KATABAKU

Volum 1: KATABAKU. (Untuk versi asal @ Google Doc: Klik SINI).

x+÷-
KATABAKU

ANTOLOGI CERPEN GAKSA 2020

Penyelenggara

Irwan Abu Bakar

——————————————————————-

Penerbit:

KATABAKU
Antologi Cerpen Gaksa 2020

© Gaksa Enterprise, 2020

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara-cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripa Gaksa Enerprise. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

ISBN: (Sedang dipohon)
Penerbit: Gaksa Enterprise
Penyelenggara: Irwan Abu Bakar
Penulis: Ahli grup WhatsApp “E-sastera Vaganza ASEAN”
Cover:
Penyusun:

———————————————————————-

KANDUNGAN

ALU-ALUAN PENERBIT
KATA PENGANTAR
SENARAI PENULIS DAN JUDUL CERPPEN
CERPEN
BERKENALAN DENGAN PENULIS

ALU-ALUAN PENERBIT

xxxxxxxxxx

KATA PENGANTAR

xxxxxxx

SENARAI PENULIS DAN JUDUL CERPPEN

1. Sebuah Kitab
AHKARIM

2. Yang Tak Sanggup Dan Sanggup
ANIE DIN

3. Nong
CIK SERI BANANG

4. 1511: P3GUN
EKHWAN RUSLI

5. Perempuan-perempuan Di Perpustakaan
EM. SASTROATMODJO

6. + – x ÷
IRWAN ABU BAKAR

7. Pinang
IRWAN ABU BAKAR

8. ai.b.
JaBiT ABDUL AZIZ

9. Pe.su.k.
JaBiT ABDUL AZIZ

10. Negeri Tanpa Hati
MAHROSO DOLOH

11. Petualang Ali Dan Alfred Russel Wallace Di Kepulauan Aru 1857
MASLINA NGADIMAN

12. Kroto Dan Anak Bangsa
MUKTI JAYARAKSA

13. Riwayat Pendosa
PUTRAERY USSIN

14. Pupus
ROSLIE SIDIK

15. Gulai Siput Daun Kaduk
SUJATA WEE

16. Mustajabnya Lidah Di Multazam
SUZANA JUMADIL


CERPEN

1.
SEBUAH KITAB

Oleh: Ahkarim

Ia sekadar sebuah buku tebal dalam bahasa Inggeris, yang diterjemahkan daripada bahasa Urdu. Tetapi tidak, Ghafor kata ini ialah sebuah kitab. Dan kami bertekak tentang apa erti buku dan kitab.

Aku kalah. Ada dua sebab mengapa aku kalah.  Sebab pertama kerana Ghafor dapat dengan jelas dan tuntas memberi hujah mengapa buku itu ialah kitab dan bukan sekadar perbezaan bahasa.

“Jika anta hendak cari ilmu tentang agama, anta cari buku atau kitab? Tentu sekali dari kitab, `kan? Buku hanya beri maklumat tetapi kitab beri ilmu.” Dia merumuskan setelah dia berasa aku tidak dapat mematikan hujahnya. Biarkan, aku bukan yakin sangat dengan hujah itu. Sebenarnya, benak aku merusuh pula tentang ilmu dan maklumat ketika itu: apa beza antara ilmu dengan maklumat? 

Sebab kedua aku rasa aku kalah, kerana dia ialah Amir jemaah yang kami ikuti. Aku kalah kepada orang muda yang 20 tahun lebih muda daripada aku.

Oh ya, sebenarnya ada satu lagi sebab aku kalah: aku kesejukan. Aku tidak berdaya berfikir secara kritis ketika itu. Walau kereta dilengkapi dengan sistem pemanas udara namun aku masih tidak berjaya memanaskan badanku. Walau aku mendakap diriku dengan baju tebal sesuai dengan musim gugur namun sejuk berhasil menikam. Kereta yang dipandu Ghafor meredah aspal yang berpermaidanikan daun-daun yang lembab, yang gugur dari pokok di kiri kanan jalan. Angin sejuk berjaya menembusi masuk ke dalam kereta buruk milik Ghafor yang dibeli dengan harga 106 Pound, hasil berdikit wang biasiswanya.

Sesungguhnya, jika ini baru kadar kesejukan bulan November, musim gugur di Midlands England, entah bagaimana nanti apabila tiba musim sejuk Disember dan seterusnya. Risau juga memikirkan bagaimana lima orang anak dan isteriku nanti dalam cuaca yang lebih sejuk.

Aku biarkan Ghafor menyambung. Dia mengubah tajuk. Tetapi tajuknya saja yang berubah, matannya satu itu sahaja. Sepanjang jalan dia hanya bicara tentang Kebesaran Allah dan pengorbanan para Sahabat. Setiap bahagian, apabila dia berhenti mengambil nafas sebelum menyambung semula, pasti ditekankan tentang effort dan mujahadah. Aku masih cuba memahami dan cuba menghadam.

Peristiwa kami bertekak tentang buku atau kitab itu berlaku 25 tahun lalu semasa kami di dalam kereta, dalam perjalanan balik dari Dewsbury ke Sheffield. Perjalanan itu sekadar 28 km sahaja melalui lebuh raya M2.

Kini aku masih memiliki Kitab mm… buku itu, yang aku beli di pinggir masjid Dewsbury itu. Selama tiga hari dua malam kami berkampung di masjid itu mengerjakan amalan Khuruj, mendengar bayan dari para alim ulamak dan elders Jemaah Tabligh. Sempat juga aku ikut keluar gash, mengetuk pintu dan mengajak penghuni rumah datang ke masjid sambil memberi taklim ringkas.

Selama tiga hari dua malam itu aku meninggalkan isteri dan lima anakku di rumah sewa kami di Western Road, Sheffield. Isteri Gafor dan Hisham berjanji untuk menjenguk mereka semasa ketiadaan aku. Mula-mula aku keberatan juga, maklumlah kami baru bermusafir ke negara sejuk itu.

“Assalamualaikum, Tuan dari Malaysia ‘kan?”

Sapaan pertama dari seorang budak yang berasal dari Sabah, semasa aku hendak melangkah keluar dari bendul ruang dalam Masjid Severn Road, selepas solat Jumaat, ialah permulaan aku berjinak dengan pergerakan mereka. Setelah aku mengiyakan pertanyaan itu, dia bertanya alamat rumahku. Petang itu sekitar pukul 5.30, budak Sabah itu dan Ghafor, sambil menggigil kesejukan, siap terpacak di bawah pokok maple di hadapan rumahku, dengan sebungkus limau satsumas, menunggu kepulanganku dari kuliah.

Aku baru sampai di Sheffield. Baru tiga bulan. Masih cuba menyesuaikan diri dengan cuaca. Baru mendapat rumah sewa yang agak sesuai untuk menetap selama dua tahun, setelah beberapa minggu tinggal di hotel dan apartmen yang agak mahal. Sukar juga mendapat rumah apabila tuan rumah mendengar aku hendak menginap bersama isteri dan lima orang anak kecil.

“Anda pastikah boleh mengikuti program sarjana ini dengan beban dan tanggungjawab keluarga yang begitu ramai? Saya sangsi. Jika anda dapat melepasi semester pertama pun saya kira sudah hebat.” Prof McCauley menanam keraguan dalam benakku pada hari pertama aku mendaftar di program kendaliannya. Aku tidak pasti sama ada dia mencabar atau menghina kebolehan aku.

Dengan kekalutan mengikuti kuliah, mengerjakan tugasan dan segala yang berkaitan dengan pengajian pascaijazahku, memastikan keluargaku dalam keadaan selesa di negeri yang asing bagi kami, aku masih dapat juga menyantuni ahli Jemaah.

Sebenarnya, aku dan keluarga disantuni oleh empat kumpulan yang aku yakin semuanya ingin membuatkan kami rasa tidak terpinggir di rantau. Atau mungkin mereka semua ingin meluaskan pengaruh kumpulan mereka.

Radin mengetuai kumpulan Muslim Study Circle, yang bertemu seminggu sekali di Masjid Severn Road. Kumpulan Al-Arqam tidak begitu agresif mendekati aku. Fahitah, pelajar perempuan dari Kumpulan Persatuan Pelajar Malaysia, yang lebih sekular pendekatannya, mengajakku menyertai mereka dalam beberapa acara di London. Tetapi kumpulan pelajar muda dari Jemaah Tabligh yang tidak henti-henti mengunjungi dan menziarahi kami, membuat hatiku dan isteri menjadi bukan saja lembut malah cair.

Aku tidak ada masa. Aku terlalu sibuk dengan pengajianku. Aku hanya berdamping dengan budak-budak Tabligh sekali dua dalam sebulan. Aku rasa semacam terpaksa. Aku kasihan dan kagum melihat kegigihan mereka. Begitu juga dengan kumpulan pelajar lain. Aku hanya menyertai program mereka apabila digesa sehingga sukar aku menolak.

Aku hanya sempat membaca dua tiga kisah perjuangan Nabi dan para Sahabat dari buku mm… kitab Tablighi Nisab yang aku beli semasa keluar Jemaah tiga hari dahulu. Tetapi Noriah, isteriku membacanya hampir setiap hari. Beberapa orang isteri pelajar-pelajar dari kumpulan JemaahTabligh sering mengunjungi keluargaku. Malah mereka membentuk jemaah masturat, membaca taklim kitab Fadhilat Amal, dan menjadikan rumahku sebagai markas tidak rasmi. Mereka bijak, sentiasa membantu isteriku dan menjaga lima anakku, dan mereka pasti berada di rumahku hanya semasa aku sibuk di kuliah atau perpustakaan.

“Aku agak terkejut.” McCauley berkata sambil menyerahkan kembali kertas tugasanku, yang kubingkai kemas, yang telah diperiksa dan diberi markah olehnya. Sebenarnya aku tahu tugasan pertama berbentuk kertas kajian teks itu, akulah yang pertama menyerahkan kepadanya, sementara kebanyakan pelajar lain menyerahkan setelah tarikh dilanjutkan.

“Anda mendapat markah tertinggi malah mengatasi pelajar tempatan. Aku tersilap. Aku telah merendahkan kamu. Tahniah. Aku tahu, kau tercabar dari kata-kataku dahulu.”

Biasiswa British Council yang diberi kepadaku untuk program Sarjana MSc Organisation Development di Sheffield Harlem University itu adalah untuk selama 24 bulan. Aku bertekun untuk menghabiskannya dalam masa 16 bulan sahaja. Itu hasratku. Aku tidak berhajat untuk berlama di sini sementelahan isteriku dalam cuti tanpa gajinya dan lima anakku sedang membesar dalam suasana yang agak sukar.

“Nor dah hampir khatam kitab Tablighi Nisab dan kitab Fadhilat Amal.” Satu malam isteriku membisik.

“Baguslah, balik nanti boleh jadi ustazah.” Noriah terasa nada sinis dalam balasanku itu. Dia tidak respons balas.

Semasa aku di akhir semester pertama, pada suatu hujung minggu, kami sekeluarga bersama beberapa keluarga pelajar lain mengikuti jemaah berkeluarga, atau dikenali dengan panggilan jemaah masturat, ke Bradford. Pada masa itu, aku sudah hafal `enam perkara` yang menjadi pokok dalam bicara bayan Jemaah Tabligh. Noriah pula sudah pandai menyampaikan bayan dalam kalangan Jemaah wanita. Tak hairanlah sebab majlis masturat sering diadakan di rumah kami dengan Noriahlah yang menjadi hosnya.

Pada cuti semester musim panas pertama, aku menyewa sebuah kereta untuk membawa keluargaku ke beberapa tempat menarik di Kota York, London dan Lake District. Anak-anakku amat gembira sekali bermain di beberapa taman tema yang hanya beroperasi pada musim panas. Mengutip epal dan stroberi cukup menyeronokkan. Ya, kanak-kanak, cukup mudah mengadaptasi dengan persekitaran. Yang sulung sudah di Middle School, dua dan tiga di First School. Yang keempat dan kelima masih terlalu kecil.

Pada penghujung cuti semester pertama itu, sekali lagi aku meninggalkan keluargaku. Kali ini aku bersama Jemaah seminggu ke Scotland. Apabila masuk ke semester kedua, aku bukan sahaja sudah rasa agak selesa di kelas pengajian sarjanaku, malah aku sudah boleh menyampaikan bayan semasa perhimpunan mingguan jemaah di halaqah Sheffield. Aku juga sudah faham segala tertib dan kiffiyat yang kami amal dalam jemaah tabligh.

Ya, aku sudah menjadi karkun. Bunyinya agak pelik, entah bahasa apa, tetapi ertinya ialah pengikut atau penggiat Jemaah Tabligh. Kadang-kadang disebut Tablighi.

“Laporan anda terhadap Muslim Welfare House cukup memuaskan. Saya mahu untuk kajian desertasi nanti, intervensi yang lebih mendalam dibuat di sebuah organisasi yang lebih besar.” McCaulay menyerahkan kembali kepadaku kertas projek kecil yang merupakan hasil kajianku di Totley Muslim Welfare House, yang aku buat dengan menggunakan kaedah sains tabiat dan intervensi OD yang kami pelajari selama tiga semester.

Musim sejuk kali kedua di Sheffield dialu-alukan oleh lima orang anakku dengan begitu gembira sekali. White Christmas (salji pada Hari Krismas) yang dipercayai menandai tahun mendatang yang lebih baik, menyerkup seluruh bumi Sheffield dengan kapas putih. Kami sekeluarga sudah tidak lagi rasa kekok dan terasing di negeri orang. Anak-anakku tidak puas-puas membaling bola salji dan membina snow-man. “Hujan salji di negeri orang, hujan emas di negeri sendiri, lebih baik di negeri orang.” Amboi, pandai sekali isteriku memusing peribahasa. Entah-entah dikutipnya dari pelajar wanita atau isteri budak-budak Tabligh.

Aku memulakan pengajian di semester ke empat dengan lancar. Semua lima kertas tugasan yang diberi, aku mendapat markah yang membanggakan. Kertas kajian projek kecilku menjadi contoh kepada pelajar lain dalam kelas 12 orang, yang terdiri daripada tujuh pelajar asing dan lima pelajar tempatan. McCaulay yang terlalu teruja dengan hasil kajianku itu telah mendapat kebenaran supaya aku membuat kajian tesisku di Manpower Services Comission, Staff Training Centre, Sheffield.

“Abang, tak puas.”

“Kenapa?”

“Sedang rasa seronok. Rasa macam baru saja kita sampai di sini. Tak bolehkah abang sambung buat PhD pula?”

Sebenarnya bukan saja Noriah yang rasa begitu, anak-anakku dan aku sendiri merasai begitu. Namun, begitulah. Selepas 17 bulan, kami sekeluarga balik ke negara tercinta juga. Satu episod yang indah terbalut dalam bungkusan sejarah hidup kami.

Entahlah, setelah lebih 25 tahun, setelah kembali, macam macam boleh berlaku dan telahpun berlaku. Setelah kami kembali menyambung hidup, bak kata orang, `terlalu banyak air yang telah mengalir di bawah jembatan`.

“Maafkan saya, Datuk. Mengapa Datuk jadi begini?” Prof. Ghafor bertanya dengan bahasa Inggeris slanga Yorkshire yang masih tidak hilang.

Aku tidak dapat menjawab soalan itu. Aku sekadar mengangkat bahu. “What`s wrong with us?” Linda, isteriku, yang dari tadi berada di sofa

empuk di sebelahku, dengan rambutnya yang mengerbang berwarna kemerahan, bercelana leotard, bertanya dengan nada jerit yang agak tinggi.

Prof Ghafor bangun dan bergerak ke dinding di ruang bacaan. Dia meneliti buku-buku yang tersusun rapi di rak. Kemudian dia kembali duduk dengan sebuah buku yang dicabut dari rak.

“Dahulu, Datuk hampir hafaz seluruh kitab ini.” Dia menunjukkan buku tebal itu.

“Ya, mm… buku itu…” Aku ingin menjelaskan sesuatu, tetapi Prof. Ghafor memotong pantas.

“Kitab!”

“Oh, ya, kitab itu. Antara buku… mm, kitab lama yang menjadi koleksi klasik  saya.” Aku menerangkan dengan tenang.

Prof. Ghafor kini ialah Naib Canselor universiti terulung di Kuala Lumpur. Dia masih berjanggut berjambang. Pakaiannya dan penampilannya masih serupa dengan Ghafor yang aku kenal di Sheffield 25 tahun dahulu. Tidak berubah. Yang berubah hanyalah aku. Seluruh gaya hidupku. Lima tahun setelah mendapat ijazah Masters, aku dinaikkan pangkat sebagai Duta ke Kanada. Sebagai seorang Diplomat, aku berada di pentas yang terapung di awan biru. Setelah dua tahun di Ottawa, aku menceraikan Noriah. Dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan gaya hidup `jet-set` yang aku cukup senang anuti. Selepas Kanada, aku ditugaskan di Washington dan bersara semasa menjadi Pesuruhjaya Tinggi di London. Namun aku dilantik lagi secara kontrak ke PBB di New York selama dua tahun.

Kini aku tinggal di kayangan. Linda, bekas PA-ku, semasa aku menjadi Duta di Washington, aku ambil sebagai dewi bersayap emas yang sering membawa aku terbang melepasi angkasa luas.

Hari ini, sedang aku asyik bersenang di syurga, Ghafor datang. Entah dari mana dia dapat tahu aku kini menetap di Kensington Towers, unit kondo paling mewah di pinggir The Thames, London.

“Terkenang semasa di Sheffield dahulu. Selama hampir dua tahun kita, dan famili kita, sering bersama dalam satu gerakan murni. Tapi… mmm, begitulah. Saya sering lupa laluan kita ditentukan oleh Yang Maha Esa.” Ghafor bernostalgia tawar dengan suara yang lembut. Rasanya Linda tidak dapat mendengar kata-katanya itu.

Selepas Ghafor aku hantar ke lif yang dikhaskan ke unit kondo, aku bergerak melangkah keluar ke ruang kolam mandi dan bersandar di bangku lentang menghadap kolam. Di sinilah aku tadi sebelum Prof. Ghafor datang.

Baru aku sedar, rupa-rupanya dari tadi, aku mashih memegang kitab Tablighi Nisab yang dipulangkan kepadaku oleh Ghafor semasa dia hendak keluar dari kondoku.

Aku buka muka pertama. Masih jelas tulisanku: Tabligh Markaz, Dewsbury— November 1985.

Selepas itu, aku menutupnya semula dan meletaknya di meja tepi. Tanpa kusengaja, kitab tebal itu tertolak gelas martini. Gelas ramping nipis itu jatuh berkecai, isinya yang jernih mengalir mengikut lurah mosaik, menitis masuk ke kolam. Linda yang sedang telentang terapung tanpa sehelai benang, tidak pun sedar.

Assyajarah, 2019.

TAMAT 1.

2.
YANG TAK SANGGUP DAN SANGGUP

Oleh: Anie Din

Mahaya tak kerja hari ni, tapi pasai apa dia pi bawa beg kerja dia? Nampak macam beg baju dijinjit juga,’ bisik hati Amri. 

Amri makin cemas apabila tengah hari berpindah ruang. Perasaannya tidak keruan kerana Mahaya masih belum pulang. Namun dia tetap setia menunggu di muka pintu rumahnya yang betul-betul menghadap ke jalanraya. Dia mahu melihat Mahaya turun dari bas dan berjalan melenggang ke rumahnya.

Terngiang-ngiang suara Mahaya berkata dua hari lepas, “Aku takkan kahwin dengan hang. Dahlah hang tu pendek, malas kerja pula. Hidup hang hanya menghabiskan harta benda mak bapa saja. Aku nak lari jauh tinggalkan kampung yang tanahnya bukan milik mak ayah aku. Tanah ni milik mak bapa hang, ambillah balik. Aku nak buat dua kerja di tempat lain. Setelah rumah siap, aku akan balik ambil mak ayah aku pi duduk di rumah baru. Kalau tak pun, aku rela kahwin dengan sepupu hang yang buta tu.”

Usai solat Asar, Amri memandu kereta barunya. Proton Perdana berwarna merah, warna kesukaan Mahaya, dibeli tunai dengan hasil jual tanah pusaka yang terletak di hujung Kampung Nyiur Sebatang. Encik Wang Weng Jem, seorang tauke balak dari Kuantan, Pahang, sanggup membayar satu setengah juta ringgit sehektar tanah yang akan dibangunkan rumah sewa. Empat hektar tanah orang tuanya sudah berpindah milik.

