PESERTA
JUMLAH PESERTA:
B – 3; I – 1; M – 7; S – 0; T – 0. Total = 11.
JUMLAH PUISI:
B – 6; I – 1; M – 10; S – 0; T – 0. Total = 17.
11.01. Irwan Abu Bakar. M. 1 puisi: 11.01.
11.02. Pengiran Haji Shamsu PHK. B. 3 puisi: 11.02; 11.03; 11.04.
11.03. Abdullah Tahir. B. 2 puisi: 11.05; 11.06.
11.04. Gabriel Kimjuan. M. 1 puisi: 11.07.
11.05. Dino MN. B. 1 puisi: 11.08.
11.06. Ahkarim. M. 2 puisi: 11.09; 11.10.
11.07. Yajuk. M. 2 puisi: 11.11; 11.12.
11.08. Novia Rita. I. 1 puisi: 11.13.
11.09. Citranalis. M. 1 puisi: 11.14.
11.10. Juilis Mokujal. M. 2 puisi: 11.15; 11.16.
11.11. Oui Sal. M. 1 puisi: 11.17.
11.12. Jolatif. B. 4 puisi: 11.18; 11.19; 11.20; 11.21.
MANUSKRIP BUKU
KANDUNGAN
11.01. Irwan Abu Bakar. M. 1 puisi: 11.01.
11.02. Pengiran Haji Shamsu PHK. B. 3 puisi: 11.02; 11.03; 11.04.
11.03. Abdullah Tahir. B. 2 puisi: 11.05; 11.06.
11.04. Gabriel Kimjuan. M. 1 puisi: 11.07.
11.05. Dino MN. B. 1 puisi: 11.08.
11.06. Ahkarim. M. 2 puisi: 11.09; 11.10.
11.07. Yajuk. M. 2 puisi: 11.11; 11.12.
11.08. Novia Rita. I. 1 puisi: 11.13.
11.09. Citranalis. M. 1 puisi: 11.14.
11.10. Juilis Mokujal. M. 2 puisi: 11.15; 11.16.
11.11. Oui Sal. M. 1 puisi: 11.17.
11.12. Jolatif. B. 4 puisi: 11.18; 11.19; 11.20; 11.21.
1.
IRWAN ABU BAKAR
11.01.
HAZIQ 17

Haziq, 17
anak kepada Tarmizi, 42
abang kepada Haris, 12.
Jumaat itu Haziq dan adik
bersama-sama bapa ke masjid
di negara asing mereka bertiga
asing kulitnya, asing agamanya
namun semuanya manusia biasa.
Haziq ke masjid, Al Noor Mosque
menunai solat mingguan yang wajib
memenuhi tuntutan, mengukuh iman.
Mereka diserang manusia binatang
ayahnya cedera, adiknya fobia
beberapa hari Haziq hilang.
Seluruh keluarga, seluruh masyarakat
dengan air mata di pipi
berdoa Haziq ditemui selamat
tetapi Haziq ditemui mati.
Peluru tembakan manusia durjana
menghantar Haziq ke bab-il-jannah.
IRWAN ABU BAKAR.
Kuala Lumpur, 21.04.2019.
TAMAT.
2.
PENGIRAN HAJI SHAMSU PHK
PUISI (3)
11.02. MALANG YANG MENIMPA.
11.03. Tanka: CHRISTCHURH BERDARAH.
11.04. TRAGEDI CHRISTCHURCH.
11.02.
