Lebai Yazid yang baru balik dari surau meletakkan kopiah putihnya di tepi meja. Mata tuanya mencuri pandang ke arah anak kesayangannya. Hanya Nurniskala cahaya hidupnya selepas kepulangan isterinya ke daerah abadi. Seorang wanita yang syahid ketika berjuang melahirkan seorang waris penyambung hayat. Di daerah pergunungan yang jauh dari kemudahan hospital, tiga hari tiga malam suri hati Lebai Yazid menanggung kesakitan yang hanya Allah sahaja yang tahu. Di lilit kain tujuh warna pun tidak dapat membantu mempermudahkan wanita itu untuk melahirkan. Ada suara-suara yang mengatakan Melah terkena sumpahan patin. Semasa kandungan baru berusia tujuh bulan, Melah mengidam untuk makan masak lemak ikan patin. Justeru, agar tidak kempunan suami mithali itu menunaikan permintaan isteri kesayangannya. Meskipun banyak cerita-cerita dongeng yang mengatakan musibah patin begitu dan begini. Tapi Lebai Yazid sengaja menolak semua suara yang menarik manusia ke jalanan syirik. Segala yang berlaku hanyalah ketentuan. Ujian tuhan kepada hambanya yang lemah. Begitulah pendirian seorang lelaki yang masih ada bekalan setitis iman di dada.
Di antara Maghrib dan Isyak, meraunglah suara seorang gadis kecil tanda salam pertama mengharungi dunia. Nurniskala, itulah nama seorang puteri yang baru lahir. Nurniskala seperti tidak sabar mencari air susu ibunya yang masih lemah. Dengan bantuan mak bidan, anak kecil itu mencapai juga hajatnya untuk meneguk air susu seorang ibu. Itulah kali pertama dan itu jugalah kali terakhir seorang anak merasa nikmat dan kasih sayang seorang ibu.
Sebelum Subuh ketika ayam sudah mula berkokok dan embun jantan juga sudah tidak segan menitis, wanita yang baru sahaja menjadi seorang ibu itu terpanggil pulang kepangkuan Illahi.
Ada air yang bergenangan di pelupuk mata tua seorang lelaki. Nurniskala terkesan dengan tingkah laku ayahnya. Tapi anak gadis itu tahu, kerana hari ini adalah hari lahirnya, juga hari yang selalu diadakan tahlil untuk arwah ibunya. Dalam hidupnya, Nurniskala tidak pernah menyambut hari kelahiran seperti orang lain.
“Assallamualaikum” dari arah tangga ada suara yang memberi salam. Nurniskala membetulkan hijab sebelum melangkah ke pintu. Lebai Yazid masih duduk di kerusi sambil memejamkan matanya. Gelora di jiwanya mungkin menghempas ganas ke pantai kenangan bersama arwah isterinya yang telah jauh di alam niskala.
“Waalaikumussallam..” Nurniskala menjawab perlahan. Dia meninjau tetamu yang sedang menanti.
“Syed” hampir tidak kedengaraan suara yang dilontarkan oleh Nurniskala. Jantungnya berdegup kencang. Syed Aiman tersenyum. Giginya yang sebaris bagaikan mutiara yang dipancari sinar mentari pagi.
Di tangannya ada mawar merah dan ada kotak yang tertulis ‘Secret Recipe’. Beg sandang yang ala-ala pelancong tergalas di belakang. Peluh jantan merenik di dahi yang dilindungi ‘cap’ hitam.
“Alhamdulillah. Saya tidak tersalah alamat ”ujar Syed Aiman. Nurniskala masih lagi terpaku tanpa sepatah kata. Wajah yang sekian lama melekat menjadi angan, tercantum menjadi syair dan terungkap menjadi puisi-puisi cinta luka di hati Nurniskala tiba-tiba menjelma di alam nyata. Ya Allah! Mimpi apakah ini, getus suara hatinya yang bersembunyi. Tapi bisikan itu getarnya seakan terasa hingga ke hati Syed Aiman yang juga seakan terpaku dalam waktu yang sengaja menduga kesabaran mereka. Angin daerah pergunungan itu beralun lembut seperti memahami perasaan yang sudah sekian lama dicengkam rindu. Dalam getar dan debar tiba-tiba menyusup alunan puisi yang entah dari pintu rumah tetangga mana berkumandang lantang;
Ah! dengan jiwa yang memuja,
Ku tempa bulan purnama
Menjadi kunci pembuka kamar
Yang pintunya entah dimana.
Dengan hati yang berani
Ku patah duri matahari
Menjadi cahaya di jalanan mimpi
Yang halanya tiada peta.
Dengan suara rindu
Ku rentap angin dingin
Menjadi bayu harapan
Yang syahdunya bernada bisu.
Dengan izinNya
Kamar terbuka
Jalan terhala
Bayu bersuara
Dan kita
Bermesra di ranjang takdirNya.
Karya ; Seri Dewi Malam. Lantang dan jelas suara pendeklamasi mengalun sebuah sajak dengan nada romantik. Dua insan yang telah sekian lama terpisah mengahayati hati masing-masing dalam diam.
“Kenapa tak pelawa tetamu naik?” suara Lebai Yazid memecah keheningan suasana. Nurniskala kelihatan serba salah. Tali memorinya tertarik kembali. Syed Aiman bagaikan cahaya nislaka yang tiba-tiba menjelma di remang senja. Tapi duri yang menjadi tembok realiti menghalang hubungan mereka suatu ketika dahulu telah menghancur rencamkan seluruh hati Nurniskala.
“Saya sebenarnya sudah ada anak dan isteri” jelas Syed Aiman lancar walaupun ada getar di hujung suaranya. Nurniskala seperti terjatuh dari gunung yang maha tinggi. Tutur kata Syed Aiman bagaikan halilintar yang mengejutkan penghuni alam di tengah kesepian malam. Bintang bagaikan hujan yang berguguran. Alam gelap. Purnama hilang di balik gunung kenyataan.
“Mengapa baru hari ini. Bukankah lebih baik kau beritahu aku dari awal perhubungan kita. Sebelum semuanya menjadi akrab” antara kedengaran dengan tidak suara Nurniskala tersekat-sekat.
“Aku tidak sampai hati”
“Sekarang?” pintas Nurniskala pantas.
“Sebenarnya aku juga terlalu mencintamu”
“Apakah makna cinta ini Syed Aiman? Janganlah biarkan aku jadi berdosa kerana merampas hak orang” ada air mata yang mengalir bersama kata-kata Nurniskala.
“Tapi aku lelaki Nis. Aku mampu dan boleh…”ayat Syed Aiman tergantung.
“Kerana engkau lelaki, kau sengaja ingin menunjukkan hakmu” perjuangan Nurniskala mempertahankan hak wanita melantun ke hatinya sendiri.
“Syed Aiman. Cukuplah setakat ini saja. Baliklah menjaga amanahmu. Tak perlu kau fikirkan aku” tegas suara Nurniskala. Dalam hatinya seakan meraung tamsil halilintar yang membelah maya. Itulah bicara dusta yang amat pedih bagi seorang wanita yang terhukum kerana cinta dan takdirnya. Sesungguhnya tuhan tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan. Anak gadis itu menarik nafas dan menghembus segala kenangan yang memeritkan. Di hadapannya hari ini Syed Aiman datang bersama seribu pertanyaaan. Seperti dahulu juga, Nurniskala hanya diam tanpa sepatah kata, walaupun banyak yang ingin dia tanya.
“Telah setahun mereka pulang kepangkuan Illahi” sayu suara Syed Aiman. Menceritakan tentang kemalangan yang meragut nyawa anak dan isterinya. Air mata lelakinya kelihatan bergenangan. Akhirnya menitis juga dalam sedu-sedan. Lelaki itu gagal mengawal sebak yang berkocak. Hanya lengan baju menyeka air mata seorang lelaki yang dicengkam pilu. Wajah anak dan isterinya seperti pisau yang merobek-robek hati dan kehidupan Syed Aiman. Berhari-hari, bahkan berbulan-bulan Syed Aiman hidup dalam kesepian. Dalam penyesalan. Ketika dia memberanikan diri meminta izin untuk menyuarakan hasrat hatinya yang tidak dapat dibendung lagi, saat itu jugalah takdir merampas isteri dan anaknya. Sekaligus merampas takdirnya. Tanpa sempat Syed Aiman menyatakan hasrat hatinya. Sungguh hebat percaturan takdir. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir setelah bertarung nyawa, isterinya membisikkan sesuatu; “Abang teruskanlah hidup ini. Jangan menoleh ke belakang. Carilah teman pengganti yang dapat menjaga abang. Saya akan menunggu abang di sana” itulah kata-kata terakhir. Syed Aiman hampir pengsan. Anak kesayangannya juga sudah kembali kepangkuan Illahi. Tanpa sempat memanggilnya untuk kali terakhir. Alam bisu. Ruang tamu di rumah Lebai Yazid juga seakan beku. Syed Aiman menarik nafas dalam-dalam.
“Saya bukan meminta simpati. Saya datang ke sini cuma ingin mencari ketenangan hati” sambung Syed Aiman lagi. Lelaki itu seakan mengerti persoalan yang bermain di minda Nurniskala dan Lebai Yazid.
“Cerita kita lebih kurang sama nak” Lebai Yazid bersuara perlahan.
“Bezanya cuma, pakcik masih ada Nurniskala. Dialah satu-satunya api semangat untuk pakcik meneruskan hidup ini” sambung Lebai Yazid lagi.
Syed Aiman merenung Nurniskala yang berselindung di sebalik purdah hitam. Mata mereka bersatu. Bayu gunung menderu dingin.Perlahan-lahan mentari senja dengan rela hati meminjamkan cahayanya kepada bulan purnama. Awan yang membeku, berlalu dari puncak gunung yang tidak terjangkau rahsianya. Betul, andainya cinta itu suci, lepaskanlah ia pergi. Kerana kesucian itulah yang akan membawa ia datang kepada mu suatu hari nanti. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan telah menyusun dengan indah takdir hambanya.
TAMAT 24.
25
GULAI SIPUT DAUN KADUK
Oleh: Sujata Wee
EMAK sudah pulang dari pasar. Pak Da Ali memberhentikan motosikalnya betul-betul di halaman rumah. Ayam itik peliharaan mak mula bertempiaran datang. Mereka telah terbiasa, bila tuannya pulang mereka akan diberi makanan. Aku keluar untuk menyambut raga mak. Ada berbagai jenis keperluan dapur yang mak beli. Kekadang ikan, sotong dan ayam. Mak jarang sangat beli sayur sebab kebanyakannya sudah ada di kebun di belakang rumah.