Amri melayan dan membawa perasaan cemasnya hingga ke Butterworth; di tempat kerja Mahaya, gadis jiran sebelah rumahnya, yang sentiasa dipuja dan diidamkannya untuk dijadikan suri hidupnya.  

“Dik, boleh saya jumpa dengan Cik Mahaya?” tanya Amri kepada pelayan di kaunter restoran KFC itu dengan penuh sopan.

“Miss Mahaya tak ada.”

“Sekarang di mana dia?” tanya Amri dengan perasaan cemas. Nada suaranya tidak seirama. Dia gugup.

“Selepas dia siapkan semua kerja, dia bagitahu kami, dia nak pi bercuti selama dua minggu,” jelas pelayan di kaunter restoran itu. 

“Hang tahu ka dia pi mana?” 

“Kuala Lumpur.”

“Dia naik kereta api ka, dia naik bas?”

“Miss Mahaya naik bas Transnasional, jadual pukul lima,” jawab pelayan itu dengan jujur tanpa sebarang curiga.

Amri berterima kasih kepada gadis itu. Dia berlalu keluar sambil melihat jam di pergelangan tangannya. 

‘Dah pukul lima empat puluh lima, aku harus kejar bas itu,’ desis Amri.

Amri memandu laju. Namun sayang seribu kali sayang, apabila sampai di R&R Sungai Perak, sebuah bas ekspres pun tiada di situ. Bermakna, bas-bas yang berhenti di situ sudah berlepas. Hanya lori dan kereta sahaja yang banyak diparkir di situ.

‘Aku harus kejar bas tu sampai ke Ipoh,’ bisik hatinya. Dia memecut tanpa menghiraukan akan disaman atau berlaku kemalangan. Yang ada dalam fikirannya pada waktu itu, hanyalah Mahaya. 

Tepat dugaannya. Amri berjaya mengekori bas yang membawa gadis pujaannya. Mahaya cuba melarikan diri darinya, dengan alasan mahu menambah pendapatan bulanan di bandar.  Namun Amri tahu benar, kata-kata Mahaya itu hanya alasan untuk tidak mahu bernikah dengannya.

Apabila sampai di Terminal Amanjaya, Ipoh, Amri nampak Mahaya turun dari bas. Diperhatikannya dari jauh. Sebentar kemudian, Amri memandu keretanya hingga hampir dengan tandas awam. Dia keluar dari kereta dan menunggu di hadapan tandas perempuan. 

Apabila Mahaya keluar dari kamar kecil itu, dengan pantas dan tangkas Amri menarik tangan Mahaya. Mahaya terkesima. Lidahnya kelu seribu bahasa. Dia merasakan bagai mimpi apabila melihat sosok tubuh yang menarik tangannya itu adalah Amri.

“Ikut abang! Dan jangan bising. Kalau tak, abang bawa ke balai polis, buat laporan hang lari dari kampung,” ugut Amri.

Mahaya menurut seperti kerbau dicucuk hidung. Dia jadi tolol. Hilang kepetahannya berlawan bicara dengan Amri. Disuruh masuk ke dalam kereta, dia ikut. Disuruh pasang tali pinggang keledar, dia turut. 

Beg pakaiannya tidak diambil turun dari bas. Nasib baik Mahaya membawa turun beg tangan dan komputer ribanya.

Amri memandu hingga sampai di kaki Bukit Berapit. Enjin kereta dimatikan.  Dia pantas keluar dari kereta dan segera membuka pintu di sebelah kiri. Apabila pintu terbuka, dia memaksa Mahaya keluar dari kereta. Mahu tak mahu, Mahaya terpaksa menurut.

Pergelangan kiri Mahaya dipegang kejap. Terpontang-panting langkah Mahaya mengikut langkah panjang Amri yang tidak putus-putus menghisap rokok.  Sebatang habis, dinyalakan sebatang lagi. Asap rokok yang berbunga-bunga dihembuskan ke arah Mahaya. Berkepuk-kepul, meliuk-lintuk asap menyentuh lembut muka Mahaya.  

Mahaya sedar bahawa Amri sedang memukaunya, namun dia tidak dapat berbuat apa-apa. Ayatul-Kursi yang selalu diamalkannya tidak terkeluar satu huruf pun dari kerongkongnya. Tujuh ayat Ummul-Kitab pun lintang pukang bacaannya. Mahaya menjadi dungu seketika.  

Amri membawa Mahaya ke daerah yang asing. Belum pernah dijejaki Mahaya. Kini mereka berdua berada di pinggir bukit yang tidak berpenghuni seorang pun. Bukit yang dagingnya sudah terkeruak.  

‘Ke mana sahaja Amri nak bawa aku pi,’ soal hati Mahaya.

Di pandang sekeliling seputar tiga ratus enam puluh darjah. Di kampungnya tidak ada bukit. Di kampungnya hanya ada sawah saujana mata memandang hingga kejauhannya sampai di kaki Gunung Jerai, di negeri Kedah. 

Mahaya kehabisan daya. Mahu berteriak atau menjerit, akan sia-sia sahaja.  Akan kehilangan tenaga. Tiada sesiapa di sekeliling keberadaan mereka. Mahaya hanya menurut sahaja ke mana Amri menarik tangannya pergi. 

Di kaki bukit itu terdapat sebuah rumah kosong yang sudah lama ditinggalkan.  Halaman rumah dipenuhi daun-daun kering, sampah sarap yang mereput dan pohon-pohon hiasan yang mati. Berserabut. Tumbuh-tumbuhan yang masih bertahan hidup meliar tidak terurus. Rendangan jejawi di sudut kanan halaman gah berdiri bagaikan ketua pahlawan perang. Tebuan dan lebah berebut tempat membina sarang. Semut yang merayap, jumlahnya tidak kurang.  Di belakang pohon jejawi itu, ada kebun yang hanya tinggal batas yang meranap. Ada yang sudah sama rata permukaannya dengan tanah di bumi. Di hujung kebun terdapat dusun peninggalan. Semak-samun dengan tumbuh panjangnya lalang. Lalang yang rela menjadikan dirinya benteng penguat tanah. Monyet, beruk, ungka dan sejenis dengannya bergayutan di pohon buah-buahan yang masih ada sisa buahnya. Pohon betik semuanya tidak berpucuk. Tentunya binatang itu yang memakannya. Sebab itulah manusia belum pernah melihat binatang itu kegigilan demam. Pucuk betik amat mujarab untuk mengelakkan demam, terutamanya demam denggi.

Mahaya berasa sangat takut. Bimbang sekiranya binatang-binatang yang suka meniru kelakuan manusia itu menyerangnya. Bimbang hatinya, kiranya binatang-binatang itu menghampiri dan menarik dirinya seperti yang Amri sedang lakukan kepadanya ketika itu.  Bimbang sungguh hatinya, andai dirinya dikoroyok dengan merobek pakaian dan mencakar tubuhnya yang gebu. Secara tak sengaja dan mahu tak mahu, Mahaya terpaksa memeluk erat pinggang Amri; lelaki yang dibencinya.

Semakin menghampiri rumah kosong itu, Mahaya makin berasa gerun. Semakin erat Mahani memeluk pinggang Amri. 

Rumah kosong itu amat buruk. Dari jauh sudah nampak banyak atap bumbungnya yang robek. Alang rumah ada yang patah menyebabkan beberapa bahagian genting luruh menyetubuhi bumi.  

Apabila masuk ke dalam rumah kosong itu melalui pintu yang sedia terbuka, Mahaya mendongakkan kepalanya ke bumbung rumah. Memang bumbungnya banyak yang terpelahang. Langit-langit dipenuhi sawang. Mahaya melepaskan nafas berjela. Dia bingung.  Hatinya tidak habis menyoal, ‘Mengapa Amri membawanya ke situ?’    

Mahaya mengalihkan pandangannya ke lantai pula. Jubin lantainya banyak yang retak dan pecah seumpama baru selesai mengalami gempa. Permaidani lusuh yang terhampar di atas lantai nampak berungas digigit oleh tikus dan binatang yang melata. Hampas benang permaidani berserak bercampur-baur dengan habuk yang bertepek-tepek bersama kecaian kertas yang digigit binatang merayap itu. Bau hancing kencing tikus yang melekat di rambu-rambu permaidani usang itu mengganggu deria baunya.

Daun-daun pintu tertanggal engselnya. Begitu juga dengan daun jendela, banyak yang terkeleweh, menunggu saat menghempap tanah. Dindingnya banyak yang terpelahang di sana sini. Mana-mana papan dinding yang masih utuh ditumpuki sarang angkut-angkut pula. Ada juga yang dimakan anai-anai. Tak kurang juga papan-papan almari di makan kasai.

Ke mana hang nak bawa aku pi, Amri? Hang memang jahat! Jomlah bawa aku balik!” jerit Mahaya. Suaranya bersipongang memenuhi rumah buruk itu, namun Amri seolah tuli.  

“Kan abang selalu kata, abang akan menikah dengan Aya. Mengapa Aya sanggup lari? Ke mana pun Aya lari, abang akan kejar hingga ke saat mati,” jawab Amri dengan bangganya. Dia yakin, dia akan menjadi juara tidak lama lagi. Tiada siapa yang dapat menghalang keinginannya.  

“Aku tak suka lelaki bertubuh rendah. Tapi kalau ya pun ada jodoh kita, hang nak jadikan aku bini, tunggulah dulu. Aku nak beli rumah dan nak bawa ayah dan mak tunaikan haji dulu. Tu sebab aku nak lari dari kampung. Di bandar nanti aku akan kerja keras. Aku tetap akan bekerja di restoran KFC. Sambil-sambil tu, aku akan jual produk kesihatan dan kecantikan. Aku yakin, pendapatan di kota akan lebih lumayan dibandingkan dengan di kampung.  Anak-anak dara di kampung masih nak pakai bedak sejuk,” Mahani memberi alasan yang munasabah. 

“Dah mereka suka pakai bedak sejuk, juallah lebih-lebih bedak sejuk warisan nenek Aya tu.”

“Macam mana nak jual lebih-lebih. Emak selalu bagi percuma pada orang kampung.  Lebih-lebih lagi kawan-kawan mak yang berjemaah di surau tu,” jawab Mahaya mematikan akal Amri. 

Tetapi Amri tidak mati fikir, fikirannya tetap ligat berputar mencari akal, “Ah! jangan fikir pasal barang jualanlah.  Fikirkan, kita nak kahwin.” 

“Tak mahulah! Tak faham bahasa Melayu ka?” bantah Mahaya.

“Kalau tak jual apa-apa pun tak mengapa. Tak payahlah nak kerja apa-apa. Jadi permaisuri kat abang. Ikut nikah dengan abang, abang boleh bagi duit untuk ayah dan mak Aya pi Mekah.” 

Bertambah panjang rengusan Mahaya. Sebentar kemudian, Mahaya berkata lagi, “Tak faham bahasa ka? Tadi aku cakap, aku nak beli rumah. Nak bagi ayah dan mak duduk. Lepas tu nak hantar depa pi Mekah. Soal kahwin jatuh nombor tiga. Tak payah gaduh nak ingat hal nikah.”

“Kan dah ada rumah tu…. Nanti abang tolong repair bagi cantik la.”

“Tak mahulah. Aku nak guna duit titik peluh aku sendiri. Lagi pun tapak rumah tu, bukan tanah kami. Tanah datuk hang, kan? Leceh, kalau tanah pusaka!” jelas Mahani.

“Ala… hal tanah tu, perkara senanglah, abang anak tunggal,” ulas Amri bangga sambil mencebikkan bibirnya yang lebam birat kerana kuatnya menghisap rokok. 

Mahaya terbatu. Dalam waktu yang sama, Amri memilih kerusi yang agak elok dan tegap lagi untuk diduduki. Kerusi itu dibersihkan dengan tuala mandi yang sudah tidak nampak rupa bentuknya sebab digigit tikus. Mahaya yang seperti kena pukau sudah menjadi perempuan tolol. Segala apa yang dikerjakan Amri dilihatnya dengan pandangan kosong. 

“Aya duduk di sini dulu. Lepaskan penat. Abang nak bersihkan katil dan tilam di bilik itu,” beritahu Amri. 

Hampir dua puluh lima minit lamanya, Mahaya duduk di kerusi kayu ala Kopitiam itu. Matanya membelingas sekeliling. Dia berhasrat mahu lari keluar dari rumah buruk itu. Dia mahu segera meninggalkan Amri yang sedang membersihkan bilik tidur di rumah buruk itu,  tetapi ke mana pula dia hendak tuju? Senja di situ amat sunyi. Hanya suara jengkerik dan katak memanggil hujan sahaja yang memalu gegendang telinganya ketika itu.

Spontan dia terbayangkan kampungnya pada setiap malam minggu. Bunyi bising enjin motor yang menerobos ekzos yang dipendekkan, memang memekakkan telinga. Boleh terperanjat dari tidur. Namun Mahaya tidak dapat berbuat apa-apa. Hendak dilaporkan kepada polis? Anak-anak polis pun sama juga masuk sekaki. Nak buat macam mana?

Tidak cukup dengan motor, ada sebuah dua kereta yang dipendekkan ekzosnya. Memang boleh tersentak orang yang lena nyenyak dan tidur mati sekalipun. Silap haribulan, orang yang koma pun boleh tersedar. Bunyi ngauman singa dan harimau pun kalah. Pernah suatu malam, dinihari sudah pukul tiga, sebuah kereta berhenti di jalanraya berhampiran rumahnya dan sengaja dibunyikan enjin yang memekakkan telinga. Kebetulan Mahaya berpakaian tidur serba putih dan mukanya berselepung bedak sejuk, dia keluar dari rumah menuju ke kereta tersebut. Dengan segenap tenaga tubuh gempalnya, Mahaya menepuk buntut kereta. Terkejut beruk pemandu dan temannya yang berada di dalam kereta itu.

Mahaya tersentak dari rayau fikirnya. Kini, mahu tak mahu, rela tak rela, suka tak suka, bersedia atau tidak, Mahaya terpaksa menunggu. Membiarkan masa berlalu dan menunggu apa yang akan berlaku.  Dia teringat akan coretannya setelah berdebat dengan Amri pada suatu petang dua pekan nan lalu. Pada waktu itu, Amri berkata dengan bersungguh hati mahu menikahinya. Tutur bicaranya dicatatkan ke dalam diari menjadi puisi.

TANGGA

“Kau mahu pinang aku?”

tanya si gadis yang duduk di atas tangga

teruna ketawa galak

si gadis terasa muak.

“Aku mahu mendirikan rumah tangga bersamamu,”

tukas teruna lagi

“Boleh, tetapi… ukurlah baju di badan sendiri

dan apakah kamu sudah cukup bertenaga?”

“Untuk apa?

Sekadar mendukung, mengulit tindih-tindan,

hingga dikau kalah dan lelah

tidak timbul masalah

bila-bila masa sahaja aku boleh.”

Si gadis berkata tegas,

“Tidak mencukupi tenagamu itu

aku mahu kamu lebih bertenaga

untuk menginjak dan memijak

tangga kesedaran

tangga keinsafan

tangga kejayaan

tangga kewarasan

tangga kematangan

tangga ketenangan

tangga kemampuan

tangga kebahagian

tangga kebijaksanaan

tangga kearifan

tangga keilmuan

tangga kesopanan

tangga keimanan

tangga ketaqwaan dan lain-lain

baru masuk ke rumah hatiku

bersatu menjadi rumah tangga

dengan lampias bening kasih

cambahan benih sayang

yang tumpah gaul dengan bibit cinta

menghasilkan beberapa butir mutiara

yang bergemerlapan dan membanggakan

warisan dan perhiasan

dalam rumah tangga kita.”

si gadis masuk ke dalam rumah meninggalkan tangga

Teruna berkata lantang

“Akan kuinjak dan kupijak tangga jaya itu.”

SENJA SEMAKIN KELAM.  Warna putih dan hitam mulai sukar dibezakan.  Amri keluar dari bilik tidur dengan menatang sebatang colok yang menyala. Colok itu dibuat dari gumpalan kain buruk. Mukanya merah padam. Peluh merenik di dahi dan seluruh lengannya. Mahaya berasa jijik dan geli-geleman.

“Mari sini, kita masuk ke bilik, kita tidur di sini malam ni…” ajak Amri.

Mahaya membatukan diri. Telinganya bagai telinga kuali. Amri merapati. Mahaya buat tidak peduli.

“Mari masuk ke bilik,” tukas Amri sambil menarik lengan Mahaya. 

“Tak mahulah… ayuh kita balik,” kata Mahaya dengan suara yang agak lantang. Selantang manapun, hatta senyaring suara bini Tarzan sekalipun, semuanya itu tidak sedikitpun membekas di telinga dan hati Amri. Telinga Amri sudah menjadi telinga badak atau telinga kuali. Hatinya sudah sekeras batu. Penuh tumpukan hitam pula.  

“Janganlah berdegil. Esok sahaja, kita balik,” kata Amri dengan suara kasar. Dia menarik tangan Mahaya dan memeluk gadis pujaannya itu.

“Tak mahulah! Jom kita balik!” kata Mahaya sambil meronta untuk melepaskan diri dari pelukan lelaki yang sudah seperti kerasukan itu. 

“Lepaskan aku, hang ni bau busuklah, aku tak suka bau rokok,” pinta Mahaya lagi.

Setelah terungkai dari pelukan, Mahaya cuba melarikan diri. Namun sayang seribu kali sayang, kakinya tersauk permaidani buruk. “Aduh!” Dia terjatuh dan kepalanya terhantuk di bucu meja yang berhabuk. Terasa gelap pandangannya ketika itu. Mahaya pengsan. 

Peluang keemasan tebuka lebar. Amri mengangkat dan menatang tubuh Mahaya,  lalu dibawa masuk ke dalam bilik yang baru dibersihkan dan dikemaskannya itu. Tubuh Mahaya yang montok itu diletakkan di atas katil. Nafsu jantannya memuncak. Buas!  

‘Aku takkan lepaskan peluang ini,’ desis Amri.

Mahaya tersedar dari pengsannya. Dia terkesima apabila mendapati butang blausnya sudah ditanggalkan. Dia cuba menolak tubuh Amri yang telanjang.

Amri makin bertindak ganas. Mahaya merintih di dalam hati, ‘Oh Tuhan… menurut aku berdosa, menegah aku tetap diperkosa. Menurut aku akan kehilangan dara, menegah aku akan didera. Izinkan aku menurut kehendaknya, ya Allah….’

“Aku boleh puaskan nafsu hang, tapi biarlah hang yang telentang,” ujar Mahaya. 

Mahaya pura-pura suka, mula menyembamkan mukanya di dada sasa Amri, turun dan menurun ke bawah, hingga sampai ke alat sulit Amri yang sudah mencanak. Mahaya beraksi seperti mahu menghisapnya. Tetapi sebentar kemudian, terdengar jeritan Amri membelah malam. Unggas yang sedang lena turut terperanjat dan tergamam. Darah membasahi kelengkangnya. Tidak disangka sama sekali, Mahaya sanggup menggigit alat sulitnya hingga hampir putus melepaskan perasaan geram dan marah.

Tuih! Tuih! Tuih! Mahaya membuang ludahnya berkali-kali. Tekaknya terasa loya. Dia membuka tas tangannya dan mengeluarkan beberapa helai tisu. Tisu itu dihulurkan kepada Amri.

“Maafkan aku. Aku tak sanggup pecahkan kristal aku sebelum diijab-kabul demi cinta aku kepada Allah. Kalau hang buat juga makin besar dosanya, pasai aku dalam haid,” kata Mahaya sedikit kendur marahnya. 

Amri tidak terjawab barang sepatah. Dia mengerang kesakitan kerana lukanya agak parah. 

“Cepat pakai baju dan seluar, hang hantar aku ke terminal bas. Lepas tu, hang nak pi mana-mana hospital, pilah, aku nak balik,” putus Mahaya. 

SAMPAI di rumah pada tengah malam, ibu bapanya sudah tenggelam di alam mimpi. Mahaya gelisah. Resah menunggu ketibaan pagi. Dia mahu segera menyampaikan apa yang bersarang di hati kepada kedua orang tuanya. 

Ketika bersarapan bersama ayah dan emaknya, Mahaya mengumpul segenap kekuatan untuk bersuara. “Emak… ayah… hari itu, tok penghulu beritahu Aya, Abang Man tu nak pinang Aya.”

“Man mana?” tanya ayahnya agak terperanjat.