MALANG YANG MENIMPA
(Mengenang mangsa keganasan di Christchurch)
Peristiwa berdarah mengalir merah
Bersimbah di Masjid An Nur di bumi Christchurch
Tragik mengundang duka nestapa
Di rumah Allah peribadatan suci
Pembunuhan kejam menghantui duka
Menyayat hati nubari dalam keheningan rasa
Sedih dan pilu terpamer di mata
Tersentuh di jiwa tertayang di kaca
Christchurch ! tragedi amat mengejutkan
Malang menimpa tak berbau mencengkam
Umat Muhammad sedang berurusan dengan Al- Khalik
Jatuh tersungkur darah mengalir lesu
Gara tembakan pembunuh laknattullah
Segera menjemput maut dari peluru tak bermata
Di rumah ibadah sesuci setakwa ini
Bala datang bukan undangan mesera
Bukan impian kasih bukan nyanyian merdu
Tapi kebencian dan dendam kesumat
Dahsyat ! tanpa mengenal peri kemanusiaan
Memuntahkan tembakan peluru sasar
Rebah terkulailah Muslim yang tak berdosa
Menemui ajal dan akhir hayatnya
Demi masa muka keharmonian beragama
Kesiapsiagaan itu hak wajib dan mutlak
Jangan terhantuk baru tengadah
Wujudlah keserasian yang membawa sinar
Kerana natijah leka dan lalai diri tersalai
Aniaya akan terus memperdaya
Malah dirangkap dan terperangkap diri
Terancam dan diancam rencam
Apalagi yang disangsikan
Apalagi yang sangat dimuskilkan
Bukan keliru bukan sepekan
Kewibawaan Islam wajib dipertahankan
Ubahlah fikir ubahlah sikap yang dingin
Tumbuh membesar umpama pokok beringin
Tegak berdiri tiada tumbang ditiup angin
Tegak keadilan demi kehidupan
Jadilah umpama kajang eluk berlipat
Jangan seperti mangkuang layu
Kini bukan lagi masa bermuhasabah sendiri-diri
Tapi bermuhasabah dengan Islam mandiri
Tiada takut dan gentar melulu
Memperkukuh erat Islam yang bersatu
Yakin jaya memperkasa Negara Islam yang jitu
Pengiran Haji Shamsu PHK.
Kg. Selayun, Bengkurong ‘B’, 24/3/2019.
11.03.
CHRISTCHURH BERDARAH
Tanka
Pembunuh Kejam
Kukenang dalam duka
Menyayat hati
Kukutuk sepenuhnya
Jangan mengulang lagi
Pengiran Haji Shamsu PHK.
Kg Selayun, Sengkurong ‘B’
25/3/2019.
11.04.
TRAGEDI CHRISTCHURCH
Dahsyat !
Mengejutkan !
Menyedihkan !
Pembunuhan Kejam
Christchurch bersimbah darah
Dikutuk sepenuhnya.
Kini siapakah mau disapa
Kepada siapa hendak disalahkan
Mala petaka celaka datang menimpa
Walhal adakah sengketa murka
Andai terlepas pandang tersalah terka
Dalam manisnya madu ada hempedu.
Biar ! Biar jadi iktibar
Jangan melulu senyum melebar
Pembunuh sudah membuat onar
Ibarat hendak mengelak fitnah
Ubahlah sikap berserah dan menyerah
Sedang usaha dan tajam berfikir wajib dikerah
Agar tiada sirna dan pasrah.
Apalah mainan demonstrasi di merata
Tersilap langkah panjanglah sengketa
Jadilah bulat air kerana pembentung
Bulat kata jadilah kota.
Andainya terbena hakikat makrifat
Hasrat hati sudah sebati
Bersatulah umat Muhammad seantero dunia
Dalam kemenangan realiti sebenar
Pengiran Hj Shamsu PHK
Kg Selayun, Sengkurong ‘B’
31/03/2019
3.
ABDULLAH TAHIR
PUISI (2)
11.05.
11.06.
11.05.
RENCANA PENGGANAS
Musibah itu menjadi teka-teki di luar kotak
Bukan mudah untuk disimpulkan
Kerana ia benar-benar berkaitan dengan takdir
Yang hanya Dia bisa memberi jawapan tepat
Dan kita makhluknya hanya menyatakan
Bagaimana boleh berlaku
Kerana intinya adalah perbezaan ketara
Antara Islam dan bukan Islam
Pegangan jitu penganut yang sejak 1440 tahun lalu
Tidak pernah tuntas untuk disatukan
Tetapi lihatlah
Kebesaran dan kekuasaan-Nya
Siapakah dapat menjangkakan sifat Allah
Sifat yang total tidak ada pada makhluk-Nya
Peristewa di dua masjid Christchuch
Tidak mampu mengembangkan warna merah
Tidak berjaya menujudkan rasa marah
Di sebuah negara yang terkenal dengan aman
Rakyatnya menghormati antara satu sama lain
Meski berlainan ugama dan fahaman
Peristewa berdarah di dua buah masjid
Oleh penjenayah yang cuba menimbulkan
Marah dan dendam tidak berjaya
Penduduk Islam menerimanya dengan sabar dan redha
Penduduk yang berugama lain dari Islam
Menghulurkan simpati dan menebalkan rasa hormat
Setiakawan menjadi rawan
Mereka bersatu berkampung
Dan menjadi utap dan kota bagi saudara mereka umat Islam
Demikianlah Allah dengan rencananya
Jauh dari rencana menusia yang jiwanya pengganas.