Tanah mak yang luas berhektar-hektar itu memudahkan mak untuk menanam apa sahaja. Dipenuhi dengan banjaran pohon kelapa yang tumbuh subur di tanah berwarna hitam berpasir. Tanah ini kurang sesuai untuk ditanami pokok buah-buahan kecuali tembikai dan pisang. Rambutan, mempelam, dokong, atau langsat tidak kelihatan di kawasan ini.
Kampung Mujur, sempadan ke Tok Bali. Daerah yang semakin dikenali dengan industri pelancongan. Aku berpindah ke kawasan ini setelah mak mendapat hak milik tanah wasiat dari nenek. Nenek yang membela mak sedari kecil setelah mak kehilangan ibunya dalam usia muda. Nenek meninggal semasa berusia 28 tahun. Cerita mak, nenek meninggal akibat keguguran sewaktu mengandungkan adiknya.
“Petang ni tak pergi sekolah ke?” Tanya mak setelah melihat aku agak lapang tenggah hari itu.
“Tidak, mak. Cikgu tunda ke minggu depan,” kataku.
“Nah, ambil siput ni, pergi takir hujung dia. Kemudian gulai dengan daun kaduk. Ambil secekak daun di tepi pagar sana. Mak nak berehat sekejap, pas tu masuk kebun.”
Arahan mak yang paling aku tidak suka. Dalam usia 14 tahun aku sudah perlu melakukan apa saja tugas di dapur. Mengemas rumah, menimba air dari perigi. Mencuci semua pakaian adik beradik termasuk pakaian kedua ibu bapaku. Berus menggunakan tangan dari sehelai ke sehelai. Kemudian bilas pula. Aduh, penatnya bukan main.
Balik sekolah, bukan boleh berehat macam orang lain. Zaman ini bukan zaman senang. Untuk ke sekolah, aku perlu mengayuh basikal sejauh tiga kilometer. Jika ada aktiviti sukan, aku terpaksa kayuh lagi. Pendek kata, lasak betul aku.
Sambil menakir hujung siput, aku bernyanyi-nyanyi ikut suara dari radio yang aku buka sepanjang masa aku berada di rumah. Bising suara dari radio itu terkadang merimaskan. Pernah beberapa kali ayah sembunyikan radio di balik pintu kerana tidak tahan dengan bunyinya yang kuat. Ayah jenis tidak berterus terang. Garang pula tu. Itulah yang menyebabkan aku kurang mesra dengannya berbanding dengan mak.
Ayah mempunyai dua buah traktor, jadi ramailah orang kampung yang datang minta ayah pergi bajakkan tanah mereka untuk ditanam tembakau, tembikai, dan sebagainya. Oleh sebab rumah kami agak besar, jika ada orang panggil di pintu depan, dan aku pula biasanya di dapur dengan bunyi radio yang kuat, pastilah aku tidak mendengar suara pemanggil itu. Ayah pula jarang-jarang berada di rumah.
Cara terbaik ialah dia sembunyikan radio di balik pintu di ruang tamu yang menghala ke dapur. Maka tercari-carilah aku kerana hanya radio sajalah hiburan yang ada untukku.
Dengan mak pula, aku mesra sangat. Mak suka bercerita. Dari hal kisah politik sampailah kisah wayang kulit, semua mak cerita. Mak juga suka berpantun. Kadang-kadang mak tidak ubah seperti penglipur lara. Ceritanya bersambung sampai tiga malam berturut-turut.
Selesai menakir siput, aku terpaksa mengait buah kelapa. Bukan main susah untuk memulasnya dengan menggunakan galah buluh yang bercabang di tengah. Kemudian mengopek dengan menggunakan parang. Penat sungguh.… Peluh menitik membasahi dahiku.
Ramuan untuk menggulai perlu disiapkan. Bawang, lada, serai, lengkuas, dan kunyit ditumbuk biar lumat. Terkadang serpihan lada terpercik ke dalam mata. Pedihnya bukan main. Air mata meleleh-leleh keluar. Aku cepat-cepat cucikan dengan air, biar lega.
Kupandang jam dinding. Tepat pukul 5.00 petang. Kurenung suatu sudut tempat kalendar tergantung. 17 Mac 1979. Mak dan ayah sedang sibuk di kebun. Lebih kurang jam 7.30 malam, mak dan ayah akan pulang untuk menikmati makan malam. Aku perlu segera persiapkan semua ini. Gulai siput, goreng ikan pelata kering, serta goreng kangkung belacan.
Dapur agak tinggi, masak menggunakan kayu api. Guna satu ceropong buluh untuk meniup api biar menyala kuat. Maka berterbanganlah segala debu-debu, bertaburan mengenai muka, rambut, dan segalanya. Mata pedih berair terkena asap. Kuangkat periuk tembaga berisi nasi. Harum baunya. Kuletakkan di atas meja dan menghidangkan lauk untuk dinikmati malam itu.
“Wah! Pasti berselera makan malam nanti,” bisik hati kecilku.
Ayah makan dulu. Mak telah berpesan, waktu ayah makan jangan sesiapa kacau. Biar ayah makan sorang-sorang. Ayah garang, sebab itu kami tak berani masuk dekat. Yang kami tahu dan selalu nampak ialah ayah dan mak selalu bertengkar. Biasanya, mereka bercakap-cakap dahulu, akhirnya perbualan merebak menjadi pertengkaran. Aku sudah lali dengan keadaan ini. Namun kadang-kadang aku menangis juga sebab hubungan ayah dan mak tidak pernah harmoni.
“Inn, masa kuah menggelegak, kamu terus masukkan siput, ya?” tanya ayah.
“Ya, ayah. Saya tidaklah pandai sangat menggulai siput,” jawabku.
“Ayah tanya begitu sebab mahu mengajar kamu cara mahu menggulai siput dengan betul. Agar isinya mudah disedut, tidak melekat pada kulit,” kata ayah dengan nada marah.
Tidak sangka jawapanku itu telah menimbulkan kemarahan ayah. Ayah menganggap jawapanku sebagai kurang ajar. Dia menyembur kemarahannya yang berapi-api itu kepadaku. Aku membisu seribu bahasa. Kata ayah, siput yang kugulai itu sangat susah untuk disedut keluar isinya.
Leteran ayah berpanjangan. Dia nampak kesal apabila aku begitu mesra dengan mak tapi tidak pernah berbual dengannya. Dia garang, pastilah aku tak berani nak berbual dengannya. Ayah mewarisi perangai datuk yang bengis dan membesarkan anak tanpa kemesraan. Tidak boleh manjakan anak, nanti memijak kepala. Kata-kata datuk dulu yang akhirnya menjadi ikutan ayah.
Aku tidak suka cara itu. Langsung tidak setuju. Aku mahukan ayah yang mesra juga penyayang macam mak. Namun ada juga kalanya ketika aku demam, semasa mak keluar berniaga di pasar, ayah menjaga aku dengan baik. Ada nasi untuk dimakan, dan ayah membawakan aku panadol.
Malam itu, aku, mak, dan adik makan bersama. Bukan main berselera lagi kami makan. Tidak ada masalah pun mahu mengeluarkan isi siput kerana kami menggunakan lidi untuk mengorek isinya keluar. Sedang leka menyedut siput, tiba-tiba aku tersedak kerana hampir tertelan cuping siput. Sampai terbatuk-batuk beberapa kali. Emak cepat-cepat menepuk belakangku. Agak panik juga rasanya. Mujurlah cuping siput itu berjaya dikeluarkan.
“Lain kali, berhati-hati sikit bila menyedut siput. Kalau tertelan cupingnya, susah nanti,” kata mak.
“Tak sengaja, mak. Sedap sangat makan, tergopoh-gapahlah jadinya,” kataku sambil mengesat air mata yang terkeluar akibat babak cemas tadi.
Gulai siput daun kaduk ialah makanan kegemaran kami sekeluarga. Setiap kali kalau terjumpanya di pasar, mak pasti tidak lepas peluang untuk membelinya.
Malam itu, aku antara sedar dengan tidak, terdengar perbualan antara mak dengan ayah. Entah apa yang dibualkan. Tapi oleh kerana rasa terlalu mengantuk, aku terus melayan tidur hingga ke pagi… dan terbangun saat mahu ke sekolah. Biasanya, ayah yang mengejutkan aku setiap pagi, sementara mak sudah di kebun mengutip sayurnya untuk dijual di pasar.
“Ada apa ayah, sejak semalam lagi terdengar bising-bising?” Aku memberanikan diri bertanya khabar sambil ke katil ayah. Biasanya, waktu ini ayah sudah bersiap-siap untuk ke kebun.
“Ini, sakit sangat semalam. Tidak boleh tidur.” Ayah menunjukkan ke arah betisnya yang ditumbuhi kudis berwarna merah dan berair.
“Pelik sungguh, tetiba ditumbuhi kudis,” kataku kehairanan. Tapi aku perlu ke sekolah cepat. Lagi pun keadaan ayah tidaklah teruk sangat. Mak sudah masak sebelum keluar pagi ini.
Aku tinggalkan ayah dengan perasaan simpati. Walaupun semalam dia memarahiku dengan teruk, namun sebagai anak, aku perlu mendengar segala tegurannya dan jadikan iktibar pada masa depan. Aku perlu selalu bertegur sapa dengannya.
Petang itu, seperti biasa, apabila aku balik dari sekolah, terpaksa cuci pakaian dulu. Setelah kering perlu digosok, guna seterika buatan tembaga. Aku masukkan bara tempurung, kemudian renjis air pada pakaian tersebut. Aku hanya ada dua pasang pakaian sekolah, sepasang baju kurung dan sehelai skirt. Aku lebih suka dan selesa berbaju kurung semasa ke sekolah. Hal ini adalah kerana kawan-kawanku semua pakai baju kurung. Kadang Mek Eng, pemilik kedai runcit di simpang jalan itu, selalu mengata aku.
“Eh, awak ni nak masuk Islamkah? Selalu makcik tengok pakai baju kurung,” kata Mek Eng, pada suatu hari.
“Tak adalah, makcik. Saja aje,” balasku spontan. Terkadang aku terasa juga dengan pertanyaan sumbang seperti itu. Tapi apakan daya. Aku tahankan saja.
Petang itu, aku terpaksa ke sekolah lagi untuk sesi latihan hoki. Hari itu pasukan biru akan memilih pelajar untuk mewakili rumah bagi pertandingan antara rumah-rumah. Aku tidak suka bersukan, aku tidak kuat berlari. Setiap kali ada pertandingan merentas desa kat sekolah, aku akan tarik diri. Biasanya, aku hanya menjaga di suatu simpang, sambil mencatat nombor peserta yang melintasi di tempatku. Itu saja.