“Abang Man yang buta tu… sepupu Amri,” jelas Mahaya.

“Amri pun nak kat hang?” celah emaknya.

“Lebih baik Aya pilih Abang Man. Sungguh! Aya sanggup. Ini keputusan Aya, mak… ayah…. Abang Man tak tahu nak cemburu, kot…” pinta Mahaya.

Haji Nordin dan Hajah Halimah terdiam.  

TAMAT 2.

3.
NONG

Oleh: Cik Seri Banang

xxxxx

4.
1511: P3GUN

Oleh: Ekhwan Rusli

P3GUN menekat sejarah. 

Perkakas Pertahanan Pelbagai Guna (“Pegun”) adalah jentera bersenjata terbaharu, dibina di Goa hasil kerjasama Malaysia-Portugal.

P3GUN mampu mengghaib, tidak terkesan radar, inframerah, sonar dan teknik-teknik lain. Penyamaran keseluruhan spektrum elektromagnetik hasil salutan emas dan indium timah oksida pada bahan binaan komposit dielektrik serta gentian logam isotop ferrite. Keratan rentasnya mengurangkan kesan akuistik, haba dan pantulan gelombang. Pakaian seragam pengendalinya bertiub nano dan fotophore dirawat kimia, salin tak tumpah bak sotong Abraliaveranyi. Maka tidak hairanlah P3GUN diintip satelit-satelit Aeon (EOS MH-8) dan NOAA-37.

Kapten Syah menguli tombol konsol. Paparan melompat-lompat antara fungsi-fungsinya. Pantas dipilihnya ruangan “Maklumat” dan terpamerlah di skrin hologram:

Jumaat, 15 Ogos 2087 (16 Muharram 1511H)

10:10 pagi (UTC +8) 

Lokasi: 2.1926871° Utara, 102.2504093° Timur

Ketinggian: 19.0 meter

Suhu: 26.4°C

Kelembapan: 86%

Angin: 3km/jam, Tenggara

Klik tombol seterusnya mempamerkan waktu-waktu penting:

Kiblat: 292° dari Utara, Jarak: 7,064 km

Subuh 5:53-7:11 pagi, 

Isyrak 7:26-7:36 pagi, Dhuha 7:37-12:48 tengahari, Awwabin 11:04-12:48 tengah hari

Zohor 1:18 tengahari, Asar 4:37 petang, Maghrib 7:24 Malam, Isyak 8:35 malam

Qiyam (tahajud) 2:47 pagi

Waktu-waktu solat, yang fardu dan sunat siap dikira. Dipaparkan dalam bahasa kebangsaan, dengan pilihan tulisan Jawi, bagi yang tahu dan selesa membacanya.

Kapten Syah menoleh ke sebelahnya.  Di kanannya, pakar strategi, Kamal; di kirinya, Reyna, pakar senjata. Kapten tersenyum kerana gabungannya yang terbaik dalam Briged Halilintar PAC.

Senyumannya dibalas Reyna. Pemilik nama bererti “Ratu” dalam bahasa Semenanjung Iberia serasi bersama P3GUN yang mampu menembak peluru gelombang tenaga. Tindak balas neutrino dan elektron menghasilkan positron yang amat pantas, mewujudkan kon radiasi Cherenkov berfrekuensi setinggi 3.6 MegaHertz pada 190dB. Pembunuhan senyap.

Menu “Persenjataan” dipilih. Maklumat imbasan aktif dan pasif persekitarannya tersedia. Segala yang dikesan telah diidentifikasi, dan terteralah pilihan senjata untuk meneutralkan ancaman. P3GUN turut mengesan anomali ionosfera. Barangkali, ia dek lontaran massa korona dan suar matahari tahap X9. 

Meski bacaan ionisasi diramalkan mencecah 101 TECU/h (101 x 10¹⁶ el/m² sejam), dan daya induksi magnetik luaran menghampiri -786nT, latihan ketenteraan masih diteruskan. Kerancakannya meningkat.

2

Entah kenapa, setelah peluru dilepaskan, P3GUN bergegar dan bekalan elektrik dalaman terputus. Gelap, sehingga sistem dihidupkan semula.

“Kapten, lihat!”, teriak Reyna.

Direnungnya skrin. Terkebil-kebil insan kelahiran Batu 5 Jalan Ipoh. Sejak membesar di Kampung Indah Selayang, dia bersumpah untuk mempertahankan kedaulatan negaranya. Membuak darah milik leluhurnya konstabel 26841, dek peluang yang kini terhadir.

Skrin memaparkan:

Jumaat, 15 Ogos 1511 (21 Jamadil Awal 917H)

10:10 pagi (UTC +6:46) 

P3GUN kini di tengah-tengah peperangan Melaka-Portugis! Mungkinkah telah terwujud Pecutan Alcubierre hasil gabungan pelbagai faktor, memintalkan fabrik kontinum ruang-masa menjadi Jalur Möbius? Ataupun barangkali, P3GUN telah semerta diteleportasi merentasi jambatan Einstein-Rosen, iaitu bayangan asimptot lipatan Calabi-Yau ruang Anti-de Sitter (AdSn)?

Imbasan mendedahkan kedudukan kapal-kapal asing. Tombol ditekan-tekan, lalu terpaparlah:

Kapal: 11 (Flor de la Mar, Santa Caterina, Joia, Santiago, Trindade,

 Anunciada, Santo Antonio, Santa Cruz, Bretao, Taforeia, dan Enxobregas)

Ghali panjang: 10, Ghalias: 8, Fusta: 16, Pencalang: 15

Skrin turut memperlihatkan kedudukan 36 anak kapal setiap fusta, lokasi tentera pertahanan Melaka serta meriam-meriamnya. 

Imbangan kekuatan: 1,000 serdadu Portugis dan Malabar; 20,000 ketumbukan Melaka

“Bukankah kita dikalahkan Portugis?”

Soalan Reyna diangguk lemah kedua-duanya.

“Walaupun askar kita ramai? Tiada senjatakah?”

“Bukan, Reyna. Melaka bukan sekadar bersilat, bertombak. Melaka sudah biasa bersenjata api. Di rantau ini, ada tiga hab penghasilannya: Pahang di Semenanjung, Gerisik di Tanah Jawa, dan Kerajaan Pagaruyung Darul Qorar di Sumatera!” balas Kamal. Begitulah catatan Thomas John Newbold, sejarahwan Portugis Emanuel Godinho de Erédia, dan orientalis John Crawfurd. 

“Bahkan 8,000 pucuk senjata api, 3,000 meriam tembaga dan besi dari kota Melaka, digunakan Portugis untuk menyerang kita!” tambahnya lagi. Arquebus Portugis tidak termampu menandingi istinggar Melaka, maka tidak pelik jika ada yang dibawa ke Kota Cabo da Rama, Goa kelak.

“Tapi, kita ramai…” bantahnya.

“Reyna, apa dihairankan kekalahan 20 lawan 1? Perhatikanlah Peperangan Tumu. Hanya dua hari berperang, di awal September 1449, Maharaja keenam Dinasti Ming dan 500 ribu tenteranya tertewas dan ditangkap 20,000 tentera Mongol pimpinan Esen Tayisi.”

Fakta itu benar-benar mengejutkan Reyna. Bukankah itu dinasti yang kononnya terhebat? Dikalahkan gasar dalam dua hari?

“Begitu jua Perang Vietnam. Kendatipun Amerika Syarikat dan sekutu punyai dua kali ganda tentera dan kelebihan teknologi, mereka tetap tewas,” celah Kapten.

“Ya, kebesaran tentera, kemajuan teknologi, bahkan kekayaan tidak menjamin kelangsungan nusa. Hayatilah sejarah Empayar Qing, dari kuasa terbesar ekonomi dunia era 1820-an, dek ketagihan candu, empayar merosot dan rakyatnya merempat berkelana!”

Kata-kata Kamal menginsafkan. Kini, detik-detik bersejarah sedang berlaku di hadapannya, laksana Sulalatus Sulatin sedang ditulis! Mungkin segala yang ditakdirkan tidak terubah, namun yang menambahkan sedih adalah apabila sejarahnya dikaburkan, umpama perjuangan hebat hanya bersenjatakan keris dan parang!

Genggaman tangannya membuku kuat. Matanya bulat menyoroti lokasi kapal-kapal penyerang dan pengkhianat. Barangkali, ‘sejarahwan’ kelahiran Seluyut teringin benar merubah sejarah? Mungkinkah bisa ditulisnya sesuatu seperti Hikayat Muhammad Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah, ataupun kisah ajaib persis Rip Van Winkle, Urashima Taro, waima komik Zipang?

3

Mereka menapak keluar. Kehadiran warga tempatan di sekeliling P3GUN harus diperiksa.

“Apakah kalian pari-pari atau syaitan?”

Kapten Syah menoleh persekitaran P3GUN, sebelum pandangan dikembalikan ke sosok tubuh ahli pasukan. Impak tenaga kemunculan jentera moden merubah warna pohonan: buahnya keemasan, daunnya berkilauan laksana perak, manakala batang-batangnya berona tembaga. Aksi Reyna menjimbit senjata XM177E8-ACOG dan Kamal memperbetul ‘Pegasus’, beret merah manggis, menambahkan kehairanan Mat Empat dan Dang Marini.

“Bukan, kami manusia, pelindung dan penjaga segala hak Seri Paduka Baginda!”

Lalu dibawalah mereka menghadap Hang Qadim. Insan bertanjak, berbusana Melayu dengan tersisipnya keris dan istinggar ini adalah pemimpin skuad pertahanan yang terpisah dari skuad utama. Hujan soalan melanda, berceridau keraguan tanpa surut. Akhirnya, Kamal mempersembah buah silatnya, disusuli ucapan: “Andai roboh Kota Melaka, papan di Jawa hamba dirikan, andai sungguh bagai dikata, jasad dan nyawa hamba serahkan!”

Tersungginglah senyum Hang Qadim.

“Selamat datang, saudaraku! Apa khabarnya Pati Unus dan Ratu Kalinyamat? Sudah tibakah?”

4

Hari-hari berlalu, kehadiran Kapten Syah dan pasukan memantapkan skuad pertahanan. Penerimaan dizahirkan nama-nama baharu: Hang Jadid (Kapten Syah), Nena Pahlawan, dan Kamal Pandita.

Kamal yang menjiwai Sulalatus Salatin, Misa Melayu dan pelbagai hikayat lain kini benar-benar berguna. Usik Reyna, barangkali, pengetahuan strategi serta inskripsi silam Rencong, Kawi, Pallava, dan Brahmi menjadikannya lebih sesuai hidup di era Dong Yen Chau, Sojomerto, mahupun Kedukan!

Mereka bertiga turut menyertai usaha menjamin keselamatan Sultan dan keluarganya. Sesekali, Kamal turut mendengar laporan terbaharu perisik dari lima lokasi pertempuran. Arkian, diutuskannya buah tangan buat Sang Naya, perisik utama. Keberadaan pasukan-pasukan pertahanan sentiasa dekat di hatinya. Apalah gunanya pancangan kayu, besi tajam, kawat beracun, lancara dan perahu berapi, ataupun senjata api, jika hal ehwal tentera tidak diendahkan?

Serang hendap turut dipertingkat. Strategi asal yang kurang memfokuskan kekuatan binaan dan cenderung lawan berhadapan cuba ditukar. Walaupun tiada salahnya keberanian seperti Biman Cengkobat, strategi baharu diperlukan. Portugis pimpinan ‘Kaisar Timur’ sudah biasa berperang dan menjarah sejak 711. Penawanan Madeira, Tangier, Socotra, Calicut, Pulicat dan Goa bukti besarnya jurang berbanding Melaka yang banyak bergantung tenaga luar Gujerat, Parsi, Turki dan Jawa. Manakan sama penghuni kota entreport Melaka dengan Portugis gasar? Tambahan pula sudah ada yang sombong, angkuh, dendam, tamak, dan terlalu cintakan dunia.

Pernah mereka jumpai banyak senjata terbiar di hutan dan paya. Telah Hang Qadim, “Apa diharapkan bangsa yang dagang? Berubah angin, diangkatlah sauh!” Bicaranya benar. Meski tentera upahan sudah dibayar pendahuluan 3 purnama, di penghujung hari, anak jati jualah diharapkan mempertahan pertiwi. Bukankah mencintai watan sebahagian iman?

Maka, pistol gelombang tenaga radiasi Cherenkov digunakan bijak agar tidak dikesan musuh. Bertambahlah perihal kisah pukulan-pukulan ghaib peragut nyawa, selain ilmu warisan milik barisan pertahanan. Namun Hang Jadid berulang-kali mengingatkan P3GUN agar tidak ketara kelihatan. 

Apakan daya, takdir sudah tertulis. Angin bersiru, ombak bersabung, terlalu banyak faktor kejatuhan. Namun mereka kekal berusaha memastikan keselamatan Seri Paduka Baginda, tunggak kesetiaan.

Impak ketiadaan satu gabungan serangan yang kukuh amatlah ketara. Pasukan P3GUN cuba membeli waktu, melewat-lewatkan kemusnahan mutlak, demi menunggu ketibaannya. Terbayang-bayanglah gambaran ketokohan Sang Laksamana dan armadanya. Catatan lembaran sejarah Rekidai Hoan Ryukyu, Ming Shi, dan Xin Fei menjadikan mereka mendambakan Laksamana segera pulang dari rondaannya.

Begitu juga Bendahara, sosok tubuh penting penguatkuasa undang-undang Melaka dan penjamin kesetiaan rakyat, serta tiadanya penderhakaan dan pemberontakan. Kematian Bendahara Paduka Raja Tun Perak menggoyahkan Melaka seawal 1498. Penggantinya, Tun Perpatih Putih hanya dua tahun berkuasa, sebelum digantikan Tun Mutahir. Sepuluh tahun bergolak, hinggalah Bendahara Paduka Tuan Tun Pikrama Muhammad ibni Tun Perak dilantik pada 1510. Sayang, belum sempat persediaan rapi diatur Bendahara ke-8 Melaka, Portugis menyerang. Kini, Bendahara uzur tepok. Andai tidak, pasti sudah dilanggarkannya bersama si Lamat Gagah. Masih terngiang syahdu ucapnya, “kalau aku lagi kuasa, mati aku dengan negeri Melaka ini!” 

Hakikatnya, kehadiran Portugis adalah bencana yang sudah lama diatur Raja Manuel sebermulanya era os descobrimentos pada Mac 1505. Sasarannya adalah pembinaan kota di Melaka. Ogos 1506 menyaksikan penyelinapan Francisco Pereira dan Estevão de Vilhena, disusuli Lopez de Sequira 13 bulan kemudian. Pengkhianatan seawal 6 Februari 1510 oleh surat Ninachatu membuka luas rahsia pertahanan kota. Serangan subuh 25 Julai 1511, disusuli serangan 9 Ogos di Kampung Keling dan beting pasir mengabsahkan pengkhianatan dalaman. Pintu pertahanan dibuka, dan sebilangannya sekadar menonton dari jong-jong dan bahtera. Pelabuhan Melaka dibakar dan Jambatan Kota diserang selepas dua minggu. Kemudiannya, Kota Melaka dibakar dan meriam-meriamnya dibawa lari, sebelum sang saudagar asing berkhianat besar menyerahkan ribuan hamba abdi, mengharapkan gudang-gudangnya tidaklah dijarah. Maka tiadalah hairan meriam-meriam Kota Melaka lebih disasarkan ke Upih berbanding ke laut kerana ramai benar berkelakuan telunjuk lurus kelingking berkait. 

Kamal Pandita tahu masa sudah semakin suntuk. 24 Ogos 1511 deras menghampiri. Kewujudan kota di atas runtuhan tapak Masjid Agung makin terzahir. Dalam beberapa hari, tatkala air pasang, kapal-kapal musuh akan mempertingkat serangan meriam dari Kampung Cina dan dari jambatan kastam Syahbandar. Peperangan dalam bandar bakal bermula disusuli sepuluh hari penjarahan kota. Bala ini bakal disusuli kelibat Sepanyol pada 1521, sebelum rantau dicarik lagi pada 1824 dan 1909.

Ah, P3GUN harus bertindak!

5

“Tapi, kita tak boleh ubah sejarah!” bantah Kapten Syah.

Bantahannya membuatkan yang lain terasa. Melaka Darul Azim bukanlah biasa-biasa. Pengembangannya luar biasa: Pahang, Kampar dan Kelantan ditawan perang; manakala Inderagiri, Siantan dan Bentan dihadiahkan Batara Majapahit sewaktu pernikahan Sultan dan Raden Galoh Cendera Kirana. Hebatnya Melaka hinggakan Kedah pernah meminta nobat, dan Patani pula bersurat sembah ke bawah takhtanya.

“Pantang Melaka berundur. Sebut sahaja Kampar, Pasai, mahupun Haru, semua pernah menyaksikan kehebatannya. Pembesarnya tidak bersembunyi di belakang rakyat. Ceh, anak harimau takkan menjadi anak kambing!”

Pertelingkahan bermula apabila Hang Qadim mengetahui Melaka bakal tumbang. Sementelah maklumnya hasil intipan Nena Pahlawan perihal hasil jarahan harta nusa dan bangsa bakal dilarikan Flor de la Mar. Antara yang dihimpun ialah 60 tan barang kemas, ratusan kotak berlian, gelang sakti Nakhoda Bija, dan tiang-tiang istana dilepa emas. Meski nama seindah bunga, busuk isinya menyakitkan hati anak bangsa. Laksana Amorphophallus titanum, cantik tetapi baunya menyesakkan. 

“Kamu pasti?” soal Kapten Syah.

“Ya, saya tidak berseorangan ketika mengintip!”

“Siapa temanmu?”celah Hang Qadim.

“Hang Nadim!” balas Reyna.

Jawapannya membuat Hang Qadim tersenyum.

Kamal terlopong. Andai benarlah insan pemilik nama misteri yang bersamanya, ini ajaib! Nama bererti “teman” ini berulang kali tertulis dalam lipatan sejarah bangsa, seakan abadi. Menentang todak di Temasik pada 1380, menentang Portugis di Melaka, Kopak, dan Bintan pada 1516, 1519, 1524; dan bersama-sama menumbangkan Portugis pada Januari 1641.

Mungkin inikah petandanya?

6

Seusai solat dhuha, Kapten Syah, Kamal dan Hang Qadim berbicara. Jelas kini kota pasti tumbang. Namun empayarnya tidaklah tamat begitu sahaja. Portugis hanya mampu menawan Kota Melaka, tetapi bukanlah jaringan ekonominya. Perniagaan beralih ke Acheh, Bantam dan Brunei. Matawang perak Tanga dan timah Bastardo, Soldo dan Dinheiro hanya diterima Pegu dan Siam. Peradaban Islam Melaka kekal mekar.

Kamal berbisik pada Hang Qadim, “Dari Melakalah kelak wujudnya pemerintahan zuriatnya di Perak, Johor, Pahang, Terengganu, Riau, Lingga, dan Kampar. Alat-alat kebesaran Melaka, dan sistem pemerintahannya bakal dibawa. Umpama pohonan dibakar tanahnya, makin suburlah buat tumbuhan seterusnya.”

Mata Hang Qadim membulat.

“Ya, segalanya diwarisi. Pedang Cura Si Manjakini, Keris Seri Gading, Keris Taming Sari, Rantai Bunga Nyiur, Pontoh-pontoh, Mundam. Nobat, gendang dan nafiri turut dikekalkan. Begitu jua perjawatan Datuk Paduka Maharajalela, Datuk Penghulu Istiadat, jejawat, kundang, bentara dan pawai,” tambahnya.

“Sungguh?” soalnya sangsi.

Kamal mengangguk.

Kapten mengeluarkan sekeping duit keemasan memaparkan wajah-wajah pemerintah agung. Disuakannya kepada Hang Qadim, “Duli Tuanku bakal bertebaran dan berterusan, insya-Allah!”

Dikesatnya air mata, sedih yang teramat setelah mengetahui bayangan masa hadapan, nasib negeri nan satu tiada beraja. 

Kapten menambah, “Perjuangan Melaka belum tamat selagi waris-warisnya wujud! Bukankah adat Melayu: negeri alah raja mati?”

Diangguknya perlahan.

“Usah khuatir, kami kekal mempertahankan Seri Paduka Baginda. Tiada pemakzulan!” jamin Kamal.