Abdullah Tahir – Mac 2019
11.06.
YANG BERNAMA PENGGANAS
Kita yang mendengar dan melihat
Bagaikan sebuah drama
Terpapar di layar televisyen
Atau di skrin telefon bimbit
Tersusun dan terancang
Tanpa syak dan wasangka
Tembakan peluru api itu
Kosong
Jemaah dalam masjid yang rebah
Adalah mengikut skrip arahan pengarahnya
Darah merah yang keluar itu darah buatan
Tiada siapa berdiri melawan
Yang ada hanya bingkas melarikan diri
Penimbak peluru api galak menembak berkali-kali
Walau sudah rebah dan tersungkur
Begitulah kejamnya yang bernama pengganas
Gambaran sebenar yang bukan auta
Memang dibentuk begitu rupa.
Kita tersedar tuntas tak percaya
Islam ugama yang diperaku Allah
Sesuai dan termulia disisi-Nya
Tetap saja menjadi bahan dendam
Tidak hanya di Christchurch
Bahkan di beberapa tempat di mana ada Islam
Yang bangkit dengan kerajaannya
Terus saja didendami dan disakiti
Mereka jadi bingong dan gundah
Cemburu dengan kemuliaan dan ketaatan umat Islam
Kepada Allah dan Rasulnya
Sesungguhnya dalam Islam tiada pengganas
Kita tetap yakin pengganas itu tiada berugama.
Abdullah Tahir – Mac 2019
4. GABRIEL KIMJUAN
PUISI (1)
11.07.
CAHAYA CHRISTCHURCH BERDARAH HANGAT
Cahaya di penghulu berkat
Ada tanda jiwa yang kuat
senapang merusuh menembak rapat
perjuangan bersimbah dengan darah pekat
pada iman yang masih melekat
Suara tapak kaki penjahat
rasa kehadirannya di hari Jumaat
masa berlalu dengan cepat
walau kesan hitam masih terkerat
cerita ini akan terus terpahat
Doa Tuhan agar kita selamat
dari dugaan yang sangat hebat
walaupun ada jauh dan dekat
jangan terleka sebuah wasiat
semua itu pasti jumpa di akhirat
Nukilan;
GABRIEL KIMJUAN
Taman Mutiara,
Labuan, Malaysia.
4 April 2019
5.
DINO MN
PUISI (1)
11.08.
TERIRIS TERSAYAT
Berita terkini, New Zealand Jumaat, 15 Mac 2019…Masjid An Nur … di Christchurch bersimbah darah… 50 orang muslim terkorban dan luka-luka ….
Secepat itu juga pemimpin seluruh dunia mengutuk serangan
Nan islam simpatinya mungkin tak sepenuh hati
Untuk menahan darah merah marah berapi
Agar tak tumbuh tunas balas dendam
Pemimpin islam berani kutuk tak berani ketuk
Tukul besi berani diikat ketat hingga berkarat tak bergerak…
mata berkedip kerlap meminta harap
Mampunya menitis air simpati.
Pun begitu rasa tersakiti teriris tersayat
Di sorok di sudut batin hati
Mungkin ada kebaikan dari kepasrahan pada ilahi
Rencana yang di miliki Tuhan yang esa
Itulah yang mampu kita harapkan dari imbalan keredaan dan kesabaran
Semoga kita kaum muslimin se antero dunia
Tidak menanam benih-benih dendam kesumat
Yang akan mengeruhkan gelombang kehidupan sejagat.
Ya Allah ya Tuhanku,
Peliharalah, lindungilah semua umat islam dari segala musibah…
Dino MN
01/04/2019
BSB.
6.
AHKARIM
11.09.