Balik sekolah waktu petang, kekadang terpaksa menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu. Ada kalanya hujan ribut bersama guruh serta petir. Aku biasanya teruskan sahaja perjalanan ke rumah tanpa berhenti di mana-mana. Sampai di rumah, habis basah kuyup.
Pada waktu lapang, aku suka menyanyi. Malah tidak sangka, ayah pernah cakap, suaraku boleh tahan. Aku pernah dijemput untuk mengasah bakat, namun menolak kerana aku tidak pernah pun menyimpan hasrat untuk serius dalam bidang itu. Cukup sekadar suka-suka sahaja.
Dalam perjalanan pulang dari sekolah petang itu, aku dihadang oleh sekumpulan budak nakal yang memang aku kenali. Mereka menutup jalan dengan mengatur basikal sehingga aku langsung tiada ruang untuk melepasinya. Aku terpaksa ke tepi parit di sebelah jalan. Salah seorang daripada mereka mengambil peluang menjamah bahuku. Aku tidak mampu berbuat apa-apa kerana aku keseorangan di kala itu.
Terkadang aku menangis kerana diusik. Namun aku tidak pernah mengadu pada orang tuaku. Perkara kecil, tidak perlulah diperbesarkan. Lebih baik diamkan saja. Bukan sekali dua tetapi sering kali. Itulah yang menyedihkan hatiku.
Suatu senja, ayah pulang dalam keadaan termengah-mengah. Mak terkejut lalu bertanya apa yang telah berlaku.
“Isa nak pukul aku dengan batang cangkul. Gara-gara aku pergi minta hutang. Cuba fikir, dia suruh aku pergi membajak semasa nak buat padi tahun lepas. Hinggalah padi dah dituai, masih tak nak bayar hutang. Bila aku pergi minta, nak pukul aku pulak. Mujur aku sempat lari.”
“Susah betul nak cari makan di kampung kita ini. Saya dengar, di kampung-kampung tempat anak menantu kita tinggal, sebaik saja selesai membajak, mereka terus bayar. Langsung tidak berhutang,” kata mak.
Aku mendengar saja perbualan mereka. Aku budak-budak, mana tahu hal orang dewasa.
“Tu, traktor yang warna merah, dah rosak. Perlu panggil Jali untuk baiki cepat. Sekarang musim nak menanam tembakau, ramai yang datang minta bajak tanah mereka, hai pening-pening.” Rungut ayah.
“Rosak apa pulak, kan baru dibaiki dua bulan lepas?” tanya mak kehairanan.
“Dua bulan lepas tu tukar mata, dah tumpul sangat dah. Tak lut nak membalikkan tanah.”
“Oh, cakaplah macam tu. Kalau abang tak cukup duit, ambillah duit saya dulu,” kata mak.
Kadang-kadang aku hairan juga. Mak dan ayah biasanya selalu bertekak tapi ada ketikanya mereka begitu sepakat bagai aur dengan tebing. Itulah suami isteri. Kata orang, lidah dengan gigi lagi tergigit. Namun kalau salah seorang teraniaya, samalah juga dengan cubit paha kiri, paha kanan terasa sakit. Mak turut simpati dengan nasib yang menimpa ayah.
Dua buah traktor yang diusahakan langsung tidak mendatangkan untung. Orang berhutang keliling pinggang. Pernah beberapa kali pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri datang nak siasat ayah. Tapi ayah marah, tidak pelawa mereka masuk rumah. Ayah geram kerana mereka menyangka ayah punya pendapatan lumayan tanpa tahu masalah tabiat penduduk di kampung kami.
Ibu sarankan agar ayah jualkan saja traktornya itu. Tak guna disimpan, besi makin buruk. Hasilnya tidak ada. Namun ayah tetap bertahan. Dengan hutang orang bertimbun, tiada pun orang simpati pada ayah. Nak minta hutang, diri sendiri pula yang dicaci maki.
Setelah berfikir semasak-masaknya, dikira bahagi congak sama rata, akhirnya ayah lepaskan jua traktornya pada Jali. Biar dia pula merasa sakit hati bagaimana orang meminta bajak tanah tapi enggan membayar. Buat padi tahun ini, tahun depan baru nak langsaikan hutang. Begitulah resam penduduk kampung tempat aku dibesarkan. Walaupun bukan semua berperangai begitu, tapi kebanyakan daripada mereka adalah begitu.
TAMAT 25.
26
CENDOLNYA TUMPAH
Oleh: Sujata Wee
MUNIRAH berjalan tergesa-gesa ke pasar Jelawat pagi itu. Dia menjunjung setalam kuih pelita. Semah menelefon minta bawakan cepat kerana ada beberapa pelanggan sedang menunggu untuk membelinya. Baru pagi tadi suami Munirah membawanya ke pasar namun telah habis terjual. Adat berniaga, kadang laris. Kadang terpaksa dijaja dari rumah ke rumah akibat tak habis jual di pasar. Munirah mendapat kepakaran membuat kuih dari ibunya Cik Jah. Sebut saja nama Cik Jah semua orang tahu tentang kehebatannya membuat kuih.
Di antara kuih yang dibuat Munirah ialah cik mek, kuih kosui, lompat tikam, puteri mandi, dan bermacam-macam lagi. Dalam sehari dia membuat tiga hingga empat jenis kuih sahaja. Secara bergilir-gilir. Cuma kuih pelita harus dibuat setiap hari memandangkan kuih itu sangat digemari ramai.
Dengan pendapatan membuat kuih inilah Munirah membantu suaminya Razif menyekolahkan anak-anak mereka. Razif, seorang tukang rumah, yang gaji yang dibayar mengikut hari bekerja. Gaji diterima seminggu sekali. Kekadang tidak cukup belanja, diminta pula dari isterinya Munirah.
“Esok buatkan lebih sedikit kuih pelita ya Munirah, ada orang pesan tadi. Dia nak sedekahkan kepada rumah anak yatim,” Minta Semah.
Semah ialah sepupu Munirah yang menjual kuih di pasar itu sejak berumur 23 tahun lagi. Sekarang Semah sudah 54 tahun. Seorang ibu tunggal selepas suaminya kemalangan jalan raya tujuh tahun lepas. Dengan berniaga kuih dapatlah Semah menyara kehidupannya sekeluarga. Dia hanya tinggal bersama anak bongsunya. Yang lain semuanya telah berkeluarga dan tinggal jauh dari situ.
“Kalau orang nak beli untuk disedekahkan, perlukah kita jual dengan harga yang biasa kita jual, kak. Atau kurangkan sedikit harganya?”
“Terpulanglah kepada budi bicara kau, Munirah. Aku pun tak berapa arif juga dalam hal ni sebab, pada kebiasaannya, aku jual ikut harga biasa saja setiap hari. Sekarang kuih pelita 50 sen sebiji. Daun pisang pun kena beli. Bukan dapat percuma.” Semah bagi penjelasannya.
“Berapa biji dia nak, kak?”
“Dalam 150 biji. Jam 11.00 pagi esok dia akan datang ambil.”
“Kenapa kakak terus terima tempahannya tanpa tanya saya dulu? Banyak sangat tu.. Saya cuma ada dua belah tangan saja, kak. Tak larat nak membuatnya sebanyak itu. Teruklah sekali ini.” Muka Munirah berkerut risau.
“Alah, jangan bimbanglah, Nirah. Aku kan ada. Lagi pula rumah kau dengan rumah aku bukannya jauh sangat. Aku akan pergi tolong kau. Cuma, besok pagi, tolong bukakan lampu depan rumah kau tu. Mudah aku nak berjalan menghala ke rumah kau.”
“Oh, cakaplah macam tu. Saya agak terkejut juga apabila kak terima tempahan begitu banyak. Biasanya tidaklah sebanyak ini.”
“Aku kesihan kat orang itu… berkali-kali dia merayu minta terima tempahan. Katanya, arwah mak dia suka sangat kuih pelita ni, sebab tu dia berniat nak sedekahkan pada rumah anak yatim untuk hari keramaian di rumah tersebut.”
“Kalau macam tu senanglah hati saya. Kakak mesti ingat untuk datang. Jangan buat-buat lupa pulak. Abang Razif pun tolong sekejap saja sementara sampai masa untuk dia nak pergi kerja.”
“Kau ni, macamlah aku tak pernah tolong kau. Hah, jangan lupa untuk buat bagi aku jual sama kuih tu. Nanti kau dok ingat mahu siapkan tempahan pelanggan sampai terlupa pulak buat bahagian yang aku nak jual pulak.”
“Ah… pasti ingatlah, kak.”
Munirah membeli beberapa bungkus lauk untuk makan tengah hari itu. Gulai siput, kerabu buah beko, dan acar rampai. Mudah dan cepat. Tak payah berpenat lelah buat lauk. Lagi pun dah penat buat kuih. Tak larat.
“Kenapa nampak macam tak lalu makan saja hari ini?” tanya Razif setelah dilihat Munirah kurang berselera. Asyik mengunyah saja… telannya tidak.
“Penat sangatlah hari ni bang.”
“Kan saya sudah cakap, buat tu biarlah berpadan-padan. Ni awak degil, ambil tempahan banyak sangat. Pastu penat. Kalau sakit, macam mana? Awak juga yang susah, kan?” Munirah terdiam.
Di dalam hatinya, teringin untuk meminta suaminya mengambil cuti bagi membantunya membuat kuih esok. Tapi dia tidak berani. Razif kan lelaki, biarlah dia buat kerja orang lelaki. Tak kan nak suruh buat kerja orang perempuan pula. Tapi apa salahnya kalau lelaki membantu kerja orang perempuan. Tambahan pula, kerja ini menjana pendapatan, malah agak lumayan juga.
Setelah berehat seketika, dia mula mengambil galah yang bersandar di pokok bunga kertas untuk mengait daun pisang. Kemudian daun itu dijemur pada panas mentari. Mentari petang yang bersinar memedihkan kulit itu menguntungkan Munirah sebab daun itu tidak perlu dilayur lagi. Air daun pandan yang disimpan dalam peti sejuk masih banyak lagi.
Daun pisang juga biasanya dibeli daripada penduduk sekitar. Munirah hanya ada beberapa pokok pisang benggala. Itu pun yang pernah ditanam oleh arwah ibunya. Kuih pelita memang perlu diisi dalam daun pisang. Barulah sedap serta berbau harum. Dia memang pakar membuat kuih pelita.
Munirah bukanlah seorang yang mementingkan kebersihan dalam amalannya seharian. Sekiranya ada orang ke rumahnya, pasti terpaksa berfikir dua kali untuk membeli kuihnya. Pakaian kotor yang belum dicuci, bersepah di sana sini. Kain yang sudah dicuci masih bertimbun belum dilipat. Sampah sarap di dapur tidak bersapu. Kekadang pinggan mangkuk pun berlonggok-longgok dalam sink.