7

Saat dinantikan akhirnya tiba. Tiga purnama selepas kejatuhan kota, kapal celaka bersiap untuk melarikan hasil jarahan. P3GUN mengesan 400 tan hasil haram pengisi perut. Laras muncung senjata bergerak mengikut kiraan azimut, altitud, jarak dan kelajuan sasaran.

Mata mereka bertiga menyoroti satu sama lain. Masing-masing memikirkan perkara yang sama. Kewajiban bertindak seperti dizahirkan plak nama 30 Pahlawan Gagah Perkasa. Di sana terpamerlah nombor 901738, enam digit epik. Meski berbeza, kesetiaan tetap tumpah pada Raja dan Negara.

Skrin berkelip-kelip menunggu pengesahan pakar senjata. Hening.

“Tangan mengayun buaian mampu menggoncang dunia!” bisik Reyna sendiri. Pekat mengalir darah wirawati Nusantara di tubuhnya: Cik Siti Wan Kembang, Ratu Hijau, dan Malahayati. Inilah buahtangan pewarisnya Dara Jingga!

“Daulat Tuanku!” bicaranya spontan.

“Daulat Tuanku!” disahut Kamal.

“Daulat Tuanku!” teriak Kapten bersemangat.

Tanpa dirancang, diluar P3GUN, Hang Qadim juga menumbuk-numbuk ke udara. “Takbir!” lantas dibalas bertalu-talu pasukannya.

“Allahuakbar!”

“Allahuakbar!”

“Allahuakbar!”

Kesepaduan semua jasad dan nurani menghadirkan gempa menggoncang bumi. Bersama-samanya tujuh butir peluru istimewa nusa dan bangsa memecut ke kapal durjana.

8

Suatu percikan di kejauhan. Buat penghuninya, yang diinjak dan yang didongak bertukar posisi. Layar makin basah dijamah laut, sedangkan luan bebuli, baling-baling dan kemudi semakin mesra disapa bayu.

Flor de la Mar karam.

TAMAT 4.

5.
PEREMPUAN-PEREMPUAN DI PERPUSTAKAAN

Oleh: Em. Sastroatmodjo

DI bangku yang sedang Kau duduki sekarang. Kau bisa menatap pria ceking yang melayani pengunjung di depanmu itu. Lihatlah jari-jemarinya. Tolong awasi dia. Sebab lelaki brengsek, di manapun tempatnya, apapun jabatannya, tetap saja akan brengsek.  

Kau tak perlu tau siapa aku dan mengapa aku membuat catatan ini. Yang jelas, setelah membaca tuntas, Kau akan paham sendiri.

Sudah kau awasi? Pastikan matamu tak melewatkan gerakan tangannya sedikitpun. 

Baiklah, lewat tulisan ini, aku akan sedikit bercerita. Ini tentang perempuan-perempuan yang aku temui di perpustakan. Perempuan-perempuan yang saat ini juga dapat kau temui di situ. Lihatlah sekelilingmu:  

/1/ Perempuan yang potonya dipasang di poster pintu masuk perpustakaan

 Seperti halnya Kau. Aku pun seorang pengunjung paling taat di perpustakaan ini. Sore, selepas kerja, siapa saja akan menemukanku berdiam di sebelah rak warna hijau. Persis di tempat yang sedang kau duduki. Aku mulai keranjingan membaca, sejak aku bertemu perempuan yang wajahnya dipajang sebagai poster di pintu masuk perpustakaan. Perempuan itu bernama Olivia Hareem. Si Penggemar topi bulat dan jas berwarna kalem. Perempuan cerdas dengan sedikit riasan wajah. Dan itu yang membuatku mencintainya. 

Aku menerimanya dengan kasih sayang seorang kekasih yang bahagia. Itu pertama yang harus Kau tahu. Anaknya dua dan dua-duanya ikut keluarga suami. Hiburan satu-satunya yang Olivia miliki adalah membaca cerita-cerita fiksi. Maka tidak heran, apabila setiap akhir pekan ia datang kemari.

“Sebelum aku menggilai cerita fiksi seperti sekarang, Aku pernah phobia pada pengarang” ucap Olivia suatu ketika. 

“Bagaimana ceritanya?”

“Dulu, suamiku seorang pengarang, kau tahu sendiri, banyak pengarang yang sangat romantis dalam karya, tetapi dalam kenyataan kehidupannya semua itu omong kosong”  lanjutnya. Ia benahi rambutnya yang sedikit turun di kening. “Kau tak akan menyangka, Mas, bahwa tangan yang ia gunakan untuk mengetik kalimat romantis itulah yang menciptakan luka memar di wajahku. Ia menjadi gila dan marah tiba-tiba saat imajinasinya mampet”

“Astaga.. Maaf, Aku turut prihatin” dan benar,aku lihat beberapa bekas luka yang hampir pulih sempurna. Semacam bekas jahitan.

“Tak perlu minta maaf, aku sudah terbiasa. Yang jelas, aku bersyukur, saat ini aku sudah merdeka”  

“Kalian sudah cerai?” 

“Bisa dibilang begitu, lebih tepatnya, dia pergi dengan penggemar tulisan-tulisannya” ketika menjawab ini, aku lihat mata olivia menyala, semacam ada kemarahan sekaligus kenyerian. Tapi aku tak melanjutkan percakapan itu. Aku tak akan menanyakan bagaimana suaminya bisa pergi, atau pergi ke mana. Menanyakan kisah lama seseorang terkadang justru membuatnya tidak nyaman. Itu masa lalu dia. Aku hanya ingin melihat masa depan di matanya. 

Sejak itulah, aku mencintainya dengan cinta seorang kekasih yang bahagia. betapa aku telah menjadi orang yang beruntung memiliki perempuan seperti dia. Sampai saat ini, saat kau baca catatan ini, aku mencintainya. 

/2/ Perempuan yang menggendong bayi 

Perempuan yang sandaran di jendela sambil menggendong bayi itu namanya Sri. Kami bertemu saat mencari buku di bagian rak kesehatan. Tanpa sengaja buku yang ia cari sama seperti buku yang aku cari. Sebagai lelaki, aku mengalah. Waktu pertama kali berkenalan, kandungannya masih sangat muda. Ia mengatakan bahwa hal berat orang hamil adalah menahan godaan ngidam. 

“Seperti halnya perempuan hamil pada umumnya, ngidam adalah godaan yang setiap saat bertamu.”

“Benar, kata orang-orang memang demikian. Kalau tidak di turuti bayinya bisa ngiler” 

Aku lihat dia tertawa. 

“Sepanjang karier hamilmu, Sri. Kamu sudah ngidam apa saja”

“Aku ngidam melempar kapak” ucapnya. 

“Melempar kapak?”

“Iya, melempar kapan” perempuan itu meyakinkanku.

“lantas,Sudah kau tunaikan ngidammu itu,Sri?”

“Sudah. Ditemani suamiku” jawabnya singkat.

Aku tertawa, dan dia memandangiku dengan tatapan sedikit janggal, 

“Aku kira suamimu juga akan sama sepertiku” kataku sambil menahan tawa.

“Kamu salah, justru suamiku ketakutan,”

“Apa yang menakutkan dari ngidam seperti itu?”

“Aku ngidam melempar kapak pada kendi. Dan kendi itu harus ditaruh di atas kepala suamiku” 

“Astagfirulloh.. Kalau begitu ceritanya, bukan hanya suamimu saja yang takut, semua lelaki di muka bumi akan bereaksi demikian, edan. Lalu bagaimana suamimu?”

Dia diam sejenak, ada aliran sungai yang tiba-tiba muncul di matanya, 

“Dia tidak beruntung, Mas, bilah kapak yang aku lemparkan tidak mengenai kendi, melainkan menancap tepat di tengah kepalanya”

Ada kesunyian yang merembes di antara kami. Aku bisa membayangkan betapa ngerinya. Otak berceceran di jubin dan darah berhambur di mana-mana. Memang terdengar gila. Tetapi, itulah kisah Sri adanya.

/3/ Perempuan yang mirip laki-laki

Tengok perempuan yang duduk selonjor di ujung lorong itu. Kumis tipis dan bulu halus yang tumbuh di antara alisnya itulah yang membuatku menaruh hati. Pun bulu-bulu yang tumbuh subur di lengan dan kakinya. Bagiku, itu sangat unik. Kami bertemu di perpustakaan pada akhir bulan Januari.

Ayahnya seorang wali kota, seorang kepala keluarga yang sibuk mengurusi kehidupan orang banyak, meski terkadang bahkan sering melupakan urusan keluarganya sendiri.  

“Ayah hanya datang sebulan sekali, itupun hanya beberapa jam saja, sekadar mampir” begitu ia memulai kisah orang yang ia sebut Ayah.  “Setiap hari, aku selalu bertanya-tanya, apakah semua lelaki memang brengsek? Bagaimana menurutmu?”

“Dengar Mei, tidak semua lelaki seperti itu?” jawabku

“Lalu, bagaimana denganmu, Mas?” Kau tahu, pertanyaanya itu membuat leherku seret.  Sebuah pertanyaan yang menurutku terlalu keparat. Aku sedikit lama terdiam. Bagaimana aku menjawabnya. Seumpama posisimu sebagai aku waktu itu, tentunya akan mengalamai hal yang sama, menjadi patung selama beberapa menit. 

“Emm.. Kalau aku sih tidak termasuk jenis lelaki semacam itu?” aku menjawab dengan sedikit gugup. Mei melirikku sambil tetap diam. Ya. Perempuan yang mirip lelaki itu tak menampakkan ekspresi apa-apa.

“Aku percaya itu”ucapnya sambil membenahi letak duduknya. Kemudian ia mendekatkan wajahnya ke wajahku. “Aku memercayaimu, seperti halnya aku memercayai ayahku tempo dulu. Kamu dan ayah ada kemiripan. Dulu, Ayah orang yang terlihat lugu sepertimu, seorang lelaki gagah yang dipercaya banyak orang bahwa ia adalah lelaki yang tidak brengsek. Tetapi itu dulu, sebelum akhirnya semua orang bahkan aku mengecapnya sebagai lelaki paling brengsek. Ia meninggalkan ibuku ketika aku sedang dikandung. Sementara kakakku terbaring di dipan, karena berjuang melawan penyakit cacar yang menyerang seluruh badanku secara membabi buta. Dulu, Ayah dikabarkan pergi berlayar ke Singapura. Dan sampai sekarang, ia tidak pernah kembali. Kabar terbaru, ia sekarang menjadi pemimpin sebuah partai di sana, banyak pemimpin partai yang brengsek di dunia ini”. 

Kekecewaan pada ayahnya membuat Mei tidak percaya lagi pada lelaki, kecuali padaku. Mulai saat itu, aku selalu menemuinya setiap hari rabu, seperti hari ini. Ia selonjoran diujung lorong.    

/4/ Perempuan berjilbab lebar bercelana gemes

Putar kepalamu sedikit ke kanan. Perempuan berjilbab lebar bercelana  gemes itu namanya Eti. Ia lahir tanpa kedua orang tua. Menurut ceritanya, Bapak Ibunnya meninggal saat ada unjuk rasa di depan kantor dewan. Bukan karena terkena gas air mata atau lemparan batu, melainkan karena terpeleset kulit pisang ketika mereka berlari menjauhi kerumunan. Tak perlu heran, terkadang kematian memang datang bersamaan hal seremeh itu. 

Eti hidup bersama pamannya yang sekarang mengalami stoke. Penyakit darah tinggi merenggut kekuatan kaki lelaki yang telah ia anggap sebagai ayahnya sendiri itu. Dulu, pamannya bekerja di Gedung Olah Raga PT.Djarum Kudus khusus membina tunas-tunas muda bulu tangkis. Namun, semenjak ia diberhentikan dari sana akibat konflik KPAI dengan perusahaan itu, ia menjadi stress. Tensi darahnya meningkat. Kakinya mulai mati rasa.

Sejak saat itu, Eti menggantikan peran pamannya sebagai tulang punggung keluarga. Perempuan bertubuh pinus itu mengabdikan dirinya di warung Yu Sum. Warung di pinggiran rel kereta api. Menjadi tukang bersih-bersih piring dan perabotan. 

 Sekarang Kau sudah tahu semua perempuan-perempuan yang berada di sekelilingmu kan. Tapi tolong, awasi pria ceking di depanmu itu. Pria ceking yang sekarang Kau tatap itu adalah petugas perpustakaan yang baru, dia menggantikan seseorang yang bekerja sebelumnya–pria tambun yang jarinya aku jadikan gantungan kunci: jari yang dulunya sangat mudah memegang pantat perempuan-perempuan yang aku ceritakan di atas. Tapi tenang saja. Lelaki itu sudah kabur ke Kalimantan. Pulang ke kampung halaman. Jadi, kalau kau melihat pria ceking itu menggunakan jarinya untuk mencolek pantat perempuan-perempuanku, bilang saja. akan kujadikan jarinya gantungan kunci. 

Dan ini rahasia kita, Aku adalah kakek, ayah, dan suami dari perempuan-perempuan itu. Kamu diam saja, sebab mereka pun tak mengenaliku lagi.  

Yogyakarta, Hari Santri 22 Oktober 2019.

TAMAT 5.

6.
+ – × ÷

Oleh: Irwan Abu Bakar

MEJA itu berbentuk empat segi sama. Meja kayu. Panjang setiap sisinya hanya dua kaki (0.6096 meter). Luas permukaan meja itu ialah dua kaki darab dua kaki, jadinya empat kaki persegi. Meja itu bernombor 17. Itulah nombor yang tertempel di suatu sudut permukaan meja itu. Letaknya meja itu adalah di kedai Mamak yang bernama “Teh Tarik Palace”. Kedai itu letaknya di dalam supermarket Tetero. Berhawa dingin. Amat popular kedai makan ini, meja-mejanya selalu dipenuhi oleh para pelanggan.

Di meja 17 itu, duduk dua orang lelaki muda. Seorang mengenakan baju-T berwarna merah sementara seorang lagi berbaju-T berwarna hitam. Mereka masih remaja, dalam 17 tahun umurnya. Susuk badan mereka tampan dan langsing. Rambut lebat, banyak yang keperang-perangan disapu pewarna rambut. Remaja yang berbaju merah kelihatan seperti sahabat sebaya kepada lelaki berbaju hitam. Yang berbaju hitam kelihatan seperti sahabat sebaya kepada lelaki berbaju merah. Mereka sedang duduk untuk menikmati sarapan tertangguh (atau brunch) tentunya. Dikatakan brunch kerana jam sudah menunjukkan hampir pukul 11.00 pagi sedangkan mereka baru sahaja memesan makanan dan kedua-duanya kelihatan agak kelaparan.

Dua orang lelaki muda itu duduk bersebelahan tetapi menghadap 90 darjah antara satu sama lain, kau faham, bukan? Maksudnya, garis pandangan lelaki berdua itu bersilangan antara satu sama lain untuk membentuk sudut 90 darjah. Maksudnya, mereka duduk di dua sisi meja itu yang berlainan dan dua sisi itu membentuk sudut 90 darjah. Maksudnya, mereka masing-masing duduk di meja itu, di dua sisi  yang berlainan tetapi mereka berada sebelah-menyebelah antara satu dengan lain. Lelaki-lelaki itu sengaja duduk di meja bernombor 17 kerana kedua-duanya ialah peminat tegar bagi novel antiplot Meja 17 yang sedang laris di pasaran Malaysia dan Indonesia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Lelaki berbaju merah sudah menerima pesanannya. Sedulang roti boom terletak di hadapannya. Dua keping roti boom, dengan kuah dalam lekukan pada dulang itu. Teh tarik juga terletak di sisi dulang itu. Seorang pelayan Mamak kedai itu datang membawa sedulang chicken strips dan french fries sertasegelas lagi teh tarik. Diletaknya racikan ayam, gorengan potongan kentang, dan teh tarik itu di hadapan remaja berbaju hitam.

Dua lelaki remaja itu terus memamah makanan masing-masing sambil melayani  telefon bimbit masing-masing, dengan sesekali meneguk teh tarik panas dari gelas masing-masing. Sesekali mereka serius, sesekali mereka tersenyum, sesekali mereka mengerutkan kening dan dahi, dan sesekali mereka ketawa.

 Apa tanyamu? Bagaimana suasana dalam restoran itu pada masa itu? Oh, suasananya riuh dengan para pelanggan yang ramai, mencari-cari meja yang masih  kosong. Beberapa kumpulan pelanggan berdiri di tepi dinding, memerhati dari jauh jika ada meja yang ditinggalkan kosong oleh pelanggan terdahulu yang sudah selesai menikmati juadah masing-masing. Para pelanggan di meja juga terasa tertekan untuk menghabiskan makanan masing-masing dengan secepat mungkin kerana terus-menerus diperhatikan oleh pelanggan yang masih menunggu giliran untuk mendapatkan tempat duduk. Pelayan restoran, ada dalam 10 orang kesemuanya, sibuk ke sana sini untuk mendapatkan helaian borang pesanan makanan yang dihulurkan oleh pelanggan yang baru duduk di meja dan mengisi helaian borang pesanan yang tersedia di atas meja masing-masing.  Sekali sekala, terdengar suara laungan pelanggan memanggil pelayan untuk mengambil borang pesanan daripada mereka atau untuk menukar pesanan yang tersilap hantar. Kekadang terdengar juga tukang masak di dalam kubikel dapur memanggil pelayan restoran itu untuk datang mengambil segera makanan yang telah siap mereka sediakan dalam dulang penghantaran. Di kaunter bayaran, kelihatan barisan yang panjang, dengan pelanggan yang masing-masing menunggu giliran untuk membuat bayaran di kaunter bayaran yang mempunyai hanya sebuah mesin bayaran dan seorang kasyier sahaja. Ya, begitu mencabar suasananya… Ala, sudahlah tu. Janganlah tanya lagi. Kamu bayangkanlah sendiri suasananya. Kita hendak fokus kepada ceritanya, kepada apa yang berlaku. Kalau sibuk bercerita tentang suasana sekitar, boleh merugikan tenaga, merugikan masa, malah merugikan kata-kata. Itu pembaziran, tahu? Allah marah orang yang boros, suka membazir tenaga, masa, dan kata-kata. Kelmarin, dalam khutbah Jumaat di masjid al-Ghufran, imam ada membaca dan menayangkan di skrin yang terpasang di dinding depan masjid itu,  sebuah petikan dari al-Quran, surah al-Isra’ (surah 17), ayat 27, seperti yang berikut:

Sesungguhnya, orang yang boros itu ialah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.

Aduh… Wajarkah ayat al-Quran dipetik dan diletakkan untuk menghiasi sebuah cerita fiksyen seperti cerpen ini? Ada sebuah novel, pastinya fiksyen, yang menyelerakkan petikan terjemahan berbagai-bagai ayat al-Quran di dalamnya.  Wajarkah hal itu dilakukan, sedangkan novel juga ialah sebuah karya fiksyen. Emm… Itu isu lain, isu akademik. Biarlah pakar sastera dalam kalangan ahli-ahli akademik membincangkannya. Kita teruskan sahaja dengan cerita kita.

Rupa-rupanya, pada ketika itu, pada ketika dua lelaki remaja tersebut beraktiviti di meja 17, ada seorang perempuan yang duduk di meja yang berhampiran, sedang memerhatikan dua orang lelaki remaja bersahabat baik di meja 17 yang tersebut. Betulkah dua lelaki itu semata-mata dua orang yang bersahabat baik? Agaknya la. Lagak mereka pun kelihatan mesra kawan biasa. Bukan jenis yang berbincang tentang “top ke bottom?”. Lagi pun, tidak mungkin dua lelaki itu pasangan PLU kerana lelaki PLU laknatullah biasanya tidak membawa pasangan laknatullah mereka makan di kedai Mamak. 

Perempuan tadi bangun dari mejanya, meja bernombor 19. Perempuan ini sebenarnya adalah juga peminat tegar novel Meja 17 dan sewaktu dia masuk ke restoran itu tadi, dia sememangnya terus menuju ke meja bernombor 17. Malangnya, meja itu sudah terlebih dahulu diisi oleh dua orang lelaki tersebut menyebabkan perempuan itu terpaksa menuju ke meja 19 dengan perasaan geram. Geram marah, rasa hendak tampar, bukannya geram berahi, rasa hendak peluk cium.  

Kini perempuan itu terus menuju ke meja 17 yang sedang diduduki dua lelaki remaja tadi. 

“Adik,” tegur perempuan itu kepada dua lelaki tersebut apabila dia sampai di meja 17. “Saya lihat adik berdua terlalu leka dengan telefon bimbit masing-masing. Tidak bercakap-cakap langsung antara satu dengan lain. Inilah tabiat buruk yang sedang merosakkan hubungan sosial dalam masyarakat kita pada hari ini,” bentaknya. Mukanya merah marah.