Mushaf Basah Merah
Halus merdu melagu Kalam di lidah
membisik mahfum di dada
menghayati hukum dan perintah
kagum sirah Anbia di surah aula
taat menyerah kepada Pencipta
Apabila Muazzin menyeru
Mushaf di tangan segera dicium
rihal mahu segera dilipat
tapi biar ketemu waqaf afdal sebelum Mushaf di tutup
Ketika dada masih berombak sendat terisi Kalam mulia
ketika Mushaf didakap ke dada
berdentum menembus memancut
Mushaf menadah basah merah
Syahid diidam manusia mulia
tiba tika tanpa duga
tiba tempat tanpa di sangka
tiba kala menatap Kalam Pencipta
tiba waktu melagu syahdu
tiba bila memeluk Mushaf di dada
Di maqam tertinggi Insya Allah dengan IzinMu jua.
ahkarim
As-Syajarah.. di hari Christchurch berdarah.
11.10.
Biar Kami Pergi
Segalanya seperti dijanji
walau berjuta menangisi
kerana kami telah bersumpah di setiap awal solat:
“Sesungguhnya solatku ini, ibadatku ini, hidupku dan matiku hanya sanya kerana Allah seru sekelian alam.”
Biar kami pergi
menyempurnakan ikrar
Dia telah Memilih kami dahulu
seperti Katanya: .. tidak sesaat awal tidak sesaat lewat(Al-A’raf-34)
Biar kami pergi
dengan darah menyimbah
dengan amarah sang pendusta
dengan doa mukmin berjuta
ahkarim..As-syajarah
31/3/19
7.
YAJUK
Puisi (2)
11.11.
Darah Muslim Christchurch
Titik-titik darah muslim yang tertumpah
Menyimbah basah seluruh Christchurch
Mengetuk-ngetuk pintu hati
Penghuni tanah Mouri
Membuka lembaran sejarah
Mempatri sumpah dan janji
Damai itu milik semua
Berdiri di puncak
Fitrah kemanusiaan.
50 mangsa adalah adiwira
Mencairkan hati-hati yang beku
Bersama memanjangkan gerabak “Peace Train” Cat Stevens
Tertakluk semua dalam bicara hati Farid Ahmed
Yang kehilangan Husna isteri tercinta
Memilih memaafkan Brenton Tarrant
“Saya tidak mahu membawa hati yang sarat
Menggelegak seperti gunung berapi
Penuh kemarahan dan dendam
Ia akan membakar diri dan persekitaran”.
“Saya mahu hati penuh kasih sayang dan ihsan
Hati ini tidak mahu lagi ada kehilangan
Semoga tidak ada orang lain melalui
Apa yang saya lalui sekarang.”
“Sebab itu saya memilih kedamaian
Dan saya maafkan dia”.
Sejarah merakam ayat-ayat terpilih
Menutup pintu permusuhan dan dendam
Dia manusia kerdil berjiwa besar
Kerana Allah telah lama bertapak di hatinya
Telah terbina batu asas kedamaian
Bersama tumpahnya darah Muslim Christchurch.
Yajuk
Bukit jering, 1042019
11.12.
Brenton Tarrant: Nota Yang Tertinggal
Brenton Tarrant terlupa atau
Sengaja melupakan
Lalu memilih jalan sendiri
Diluar kotak ajaran Tuhan
Agama itu perpaduan dan perdamaian
“Dia yang memiliki semangat perselisihan
Bukanlah dariku tetapi dari iblis
Yang adalah bapa perselisihan,
Dan dia menghasut hati manusia
Untuk berselisih dengan amarah
Satu sama lain.”
Apakah dia manusia atau syaitan?
Mengagungkan kejahatan dan kekejaman Sedang Yesus mengajarkan
“Orang bijak meredakan amarah”
(Amsal 29:8)
“sebab amarah manusia tidak mengerjakan kebenaran di hadapan Allah”.(yakobus 1-20)
“Dengan segala kerendahan hati..
Mereka tidak mencaci maki para pencaci maki”. (A&P 19:30)
Seperti Muhammad:menganjurkan bertolong menolong melakukan kebaikan dan taqwa,
“Tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.”