Selalu juga suaminya yang kepenatan pulang bekerja pula menjadi babu di rumah itu.
“Munirah, walau pun kau sibuk membuat kuih, tolonglah utamakan kebersihan di rumah ini. Kebersihan itu kan disaran oleh agama.” Razif membebel macam ustaz kerana tidak tahan dengan sikap acuh tak acuh Munirah.
“Apabila keluar ke pasar, bersolek bukan main cantik. Tapi kalau kat dalam rumah kita…. aduh… buat malu saja. Cubalah berubah sedikit Munirah,” tambah Razif lagi.
“Saya sibuk, bang…. Sibuk sangat-sangat. Kalau abang tak tergamak nak tengok, abang tolong kemaskanlah sendiri. Saya dah tak larat. Ataupun abang upah seorang tukang gaji.” Munirah cuba membela dirinya. Memang dia seorang yang keras kepala.
Semah meminta Munirah buatkan kuih koleh untuk dijual Jumaat ini. Kata Semah, ada pelanggan bertanya khabar, dah lama tak makan koleh. Pada petang Khamis itu, Munirah membawa keluar kuali besar dari dapurnya. Mahu mengacau koleh di laman saja. Dua bata jongkong disusun sebagai tungku lalu diletakkan kuali besar di atasnya. Tidak berapa lama lagi suaminya akan pulang, jadi bolehlah membantunya mengacau koleh tersebut.
Setelah memasukkan ramuan secukupnya, mulalah Munirah mengacau perlahan-lahan. Sesekali menyorong kayu api ke bawah tungku. Kacau lagi sehingga koleh beransur-ansur pekat jua likat.
Tidak semena-mena, seekor serati peliharaannya secara tiba-tiba telah melibas-libaskan kepak dengan kencang sekali. Habis berterbangan segala debu-debu dan daun kering, lalu ada yang singgah di dalam kuali koleh Munirah.
“Ya Allah! Serati ini. Bertuahnya. Apa harus aku buat? Takkanlah aku yang sudah penat-penat mengacau koleh ini nak membuangnya begitu sahaja?” Monolog Munirah di dalam dirinya.
Perbuatan serati itu telah dilihat oleh suaminya yang baru saja sampai di rumah.
“Bagaimana Munirah, tergamakkah kau nak jualkan koleh ini pada orang setelah segala debu, daun kering, terbang masuk ke dalamnya?” soal Razif.
“Apa saya nak buat? Semah minta saya buatkan kuih ini. Katanya ada orang nak membelinya esok. Takkanlah saya nak membuang sekuali kuih ini dan mengacau yang baharu. Matilah saya.”
Munirah menguis-guis beberapa helai daun kering keluar dari kuali, sambil meniup-niup ke arah koleh, bertujuan mengeluarkan habuk dari kuih tersebut.
“Nah, ambil sudip ini dan kacaukan biar kering sedikit lagi. Nanti saya ambilkan minuman untuk abang.”
Munirah menghulurkan sudip lalu ke dapur. Sebenarnya memang dia lenguh mengacau tanpa berhenti. Jika tidak dikacau, koleh itu akan hangit.
Beberapa hari saja lagi bulan Ramadan akan tiba. Munirah sudah pun mendaftar untuk berniaga di pasar Ramadan. Dia akan menjual cendol, kuih akok, jala mas, buah tanjung, dan banyak lagi. Perlu juga cari seorang pembantu.
Di pasar Jelawat, tempat menjual kuih ialah di tingkat satu. Sekali dengan orang menjual nasi, roti canai, dan sebagainya. Namun ada juga sesetengah peniaga yang menjual kuih di tingkat bawah. Pelanggan yang malas dan tak larat memanjat tangga akan membelinya di situ saja.
Atas permintaan Semah, Munirah telah menyiapkan sebesen cendol untuk dijual pagi itu. Munirah mengupah Pak Teh Ali untuk memunggahnya ke pasar. Sampai di pasar, Munirah dan Pak Teh Ali mengangkatnya untuk dibawa ke atas loteng, tempat Semah berjualan.
“Pak Teh Ali, angkat baik-baik sikit ya, kalau terbalik cendol ni niayalah saya,” kata Munirah sambil tangannya dilapik beberapa lipatan surat khabar untuk mengangkat besen cendol.
“Baiklah, Munirah. Dah lama pak cik berulang-alik punggah kuih naik loteng ni, tak pernah pula ada masalah pun,” kata Pak Teh Ali yang merasa dirinya dipesan seperti budak-budak.
Mereka mengangkat dengan cermat. Melangkah setapak demi setapak anak tangga. Sesekali berhenti kepenatan. Kemudian melangkah lagi.
Tetiba seorang budak berumur dalam lingkungan lapan tahun, turun dari tingkat atas, merempuh besen cendol yang sedang diusung oleh Munirah dan Pak Teh Ali. Terkejut besar Munirah. Sambil menjerit, tangannya terlepas pegangan pada besen cendol tersebut. Pak Teh Ali seorang tidak mampu memegang besen cendol itu dari terungkup lalu tumpahlah cendol memenuhi tangga tersebut. Munirah cuba menyambar besen namun kakinya pula yang terseliuh.
Cendol berlimpah dan airnya menuruni anak tangga. Seluruh mata yang berada di situ menyaksikan kejadian tersebut. Semah, dari tingkat atas, berlari turun melihat sepupunya yang sedang terduduk digenangi air cendol yang membasahi kainnya. Dia dan Pak Teh Ali memapah Munirah balik ke rumah.
Beberapa orang peniaga dari atas loteng mula membersihkan cendol yang tumpah. Tangga yang licin boleh membahayakan orang lain. Budak yang melanggar Munirah itu sebenarnya mahu ke klinik bersama ibunya; singgah di pasar untuk membeli kuih muih. Setelah memohon maaf, mereka terus ke klinik. Ibu budak itu akan menyusul ke rumah Munirah untuk membincangkan hal kerugian Munirah beberapa hari lagi. Hari itu mereka betul-betul ingin cepat kerana ibu budak itu memohon cuti separuh hari sahaja untuk membawa anak ke klinik.
Kaki Munirah benjol bersinar. Terpaksalah dia bercuti daripada membuat kuih beberapa minggu. Besar kemungkinan tidak dapat berniaga di pasar Ramadan tahun ini, memandangkan Ramadan akan menjelang beberapa hari saja lagi. Namun semangat Munirah tidak pernah padam. Setiap kali mengurut kakinya dengan minyak akar kayu, dia berdoa agar cepat sembuh. Dah jemu duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa.
Suaminya Razif bangun memasak sebelum keluar bekerja. Dalam fikirannya, dia merasa kasihan terhadap Munirah yang terpaksa bersengkang mata membuat kuih seolah-olah semua tanggungan keluarga terbeban padanya. Namun dia tidak tergamak untuk melarang memandangkan Munirah memang dikenali sebagai seorang yang berketurunan rajin berkerja. Dia masih ingat lagi saranan arwah ibunya yang meminta dia memperisterikan Munirah. Salah satu faktornya ialah gadis itu rajin dan cantik. Siapa tidak kenal keturunan Cik Jah, orang yang paling pandai serta rajin membuat kuih di kampung itu.
Munirah terfikir-fikir tentang malang yang menimpanya itu. ”Dah berpuluh-puluh tahun aku membuat kuih dan berulang-alik ke tingkat atas pasar, tapi tak pernah pula jadi begini. Mungkinkah kerana aku buat silap tempoh hari, kolehku tercemar oleh habuk dan debu, tapi aku masih jualkannya di pasar. Mengapa aku tamak sangat hari itu? Sepatutnya aku buangkan saja. Mungkin inilah hukuman yang wajar buat aku. Orang tidak melihat tapi Allah maha mengetahui. Ya Allah, ampunkanlah aku. Aku berjanji tidak akan melakukan perbuatan seperti itu lagi,” rintih Munirah penuh sesalan.
Dengan terjinjit-jinjit, Munirah cuba mengemas rumah yang bersepah sebelum ini. Dalam diam-diam, dia mengakui tentang kebenaran kata-kata suaminya. Kebersihan itu amat penting. Kita selaku pembuat makanan perlu utamakan kebersihan kerana ia juga sebagai satu ibadah. Pelanggan membeli makanan kita dan berharap kita menyediakannya dalam keadaan bersih. Mungkin kita berdosa kerana tidak mengindahkan hasrat mereka dan membuat secara alah kadar sahaja.
Sesuatu yang menggembirakan hati Munirah apabila, secara diam-diam, Razif mengumpul wang lalu membelikannya sebuah mesin pengadun tepung.
“Kali ini tak payahlah menguli adunan lagi. Ringan sedikit beban kau, Munirah.” Razif cuba menceriakan hati isterinya yang dilihat bermuram durja semenjak kejadian itu.
“Terima kasih, bang. Kali ini saya akan memperbesarkan lagi perniagaan saya dengan mengupah seorang pekerja. Saya juga akan mengutamakan kebersihan, tidak macam dulu lagi,” kata Munirah, penuh iltizam. Sakit kakinya tiba-tiba dirasa semakin hilang.
TAMAT 26.
27
MUSTAJABNYA LIDAH DI MULTAZAM
Oleh: Suzana Jumadil
AKU terlalu rindukannya. Wangian karpet yang menusuk deria hidu saat sujud, menjadikan rinduku semakin menggigit untuk datang lagi di situ. Berubah pun musim dan tahun, kerinduan itu tetap sama. Bagaikan bayu rindu membelai bisikan syahdu pada hamparan ruang terbuka Nabawi ini, lantas memujukku untuk hadir dan terus memuja rindu kepadanya. Begitulah hari-hariku meniti dunia ini dari kaca mata diri dan hati.
Aku menjadi tetamu Rasulullah di Masjid Nabawi dan menjadi tetamu Allah di Masjidilharam, saban tahun. Selain beribadah mengharap keredaan Tuhan, tujuanku menyonsong jauh untuk mencari dia yang aku rindui.
“Saya nak jadi imam Masjid Nabawi.” Kata-kata itu malar segar dalam ingatanku.
“Insya-Allah… Mama doakan kamu berjaya mengejar impian itu…” Tubuh kecilnya saat itu kupeluk kejap. Nilai kasih tidak mampu dikira menggunakan kalkulator. Terlalu infiniti jumlahnya. Wajah itu kutatap sejenak. Senyuman syukur kepada Ilahi teroles di bibirku kerana kehadirannya dalam hidupku adalah suatu anugerah terindah dan tidak akan hilang sampai bila-bila. Itu amat aku yakini.