Wah, perempuan itu seorang aktivis sosial agaknya! Tidak mungkin dia bertindak begitu untuk merebut meja 17 daripada lelaki berdua itu.

Dua lelaki remaja di meja 17 tersebut memandang terkejut ke muka perempuan yang menyerang mereka itu.

“Puan, kami sedang berkomunikasi berdua. Kami berkomunikasi menggunakan telefon kami!” kata lelaki remaja berbaju merah itu. Remaja berbaju hitam melihat ke muka perempuan aktivis sosial itu sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

Tetiba wajah wanita aktivis sosial yang garang tadi berubah warna daripada merah kepada merah padam.

“Oh, kenapa anda perlu berbincang dengan menggunakan telefon bimbit? Kenapa tidak tatap muka dan lontarkan suara? Itu dua gerak asas komunikasi!” bentaknya.

Oh, dia mempunyai ilmu akademik asas tentang komunikasi rupa-rupanya. Mungkin dia pengikut tegar portal FIKKOM (Fikir & Komunikasi) yang diuruskan oleh syarikat Real Good Studio di URL http://fikkom.home.blog.

Remaja berbaju merah menjawab. “Sukar kami hendak berkomunikasi begitu, puan,” katanya sambil melihat ke muka perempuan aktivis sosial itu. Remaja berbaju hitam melihat ke muka perempuan aktivis sosial itu sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

Perempuan itu, secara spontan, membeliakkan matanya dan bertanya, “Sukar hendak berkomunikasi dengan menatap muka dan melontarkan suara? Mustahil! Apa yang sedang kamu berdua bincangkan?”

Remaja lelaki berbaju merah menunjukkan skrin telefonnya kepada wanita itu.

Perempuan itu tergamam. Matanya semakin terbeliak apabila melihat kandungan skrin telefon bimbit yang ditalakan kepadanya itu. Menjadi serba salah perempuan aktivis sosial itu apabila melihat pancaran imej ini:

TAMAT 6.

7.
PINANG

Oleh: Irwan Abu Bakar

“Saya memang tak suka perempuan; dari mula lagi.”
“Suka sesama lelaki?”
“Yup.”
Top ke bottom?”
“B.”

Meja itu berbentuk empat segi sama. Meja kayu. Panjang setiap sisinya hanya dua kaki (0.6096 meter). Luas permukaan meja itu ialah dua kaki darab dua kaki, jadinya empat kaki persegi. Meja itu bernombor 17. Itulah nombor yang tertempel di suatu sudut permukaan meja itu. Letaknya meja itu adalah di kedai Mamak yang bernama “Teh Tarik Palace”. Kedai itu letaknya di dalam supermarket Tetero. Berhawa dingin. Amat popular kedai makan ini, meja-mejanya selalu dipenuhi oleh para pelanggan. Di meja itulah dua lelaki itu sedang berbicara.

“Kenapa abang menghubungi saya di media sosial?”
“Bukankah sdr yang menghubungi saya dulu?”
“Tidak. Abang yang menghubungi saya dulu.”
“Oh, ye ke? Terlupa pulak saya.”

Di meja 17 itu, kelihatan seorang lelaki hampir separuh umur bersama seorang lelaki muda. Yang lebih tua, umurnya sekitar 45 tahun. Badannya masih kelihatan tampan tetapi rambutnya sudah banyak juga ubannya. Yang lebih muda, masih remaja, sekitar 25 tahun umurnya. Bentuk badanya slim. Rambutnya lebat, banyak yang keperang-perangan disapu pewarna rambut. Yang hampir separuh umur, seperti abang kepada remaja itu. Yang muda, seperti adik kepada lelaki yang hampir separuh umur itu. Mereka sedang duduk untuk menikmati sarapan tertangguh (brunch) tentunya. Dikatakan brunch kerana jam sudah menunjukkan hampir pukul 11.00 pagi sedangkan mereka baru sahaja memesan makanan dan kedua-duanya kelihatan agak kelaparan.

“Kenapa minta bertemu saya?”
“Saya hendak mencari suami.”
“Suami?”

Lelaki hampir separuh umur sudah menerima pesanannya. Sedulang roti boom terletak di hadapannya. Dua keping roti boom, dengan kuah dalam lekukan pada dulang itu. Teh tarik juga terletak di sisi dulang itu. Lelaki 17 tahun juga sudah menerima pesanannya – chicken strips dan French fries serta segelas Milo panas. Dua lelaki itu lantas memulakan proses memakan hidangan sarapan masing-masing.

“Saya hendak mencari suami baharu. Suami saya sudah ada orang lain. Saya tinggalkan dia.”
“Suami? Oh, sugar daddy agaknya…”
“Ya, macam sugar daddy… Tapi lebih kepada suami.”

Tidak lama kemudian, roti boom si lelaki hampir separuh umur pun habis dimakan. Tinggal teh tarik sahaja yang perlu dilayani. Chicken strips dan French fries si lelaki 17 tahun pun habis dimakan. Tinggal segelas Milo panas sahaja yang perlu dilayani.

“Berapa umur sdr?”
“25.”
“Sudah lama bersuami tu?”
Couple lima tahun.”

Apa tanyamu? Bagaimana suasana dalam restoran itu pada masa itu? Oh, suasananya riuh dengan para pelanggan yang ramai, mencari-cari meja yang masih  kosong. Beberapa kumpulan pelanggan berdiri di tepi dinding, memerhati dari jauh jika ada meja yang ditinggalkan kosong oleh pelanggan terdahulu yang sudah selesai menikmati juadah masing-masing. Para pelanggan di meja juga terasa tertekan untuk menghabiskan makanan masing-masing dengan secepat mungkin kerana terus-menerus diperhatikan oleh pelanggan yang masih menunggu giliran untuk mendapatkan tempat duduk. Pelayan restoran, ada dalam 10 orang kesemuanya, sibuk ke sana sini untuk mendapatkan helaian borang pesanan makanan yang dihulurkan oleh pelanggan yang baru duduk di meja dan mengisi helaian borang pesanan yang tersedia di atas meja masing-masing.  Sekali sekala, terdengar suara laungan pelanggan memanggil pelayan untuk mengambil borang pesanan daripada mereka atau untuk menukar pesanan yang tersilap hantar. Kekadang terdengar juga tukang masak di dalam kubikel dapur memanggil pelayan restoran itu untuk datang mengambil segera makanan yang telah siap mereka sediakan dalam dulang penghantaran. Di kaunter bayaran, kelihatan barisan yang panjang, dengan pelanggan yang masing-masing menunggu giliran untuk membuat bayaran di kaunter bayaran yang mempunyai hanya sebuah mesin bayaran dan seorang kasyier sahaja. Ya, begitu mencabar suasananya… Ala, sudahlah tu. Janganlah tanya lagi. Kamu bayangkanlah sendiri suasananya. Kita hendak fokus kepada ceritanya, kepada apa yang berlaku. Kalau sibuk bercerita tentang suasana sekitar, boleh merugikan tenaga, merugikan masa, malah merugikan kata-kata. Itu pembaziran, tahu? Allah marah orang yang boros, suka membazir tenaga, masa, dan kata-kata. Kelmarin, dalam khutbah Jumaat di masjid al-Ghufran, imam ada membaca dan menayangkan di skrin yang terpasang di dinding depan masjid itu,  sebuah petikan dari al-Quran, surah al-Isra’ (surah 17), ayat 27, seperti yang berikut:

Sesungguhnya, orang yang boros itu ialah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.

Aduh… Wajarkah ayat al-Quran dipetik dan diletakkan untuk menghiasi sebuah cerita fiksyen seperti cerpen ini? Ada sebuah novel, pastinya fiksyen, yang menyelerakkan petikan terjemahan berbagai-bagai ayat al-Quran di dalamnya.  Wajarkah hal itu dilakukan, sedangkan novel juga ialah sebuah karya fiksyen. Emm… Itu isu lain, isu akademik. Biarlah pakar sastera dalam kalangan ahli-ahli akademik yang membincangkannya. Kita teruskan sahaja dengan cerita kita.

“Boleh tak abang menjadi suami saya?”
“Menjadi suami? Untuk apa?”
“Supaya saya boleh menjadi isteri. Boleh tinggal bersama-sama abang. Boleh interaksi sebagai pasangan PLU”

Apakah hubungan antara dua lelaki di meja 17 itu? Entahlah, agar sukar untuk diagak. Kecanggungan interaksi mata antara mereka menggambarkan mereka baru berkenalan, baru pertama kali bersua muka. Namun ada kemesraan sosial dalaman antara mereka, menandakan mereka biasa berinteraksi di media sosial atau di telefon, ber-WhatsApp atau ber-Telegram barangkali. Dua lelaki yang sedang menghadapi minuman masing-masing itu terus berbual-bual.

“Berinteraksi sebagai pasangan PLU?”
“Yup.”
“Saya takut… Berdosa.”
“Semua perbuatan ada dosanya, ada pahalanya…”

Pada ketika itu, pelayan restoran itu datang ke meja 17, menghulurkan invois kepada lelaki hampir separuh umur itu. “Kami mahu tutup kedai sebentar, encik,” kata pelayan itu. “Pukul 1.00 nanti kami buka semula untuk makan tengah hari.”

“Boleh ke Abang? Atau abang cuba sekali dulu, buat dengan saya…. Lepas tu baru abang buat keputusan sama ada nak jadi suami saya atau tidak. Nak ke cuba sekali, abang?”

Kuala Lumpur, 03.03.2020.

TAMAT 7.

8.
ai.b.

Oleh: JaBiT Abdul Aziz

KULIT dicalar ngingis[1].  Ngingis ghairah jari amai[2].  Amai gesel kulit.  Kulit gatal nyaman digaru.  Digaru ganda mahunya. Mahunya sehingga rasa gatal nanar[3].  Nanar pusing kembali.  Berbalik kulit digaru.

Pawana terbangkan gatal.  Gatal mendarat ke kulit. Kulit manusia diulit.  Diulit sasar gelisah. Seluruh kampung gelisah. Gatal maharajalela.  Risau galau[4].  Bapanya tercabar.  Ibunya rasa pijar[5].  Gatal maharajalela, kulit pisat[6].

Tangan sarung plastik raba.  Raba lubuk gatal. Gatal berlubuk di mana?  Di seluruh kampung sudah betot[7] muafakat.  Tuduh menuduh junterah[8].  Sengketa seruak[9].  Seruak mencari sasaban[10].  Sasaban untuk dituduh.  Boleh tuduhan bantu? Nihil[11]!  Tangan sarung plastik geming[12].  Keadaan ini murba[13].  Penuduh punya tauke.  Tauke luahkan carut. Carut lahirkan prasangka.  Siapa yang dicarutkan?

Pawana[14] sanyam[15]?  Pawana saba[16] dengan air?

Hirup sop dengan lahap,

lahap liur inda tertahan;

sudah dua pekan kami berharap,

mungkinkah gatal sakit jangkitan?

*        *        *

Aku lihat lembaga berbaju putih taranah[17] punggungnya.  Di sebelahnya, lembaga lebih muda.  Aku tidak tahu apa hubungan mereka?

“Tuan yang mahu berjumpa dengan Tuan Jurutera Saliran?” tanya lembaga berbaju kurung, penuh hormat.

“Au, sudah buat appointment hari atu.”

“Tunggu sebentar Tuan.”

Lembaga berbaju putih mengganguk.  Lembaga lebih muda kutat[18].

Mercun letup, badan diababi,

Akulah perakam gambar, cctv.

*      *          *

Aku nampak dua lembaga berada di dalam bilik.  Lembaga berbaju putih bertali leher biru duduk, di sebelah kanan.  Di sebelahnya, lembaga berbaju hitam bertali leher hitam.

Lembaga berbaju putih sudah lama menunggu di dalam bilik.  Lembaga berbaju putih duduk di sebelah kiri.

“Nyatakan nama tuan dan tujuan tuan berjumpa kami.”

“Nama saya Siman.  Saya memohon dibinakan sistem saliran najis yang disambungkan kepada sistem saliran kebangsaan.  Pada masa ini, sisa kumbahan najis terus mengalir ke dalam longkang. Najis tersebut tidak dirawat…”

“Projek itu tidak ada dalam perancangan Sistem Saliran Kebangsaan…”

“Tuan, saya sudah pohonkan secara hitam putih dua tahun lepas.  Saya sudah hantar surat susulan kali kelima…”

“Itu kami tidak tahu kerana kampung Tuan tidak termasuk dalam perancangan Sistem Saliran Kebangsaan!”

“…”

Lembaga berbaju putih bertali leher biru, bagul[19]nya canak[20].

Lembaga berbaju hitam bertali leher hitam, bagulnya tugal[21].

Lembaga berbaju putih, bagulnya mengerling ke bawah.

“Jika tidak ada apa-apa lagi yang Tuan mahu cakapkan, perjumpaan selesai…”

“…”

“Peluang terakhir untuk Tuan menyatakan sesuatu.”

“Sebelum saya bercakap, saya memohon maaf…”

“Kami sedia mendengar…”

“Saya harap permohonan saya itu mengambil masa lama untuk dipertimbangkan bukan disebabkan oleh isu yang ayah saya timbulkan dengan pihak Tuan satu ketika dahulu…”

Paaappppppp!!!!!

“…???”

“Ini membuat saya marahni!  Itu cerita lama! Kami profesional.  Ayah kamu memang menjana isu kerana membuat siasatan ke atas Pengarah.  Pengarah tidak dapat melupakan perkara tersebut. Kami profesional!”

Lembaga berbaju putih, mengangkat punggung.  Lembaga berbaju putih mengunjuk tangan kanan.  Tangan kanan jumbul[22].

“Tuan menangis…?”

“…”

Tanpa memegang tangan kanan lembaga berbaju putih, lembaga berbaju putih bertali leher biru menggetarkan lubang yang berada di antara hidung, di atas dan dagu di bawah: “Kenapa Tuan menangis…???”

“…”

 “Keluar!!  Orang babau[23] tidak ada dalam kamus perjumpaan saya!!”

Minum kopi bergula Melaka,

diminum lahap anak berkhatan;

penjelasan diberikan dusta belaka,

setentutnya kebenaran akan sahan[24].

*       *      *

                                         Harian Gaplah

Misteri menyelubungi sebuah kampung yang belum ada hentinya.  Lalat berkerumun dengan pajalnya di dalam dan di luar rumah. Oleh kerana itu, penduduk di sini sentiasa menutup pintu dan jendela mereka.

Kawasan sasaran berkumpulnya lalat adalah di tempat keluarnya air dari tangki kumbahan najis.  Yang menghairankan lalat tidak berkumpul di sebuah rumah, di hujung kampung. “Kami juga hairan, rumah di hujung kampung, tidak dikerumuni lalat.  Kami yakin, ada sesuatu yang mereka tapuk. Mungkin mereka gunakan sihir…” ulas penduduk kampung yang nampak marah sambil diiyakan oleh beberapa orang penduduk lainnya.  Menurut penduduk kampung itu lagi, sebelum ini rumah tersebut telah didatangi oleh satu kumpulan orang luar, memeriksa rumah dan mengambil air dari longkang…

                     *      *               *

Pawana gurih[25] selesa.  Selesa uyung-uyungan[26].  Kerusi meja ikhlas diduduki.  Gelas siaga diminum air di dalamnya.  Pawasa gurih rasa. Suraah Yaasin dan kitab Ratib Al-Attas girang setelah dibacatelaah.

“Bapa, Aiman dengar ceramah di radio pagi tadi.  Ceramah ugama madah jika azan dilaungkan, syaitan akan berkeliaran berlindung di tempat kamah[27].  Jamban[28] salah satu tempatnya…”

“…”

“Kawan Aiman beritahu mamanya membeli ketulan biru bulat di masukkan dalam tangki jamban.  Jika dimasukkan ke dalam tangki jamban, airnya jika dipam menjadi biru. Air itu membersihkan sistem jamban termasuk dalam tangki, bawah bibir tangki, dalam mangkuk jamban dan lengkuk S katanya.  Sudah tentu kuman mati!”

“Bapa pun mendengar ceramah itu, bulan lepas sudah.  Mamamu sudah beli ketulan biru bulat itu kelmarin…”

“Bah okaylah tu, nanti Aiman masukkan.  Terima kasih pa.”

       Hidup berkampung, malar bersapa,

       bersapa penuh ramah;

      berbelanja sedikit tidak mengapa,

       asalkan air biru bersihkan kamah.

*      *               *

Gumanta[29] suasana.  Rumah di hujung kampung dikepung.  Penduduk kampung berang. Lalat girang bergabung di rumah lain.  Pawana ampus[30].  Pawana dipampan[31].  Jumantara[32] simpati, mendung.  Penduduk tidak tergumbala[33] menghalau lalat.  Lalat girang melayan sijan[34].  Lalat penaka[35] galat[36] serang rumah di hujung kampung?

“Hei, orang dalam rumah keluar, sudahlah menggunakan sihir kamu!” teriak lembaga yang bagulnya diikat kain.  Lembaga yang bagulnya diikat kain lampuh[37] badannya.  Lembaga yang bagulnya diikat kain, berpeluh ketiaknya.

“Oh lurus tu, keluar kamu.  Penakut…!!!” semakin padu suara, gaplah.

Lembaga muda berlari pantas.  Lembaga muda memandang kepada khalayak.

“Dapat semua bersabar?  Jangan ambil tindakan melulu yang merugikan.”

Khalayak masih menggetarkan lubang yang berada di antara hidung di atas dan di bawahnya.    

“Kamu, siapa berani ikut campur dalam masalah kampung kami?!!”

“Saya dari Persatuan Tandas Sedunia (PTS)…”

“Bukan tandaslah, katakan saja jamban…”

“…”

“Saya mahu mengongsikan keterangan yang diberikan oleh PTS.  PTS akan membina secara percuma sistem kumbahan najis seterusnya mencantumkan dengan saliran Sistem Saliran Kebangsaan.  Tuan punya rumah ini yang memohonkan perkara tersebut…”

“Kenapa tidak memohon kepada pihak berkuasa…?”

Dari jauh kedengaran:”Inda kena benarkan oleh Pengarah!!!”

Berbaur[38] gumanta.

“Apa kaitannya dengannya lalat yang pajal ini…!!”

“Sebab itulah pihak berkuasa kesihatan minggu lalu mengambil contoh air longkang dekat dengan tangki najis.  Mereka mendapati adanya kuman yang belum dapat dikenalpasti. Masih di dalam siasatan makmal. Sekarang musim panas bermakna kuman jenis ini senang membiak melalui udara…”

“Kenapa air biru keluar dari rumah ini.”

“Tuan rumah menggunakan pembersih jamban yang dimasukkan di dalam tangki jamban.  Sebab itu airnya biru. Air itu mengandungi ubatan untuk membunuh kuman dan membersihkan tangki najis…”

“…“

 *     * *

Dalam masa yang sama, gaplah di kawasan kampung dikerumuni lalat, di luar bilik Jurutera Saliran, Aku nampak menugal turus berdiri empat lembaga menunggu dilayan.

“Tuan-tuan mahu berjumpa siapa?”

“Kami dari Bahagian Etika dan Audit mahu berjumpa dengan Jurutera Saliran pihak puan,” bergetar lubang yang berada di antara hidung, di atas dan dagu di bawah.  Lembaga memakai baju hitam mengunjuk sekeping kertas.

 *   *

“Mohon semua bersurai.  Ketua kampung akan mengadakan perjumpaan selepas ini.  Menunggu kedatangan pegawai daerah…”

Gumanta santai[39].

Gumanta tidak jumpalitan[40]

Gumanta pajah[41]

Gumanta tandas[42]

Pawana bertiup kembali.

namiS[43] menyubuk[44] melalui tabuk[45].

Bergumanta jumantara: “Alhamdulillah

-Tamat-

Rujukan:

Kamus Bahasa Melayu Nusantara, Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam


[1] Brunei – terkopek sedikit (tentang kulit).

[2] Brunei – amai tangan – sangat teringin mengerjakan yang tidak-tidak.

[3] Tidak tentu haluan; menjadi bingung.