Yesus pula menganjurkan
“Kasihi sesama manusia seperti dirimu sendiri”.(Matius 22:39)
“Hendaklah saling mengasihi
Seperti aku mengasihi kamu(Yohanes 15:12)
Kasihilah musuhmu(Matius 5:44)
Lalu agama apa anutan Brenton Tarrant
Memilih bermusuh dan membunuh
Kerana tiada agama langit
Yang menganjurkan permusuhan
Hanya perdamaian
Hanya berkasih sayang
Bukan persengketaan
Dan fitrahnya kehidupan
Bebas memilih dan bebas mengamalkan
“Tiada paksaan dalam beragama
Sesungguhnya petunjuk itu datang dari alam ghaib”.
Lalu tercatat nama-nama asing
Yang hanya meruntuhkan benteng
Yang dirujuk bukan ajaran Yesus
Atau nabi-nabi utusan langit
Tapi Charles Martel, Tur 735,Odo The Great, Alexandre Bissonnette, Chanderbeg, Anton Lundin Petterson, Marco Antonio Bragadin, Wina 1683,Calivijo 844 dan lain-lain
Segalanya tentang kebencian dan permusuhan
Peperangan dan kekejaman
Maka tertinggallah segala ajaran Yesus
Menjadi nota yang tertinggal dan dilupakan.
Yajuk
Bukit jering, 6042019
8.
NOVIA RIKA
Puisi (1)
11.13.
DOA DI LANGIT CHRISTCHURCH
Bunga mekar berhamburan, bersama doa
Pecah di udara yang dihimpun Sungai Avon
Kisah cinta telah usai dalam darah
Terukir di lantai dan dinding-dinding masjid
Sejarah tertulis dengan kepedihan
Tuhanku, dunia ini adalah mimpi penuh cinta
Namun selalu ada jiwa yang tersesat
Mendekap erat kegelapan dengan membabi buta
Damai Christchurch terberangus tiba-tiba
Kesucian Al Noor dan Linwood terkoyak tanpa iba
Dari pintu peluru-peluru menjawab salam
Menerjang dada, kepala dan mata terbuka
Bagai pemetik bunga
Nyawa-nyawa kembali ke angkasa
Rangkaian doa menjadi hujan di selasar langit
Agama selalu membawa cinta
Kehidupan selalu memimpikan kebaikan
Namun selalu ada jiwa yang tersesat
Menumpahkan kebencian di dunia
Mereka yang gugur akan terkubur
Mereka yang selamat akan hidup dengan duka
Dan kita jangan pernah lupa, kita manusia
Nyalakan cinta dan ribuan doa
Di atas langit Christchurch dan hati yang kosong
1 April 2019
Novia Rika Perwitasari. Penyair Indonesia yang berasal dari Malang. Saat ini tinggal di Tangerang Selatan. Senang menulis puisi untuk menghidupkan jiwanya. Karya puisinya masuk dalam berbagai buku antologi puisi nasional serta beberapa media puisi internasional seperti Dying Dahlia Review, The Murmur House, Haiku Masters NHK Japan, Optimum Poetry Zine. Pernah meraih juara 1 nasional lomba puisi Penerbit Oksana (2015), juara 1 nasional lomba puisi Majelis Sastra Bandung (2016), juara 1 nasional lomba puisi “Pindul Bersajak” (2017), juara 2 nasional Sayembara Pena Kita (2017), dll.
9.
CITRANALIS
Puisi (1)
11.14.
Demikian Kisahnya
(Husna Ara Parvin)
Masjid Al Noor Selandia Baru
menjadi saksi kekejaman
bila manusia hilang pertimbangan
mayat – mayat bergelimpangan
percikan darah membasahi tiap ruang.
Sebaik dentuman berbunyi
debar semakin mendesak
detik cemas seorang isteri
dalam kekalutan memuncak
resah mencari suami tercinta
yang lumpuh di atas kerusi roda.
Langkahnya tiba terhenti
tanpa diberi peluang untuk merayu
pandangan menjadi kelabu
saat peluru meluru
menembusi tubuh
Husna Ara Parvin terbaring kaku.
Dengan linangan air mata pilu
dalam ratap seorang suami
Farid Uddin Ahmed
pasrah segala ketentuan-Nya.
10.
JUILIS MOKUJAL
PUISI (2)
11.15. SEPOHON DOA DI CHRISTCHURCH.
11.16. SIRNA.
11.15.