Namun, hati seorang ibu ada waktunya diusung rasa marah tanpa sedar. Melepaskan geram sewenangnya meskipun khilaf puteraku hanya sedikit. Kenapa lidahku sekejam itu memarahinya di hadapan Multazam? Kesalku tidak berhujung hingga kini.
“Kenapa tumpahkan air zam-zam? Kalau Pak Arab yang mop lantai tu marah dan bawa kamu pulang, tak jumpa mamalah kamu sampai bila-bila. Baru padan muka…” Air zam-zam yang tadinya aku masukkan dalam botol mineral, cuma mampu kupandang. Tergolek dan isinya tumpah ke lantai Masjidilharam yang sejuk dingin.
Kemarahanku bukan kerana air itu tumpah, tapi adalah kerana kelelahanku beratur panjang menunggu giliran mendapatkan air berkat itu. Wanita Turki yang berasak-asak merempuh barisan menyebabkan hatiku diamuk ganas. Kesabaranku saat itu terlepas kepada anakku satu-satunya ini.
Hari-hari berikutnya, ibadahku bersama sang putera, bertambah khusyuk. Dia yang kulahirkan, bagaikan menghadiahkan ketenangan setiap kali menatapnya. Tiada amarah yang terbenam di dasar hati, jauh lagi dendam atas kesilapan-kesilapan kecilnya. Jemariku sentiasa dalam pautannya. Bak kasih yang bersimpul mati. Leretan senyuman yang menguntum pada bibirnya bagaikan sinar suria yang ceria menyapa lapangan jiwa. Mata bundar warisan almarhum ayahnya, adalah pancaran ketenangan yang mendamaikan.
Berselang sejam sesudah Tawaf Wada, musibah paling kejam melanda hidupku. Dia hilang tanpa dapat kukesan. Kunjunganku ke Tanah Haram ini, terpaksa dipanjangkan kerana mencarinya. Sebulan aku bertemankan pasukan keselamatan, memastikan dia selamat untuk kubawa pulang. Sayang sekali, jejaknya hingga kini terus hilang. Tiada gambaran dari kesedihan yang mampu kuluahkan.
Aku tidak jemu menggali. Di mana hikmah yang tersembunyi atas ketentuan Ilahi. Air mata, mungkin sudah berbaldi-baldi jika disukat. Doa kulantunkan dalam hati sejak kehilangannya, bukan sedikit. Semoga dia dalam jagaan Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Terbayang pelbagai gambaran pilu yang merosakkan iman. Memandang peminta sedekah yang hilang kaki dan tangan, hatiku menjadi rawan. ‘Ya Allah, peliharalah anakku dari segala kejahatan manusia, jin dan syaitan’.
Sejak itu, jadilah aku tetamu Masjid Nabawi dan Masjidilharam saban tahun. 10 Tahun berulang alik ke tanah suci itu. Membawa hati dan harapan agar doaku untuk menemuinya terlaksana. Aku meyakini bisikan hati, bahawa dia sejahtera dalam lindungan Allah. Malah, suatu hari nanti, aku pasti dapat menemuinya. Sama seperti doaku yang sentiasa beralun dalam jiwa. Tawakkal kugantungkan di hati bersama usaha yang tidak kenal erti jerih.
Sujud syukurku tidak terhingga. Gema suara imam Masjid Nabawi yang merdu melantunkan bacaan surah Al-Waqiah, menjentik jiwaku. Seolah-olah itulah suara anakku. Aku terbawa-bawa dalam memori atau barangkali menyedapkan hati sendiri.
“Mama… merdu, kan bacaan surah yang dibaca imam tadi…” Kata-katanya sepuluh tahun yang lalu, menyingahi memori. Tumpah lagi air mataku ketika sedang solat.
“Ya Allah, jika ini satu ujian… Aku redha. Peliharalah dia dengan kasih sayangmu. Tunaikan segala impiannya dan pertemukan aku dengannya sebelum aku menutup mata. Amin…” Itulah doaku sesudah usia semakin meninggi. Terasa dunia ini hanyalah laluan menuju perjalanan yang lebih panjang di sana. Tawakkal dan harapan sentiasa ada dalam doa yang tidak pernah kenal surutnya.
Kali ke 11 hari ini, kakiku menjejaki Tanah Haram dan menjadi tetamu Masjidilharam sebagai jemaah haji. Selama hari-hari ibadah sebelum berwada untuk mengunjungi bumi Rasululullah. Aku mendaki Jabal Rahmah dengan kudrat yang masih bersisa. Di sana, tanganku tadahkan dalam khusyuk yang mampu hatiku rai.
“Wahai Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang. Adam Kau campakkan ke bumi India dan Hawa Kau humban ke Tanah Palestin, kemudian Kau pertemukan kedua-duanya di sini sesudah ratusan tahun terpisah, maka Kau pertemukanlah aku dengan anak lelakiku dengan limpahan kasih sayang-Mu, ya Allah…” Doaku masih tidak berubah. Semoga dia dapat kutemui walau dalam apa jua bentuk atau caranya. Air mata kubiarkan kering sendiri disapa bayu yang menyapa Jabal Rahmah yang kukuh ribuan tahun ini.
Solat taubat kutitipkan menyesali keterlanjuran kata-kata masa lalu. Saat sujudku yang pertama di Masjid Nabawi kali ini, lintasan hati menyampai pesan. Anak lelakiku hari ini genap berusia 21 tahun.
“Berkati usianya, Ya Allah…” Doa itu terlafaz dalam sujudku yang terakhir dalam solat malamku. Sesudah beriktikaf tanpa teman, aku membawa langkah perlahan mendatangi Taman Syurga yang dijanjikan Allah. Langkahku dipermudahkan, sujudku yang paling lama di Raudah ini tidak mampu kuungkapkan dengan kata-kata. Andai saja malaikat maut mendatangiku saat ini, itulah kecintaan dan dambaan. Aku menjadi hamba yang pasrah, Karpet berwarna hijau lumut yang wangi itu, basah oleh air mataku.
Sesudah pasrah kepada Allah aku hamparkan, aku mula meninggalkan perkarangan Masjid Nabawi yang dipenuhi payung takungan hujan. Aku kembali ke hotel yang jaraknya 300 meter dari dataran masjid paling indah ini.
Kakiku gontai melewati ruang lobi Hotel Sajja Al-Madinah yang luas. Aku sedari, terdapat sekumpulan lelaki berjubah putih dan berserban, bersembang penuh karisma pada sofa yang tersedia di lobi tu. Dari bicara mereka, aku sangat meyakini, mereka itu pemuda-pemuda berbangsa Arab. Namun, aku abaikan saja keberadaan mereka, lantas laju menuju pintu lift.
“Mama… ” Suara itu lembut menyapa. Aku berkalih memandang. Seorang lelaki muda keluar dari kelompok pemuda-pemuda arab tersebut dan mendatangiku. Waktu bagaikan terhenti saat matanya tersenyum memandangku. Wajahnya berjambang tapi masih nampak kemas, sama seperti rakan-rakannya. Sinar mata itulah yang merajai kerinduanku selama ini.
“Mama…” Sekali lagi dia menyapa. Kini, aku sudah jauh dalam dakapannya.
“Terima kasih sebab doakan saya.” Aku kehilangan suara untuk berkata-kata. Air mata terlalu murah rialnya saat itu.
“Kenapa…?” Hanya itu yang mampu kulafazkan. Hatiku ingin bertanya, kenapa dia menghilang? Ke mana dia pergi selama 11 tahun? Namun… suaraku terbenam dalam kerongkong lalu jelma di kelopak mata. Itulah air mata syukur sesudah doaku untuk menemuinya, dijawab Allah.
“Maafkan saya, ma… Saya tersesat masa di lobi, bas yang saya naiki rupa-rupanyanya bukan ke Jeddah. Tapi, ke Madinah. Dalam bas itu, saya duduk dengan seorang imam yang boleh ajarkan saya menghafaz. Saya belajar tanpa sistem formal. Dia sangat tegas, ma. Akhirnya, dalam masa setahun saja, saya berjaya khatam dan hafaz Al-Quran.”
Dia cuba menerangkan kerana memahami persoalan dari bisikan hatiku yang masih tidak mampu bersuara. Beberapa detik masa berlalu, aku masih dalam dakapan puteraku itu. Sesudah sedar yang kami berada di lobi hotel, laju jemarinya melepaskan dakapan dan menarikku ke sebuah sofa. Saat itu dinihari, suasana masih tidak lenggang dan tidak sepi. Kumpulan pemuda yang bersamanya tadi, sudah beransur pergi.
“Ma… Setiap tahun mama datang ke sini, kan… Ayah angkat saya menitipkan salam kemaafan. Dia tahu dan sering mengajak saya melawat mama dari jauh. Dia memberi saya pilihan, jika saya mendekati mama, pasti doa mama tidak akan makbul. Sebaliknya, jika saya menjauh dan mengorbankan rindu saya kepada mama, pasti doa mama akan Allah makbulkan. Sekarang saya sudah menjadi imam di Masjid Nabawi.” Penerangannya menambahkan deras air mataku.
“Mama yakin, doa mama disahut Tuhan. Kamu dipelihara dan dijaga dalam limpahan kasih sayang-Nya.” Aku peluk dia yang duduk di sisiku. Dia memiliki ketinggian melebihi aku. Tubuh di balik jubah putih itu ialah puteraku. Aku pandang dan kuteliti berkali-kali. Kini aku meyakini yang aku bukannya bermimpi.
Doaku makbul. Dia kini menjadi imam Masjid Nabawi mengikut jadual. Doaku tanpa sedar juga makbul, dia dibawa pergi oleh Pak Arab yang baik budi. Semakin aku yakini, betapa lidah yang tidak bertulang di hukum Tuhan, saat mustajabnya doa di Multazam.
TAMAT 25.
TAMAT.
BERKENALAN DENGAN PENULIS
ADYRA AZ-ZAHRA
BIODATA. Berasal dari Kuala Krai, Kelantan. Sekarang menetap di Kuala Lumpur. Nama: Hasiah binti Yusof. Nama pena: Adyra Az-zahra. Mula menulis semasa berumur 18 tahun. Kerjaya hanya suri rumah tangga. Pernah menyertai Persatuan Penulis Kelantan (PUSPA) dan sesekali bersama Radio Kota Baharu dalam acara sastera berkarya secara suka-suka dan mengisi masa yang terluang. Sudah menghasilkan beberapa buah antologi bersama dan beberapa buah sajak pernah tersiar dalam akhbar harian Sinar Harian dan Utusan Malaysia.