[4] Kacau, riuh, bising

[5] Berkunang-kunang (tentang penglihatan)

[6] Kehairanan kerana terkejut

[7] Jakarta – cabut (menarik) dengan paksa

[8] Brunei – berlebih-lebihan atau lebih banyak daripada yang biasanya

[9] Berjalan menyusup dengan menguak-nguakkan sesuatu yang menghalangi

[10] Brunei – alasan;sebab

[11] kosong sama sekali

[12] Jakarta – tidak bergerak sedikit pun

[13] biasa sahaja

[14] Sastera lama – angin;bayu

[15] Brunei – senyap

[16] bercampur

[17] Brunei – tidak bergerak

[18] Sibuk atau asyik memikirkan sesuatu

[19] Brunei – bentuk kepala yang bulat

[20] sastera lama – tegak memanjang

[21] Brunei – tercegat

[22] terapung-terapung

[23] Brunei – bisu

[24] Brunei – memikul

[25] enak

[26] Brunei – dikejar

[27] Brunei – tidak bersih;kotor

[28] kakus

[29] Brunei – riuh;bising

[30] Brunei – tercungap-cungap

[31] Brunei – tutup

[32] sastera lama- awang-awang;udara;langit

[33] Brunei – dapat melakukan

[34] Gustan 360 darjah

[35] sastera lama- seperti

[36] Brunei – malu

[37] Brunei – gemuk

[38] Bahasa Melayu – ketidaktentuan

[39] Bebas daripada tekanan

[40] Jakarta – bertingkah tidak keruan

[41] Brunei – padam

[42] tidak ada lagi

[43] Gustan 360 darjah

[44] Brunei – menjenguk

[45] Brunei – jendela;tingkap

TAMAT 8.

9.
pe.su.k.

Oleh: JaBiT ABDUL AZIZ

PAWANA ngingiskan sendalu.  Sendalu udar oleh dingin pagi.  Dingin pagi perlina ditutup pintu.  Pintu pampan sendalu. Sendalu udar oleh dingin pagi.

Lembaga tua kurus geming.  Mata lembaga tua kurus, kuyu.  Mungkin lembaga tua kurus mengantuk?  Bening dan dingin tundukkan bagul.

Di luar, dingin pagi yuda dengan sendalu.  Sendalu semakin lemah. Lemah sendalu, pawana gah.  Gah masuk menyisip lubang pintu. Pintu pasrah.

Lembaga tua kurus bungkas.  Bungkas terus menuju tabuk. Tabuk ditutupi cermin nipis.  Nipis boleh melihat di luar. Di luar, binar mula hidup. Hidup sama degupan jantung lembaga manusia.  Lembaga manusia hidup babar. Babar pihit makhuk lain. Makhluk lain tidak nampak. Nampak yang ada. Ada lembaga manusia, ada kehidupan?

Lembaga tua kurus duduk di kerusi.  Kerusi kubak kulitnya. Kulitnya dari tilam potong.  Potong tilam nyamankan punggung. Punggung lemaskan tilam potong juta kali.  Kali ini, duduk lembaga tua kurus, lemah. Lemah ghalib bagi lembaga tua. Tua penanda umur.  Umur lembaga manusia terhad. 

Lembaga tua kurus bungkas lagi.  Lagi menuju tabuk. Tabuk ditutupi cermin nipis.  Nipis boleh melihat di luar. Di luar, binar rubit.  Air di jumantara bunut. Bunut acai hari hujan. Hujan di dalam kalbu lembaga tua?

Lembaga tua kurus limbai kaki lidut.  Lidut dengan tundukkan bagul. Bagul yang berfikir.  Berfikir ligat setiap detik. Detik kuai lidut. Lidut jalan.  Jalan terhenti. Terhenti kerana lembaga tua meraba kawasan perutnya.  Perutnya buratak barangkali? Barangkali cetus waham. Waham buntingkan masalah.  Masalah perlu dirusah.

Lembaga tua kurus duduk di kerusi.  Duduk di kerusi masih meraba kawasan perutnya.

Kkkkreeekkkkkk!!!

Lembaga tua kurus cakahnya bungkas.  Bungkas terus menuju tabuk. Tabuk ditutupi cermin nipis.  Nipis boleh melihat di luar. Di luar, bunut melebat. Melebat menjadi hujan.  Hujan turun, Alhamdulillah.

Lembaga tua kurus menuju pintu.  Pintu jadi hadang. Hadang sendalu, dingin pagi.  Pagi semakin hidup. Hidup semula lembaga tua. Lembaga tua gah.

Pintu diambit ke dalam 45 darjah.

“Assalamualikum…”

Lembaga tua kurus mengangkat kedua tangan.  Kedua tangan dilayahkan. Dilayahkan dengan mulut lembaga tua kumat-kamit.  Kumat-kamit terpandang lembaga muda. Lembaga muda mengangkat kedua tangan. Kedua tangan dilayahkan.

“Beritahu bapamu, terima kasih tapaukan aku lauk kuasi ampap…”

Lembaga mud“Walaikumsalam…”

“Siapa si Awang?”

Lembaga muda membuka penutup bagulnya.

“Aku anak Muzi, penghantar sukar khabar kita…”

“Mana bapamu?  Inda ia datang hari ini?…”

“Au, bapa demam, jahat rasa…”

Lembaga tua kurus canak.  Canak mulut nganga. Nganga walih.  Walih dengar khabar hiba. Hiba barangkali kalbu lembaga tua.  Lembaga tua kurus geming. Lembaga tua kurus gah berdirinya.

“Masuklah dulu wang…”

“Inda payah, baju basah.  Lagipun aku kan gagas…”

“Bah…”

Lembaga muda memberikan bungkusan.  Bungkusan disambut rakus oleh lembaga tua kurus.  Lembaga tua kurus diberikan barang dalam kotak plastik.  Kotak plastik disambut rakus. Rakus berinti maksud. Maksud yang baik-baik setentunya.  Setentunya semua ini ditunggu lembaga tua kurus.

“Kirim salam arah bapamu lai…”  Lembaga tua kurus tukar ‘wang’ kepada ‘lai’.  Lai panggilan manja kepada anak. Anak lembaga tua kurus kah lembaga muda ini?  Nahi. Lembaga muda ini anak izuM. izuM mungkin bermakna kepada lembaga tua. Lembaga tua kurus tasamuh.

“Bah, nanti memberitahu bapa…”

a berlari anak menuju lembaga besi berbunyi Kkkkreeekkkkkk!!!

Gumanta siur fitnah di alam fana,

Aku hembus udara dipanggil pawana.

#         #         #

Berselerak kemas kertas di atas meja.  Seorang lelaki menerjah matanya ke atas kertas.  Lelaki ini miruk. Duduknya taranah. Duduknya canak.  Duduknya geming.

“Matnor, uncle yang berlanggan surat khabar inikah yang didakwa untuk dimufliskan?” lirih lelaki ini berkata-kata.  “Inda ia pernah bercerita arahku?”

“Ia betul ni, alamat rumahnya.  Patut jua hari atu, ia beritahu dirinya sudah menjadi hamba?  Kasihan jua…” lirih lelaki ni berkata-kata. Berkata-kata seorang diri.

Mata lelaki ini mencari huruf hitam di atas kertas.  Matanya mengecam tarikh. “Aah, minggu hadapan ia dibicarakan.”

“Assalamualaikum.”

“Walaikum salam.”

“Sudah kau hantar surat karah uncle Matnor…?”

“Sudah.  Uncle kirim salam arah kita…”

“Walaikumsalam.  Nanti petang, kalau hari inda hujan, bawa bapa jumpa Sukri…”

“Sukri lawyer atukah pa?”

“Au.”

“Bah.  Di mana kau masa ani?”

“Masih menghantar surat khabar, tempat ke 20.  Ada dua tiga orang kirim salam arah kita. Famous kita pa…”

“Iatah kalua katani amalkan resmi sabut, timbul tu.  Sentiasa berbuat baik, bagus tu…”

“Kan tanya kita?”

“Apa?”

“Kita tapaukan uncle Matnor lauk baampap atu kita bersedekahkah?”

“Au.  Kubeli dari amitmu di kampung.  Ada dua tiga orang, pelangganku, kusedekahi.  Sedekah atu ikut gerak hati bapa. Inda pulang hari-hari…”

“Besok-besok pa, aku hantar surat khabar, siuk pa.  Happy yang menerima atu.  Lagi pun aku masih cuti unibersiti…”

“Bah, manasaja kau.  Lebih 20 tahun sudah bapa menghantar surat khabar.  Dari neneknya turun ke bapanya…entah-entah, cucunya, jika panjang umur…hehe.  Sudah kau baca Surah Al-Waqiah dan Surah Al-Mulk subuh tadi?”

“Alhamdulillah, sudah pa.  Lepas subuh. Kulihat kita selepas subuh atu, tatidur kita di kerusi…”

“Au.  Pagi tadi inda tah katani berjemaah subuh tu.  Jahat rasaku, perut lagi sakit-sakit. Bagahku…” 

“Bangga ku pa.  Kebaikan kita menjadi motivasiku.  I love you pa…”

I love you jua lai.  Ganya mamamu sudah inda ada.  Al-Fatihah untuknya…”

Suasana bening.

Gumanta pajah.

Jumantara senyum.

Tumbuk dinding perbuatan sia-sia,

bengkak tangan kerana seliuh urat;

ampiti makanan tindakan mulia,

infak rezekimu bawa berkat.

#         #         #

“Semua berdiri.”

Lembaga-lembaga berdiri semuanya.

Lembaga berjubah hitam jalan concong.  Setelah lembaga berjubah hitam duduk, lembaga lain menundukkan bagul.

Aku nampak ramai lembaga duduk beratur. 

Uncle rontaM berada di kerusi ke 10.  Bergilir-gilir lembaga dipanggil.  Lembaga berdiri turus. Lembaga tersebut mengatakan: “Mengaku Yang Arif.”  Kertas diberikan kepada setiap lembaga yang berdiri turus. Kertas diunjuk oleh lembaga berkot hitam.

“Matnor bin Sinor, sila berdiri.”

Uncle rontaM berdiri, miruk.  Muka Uncle rontaM gulana.

Kedengaran suara dari belakang, kira-kira dua baris kerusi…

“Yang Arif, saya Sukri dari Sukri Associates, mewakili defendan dalam kes muflis ini.”

Sukri bersyarat kepada lembaga berkot hitam mahu memberikan kertas.

“Surat wakil telah diberikan kepada staf Yang Arif.”

Uncle rotnaM tasamuh baur kesima.

“Apa pihak Sukri Associates boleh bantu mahkamah?”

“Saya bagi pihak defendan bercadang mengadili kes kemuflisan defendan secara timbangtara setuju bersama dengan erti kata lain, melalui arbitration.  Pihak plaintif, bank telah dimaklumkan.  Pihak plaintif setuju. Mohon ketetapan Yang Arif.”

Lembaga berjubah hitam membaca kertas yang diberikan oleh lembaga berkot hitam.

“Ada wakil plaintif?”

Berdiri angkis wakil plaintif, lembaga muda berkot biru.

“Saya Mohsin wakil plaintif.  Kami sudah berunding dengan peguam defendan dan bersetuju untuk menyelesaikan kes kemuflisan defendan melalui arbitration.”

“Mahkamah tidak ada halangan.  Sila hubungi staf saya untuk membuat persediaan seperti lazimnya.”

Lembaga berkot hitam menghampiri wakil plaintif.

Sukri menghampiri Uncle rontaM. 

“Saya Sukri tuan, mewakili tuan…”

“Aku tidak pernah menghubungi tuan.  Mengorder lawyer mesti bayarkan…?”

“Betul.  Tetapi kes tuan ani pro bono, maksudnya syarikat kami tidak meminta bayar, kami bersedekah…”

Uncle rotnaM mengangkat kedua tangannya.  Tangan dilayahkan. Mulut Uncle rontaM kumat-kamit.

Sukri melakukan perkara yang sama.

Lembaga berjubah hitam juga mengangkat tangan dan layahkan.

Seluruh lembaga yang ada di dalam yudikatif ini mengangkat tangan dan layahkan.

Aku nampak lembaga separuh umur kepit surat khabar.  Mukanya ditundukkan. Dikejam matanya. Matanya basah.

Aku rasa hiba.

Rumah dibina dari tanah liat,

tanah liat dikumpul waktu subuh;

semua tindakan mengikut niat,

niat baik natijahnya tasamuh.

#         #         #

Bilik yang boleh memuatkan sebuah meja panjang dengan enam kerusi berhadapan menjadi tempat mengadili kes kemuflisan Uncle rontaM.

“Berapa lagi baki hutang defendan menyebabkan pihak plaintif bertindak memufliskan defendan.”

“Hutang defendan berbaki $950.00 setakat ini.”

“Adakah sebarang garispandu plaintif bagi hutang yang rendah ini?  Perlukah pelanggan bank dikenakan tindakan kemuflisan dengan jumlah hutang yang sedikit ini?”

Lembaga berkot hitam berambut lasak duduk di pisuk meja menulis sesuatu. 

“Yah, ada.  Bagi kes defendan, ini kes menjamin, guarantor.”

“Boleh kiranya defendan menerangkan mengenai dengan hutangnya ini?” menyampuk lembaga berkot hitam berambut lasak.

Uncle rontaM berdiri lemah.  Aku nampak lututnya getar…

“Hutangku sebab aku jamin dua orang, berhutang kerita.  Mereka tidak mahu membayar. Bank potong gajiku. Gajiku tinggal suku saja membayar hutang tersebut…”

Uncle rontaM duduk di kerusi.  Sah lututnya getar. Kudrah Uncle rontaM dikumpul kembali.  Kembali berdiri.

“Dengan gaji atu, sudah nasib badan, anak biniku tinggalkan aku.  Tempat kutinggal dibayarkan oleh kawanku, penghantar surat khabar.  Terima kasih dan Alhamdulillah…”

Uncle rontaM duduk kembali di kerusi.  Kembali berdiri.

“Setelah pencen, duit pampasan kerja dipotong habis oleh bank.  Kenapa bank tidak uyung yang punya kerita, itu aku tidak tahu? Pihak bank madah, aku penjamin perlu bayar jika yang dijamin lari.  Aku takut kena buang kerja pasal atu aku setuju saja. Aku berunding dengan lawyer bank.  Memberi takut jua tu.  Yang kujamin kubawa berunding, kan bawa berkelahi tia pulang.  Atu tidak suka bertengkar. Duit atu pemberian Ilahi. Aku sabar sajalah…”

“Setuju tuan jika kami bayarkan baki hutang kita atu…?”

“Mana saja.  Inda nanti aku kamu tagih membayar…?”

“Inda…”

Uncle rontaM mengangguk-angguk lemah.

“Iatah terima kasih karah si Awang penghantar surat khabar kerana selalu bertanya aku baca Al-Waqiah atau inda?  Mula-mula ia duduni aku membaca. Setelah setiap hari dibaca, jadi amalanku. Ada ketenangan walaupun kurang duit.  Ketenangan atu membawa usin yang inda mampak…”

Uncle rontaM duduk kembali di kerusinya.

Keadaan bening.

Lembaga berkot hitam lasak rambutnya menulis sesuatu.

“Dalam seminggu, keputusan arbitration ini akan diberikan kepada plaintif dan defendan.  Kes selesai,” kedengaran suara dari pisuk meja.

Mentari pagi binar,

bibirmu lebar senyum;

perkasakan selalu bersabar,

natijahnya kau babar kidum

#         #         #

“Ada kamu terima surat dari lawyer pasal kes hutang kereta katani dulu?  Hutang Chief Matnor jadi penjamin katani…”

“Ada.  Kau?”

“Ada jua.  Apanya surat atu…?”

Lawyer lagau aku ke ofisnya merundingkan hutang atu.  Jika inda mahu, lawyer akan bawa perkara ini ke mahkamah…”

“Maksudnya katani kena sue…?”

“…”

“Iatah susah hatiku…”

Bergumanta jumantara: “Hasbunnallahiwanikmalwakeel…”

-Tamat-

Rujukan:

Kamus Bahasa Melayu NUSANTARA, Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam:

            pesuk  – bocor;berlubang-lubang;tembus.

            sendalu – angin yang sederhana (sedang) kencangnya.

            pawana – angin;bayu.

            udar – (Jawa) terurai (lepas) daripada ikatannya.

            ngingis – (Brunei) terkopek sedikit.

            perlina – (sastera lama) tidak kelihatan.

            geming – (Jakarta) tidak bergerak.

            bagul – (Brunei) bentuk kepada yang bulat.

            yuda – (Sanskrit) perang.

            bungkas – (Brunei) bergerak kerana terkejut;diganggu.

            binar – sinar.

            rubit – (Brunei) terkoyak sedikit.

            babar – (Jawa) menjadi banyak;membiak;bertambah.

            pihit – (Brunei) bertindih yang satu di atas yang lain.

            ghalib – (Bahasa Melayu) biasa;lazim;umum.

            tabuk – (Brunei) jendela;tingkap.

            bunut – rintik-rintik.

            limbai – lenggang.

            tapau – bungkus makanan dsb untuk dibawa pulang.

            kuai – (Brunei) melintas.

            lidut – (Brunei) perlahan (dalam perbuatan atau pergerakan).

            buratak – (Brunei) bergelegak.

            pisuk – (Brunei) pelosok.

            rusah – (Brunei) mengusahakan (mengerjakan) sesuatu.

            canak –  (sastera lama) tegak memanjang.

            walih – (Brunei) berbeza atau berlainan.

            bah – (Brunei) kata untuk menyatakan arahan atau persetujuan.

            tasamuh – kelapangan dada;keluasan fikiran; kesabaran.

            layah – (Brunei) tidak tertutup;terbuka;terdedah.

ampap – (Brunei) ikan yang direbus bersama-sama asam, garam, lada, dsb sehingga kering kuahnya dan biasanya dimalamkan.

gumanta – (Brunei) riuh;bising.

ganya – (Brunei) hanya.

ampit – (Brunei) menerima bahagian.

infak – pemberian (sumbangan) harta dsb (selain zakat wajib) untuk kebaikan;sedekah.

miruk – (Kelantan) berasa gerun atau takut.

gulana – letih;lesu;layu.

kesima – (Jakarta) tercengang; tertegun.

yudikatif – (Undang-undang) berkaitan dengan badan yang berfungsi mengadili perbicaraan.

lasak – (Brunei) tidak ditumbuhi rambut pada sebahagian kepala.

kidum – (Brunei) senyum.

angkis – (Brunei) sombong;bongkak.

izuM – Gustan 360 darjah

rontaM – Gustan 360 darjah

TAMAT 9.

10.
NEGERI TANPA HATI

Oleh: Maharoso Doloh
xxxxx

TAMAT 10.

11.
PETUALANG ALI DAN ALFRED RUSSEL WALLACE DI KEPULAUAN ARU 1857

Oleh: Maslina Ngadiman

TUAN Wallace berjalan santai mendekati Ali di bawah rumah, yang sudah bersiap mahu menguliti kulit burung murai tanah.

Pitta nouae-guineae, begitu Tuan Wallace memanggil unggas ini.

Majikan Ali ini berjalan dengan membongkok, di tangan Tuan Wallace ada sebuah tabung buluh, dia sandarkan pada tepi kaki meja tempat kerja Ali. Tuan Wallace lalu rebahkan diri di buaian kain di sebelah Ali.

Ali pandang sekilas kepada tabung buluh itu.

“Ada orang memberi aku tuak, kamu mahu?” pelawa Tuan Wallace sambil betulkan letak baringnya.

Ali tergamam.

“Oh aku lupa, agama Muhammad tidak boleh minum tuak.”

Ali menghela nafas lalu mengambil pisau kecil yang khas untuk menguliti kulit burung murainya.

“Aku akan menulis di dalam jurnalku, cara-cara membuat tuak. Getah dari bunga kelapa yang dipotong….”

Pisau di tangan, Ali tak jadi menyentuh kulit murai.

“Bukan getah, tuan. Itu air nira yang keluar dari potongan mayang yang masih kudup. Kalau getah tu, seperti yang ada pada potongan nangka. Sebab itu ada peribahasa, siapa makan nangka, dialah kena getahnya.”

Tuan Wallace mengiring memandang Ali. “Kamu semakin cekap menguliti burung. Nanti aku akan beritahu kepada temanku, Charles Darwin. ‘Ini anak lelakiku yang paling terampil’.” 

Akhirnya Tuan Wallace tertidur keletihan. Sepanjang pagi tadi dia perlu melayani penduduk kampung yang datang menawarkan burung, siput dan kumbang. Banyak pula antara haiwan ini yang sudah rosak namun mereka memaksa Tuan Wallace membelinya dengan garam ataupun tembakau. Tentu saja Tuan Wallace menolak.