SEPOHON DOA DI CHRISTCHURCH
Mereka menggores luka ngeri
dalam diri relung sahabat
tidak berdosa
Mereka membenam belati dendam
bukan pada tempatnya.
Kupohon doa untukmu
hadapi suaka mereka dengan kasih
Kuseru ukhuwah dilestari
dipahat dalam sanubari
semoga keinsafan mengalir dalam jiwa mereka.
JUILIS MOKUJAL
Kota Belud, April 2019.
11.16.
SIRNA
Kau tahu
amat sukar
memintal aksara
dan segenggam benci
yang berputik di jiwamu
betapa sakitnya
tika kau menghakimi
dan membenamkan
api sirna di wajah kami
Aku
terpaku
bermunajat di altar-Nya
Tuhan ampuni mereka
walau hatiku terdera dan
luka.
JUILIS MOKUJAL
Kota Belud, April 2019.
11.
OUI SAL
PUISI (1)
11.17. CHRISTCHURCH YANG TERLUKA.
11.17.
CHRISTCHURCH YANG TERLUKA
Bandar penarik pengembara
cuaca tenang sentiasa
udara bersih setia
negara aman lagi sentosa
namun tetiba
tiada disangka-sangka
tiada diduga-duga
tiada diramal rasa
darah jadi noda Suasana bergema
menggegarkan dunia
Cerita kejam pendosa
melampiaskan dosa
kezaliman sekelip mata
di dua masjid bersama
tanpa belas ihsan sekata
penjarah tiba tanpa kata
menghamburkan peluru hidup panas berbara
ramai jemaah kena menjadi mangsa keganasan bala
di sudut kerakusan
tanpa punca keterangan yang nyata
Kini tiada lagi apa
hanya duka-lara
hilang nyawa
tragis trauma seluruh umat manusia
Kini doa-doa kedamaian pada Nya
Istima hindari
Kebobrokan celaka dari berulang kembali di dunia nyata .
Kiriman:
Oui Bin Sal,
Tanah Merah, Kelantan, 19.04.2019.
12.
JOLATIF
PUISI (4)
11.18. GUGURNYA 50 SYUHADA DI CHRISTCHURCH.
11.19. TIRIS DARAH DI CHRISTCHURCH.
11.20. TANGISAN DI CHRISTCHURCH.
11.21. RATAPAN SEDIH DI PERMAKAMAN CHRISTCHURCH.
11.18.
Gugurnya 50 Syuhada Di Christchurch
Mereka pejuang syuhada
gugur tewas di Masjid Linwood Christchurch
akibat serangan berdarah
teroris Brenton Tarrant
berteburan bunga merah berdarah
membasahi sudut ibadah
atas lumuran darah
mereka pergi sebagai syuhada
kerana mereka juga pejuang
yang syahid ketika beribadah.
Mac 2019.
11.19.
Tiris Darah Di Christchurch
Pemembakan di Christchurch
adalah darah yang tiris
melukai hati
Umat Islam
yang tak akan hilang
Walaupun penawar aroma dipelawa
namun peristiwa
percikan darah adalah amuk bersenjata
mengorbankan 50 jiwa
yang tiris darah di Christchurch.
Mac 2019.
11.20.
Tangisan di Christchurch
Tangisan di Masjid Linwood Christchurch
menebarkan berita duka
dada pun berair mata
bagaikan manik-manik berguguran merata
dari tangkainya
berkata berita
pengunjungnya
tewas dirempuh M16 begitu saja
tanpa perikemanusiaan
buta balas kasihan
di saat ibadah masih dibuai manja
saat munajat baru bernula
nyawa pun tak berharga
diambil cara dukacita
kini menjadi tragedi luka.
Mac 2019.
11.21.
Ratapan Sedih di Permakaman Christchurch
Memorial Park Cemetery
jadi saksi ratapan sedih
pemakaman pembunuhan
mangsa Masjid Linwood Christchurch
diselubungi duka ribuan manusia
petanda
mereka pergi mendahullui kami menemui illahi
saat mereka masih diperlukan lagi
saat kami inginkan sentuhannya kembali
kini hanya pelabuhan luka
sebuah monunen bercerita
tentang tragedi masjid berdarah.
March 2019.
TAMAT.