AHKARIM
BIODATA. Ahkarim ialah nama pena bagi Abdul Halim bin A. Karim. Berasal dari Langgar, Alor Setar, Kedah. Mendapat pendidikan di Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar; Ijazah BA dari Universiti Malaya pada tahun 1971; Ijazah MSc (Organization Development) dari Sheffield Harlem University (UK) pada tahun 1986. Berkhidmat dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) di beberapa jabatan persekutuan (Kementerian Pelajaran, Perbendaharaan Malaysia, INTAN, Pengarah JPJ Negeri Kedah, dan jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Johor sehingga tahun 2001). Berkecimpung dalam penulisan kreatif melalui genre cerpen dan puisi selepas bersara. Telah menghasilkan empat kumpulan cerpen: Tanika, MoU Sumi, Pensionofobia dan Confessions of A Tablighi; sebuah kumpulan puisi, Suara Antagonis; dan sebuah novel: Sir Khatim. Kini aktif dalam beberapa NGO, termasuk Ahli Jawatankuasa Persatuan Aktivis E-Sastera Malaysia (E-SASTERA).
ANIE DIN
BIODATA. Rohani Din disenangi dengan panggilan Bunda Anie Din. Berpendidikan sekolah menengah. Ibu yang mempunyai empat orang anak dan sembilan orang cucu. Giat menulis setelah bergelar nenek. Penulisannya bermula dengan novel bersiri Diari Bonda, yang hingga ke hari ini bersiri 6 dan lain-lain. Juara 1 Novel; Anugerah Buat Syamsiah dan Juara 2 Novel; Sanggar Anugerah Buat Syamsiah. Ketiga-tiga novel itu dan Ku Tunai Janji antara lima senarai pendek untuk Anugerah Sastera Singapura. “Kereta Api Terbalik Langgar Kerbau Di Rembau” dicalonkan untuk anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Banyak lagi novelnya yang telah diterbitkan. Mengendalikan antologi puisi 4 negara – siri Bebas Melata, yang hingga kini bersiri 11. Selain novel, beliau menulis cerpen, puisi, dan pantun dengan jumlah bukunya kini mencecah 60 judul. Kumpulan puisinya yang pertama bejudul “Membilang Langkah” dan terkini “Bersama Mas Mencari Emas”. Beliau sering diundang ke sekolah rendah, menengah, dan pengajian tinggi (maktab dan universiti) untuk memperkenalkan gaya dan cara penulisannya. Gemar menunaikan undangan sastera, tidak kira di mana selagi terjangkau kaki dan semangatnya. Anugerah yang telah diterimanya ialah (a) Tokoh Sastera Mahrajan 2016 – Sabah, (b) Good Neighbour Award 2015 – Singapura, dan (c) Anugerah Sukarelawan Pertapis 2012 – Singapura. Juga dicalonkan untuk Anugerah Mitra Nusantara 2015 – Thailand dan Senarai 5 Pencalonan Anugerah Sagang 2017- Provinsi Riau.
EKHWAN RUSLI
BIODATA. Nama penuh Ekhwan Rusli ialah Mohd Amirul Ekhwan bin Rusli. Beliau ialah warganegara Malaysia yang merupakan bapa kepada sepasang cahaya mata. Beliau menulis cerpen sejak tahun 2017. Anak tunggal berkelulusan Kejuruteraan Kimia ini kini menjawat posisi pengurusan di firma pembuatan produk konkrit praregang. Penulisannya merupakan pandangan dari sisi sejarah dan teknologi, serta sudut pandang hasil kembaranya di luar negara sewaktu menimba ilmu dan mencari rezeki. Alhamdulillah, meskipun tidak memiliki pendidikan formal dalam bidang kesusasteraan, beberapa buah cerpennya telah diterbitkan di akhbar-akhbar, walaupun jumlahnya masih kecil. Cerpennya “1511: P3GUN” dalam antologi ini merupakan garapan khas bagi menunaikan permintaan arwah ayahnya yang mahukannya menulis sesuatu yang memerirhalkan kesultanan. Ekhwan boleh dihubungi di e-mel: maerwan@gmail.com.
EM SASTROATMODJO

BIODATA. Puisinya tersebar di belasan antologi bersama, antaranya: Antologi Puisi menggenggam dunia (2014), Merpati Putih (2011), Solo Dalam Puisi (2014), Antologi Penyair Asia Tenggara: Lentera sastra II (2014), Tifa Nusantara II (2015), Sopo Siro Sopo Ingsun (2015), Tifa Nusanara III (2016), dst. Tulisannya tersebar di beberapa media, diantaranya: Tabloid wanita Kudus, Kabar Pesisir, Majalah Gandrung Sastra, Majalah Gusdurian Jombang, Republika, Tetas Kata Riau, Jurnal Khittah Nu Pati, Maarif NU Jateng, dst. Pernah diundang oleh Lentera Sastra Internasional bekerjasama dengan Dewan Kesenian Cilegon mengikuti Pertemuan Penyair Asia Tenggara di Cilegon 2014, Pertemuan Sastrawan Arus Sungai Sastra Magelang, Pertemuan Sastrawan Tifa Nusantara II di Tangerang, Pertemuan Sastrawan Tifa Nusantara III di Marabahan Kalimantan Selatan, Mata Katulistiwa di Yogyakarta, dst. Bersama grup musikalisasi puisinya; AlFine, pada tahun 2016 mendapat juara 1 lomba Musikalisasi Puisi se-DIY & Jateng pada Festival Sastra UGM yang diselenggarakan oleh FIB Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta. Diundang tampil di Tembi Rumah Budaya, Balai Bahasa Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta, dst. Pada tahun 2018, ia dinobatkan sebagai Pemuda Pelopor Bidang Pendidikan Kabupaten Pati yang diselenggarakan oleh Dinas Pemuda dan Olah Raga, serta didaulat mewakili Kabupaten Pati mengikuti pemilihan Pemuda Pelopor di Provinsi Jawa Tengah 2018. Mendirikan Lembaga Pengembangan dan Pemberdayaan Masyarakat (LPPM) Dermowongsho, Pendiri sekaligus pengasuh Rumah Kreatif Ki Ageng Mojo (2018 mendapatkan penghargaan dari Kabupaten Pati). Saat ini mengajar bahasa dan sastra Indonesia di Pondok Pesantren Ali Maksum Krapyak Yogyakarta sembari menjalankan usaha toko buku daring @Belantara Buku dan @Jejeli Buku.
IRWAN ABU BAKAR
BIODATA. Irwan Abu Bakar (atau Dr. Ir. Wan Abu Bakar bin Wan Abas) dilahirkan pada 11 Mei 1951 di Segamat, Johor. Isterinya ialah Hasimah Harun dari Pasir Mas, Kelantan. Mereka dikurniakan tujuh orang cahaya mata, lima lelaki dan dua perempuan.
(2) Pendidikan. Irwan bersekolah rendah dan menengah di Segamat serta mengikuti kursus Tingkatan 6 untuk empat bulan di English College, Johor Bahru, Johor. Kemudiannya beliau telah berpindah untuk mengikuti kursus diploma dalam biidang Kejuruteraan Mekanik di Maktab Teknik, Kuala Lumpur (kini UTM). Selepas itu, beliau telah melanjutkan pelajaran di University of Strathclyde, Glasgow, United Kingdom untuk mengikuti kursus Bachelor of Science (Mechanical Engineering) dan PhD (Bioengineering).
(3) Profesion. Irwan merupakan profesor di Jabatan Kejuruteraan Mekanik (kemudian dipindahkan ke Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan), Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya sehingga Januari 2018. Selepas bersara, beliau telah dilantik sebagai Research Associate di Jabatan yang sama. Irwan pernah menerajui Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (FKUM) sebagai Dekan sebanyak tiga kali untuk tempoh 10 tahun. Beliau juga telah menerajui penubuhan program ijazah sarjana muda Kejuruteraan Bioperubatan (BBEng) dan kemudiannya pembentukan Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan di FKUM, serta dilantik sebagai Ketua Jabatan yang pertama bagi Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan FKUM itu. Melalui proses yang berkenaan, Irwan menjadi pengasas pendidikan kejuruteraan Bioperubatan di Malaysia. Selepas itu, beliau telah terlibat sama dalam pembentukan program sarjana muda Kejuruteraan Bioperubatan (Prostetik dan Ortotik), ringkasnya BBEng (P&O), di Jabatan yang sama. Di samping itu, beliau juga telah menerajui pembentukan Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya dari empat program alam bina yang mulanya beroperasi di bawah Fakulti Kejuruteraan. Beliau juga telah terlibat dalam pengkomersialan hasil penyelidikan di makmal prostetik dan ortotik dengan bersama-sama membangunkan syarikat terbitan Universiti Malaya, BioApps Sdn Bhd yang mengendalikan perniagaan pembekalan dan perkhidmatan prostesis (anggota badan buatan) dan ortosis (alat sokongan anggota badan).
(4) Persatuan Profesional. Di luar tugas rasminya, beliau memimpin persatuan-persatuan profesional kejuruteraan pada peringkat nasional, iaitu Persatuan Kejuruteraan Perubatan dan Biologi (MSMBE) sehingga 2015 serta Persatuan Prostetik & Ortotik Malaysia (PPOM) dan Persatuan Biomekanik Malaysia sehingga sekarang. Irwan juga ialah Fellow, Academy of Sciences, Malaysia (FASc).
(5) Kegiatan Sastera. Irwan mempromosi konsep “whole-brain thinking” sebagai jurutera yang terlibat secara aktif dalam bidang sastera. Beliau telah menerbitkan pelbagai karya sastera dan pernah memenangi beberapa anugerah sastera tempatan. Di samping itu, beliau diiktiraf di Malaysia sebagai pengasas kegiatan sastera siber (atau e-sastera) Melayu. Portal sasteranya dilanggani penulis dari pelbagai negara.
(6) Penerbitan Cetakan Keras. Irwan mula menerbitkan puisi di media cetak pada tahun 1995 (”Diasfora Alam Bahasaku”, Pelita Bahasa, Februari 1995). Sehingga kini, Irwan telah menerbitkan dua buah kumpulan sajak di Malaysia, iaitu Semelar (2003) dan Kuntom Ungu (2012). Juga beliau telah menerbitkan kumpulan puisi di Indonesia, iaitu Grafiti Hati (2016) dan sebuah buku kumpulan “puisi berserta ulasan”, iaitu Peneroka Malam (2014). Beliau juga terlibat secara aktif dengan deklamasi puisi, terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Irwan mula menerbitkan cerpen pada tahun 2002 (”$yy…”, Berita Minggu, 25 Mei 2003). Pada tahun 2016, beliau menerbitkan kumpulan cerpen Rewang Minda yang mengandungi 18 buah cerpen tulisannya. Cerpen-cerpen itu kebanyakannya telah tersiar terlebih dahulu di laman-laman web tertentu. Novel pertama tulisan Irwan berjudul Cinta Berbalas Di Meja 17 (2008). Edisi-edisi terkemudian novel itu diberi judul Meja 17 (2012, 2015, dan 2016). Edisi Indonesia novel ini telah diterbitkan di Jakarta pada tahun 2014, juga dengan judul Meja 17. Pada tahun 2018, Irwan menerbitkan novel keduanya. Novel itu berjudul 30 Februari dan telah diterbitkan di Cilegon, Indonesia (Mei, 2018). Karya eceren Irwan berupa sajak dan cerpen telah diterbitkan dalam pelbagai majalah dan akhbar sejak 1995, termasuk majalah Dewan Sastera serta akhbar Berita Minggu (kini dinamai Berita Harian Ahad) dan Mingguan Malaysia (kini sudah diberhenitkan penerbitannya). Di samping itu, Irwan merupakan penyelenggara dan penyelenggara bersama bagi beberapa buah antologi puisi dan novel bersama.