Pemuda-pemuda  Aru adalah pemanah cenderawasih yang handal. Mata panah, mereka balut supaya tumpul agar tidak melukai burung yang dipanah. Mereka kemudian menjualkan kepada Tuan Wallace. Tuan Wallace cukup puas hati dengan koleksi burung cenderawasihnya.

Namun bagi menjaga burung cenderawasih sehingga dapat berada dalam keadaan utuh  lalu dikemas di dalam kotak kayu, bukan hal yang mudah. ‘Musuh’ mereka adalah anjing-anjing liar. 

Ada suatu masa, Ali baru selesai menguliti seekor burung raja yang indah dan seekor burung cenderawasih. Kulit-kulit ini digantung di alang atap di bahagian beranda. Tiba-tiba kulit itu terjatuh, belum sempat Tuan Wallace mengutipnya, seekor anjing lebih dahulu menyambar kulit berkenaan. Maka terjadilah tarik-tarik antara anjing dan Tuan Wallace. Lelaki Inggeris ini akhirnya berjaya mendapatkan kulit burungnya namun dalam keadaan robak rabik.

Pernah juga terjadi, ada dua keping kulit cenderawasih yang sudah cukup kering dan siap untuk disimpan. Namun kulit itu tertinggal di meja. Pada esok paginya, Tuan Wallace menemui cebisan-cebisan kulit dengan bulu halus keemasan. Hampa sungguh hati Tuan Wallace.

Pada waktu malam, Tuan Wallace tidak dapat tidur dengan nyenyak bahkan berada dalam keadaan tegang sampai ke pagi setiap kali mendengar bunyi anjing menyelongkar bawah rumahnya bagi mencari apa-apa untuk di makan. Oh, anjing-anjing ini juga minum minyak lampu yang apinya sedang menyala, bahkan kemudian makan sumbu lampu itu.  

“Di Kalimantan, anjing-anjingnya lebih dahsyat, Ali.”

Ali tak sabar mahu mendengar. Semasa Tuan Wallace pergi ke Kalimantan, Ali belum bekerja dengan Tuan Wallace. Ketika itu pembantu Tuan Wallace ialah Charles Allen. Seorang pemuda yang dibawa dari London. 

Semasa Ali mulai bertugas dengan Tuan Wallace, Allen masih ada dan mereka sempat membuat kerja bersama-sama. 

“Di mana kamu belajar bahasa Inggeris?” tanya Allen.

“Edward, penjaga kuda di Astana Rajah Brooke,” begitu jawab Ali.

Namun pemuda itu akhirnya tidak mahu ikut dalam pengembaraan Tuan Wallace. Dia mahu menjadi guru di sekolah mubaligh di Sarawak.

“Anjing di Kalimantan bukan hanya makan spesimen yang aku kumpulkan, mereka juga makan kasut kalis air dan kelambu aku.”

Ali tercengang sampai tak bernafas.

*****

Sebahagian warga tua dan penduduk Aru masih tidah faham mengapa Tuan Wallace perlu mengumpukan kesemua binatang ini. Diawet lalu disimpan dalam kotak dalam keadaan cermat seolah-olah haiwan-haiwan ini masih dalam keadaan hidup.

Tuan Wallace pernah dipanggil untuk disiasat oleh warga warga Aru ini. Ali perlu mencari orang Melayu tempatan untuk menjadi penterjemah mereka. Penduduk Aru kurang fasih berbahasa Melayu sedangkan Ali dan Tuan Wallace pula kurang mahir dengan bahasa orang tempatan. 

Ada seorang tua, dia sangat-sangat tidak boleh menerima alasan Tuan Wallace bahawa kesemua serangga dan unggas yang dia awetkan adalah untuk dibawa pulang bagi ditunjukkan kepada orang di England.

“Apa, ung-lung? Di mana itu? Aku tidak pernah dengar nama tempat seperti itu.”

Ali berada di sisi Tuan Wallace namun agak ke belakang sedikit. Muka Ali tegang, perutnya keras. Suara di kerongkongnya bagai ditolak-tolak supaya berkata, ‘bukan ung-lung tapi England.’

Wajah Tuan Wallace kelihatan keliru, dia berasa seperti sudah menipu warga tua ini.

“Sebelum anda datang ke mari, hujang turun tidak berhenti-henti, jalan menjadi becak, air di mana-mana. Ketika anda datang, cuaca menjadi terang dan kering. Anda ini tukang silap mata, bukan?”

Mulut Tuan Wallace terbuka, tercengang dia.

“Haiwan-haiwan yang anda awetkan itu, nanti anda mahu hidupkannya semula, bukan?”

Seorang yang lain mencelah, “Kalau anda bukan tukang silap mata, anda pasti seorang ahli sihir.”

Tuan Wallace tergagap-gagap. dia tak tahu bagaimana mahu membela diri.

Ali teringat akan kejadian yang hampir serupa semasa di Desa Kupang, Pulau Lombok. Tuan Wallace disiasat habis-habisan. Mereka berasa curiga dengan kehadiran Tuan Wallace ke desa mereka. Belum pernah ada orang datang lalu meminta izin untuk mengumpulkan burung, rama-rama dan kumbang.

Mereka bertanya tentang senapang dan serbuk mesiu yang Tuan Wallace bawa. Apakah yang Tuan Wallace buat kepada burung-burung yang sudah diawetkan.

Semakin Tuan Wallace menjelaskan, wajah-wajah penyiasat kelihatan bertambah bingung dan Tuan Wallace dilihat semakin mencurigakan. 

Empat lelaki tua bergilir-gilir memakai kaca mata Tuan Wallace, mereka tak faham mengapa mereka malah tidak dapat melihat apa-apa apabila memakai kaca mata itu. Ini menambahkan lagi kecurigaan mereka kepada Tuan Wallace.

Ketika di Desa Kupang, Tuan Wallace begitu berkecil hati dengan layanan yang dia terima sehingga dia memutuskan untuk meninggalkan desa berkenaan. Namun kini, apabila Tuan Wallace menghadapi perkara yang sana Pulau Aru, Tuan Wallace tidak menyerah kalah. Dia perlu bertahan demi mendapatkan spesimen-spesimen yang sangat eksotik untuk dia bawa pulang ke Eropah.

*****

Mata Tuan Wallace terbuka sedikit, “Ali, adakah kamu rindukan Sarawak?”

Ali tersedar yang dari tadi dia memerhatikan Tuan Wallce. Majikanya ini tertidur semula.

Pertanyaan Tuan Wallace membuatkan Ali teringat akan abangnya, Panglima Seman. Abangnya banyak membantu Raja Brooke menumpskan lanun-lanun. Namun kerana sebuah fitnah, hubungan Rajah Brooke dan Panglima Seman menjadi dingin.

Panglima Seman dikatakan mahu memberontak kepada Rajah Brooke. Keyakinan Rajah Brooke makin bertambah apabila tahu yang Panglima Seman ada membuka bengkel besi. Senjata akan dengan mudah dibuat di bengkel itu, begitu para batu api meniupkan fitnah.

Ali menghela nafas lalu menyambung kerjanya. Kulit burung murai tanah di tangannya ini akan dilayarkan dengan kapal dan akan menjadi tatapan orang-orang di ‘ung-lung’.

TAMAT 11.

12.
KROTO DAN ANAK BANGSA

Oleh: Mukti Jayaraksa

LANGIT buram berselimut awan hitam, tanda langit bermuram durja bersama bulir-bulir beku bening menyerang hamparan tanah. Tangis langit semakin membuncah, berbaur dan berpelukan mengikat keseimbangan dengan halilintar bercampur petir. Dalam sekejap bumi menggigil, daun dan ranting lompat dari atas dahan, begitupun pohon-pohon banyak yang tiarap memeluk tanah terkena tamparan angin. Jalanan membentuk kolam-kolam kecil, menelanjangi batu berselimut aspal yang baru satu-setengah bulan selesai dikerjakan. 

Air mata langit mulai mengering, wajahnya perlahan menyembulkan gairah, kulitnya nampak abu-abu, walau masih sedikit lebam. Matanya berangsur memerah terkena suntikan sinar matahari yang berpamitan diufuk timur, ingin segera pulang menyambut datangnya malam. Burung-burung melanggak-lenggok, hilir mudik menari dan melukis angkasa.

Sementara Agus duduk termenung di balai bambu depan rumahnya sambil memandangi pesona alam. Sarung lusuh membungkus tubuh mungilnya, dagunya disandarkan pada lutut yang terlipat seperti aphehon, hanya kepala yang mendongak dengan mata nikilis dalam alam nasut yang semakin memburam. Pandangan Agus terlihat suram, seakan ada beban berat yang ditanggungnya. Tubuh jangkis, panjang dan tipis Agus lambat berkembang diusianya yang masih sewindu lebih beberapa bulan.

Agus terperanjat dan kaget. Lamunannya mencair, terbang melayang entah kemana setelah bapaknya menoel punggungnya. Agus menoleh kearah bapaknya sambil menggeser tubuhnya.

“Eee… bapak, silahkan pak” ucapnya lirih. Tangan kanannya memukul-mukul rumbai-rumbai bambu berlapis debu dan memungut daun jambu kering yang tergeletak tak berdaya.

“Kamu udah sholat Gus”.

“Sholat apa pak?” 

“Ya sholat Ashar-lah, masa sholat shubuh,” tegas Pak Mi’un yang turut menempelkan pantatnya ke balai itu sambil mendengar kepolosan dan keluguhan anaknya. 

“Sudah Pak”. Jawabnya enteng dengan mimik tersipu malu.

“Gus… Agus”.

Dalam kondisi terpuruk dan sekarat ekonomi, Pak Mi’un tetap memperhatikan dan mengingatkan anak-anaknya untuk sholat. Sholat baginya nomor wahid yang tidak boleh ditinggalkan. Walau terkadang hatinya menjerit dikala anak-anaknya merengek ingin sekolah. Pak Mi’un hanya bisa menjawab “Sabar ya nak, nanti-sabar ya nak, nanti.”

Pak Mi’un yang tak pernah makan bangku sekolahan, hanya mencicipi pesantren beberapa bulan, selalu mengajari tata cara  sholat pada Agus dan Iyan anak bungsunya yang baru berusia enam tahun.

Tak lama pak mi’un mengeluarkan secarik kertas berlipat tiga dari selipan peci bermotif senja dan diserahkan pada Agus dengan harapan ada penjelasan dibalik isi surat dari kelurahan yang diterimanya selepas sholat ashar di Musholah.

Sejenak Agus terdiam, seperti ilmuwan yang sedang menyusun sistimatika materi yang hendak disampaikan. Bibirnya mulai bergaya seperti pantat ayam yang akan keluar telor. Matanya berkaca-kaca, sesekali ia tekan kuat-kuat, sehingga bendungan kelopak tak mampu menahan cairan bening tumpah ruah, disertai iringan isak yang mengganjal dada. 

Entah apa yang sedang dirasakan Agus. Surat yang dipegangnya tak mengeluarkan nada dan suara kata, Agus hanya memandang dengan tatapan kosong. Pak Mi’un yang sejak tadi memperhatikan anaknya tak dapat berkata-kata. Pak Mi’un iling, kalau kemampuan anaknya sama seperti dia. Pelukan hangat menyambar tubuh Agus, semakin merapat pada tubuhnya, menyatukan kegelisahan dan nasib yang dirasa. Pipi Pak Mi’un pun becek, dialiri bulir-bulir oase kesedihan yang menyusuri guludan penuaan di wajahnya.

Gaya teletabis antara bapak dan anak mulai mencair dalam guratan nasib yang terus menganga. Mengendap rasa berkawan pilu yang ditampung dalam bejana suratan takdir yang masih asyik bersemayam dalam kehidupan.

Hati Pak Mi’un bak diiris sembilu, mengenang bayangan tempo dulu bersama keluarganya yang jauh dari pendidikan formal. Pendidikan bagi Pak Mi’un hanya ada dalam bayangan dan keinginan. Kini nasib serupa juga dirasakan Agus yang sedikit berbeda dengan bapaknya. Agus pernah sekolah, walau hanya tamatan kelas satu Sekolah Dasar (SD) dan sempat belajar di kelas dua beberapa bulan. 

Agus tamat sekolah belum waktunya, karena faktor biaya. Jangankan iuran, SPP-nya saja sering nunggak dan masih meninggalkan hutang di kelas satu. Mata Agus sekedar  menonton dan masih belum dapat membaca anggaran pendidikan, telinganya sebatas mendengar tentang berita penggratisan biaya pendidikan, hatinya remuk dan hancur merasakan ejekan dan gunjingan teman-temannya dan jiwanya masih kabur pada lagu-lagu dan syair-syair wajib belajar dan pendidikan dasar sembilan tahun (Wajardikdas). Agus masih polos dan lugu.

Walhasil, Agus menganggur diusia belia. Dan untuk menghilangkan kejenuhan, keseharian Agus turut bapaknya melanglang buana ke seantero hutan mencari kroto (telur semut krangrang) untuk dijual pada pengepul. Diusia belia, lambat laun skill dan kemampuan Agus semakin terasah dalam mencari dan mengambil kroto, makanan favorit ikan hias dan burung berkicau itu. Tak jarang, Agus pergi tanpa ditemani bapaknya. Masuk-keluar hutan menjadi profesinya sehari-hari. Teman Agus, Ical, Hasan dan Dani memiliki nasib yang tak jauh berbeda. Mereka generasi bangsa yang sering masuk keluar hutan. Tujuannya begitu mulia, ingin membantu meringankan ekonomi keluarga.

Niat baik Agus tak pudar untuk membantu orangtuanya, walau penghasilannya hanya cukup untuk beli satu liter beras, itupun kalau nasib lagi mujur. Sungguh tak sebanding dengan keringat yang menetes, tenaga yang terkuras, bahkan terkadang tersesat ditengah hutan, tak menemukan jalan pulang. Tapi mau bagaimana lagi, inilah potret anak bangsa yang disimpan dilemari dan rak-rak kantor yang masih digembok.

Semangat Agus langsung ambruk pada level terendah, bila melihat anak-anak sebaya beseragam putih-merah sambil menggendong tas. Itu disaksikan hampir tiap hari. Hatinya hancur, pikirannya kabur dan jiwanya terkoyak. Bila cuaca lagi tak bersahabat, Agus sering termenung di depan rumahnya, bernostalgia saat-saat sekolah dulu. Suara bu guru yang menuntun baca, mengeja kata, lagu-lagu riang yang masih terngiang, berdiri di depan kelas ketika tidak mengumpulkan PR matematika dan seabrek kenangan indah semakin menambah kengiluan dan kenestapaan hati Agus. 

Pagi tanpa awan, mata-hari terlihat garang memamerkan sinarnya, birunya langit nampak jelas dan cerah, celik mata Agus berbinar-binar menerawang bayangan kroto yang tergantung di dahan pohon. Perjuangan segera dimulai, gerak kakinya bak tentara dengan bambu panjang di pundak dan cangklong bertengger di pinggang. Agus terus menyusuri jalan berlubang dan berbelok-belok.

Dipersimpangan jalan, Agus tak menyadari, sepasang bola mataku mengumbar sorot pandang, kedipan kelopak mataku sengaja diperlambat untuk menghisap keanehan yang kutanggap. Jarak semakin menyempit, ruang pun semakin nampak, bertemulah Aku dan si bocah yang belum pernah bersua.

“Hai Dik, bisa berhenti sebentar?” Sapaku yang diiringi gaya polantas yang hendak memperlambat laju kendaraan.

Si bocah terus menggerakkan kakinya, tak peduli dengan sapaanku. Sesekali menarik celananya yang hampir turun. Kutinggalkan sepeda motor di tepi jalan persimpangan, demi memburu berita. Aku terus mengekor, mengikuti jejak kakinya sampai ke dalam hutan. Aku mencoba memberikan pengertian dan sedikit penjelasan.

“Maaf Dik, Aku bukan orang jahat, jadi kamu jangan takut, Aku seorang wartawan dari koran lokal, maaf yah?”. Jelasku, walau nampak di wajahnya makna kebingungan dan ketidakfahaman. Belum juga ada kata yang terucap dari mulut si bocah, Aku nyerocos bertanya “Nama kamu siapa?” 

“Agus”. Singkat.

“Kamu Ngga sekolah Gus?”

“Kalau saya sekolah, tentu saya tidak ada disini”. Jawab Agus sekenanya, namun mengandung logika. 

Aku terperanjat dengan jawaban Agus, tak kusangka dia akan menjawab seperti itu. Aku termenung sejenak dan semakin penasaran saja. Sementara Agus sibuk menyambung dua batang galah dengan potongan karet ban dalam. Aku terus mencoba mengamati-amati apa yang dilakukan Agus. Kepalanya mendongak, menengadah ke langit sambil memutar-mutar tubuhnya. Selang beberapa menit, ada sebongkah benda terjatuh tepat didepanku.

“Apa ini Gus?” 

“Sarang semut”.

“Buat Apa?”

“Dijual”.

“Apanya yang dijual?” tanyaku penasaran.

“Telornya”. Agus menunjukan butiran kecil berwarna putih yang masih dikerumuni semut berwarna kekuning-kuningan. 

“Berapa uang yang kamu dapat dari  menjual telur-telur semut ini?”

“Sehari, kadang-kadang dapat 6000, kadang-kadang 10.000. ngga nentu”. jelasnya sedikit panjang. Tangannya aktif menghindari serangan dan gigitan semut sambil mengumpulkan dan memasukkan kroto (telur semut) ke dalam dauk kenderon1 yang setia nempel di pinggangnya.

Aku terus mengorek dan menyudat informasi sebagai bahan berita. Ternyata Agus seorang bocah yang kesehariannya mencari kroto (telur semut) untuk membantu meringankan ekonomi orang tuanya. Sekolahnya kandas, karena tak ada biaya. Gigitan semut krangrang menjadi teman setia tubuhnya.

Aku semakin bernafsu untuk mengetahui perjalanan hidup Agus, seorang anak bangsa yang masih sangat belia. Cita-citanya terkubur dalam ketiadaan ekonomi, potensinya terpenjara dalam kerangkeng waktu, kesempatannya ternodai dan terluka dalam kubangan zaman. Zaman modern bagi Agus hanya mimpi disiang bolong. Era reformasi dirasa sebuah ilusi dalam dekapan ambisi politisi, tak ada solusi dalam memandang situasi. Demikian potret Agus dalam bayang pikirku.

Tiba-tiba Agus mengangkat galah panjang ke pundaknya, tak ada pertanyaan atau kecurigaan padaku. Kepolosan dan keluguhannya masih nampak jelas di wajah dan tingkahnya. Kakinya mulai digerakkan, merayap maju menyusuri jalan setapak. Aku terus bermakmun di belakangnya. Aku setia mengikuti kemana kaki Agus melangkah. 

Tak terasa hampir empat jam aku bersama Agus bertamasya, bercengkrama dengan alam. Rintik hujan menyapa dedaunan, menggeser debu yang bertengger. Agus menghentikan petualangannya dan bergegas pulang.

Di tengah perjalanan, langit menumpahkan air dengan cepatnya, sehingga Aku dan Agus berlarian. Untung ada gubuk tak berpenghuni di sisi jalan. Aku dan Agus berteduh. Melodi air yang menyentuh atap gubuk terdengar jelas dengan gesekan nada angin yang membuat konser musik di alam bebas. Tubuh Agus mulai menggigil. Kupeluk tubuhnya dengan jaketku agar ada sedikit kehangatan yang dirasa.

Disaat hujan mulai reda, kulihat mata Agus mengeluarkan butiran bening, wajahnya mendung, pandangannya kosong sambil melihat sebuah bangunan yang hanya terlihat atapnya dari gubuk. Sepertinya bangun sekolah. Aku mulai cemas dan khawatir. Kupegang keningnya, tapi biasa saja.

“Gus, kamu sakit yah?”. Agus tak berucap, hanya gelengan kepala.

“Kok kamu nangis, apa yang kamu rasakan?” tanyaku penasaran. Lagi-lagi dia menggelengkan kepalanya. Sepertinya ada sesuatu yang sangat mengganjal dalam hatinya. Aku mencoba menenangkannya. Jepretan kameraku sedikit meredakan kegundahannya, senyumnya mulai nampak walau hanya sekejap.

Agus bergegas melangkah, meninggalkan gubuk. Aku pun cepat-cepat menyusul, tak mau tertinggal jauh. Agus semakin cepat melangkah dan setengah berlari ketika melewati bangunan itu. Jalanan becek dan penuh berlubang tak menyurutkan semangatku untuk mengikuti langkah Agus hingga sampai di rumahnya.