(7) Penerbitan Portal Sastera. Kini Irwan meneruskan penerbitan e-majalah sastera (majalah sastera dalam Internet), eSastera.com (www.e-sastera.com) yang bermula pada tahun 2002 tetapi dengan format baru. Majalah itu kini mempunyai cawangan di Facebook.com dalam bentuk grup-grup facebook yang dibentuk di bawah akaun facebook E-Sastera Malaysia. E-majalah itu dinamai E-Sastera@Facebook dan dibentuk oleh grup ”E-Sastera@Facebook Induk” sebagai grup kawalan dan pelbagai grup karya berasaskan genre. Antaranya ialah grup E-Sastera Sajak, E-Sastera Cerpen, E-Sastera Novel, E-Sastera Kritikan, E-Sastera Berita (Pemberitahuan dan Laporan), dan E-Sastera Forum. Butir-butir tentang e-majalah E-Sastera@Facebook diberikan dalam buku berjudul Panduan Pengguna E-Sastera@Facebook (Esastera Enterprise, 2015). Mulai 2019, kehadiran di Facebook itu ditambah dengan grup “E-sastera @ Facebook Karya” yang memanfaatkan penggunaan hashtag # untuk memisahkan genre karya yang disiarkan. Grup ini kemudiannya ditukar nama kepada Majalah Esastera @ Facebook. Sebelum itu, Irwan menerbitkan e-majalah eSastera.Karya (di URL eSasteraKarya.com atau eSasteraKarya.WordPress.com) untuk mempromosikan format sastera elektronik yang melebihi apa yang mampu dihidangkan di Facebook. E-majalah ini juga dikongsi ke Facebook untuk menarik pelanggan yang banyak di situ. Portal unik yang pernah diterbitkannya tetapi telah ditutup pada masa ini ialah tivi-Sastera (www.eSastera.tv). Mulai 2012, eSastera telah menerokai bidang ”sastera Twitter” dengan nama @tSastera (namanya di laman Facebook ialah Twit Sastera). Mulai 2019, melalui GAKSA, Irwan menerbitkan portal e-karya sastera peringkat ASEAN yang dinamai Sastera.Vaganza ASEAN. Portal itu kemudiannya ditukar nama kepada E-sastera Vaganza ASEAN di URL http://www.SasteraVaganza.net (kini ditukar ke URL http://www.eSasteraVaganza.com). Karya di portal ini dikongsi ke Facebook dalam grup “GAKSA e-Sastera.Vaganza ASEAN”.
(8) Penerbitan Produk Audio. Irwan juga telah menubuhkan GLP (Grup Lagu Puisi eSastera) yang bernaung di bawah syarikat eSastera Records (Pengurus: Dinie Wan). GLP telah menerbitkan dua buah album penuh lagu-lagu puisi, iaitu Perada Cinta (2014) dan Dot Dot Dot (2016). Beberapa buah singles juga telah diterbitkan. Malah lagu puisi nyanyian GLP berjudul “Terus Berlari” telah dijadikan lagu korporat syarikat BioApps Sdn Bhd, sebuah syarikat terbitan Universiti Malaya yang merupakan pembuat dan pembekal perkhidmatan dalam bidang prostetik dan ortotik.
(9) Anugerah Sastera. Anugerah sastera yang pernah dimenangi Irwan ialah Hadiah Sastera Johor 2019 (Buku Sastera), Tokoh Patria Numera 2017, Hadiah Sastera Darul Takzim 2007-2008 (Puisi Eceren), dan (c) Anugerah Sastera Perdana Malaysia 2004-2005 (Cerpen Eceren). Beliau juga pernah menjadi Editor Bersekutu bagi majalah Dewan Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
(10) Gerakan Sastera. Irwan memulakan gerakan sastera siber di Malaysia pada tahun 2002 melalui portal eSastera.com (juga dinamai e-Sastera.com). Gerakan itu dikenali masyarakat sebagai gerakan e-Sastera.com. Mulai tahun 2013, gerakan itu mengeluarkan anugerah sastera yang dinamai Hadiah e-Sastera.com (atau HesCom), dengan anugerah pertamanya ialah Anugerah Penyair Alam Siber (atau APAS). Anugerah tertinggi yang dikeluarkan melalui HesCom ialah Anugerah Sasterawan Alam Siber, dengan penerimanya menggunakan gelaran SAS pada nama mereka. Pada masa yang sama, Irwan telah menubuhkan syarikat penerbitan Esastera Enterprise (yang mulanya dinamai kAPAS Publication). Dalam persatuan penulis, Irwan ialah Presiden, Persatuan Aktivis E-Sastera Malaysia (E-SASTERA) sejak didaftarkan pada tahun 2010. (Portal utamanyanya di http://eSastera.org). Irwan juga pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden, Persatuan Sasterawan Numera (Nusantara Melayu Raya), Malaysia, dan juga pernah menjadi Bendahari, Jawatankuasa Protem, Persatuan Sasterawan Paksi Rakyat (PAKSI). Pada tahun 2016, Irwan telah menubuhkan gerakan sastera pada peringkat ASEAN yang dinamai Gabungan Komunitas Sastra ASEAN (GAKSA), (dengan portalnya di http://gaksa.org). Secara serentak, Irwan juga menubuhkan syarikat penerbitan di Cilegon, Banten, Indonesia dengan nama Gaksa Enterprise. Mulai 2019, GAKSA menerbitkan portal e-karya E-sastera Vaganza ASEAN yang dinyatakan dalam item 6 di atas. Pada tahun 2016 juga, serentak dengan penubuhan GAKSA, Irwan menubuhkan gerakan e-sastera pada peringkat global yang dinamai World Association of Literary Communities (WALC).
JaBiT ABDUL AZIZ
BIODATA. Dilahirkan pada 17 Mac 1963 di Kampung Saba Darat. Berkelulusan GCE A Level. Mula menceburi bidang penulisan cereka pada tahun 1981 melalui “Hadiah Nobel” (sandiwara radio, 1981) dan cerpen bertajuk “Korban” (siaran radio). Novel pertama dihasilkan ketika menyertai Peraduan Menulis Novel sempena Awal Tahun 1400 Hijrah (1981) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei berjudul Jambot. Mula menulis cerpen pertamanya dalam tahun 1981 dan kembali menulis dalam tahun 2008 setelah kemarau karya cerpen selama 27 tahun dengan menghasilkan beberapa buah cerpen dan sajak. Kesemuanya diterbitkan dalam majalah Bahana. Novel yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam ialah novel remaja G.P. (2001), novel remaja s.i.r! (2007) dan Sa.b.a.! (2010). Pernah mewakili Negara Brunei Darussalam sebagai peserta Program Penulisan Mastera: Novel pada tahun 2001 di Indonesia dan menghasilkan novel Sa.b.a!. Penerima Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP (kategori Cerpen) pada: Tahun 2008 dengan cerpen berjudul “pe.jam.”; Tahun 2009 dengan cerpen bertajuk “pe.rang.”. Penerima Hadiah Pertama dalam Peraduan Menulis Cerpen Acara Sampingan Majlis Ilmu 2008 melalui cerpen berjudul “pe.jal.”. Bermula tahun 2011, mempelopori penggunaan perkataan yang diceduk daripada Kamus Bahasa Melayu Nusantara terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam dalam karya cerekanya bagi “menyatupadukan, menghormati, mensohorkan kayanya perbendaharaan kata bahasa Melayu se-Nusantara”. Pada masa yang sama, pendekatannya ini membolehkan karya cerekanya dapat dibaca dan dinikmati oleh penduduk Nusantara yang melebihi 250 juta jiwa dibanding dengan Negara Brunei Darussalam yang mempunyai sekitar 0.3 juta orang. Melalui penerbitan novel Sa.b.a! dan sumbangan karya beliau yang lain, beliau telah dianugerahkan South East Asia Write Award (SEA Write Award) tahun 2015. E-mel: jabitcool@yahoo.com
MASLINA NGADIMAN
BIODATA. Maslina Ngadiman berasal dari Kota Tinggi, Johor. Kini bertugas sebagai pengurus penerbitan di Larkin, Johor. Datuk dari sebelah bapa berasal dari Semarang, Pulau Jawa sementara nenek ialah perempuan Melayu dari Muar. Anugerah: (1) Cerpen “Maharani 1938”. Hadiah Penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2016. Anugerah Sastera Johor 2019. (2) Cerpen “Cyprus dan Lelaki Itu”. Tempat pertama Sayembara Majalah Anis 2012/2013. Novel: Tawanan Mimpi, Tawanan Mimpi Misi Lembah Merah, Semanis Tart Ceri, Separuh Potongan Piza, Tiga Hati, Gila-Gila PSP, Budak Vespa, Jiran Masam Manis, Puteri Tudung Bermanik. No. Tel: +60102541402. Emel: ngaslina@gmail.com.
MASRADEN MD
BIODATA. Nama Penuh: Che Masruddin bin Muhammad. Status: Berkahwin. Tempat Lahir: Lot 259, Kg. Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan. Tempat Tinggal Sekarang: B-15-10, Apartmen Mawar, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur. Menulis sejak tahun 1979. Berapa buah cerpen dan sajak telah disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Warta Perdana, Bacaria, Mingguan Wanita Karang Kraf, dan majalah URTV. Beberapa artikel pernah diterbitkan dalam majalah Seni Silat Warisan Bangsa dan majalah Pendekar. Pernah memenangi pertandingan penulisan kreatif di peringkat Kementerian Pertahanan tahun 2003 dalam bahagian sajak dan cerpen dengan mendapat pertama dan kedua. Novel pernah diterbitkan, berjudul Meniti Batas Waktu. Di samping itu, bergiat cergas dalam Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. FB: Mas Raden. HP: 0192737785. E-mel: masradenmm@gmail.com.
MRT NORDIN
BIODATA. xxxxxx
M.S. RINDU
BIODATA. xxxxx
MUKTI JAYARAKSA
BIODATA. H. Muktillah, S.Ag. MM.Pd dengan nama pena Mukti Jayaraksa. Lahir di Pulomerak pada 26 Desember 1974. Sejak kecil ia tinggal dilingkungan pesantren. Ayahnya seorang pengasuh pondok pesantren Banu al-Qomar. Sejak lulus dari SDN Tegal Bunder (1988), Madrasah Ibtidaiyah (1989) MTs al-Khairiyah (1990) dan Madrasah Aliyah al-khairiyah Karangtengah (1993) yang kesemuanya di Kota Cilegon, kemudian ia merantau ke kota kembang, Bandung untuk melanjutkan studinya di IAIN Sunan Gunung Djati yang sekarang UIN Bandung jurusan Bahasa dan Sastra Arab (1993-1998) . Di kota kembang, ia tinggal di Pondok Pesantren Sirna Galih asuhan KH. Aceng Jaini Dahlan (1993-1995). Perburuan ilmu terus ia lakukan di Institut Ulum al-Qur’an (2000) dan IMNI Jakarta (2010). Iapun pernah singgah di beberapa kota, Lampung, Palembang, Bengkulu, Medan dan Kalimantan Timur, Gorontalo, NTT, Sultra serta kota-kota di sekitar Jawa Barat. Kegemarannya membaca dan menulis terus ia asah dan latih bersama rekan-rekannya melalui media Buletin Ciplukan dan surat kabar di wilayah Banten. Sekarang bersama teman-temannya sedang merintis Taman Bacaan Masyarakat (TBM) di Kota Cilegon. Kini ia mengemban amanat sebagai pengasuh Pondok Pesantren Banu al-Qomar dan Ponpes al-Munawwaroh Gerem raya, pernah menjabat Kepala Madrasah Aliyah al-khairiyah karangtengah (2003-2015). Sebagai ketum Forum Silaturrahim Pondok Pesantren (FSPP) Kota Cilegon. Sebagai Presedium FSPP (2019). Dalam kesehariannya iapun sibuk berdakwah dari panggung ke panggung. Artikel-artikelnya muncul di Baraya Post, Kabar Banten dan Radar Banten UN dan Pendidikan Agama( 2009), Perspektif Versus Perspektif (Sengketa Lahan Kubangsari), Agama Baru Ahmadiyah , Pasca MoU Pemkot-PT KS Posco Tantangan Menghadang, Membacalah! Lalu, Menulislah!, Dari Kritis Hingga Autis, Antara Hiburan dan Hobi (Refleksi Wacana Relokasi dan Lokalisasi), Membangun Pemuda (2011). Juga teks-teks Khutbah Jum’at, Idul Fitri dan Idul Adha yang dikonsumsi oleh DKM Masjid. Buku perdana Kumcer :Meminang PSK (2012). Syahadat Banten (2017) Beberapa buku yang memuat karyanya, Air Mata Debus, Tonggak Tegak Toleransi (MPU X) Kupang 2015. Jika ingin berkenalan dengan Mukti Jayarakta, Kirimkan saja email ke hajimuktillah@yahoo.com. Atau mukti.jayaraksa@gmail.com dan Facebook: Mukti Jayarakta. Atau via SMS ke 087871584568.
PARIDAH ISHAK
BIODATA. xxxxxxxxxxx
BIODATA. Nama: Paridah Ishak. Tempat lahir: Dulang Kechil, Yen, Kedah. Pendidikan: Smart Kuantan. Pekerjaan: Suri rumah. Kegiatan Penulis: Giat menulis mulai 1980. Karya-karya eceran berupa cerpen, puisi, berita, rencana, ulasan buku, skrip drama Purbawara disiar di majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya. Pelita Bahasa, Dewan .Masyarakat, Dewan Pelajar, Tamadun Islam, Mingguan Wanita, Peneroka dan akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Sinar Harian, New Sabah Times, serta Radio Klasik Rtm, Gema Karyawan Pk. Telah menghasilkan 80buah antologi puisi/cerpen bersama. Alamat: Paridah Ishak, No 7, Jln 7f, Desa Melor, 48200, Selangor DE. E-mel: paridah.ishak@gmail.com. HP 0192525742.
PUTRAERY USSIN
BIODATA. Nama sebenar ialah Husairi Bin Hussin. Dilahirkan pada 18.02.1977 di Kampung Ulu Tawar, Karangan, Kulim, Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar, Baling, Kedah. Kemudian mendapat pendidikan menengah di beberapa buah sekolah di daerah Kulim, iaitu Sekolah Menengah Tarbiah Diniah, Sekolah Menengah Kebangsaan Labu Besar, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim. Kelulusan ijazah pula ialah Sastera Dengan Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia dan kelulusan sarjana Sains Pendidikan (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia. Kini berkhidmat di Maktab Rendah Sains MARA sebagai guru Bahasa Melayu. Antara karyanya yang pernah terbit ialah novel You Ni: Ayat-ayat Jiwa (2010), Kelab Fixie (2012), Blok C: Syoknya Di Asrama (2014), Bukit Syahdu dan Seronojnya Bermain Tenis (2015), She Ha! Kala Hati Bertaut Sayang (2016), Suar Hati (2019) serta beberapa buah cerpen dan sajak di majalah-majalah tempatan.
ROSNIDAR AIN
BIODATA. xxxxx
SRIWATI LABOT
BIODATA. Nama Penuh: Sriwati bt. Labot. Alamat surat-menyurat: Lot 1302, Lorong B3, Kampung Muhibbah, 95000 Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Penglibatan dalam bidang penulisan: (1) Pernah terpilih oleh GAPENA mewakili negeri Sarawak mengikuti Pertemuan Sasterawan Nusantara ke-9 di Kayu Tanam, Indonesia (6-12.12.1997); (2) Selalu mengikuti seminar, simposium dan perkampungan penulis yang dianjurkan oleh DBPCS dan GAPENA; (3) Sebanyak 97 buah puisi dan 30 cerpen telah tersiar di Mingguan Sarawak, Berita Minggu, Dewan Sastera, Tunas Cipta, BAHANA, BTDM, dan People Mirror; (4) Memiliki beberapa buah antologi bersama puisi dan cerpen; (5) Dan yang terkini, tahun 2019, puisi turut terpilih dalam antologi Istana Kasih 6 dan antologi Jazirah 2 (Festival Sastera International Gunung Bintan). Antara kejayaan yang dicapai dalam bidang penulisan: (1) Mendapat tempat ke empat dalam acara Sayembara Menulis Puisi Merdeka 2019 anjuran Institut Darul Ehsan; (2) Hadiah Karyawan Harapan Negeri Sarawak 1997; (3) Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak Kategori Puisi: Satu tafsiran – Tahun 1997, Kekasih ii – Tahun 1999, dan Menganyam Kesempurnaan – Tahun 2000; dan (4) Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak kategori Cerpen: Halimunan – Tahun 1999 dan “Garis-garis Yang Hilang” – 2002 (peraduan menulis sastera kreatif). E-mel: Sriwatilabot@gmail.com atau sriwatilabot@yahoo.com.my. H/P: 0173327595.
SUJATA WEE
BIODATA. Alamat: Pt 284, Jln. Baru, Kg. Kulim, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan. No. telefon: 0108791336. Puisi penulis telah diterbitkan secara eceran dalam akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia, dan Sinar Harian serta dalam majalah Dewan Budaya, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, New Sabah Times, Buletin Penyair, Jendela Timur, dan Buletin Pemuisi. Sementara itu, karya eceran daripada pelbagai genre telah menyertai antologi bersama yang berikut: (1) Antologi travelog Catatan Kembara; (2) Antologi pantun Pantun Serumpun; (3) Antologi pantun Asmaradana; (4) Antologi resipi Dari Dapur Penulis; (5) Antologi resipi kuih Penganan; (6) Antologi pantun Asmaraloka; (7) Antologi sajak Negeri Yang Terkoyak Bencana; (8) Antologi sajak Januari Biru; (9) Antologi sajak Sajak 152; (10) Antologi sajak Istana Kasih 5; (11) Antologi sajak Gema Membelah Gema; (12) Antologi sajak Sajak Tanpa Judul; (13) Antologi sajak Wangian Kembang; (14) Antologi sajak Merekat Retak Cermin; (15) Antologi syair Tuk Suji Bilang; (16) Antologi sajak Raikan Hidup; (17) Antologi sajak dan cerpen Numera Bersayap Harapan bersama KEMALA; (18) Antologi pantun dua kerat karmina; (19) Antologi cerpen Sehati; (20) Antologi kuatrin Suara Hati; (21) Antologi sonian Garuda; (22) Antologi sajak Dari Hujan Ke Hujan; (23) Antologi petua Dari Meja Penulis; (24) Antologi sajak Kemboja Merah Di Telapak Tangan; (25) Antologi sajak Bunga Cinta; (26) Antologi pantun empat kerat; (27) Antologi sajak Tanda Mata; (28) Antologi sonian Langit Palestin; (29) Antologi syair Legenda Ikan; (30) Antologi sonigraf Bunga -Bunga Hati; (31) Antologi pantun Aidilfitri; (32) Antologi puisi dan cerpen Seakrab Angin; (33) Antologi cerpen Detik Masa; (34) Antologi sajak Istana Kasih 6; (35) Antologi pantang larang Pantang Larang; (36) Antologi sonian Rona Kata Dalam Kita; (37) Antologi sajak Terima Kasih Tuhan; (38) Antologi sajak When The Days Were Raining; (39) Antologi sajak Gumpalan Rasa; dan (40) Antologi pantun Pantun Jenaka.
SUZANA JUMADIL
BIODATA. Suzana Jumadil atau nama sebenarnya, Suzana Binti Jumadil, berasal dari Tawau, Sabah. Mendapat pendidikan awal di SK Batu 22, Apas Balung, Tawau (1984-1989). Kemudianya menyambung persekolahan di SMK Balung, Tawau (1990-1994) dan SBP Lahad Datu, Sabah (1995-1996). Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang Sastera dengan Pendidikan (1997-2000). Sekarang ini, beliau bertugas di SMK Kubong, Limbang Sarawak. Kini, beliau bergerak aktif dalam dunia penulisan. Karya beliau tersiar menerusi genre puisi dan cerpen di akhbar perdana dan akhbar tempatan di Sabah dan Sarawak. Beberapa antologi bersama penulis lain (cerpen dan puisi) turut memuatkan karya beliau. Novel pertama beliau, bertajuk Hingga Nafas Yang Terakhir, telah terbit pada bulan November 2019.
TAMAT.