Di rumah sangat sederhana sekali (RSSS), Agus menghentikan petualangannya, melangkah, menerobos ke dalam. Sementara Aku duduk di balai bambu depan rumahnya sambil mengumbar mata nakalku, memandangi dua-tiga rumah yang bentuk dan kondisinya hampir sama. Nampak anak-anak yang hampir seusia Agus sedang asyik bermain kelereng dan beberapa gadis kecil bermain lompat tali.

Tak lama kemudian, sesosok wanita setengah baya membawa segelas air tanpa warna dan menyuguhkan padaku. Agus mengikuti disampingnya.

“Saya bu Zenab, ibunya Agus” ucapnya, memperkenalkan diri tanpa ditanya.

“Oo Iya, saya Heri bu”. Sambil kujabat tangannya yang mulai mengkriput.

“Maaf, ada keperluan apa nak Heri ke gubuk ibu?” nada suaranya lembut, sopan dan penuh keramahan.

“Aku juga mohon maaf bu, mungkin kedatangan saya mengganggu keluarga ibu”.

“Bapak kemana bu?” tanya Agus tiba-tiba, sambil memegang lengan kiri ibunya. 

“Katanya sih mau ke sekolah, mau bayar hutangmu yang dulu belum dibayar”. Jelas bu zenab dengan mata berkaca-kaca. Agus pun tertunduk. Bu Zenab memeluk tubuhnya. Air mata Agus tak terbendung, bak lumpur lapindo. Bu Zenab berusaha menyekanya dengan ujung kain bajunya. Tangannya menari-nari di kepala putra kesayangannya sambil membendung rasa iba dalam dirinya.

Tangisan Agus mulai reda, Bu Zenab berpamitan masuk. “Gus sini Gus”. Aku berusaha menghibur Agus dengan memperlihatkan foto-foto hasil jepretanku. Agus nampak senang, terlebih ketika aku janjikan fotonya akan masuk koran. Aku jelaskan banyak hal, termasuk profesiku sebagai seorang wartawan. Perlahan Agus mulai terbuka dan berbagi cerita. Banyak cerita yang kudapat dari mulut polosnya, termasuk kenapa pandangannya kosong ketika melihat atap bangunan dari gubuk sisi jalan itu. Ternyata di bangunan itu ada setumpuk kenangan dan harapan, namun musnah ditelan keadaan.

Tak lama kemudian Aku berpamitan pada Bu Zenab dan Agus. Segudang berita dan cerita sudah kudapatkan. Aku akan jadikan pengalam ini menjadi berita di halaman depan dengan tulisan besar, agar mata rabun penguasa jelas melihat dan membacanya.  

Tiba-tiba Aku teringat pada motor kesayanganku yang diparkir di persimpangan jalan itu. Masihkah menjadi milikku? Atau sudah dimiliki orang lain?. Adakah kesempatan untuk meraihnya lagi?. Entahlah, mungkin senasib dengan Agus. 

Catatan.  

1). Dauk Kenderon : Semacam tas yang dibuat dari anyaman daun pandan.

TAMAT 12.

13.
RIWAYAT PENDOSA

Oleh: Putraery Ussin

PAGI masih berkabut. Ibu kota Kuala Lumpur belum terjaga sepenuhnya. Hanya beberapa orang yang kelihatan kalut-kalut, sama ada memandu atau berjalan kaki untuk ke destinasi masing-masing. Hari Isnin selalunya dikaitkan dengan Monday blues iaitu perasaan malas untuk memulakan sesuatu kerja setelah cuti hujung minggu.

“Macam biasa na, roti tose seorang satu… lepas itu bagi lagi satu roti canai. Roti canai kosong tau… garing, jangan potong-potong!” Ditegaskan sungguh-sungguh agar tidak dicencang. Annas menanti seseorang untuk menemaninya bersarapan. 

Pesanan itu diterima dengan anggukan oleh pelayan di restoran mamak itu. Annas terus perhatikan kelibat lelaki berbangsa India itu hilang daripada pandangan. Dia mengambil sehelai tisu untuk mengelap titisan air embun yang membasahi meja itu.

Jika hari Isnin juga rakan sejawatnya yang ditunggu, Zizi akan sampai dari utara tanah air ke Ibu Kota pada pukul 4:30 pagi. Kemudian terus masuk ke pejabat untuk bekerja. Bekerja? Kononlah ada kerja…. Sudah hampir setahun rutin itu berlalu. Jauh Annas melengung untuk memikirkan tentang nasib mereka sama seperti sehelai tisu apabila lusuh terus dibuang.

“His, dah siap oder makan minum semua ini! Terima kasih. Hang macam dah faham selera aku pada hari Isnin.” Senyumannya lebar. Kerusi plastik berwarna kuning itu ditarik ke belakang untuk memudahkan dia duduk dengan selesa. Annas menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Zizi.

  Masing-masing membuang pandang ke arah jalan raya bersaiz empat lorong di hadapan mereka. Kedai kecil yang berada di celah-celah bangunan pencakar langit itu masih kosong. Kali. Hanya mereka berdua pelanggan paling awal dan barangkali pengunjung pertama pada pagi hari itu.

“Kau tak balik ke bilik sewa dulu ke?” Annas memerhati susuk tubuh rakannya.

“Hoi, aku dah mandi lah dekat masjid pagi tadi. Tak payahlah pandang aku macam orang tak mandi. Rambut tak sikat gaya KL kot. Lagi pun aku malas nak balik… kalau balik ke bilik, baring-baring pasti lena nanti tak mai kerja pula. Kerja banyak kot dekat pejabat tu….” Ketawanya sungguh-sungguh sehingga beberapa orang pekerja restoran turut memandang. Kemudian pekerja Restoran Mamak itu turut tersenyum apabila mata mereka bertentangan. Ah, senyum penawar duka! Malah telah tersebar membawa bahagia kepada orang lain di sekitar.

“Yalah, kerja kita berlonggok-longgok kan!” Ketawanya masih bersisa.

Apabila ketawa reda. Zizi beralih tanya kepada rakannya. “Hang naik tram ka?”

“Itu saja kan kenderaan rasmi aku di sini. Takut aku, nak naik motosikal di KL ini. Orang yang berjiwa kental macam hang saja yang berani membonceng di KL ini.” Perkataan KL itu seolah-olah sebutan yang menjengkelkan. Ada ketakutan pada nada dan riak suaranya.

“Aku ada pilihan lain ke? Nak naik kereta dengan masalah parking lagi… jem la bagai. Baik aku redah saja naik moto itu. Nak mati dekat mana-mana pun boleh mati. Macam nasib kita ini….” Dia tak habis kan kata-katanya. Suaranya tiba-tiba sudah berubah nada.

“Duduk kerja elok-elok di kawasan dekat dengan rumah… tup-tup sekelip mata kau berubah.” Annas mengelap matanya untuk menyeka air mata kerana terlalu banyak ketawa.

Zizi turut ketawa kecil seolah-olah memahami maksud kata-kata rakan sejawat dengannya itu. Entah, kerja apa yang ada untuk mereka? Datang ke pejabat awal pagi selepas solat subuh kemudian tepat jam 4:30 petang bergegas pulang. Sudah genap setahun mengulang-ulang rutin yang sama tanpa sebarang tugasan yang diberikan. Malahan meja yang disediakan untuk mereka juga kosong. Mereka hanya duduk sahaja seolah-olah dibekukan agar berputus asa kemudian berhenti kerja. Hari-hari mereka datang ke tempat kerja untuk makan gaji buta.

“Kena freeze lah kan….” Ketawa lagi. Annas meletakkan cermin matanya di atas meja.

“Hang ini happy saja Annas… kenapa ini?” Teh tarik yang dihirup sudah tinggal separuh. Sekali teguk sahaja. Benar-benar Zizi cuba untuk lepaskan segala sebu di dada. 

Zizi kembali serius. Dia cuba untuk melupakan segala punca dan sebab yang menjadikan hidupnya terseksa sebegini. Terpaksa berjauhan dengan keluarga dan rumah tangga. Sekelip mata segala-galanya berganti dari senang kepada susah. Rasa tidak percaya masih berbaki di dalam kepalanya dengan segala takdir yang menimpa. Aduan daripada orang membawa padah kepada mereka. Aduan? Ah, lebih kepada fitnah! Cakap-cakap yang tidak bersumber dan bukti lantas menjadi barah untuk menekan dirinya.

“Aduh, Pindah! 24 jam kena tukar ke ibu pejabat.” Surat itu diulang baca biarpun sudah nyata. Tetapi tiada sebarang pertuduhan untuk mudah difahami akan puncanya atau kesalahan. Melengung lama mendapatkan rasional. Sebagai ketua jabatan, dia sedar hanya ada dua kemungkinan untuk dia segera dipindahkan. Pertama masalah kewangan; pendek kata rasuah atau guna duit untuk kepentingan sendiri. Kedua salah laku seks.

“Huis, kisah lama usah dikenang… sabar lah. Aku kan ada… kita kan senasib buruk.” Ketawa lagi. Kali ini dikawalnya seolah-olah untuk menenangkan diri sendiri.

“Annas, Aku dah buat keputusan untuk berhenti… ambil pencen awal.” Ayat itu digantung begitu sahaja. Tak sempurna kata. 

“Lah, kau dah jumpa Dato’ untuk minta tolong ke?” Terkejut. Masih berharap keputusan itu dapat diubah. Sedangkan dirinya juga pernah disuruh tarik diri yakni berhenti awal atas tuduhan yang tidak pasti itu. Hidup tanpa pekerjaan pada zaman serba meleset ini memang susah. Bagaimana nak sara keluarga? Bersesak-sesak-sesak persoalan itu dalam kepalanya.

“Sudah… Dato’ cakap sendiri buat masalah sendiri tanggung lah. Lagipun nak tunggu sampai bila?” Kata-kata itu senada sahaja.

“His… kita buat salah apa? Hanya dengar cakap orang cakap, lepas itu buat aduan tanpa bukti terus suruh kita berhenti!” Geram apabila mengenangkan nasib mereka yang hampir serupa seperti menunggu buah yang tidak gugur-gugur.

Roti canai yang masih separuh terus tidak terusik. Terbiar keras begitu sahaja. Air yang berbaki separuh dilanggah sampai habis. Malu setahun yang ditanggung sudah tidak tertutup seperti bangkai yang membusuk. Pelbagai cerita dan cerca mula kedengaran lalu dijaja orang ke sana ke sini. Jadi keputusan Zizi muktamad. Barangkali itu yang dikehendaki oleh majikan dengan membiarkan mereka tanpa sebarang kerja kemudian mengalah. Berhenti kerja secara suka rela.

“Bukan ada video hang dok beromen pun? Buat apa nak ambil keputusan lagu itu? Banyak yang dah ada bukit terang-terang pun ramai yang terlepas. Siap boleh naik pangkat lagi.” Sudah bernada serius. Amarahnya terpendam dalam-dalam.

Emosinya berkecamuk memikirkan nasibnya yang akan keseorangan di situ jika sungguh Zizi mahu berhenti. Pasti selepas ini dia akan keseorangan ketika bersarapan pagi. Menunggu keputusan kes disiplinnya sudah pasti lambat lagi untuk diketahui. Maka, tiada lagi teman untuk beriktikaf di Masjid Dang Wangi sambil mendengar kuliah duha. Kala petang pula, lepas waktu kerja jika hendak menonton wayang gambar juga sudah tentu tiada teman untuk bergembira menonton cerita. Lebih terok lagi waktu di pejabat yang kedudukan meja mereka berhadapan dengan pintu keluar masuk itu akan mendedahkan dirinya yang dibiarkan tanpa kerja. Bayangan diri terbiar hina memenuhi ruang mindanya.

Diam terbina lama. Kini Annas pula termenung. 

“Aku tak tau nak tampal apa lagi dekat muka ini untuk tutup malu, Annas? Aku dan fikir habis-habis dah… yang aku nampak adalah berhenti kerja daripada tak dapat apa-apa kena buang kerja nanti. Baik move on… titik.” Tegas kata-kata Zizi.

“Habis itu, hang ingat aku tak ada kemaluan ke?” Ketawa. Dia bingkas bangun untuk ke kaunter bayaran. Zizi mengekorinya. Mereka sama-sama ketawa besar. Banyak mata yang memerhati sudah tidak dipedulikan lagi. Keseronokan Annas berakhir juga apabila Zizi memilih untuk bersara awal. 

Annas duduk di warung yang sama seorang diri pada pagi Isnin tiga bulan selepas itu. Wajah Annas berkerut seribu. “Hah, ini gambar orang yang dahulu paling berkuasa masa di pejabat ini!” Bercakap sendirian.

‘Dato’ telefon aku minta tolong kereta dia rosak tengah jalan.’ Keterangan berserta gambar mereka berswafoto di hadapan bengkel kereta yang baru diusahakannya. 

“Tahu pula dia minta tolong hang….” Cepat-cepat membalas. Hanya jawapan wajah gambar wajah kuning senyum kambing yang dibalas oleh Zizi. Annas terus sendirian menghabiskan sisa-sisa minuman. Surat buang kerja yang baru diterima dimasukkan semula ke dalam sampul. Jiwanya kosong. Tiket bas untuk pulang ke utara diselitkan dicelah-belah dompetnya. 

TAMAT 13.

14.
PUPUS

Oleh: Roslie Sidik

xxxxxx

TAMAT 14.


15.
GULAI SIPUT DAUN KADUK

Oleh: Sujata Wee

EMAK sudah pulang dari pasar. Pak Da Ali memberhentikan motosikalnya betul-betul di halaman rumah. Ayam itik peliharaan mak mula bertempiaran datang. Mereka telah terbiasa, bila tuannya pulang mereka akan diberi makanan. Aku keluar untuk menyambut raga mak. Ada berbagai jenis keperluan dapur yang mak beli. Kekadang ikan, sotong dan ayam. Mak jarang sangat beli sayur sebab kebanyakannya sudah ada di kebun di belakang rumah.

Tanah mak yang luas berhektar-hektar itu memudahkan mak untuk menanam apa sahaja. Dipenuhi dengan banjaran pohon kelapa yang tumbuh subur di tanah berwarna hitam berpasir. Tanah ini kurang sesuai untuk ditanami pokok buah-buahan kecuali tembikai dan pisang. Rambutan, mempelam, dokong, atau langsat tidak kelihatan di kawasan ini.

Kampung Mujur, sempadan ke Tok Bali. Daerah yang semakin dikenali dengan industri pelancongan. Aku berpindah ke kawasan ini setelah mak mendapat hak milik tanah wasiat dari nenek. Nenek yang membela mak sedari kecil setelah mak kehilangan ibunya dalam usia muda. Nenek meninggal semasa berusia 28 tahun. Cerita mak, nenek meninggal akibat keguguran sewaktu mengandungkan adiknya.

“Petang ni tak pergi sekolah ke?” Tanya mak setelah melihat aku agak lapang tenggah hari itu.

“Tidak, mak.  Cikgu tunda ke minggu depan,” kataku.

“Nah, ambil siput ni, pergi takir hujung dia. Kemudian gulai dengan daun kaduk. Ambil secekak daun di tepi pagar sana. Mak nak berehat sekejap, pas tu masuk kebun.”

Arahan mak yang paling aku tidak suka. Dalam usia 14 tahun aku sudah perlu melakukan apa saja tugas di dapur. Mengemas rumah, menimba air dari perigi. Mencuci semua pakaian adik beradik termasuk pakaian kedua ibu bapaku. Berus menggunakan tangan dari sehelai ke sehelai. Kemudian bilas pula. Aduh, penatnya bukan main.

Balik sekolah, bukan boleh berehat macam orang lain. Zaman ini bukan zaman senang. Untuk ke sekolah, aku perlu mengayuh basikal sejauh tiga kilometer. Jika ada aktiviti sukan, aku terpaksa kayuh lagi. Pendek kata, lasak betul aku.

Sambil menakir hujung siput, aku bernyanyi-nyanyi ikut suara dari radio yang aku buka sepanjang masa aku berada di rumah. Bising suara dari radio itu terkadang merimaskan. Pernah beberapa kali ayah sembunyikan radio di balik pintu kerana tidak tahan dengan bunyinya yang kuat. Ayah jenis tidak berterus terang. Garang pula tu. Itulah yang menyebabkan aku kurang mesra dengannya berbanding dengan mak.

Ayah mempunyai dua buah traktor, jadi ramailah orang kampung yang datang minta ayah pergi bajakkan tanah mereka untuk ditanam tembakau, tembikai, dan sebagainya. Oleh sebab rumah kami agak besar, jika ada orang panggil di pintu depan, dan aku pula biasanya di dapur dengan bunyi radio yang kuat, pastilah aku tidak mendengar suara pemanggil itu. Ayah pula jarang-jarang berada di rumah.

Cara terbaik ialah dia sembunyikan radio di balik pintu di ruang tamu yang menghala ke dapur. Maka tercari-carilah aku kerana hanya radio sajalah hiburan yang ada untukku.

Dengan mak pula, aku mesra sangat. Mak suka bercerita. Dari hal kisah politik sampailah kisah wayang kulit, semua mak cerita. Mak juga suka berpantun. Kadang-kadang mak tidak ubah seperti penglipur lara. Ceritanya bersambung sampai tiga malam berturut-turut.

Selesai menakir siput, aku terpaksa mengait buah kelapa. Bukan main susah untuk memulasnya dengan menggunakan galah buluh yang bercabang di tengah. Kemudian mengopek dengan menggunakan parang. Penat sungguh.… Peluh menitik membasahi dahiku.

Ramuan untuk menggulai perlu disiapkan. Bawang, lada, serai, lengkuas, dan kunyit ditumbuk biar lumat. Terkadang serpihan lada terpercik ke dalam mata. Pedihnya bukan main. Air mata meleleh-leleh keluar. Aku cepat-cepat cucikan dengan air, biar lega.

Kupandang jam dinding. Tepat pukul 5.00 petang. Kurenung suatu sudut tempat kalendar tergantung. 17 Mac 1979. Mak dan ayah sedang sibuk di kebun. Lebih kurang jam 7.30 malam, mak dan ayah akan pulang untuk menikmati makan malam. Aku perlu segera persiapkan semua ini. Gulai siput, goreng ikan pelata kering, serta goreng kangkung belacan.

Dapur agak tinggi, masak menggunakan kayu api. Guna satu ceropong buluh untuk meniup api biar menyala kuat. Maka berterbanganlah segala debu-debu, bertaburan mengenai muka, rambut, dan segalanya. Mata pedih berair terkena asap. Kuangkat periuk tembaga berisi nasi. Harum baunya. Kuletakkan di atas meja dan menghidangkan lauk untuk dinikmati malam itu.

“Wah! Pasti berselera makan malam nanti,” bisik hati kecilku.

Ayah makan dulu. Mak telah berpesan, waktu ayah makan jangan sesiapa kacau. Biar ayah makan sorang-sorang. Ayah garang, sebab itu kami tak berani masuk dekat. Yang kami tahu dan selalu nampak ialah ayah dan mak selalu bertengkar. Biasanya, mereka bercakap-cakap dahulu, akhirnya perbualan merebak menjadi pertengkaran. Aku sudah lali dengan keadaan ini. Namun kadang-kadang aku menangis juga sebab hubungan ayah dan mak tidak pernah harmoni.

“Inn, masa kuah menggelegak, kamu terus masukkan siput, ya?” tanya ayah.

“Ya, ayah. Saya tidaklah pandai sangat menggulai siput,” jawabku.

“Ayah tanya begitu sebab mahu mengajar kamu cara mahu menggulai siput dengan betul. Agar isinya mudah disedut, tidak melekat pada kulit,” kata ayah dengan nada marah.

Tidak sangka jawapanku itu telah menimbulkan kemarahan ayah. Ayah menganggap jawapanku sebagai kurang ajar. Dia menyembur kemarahannya yang berapi-api itu kepadaku. Aku membisu seribu bahasa. Kata ayah, siput yang kugulai itu sangat susah untuk disedut keluar isinya.

Leteran ayah berpanjangan. Dia nampak kesal apabila aku begitu mesra dengan mak tapi tidak pernah berbual dengannya. Dia garang, pastilah aku tak berani nak berbual dengannya. Ayah mewarisi perangai datuk yang bengis dan membesarkan anak tanpa kemesraan. Tidak boleh manjakan anak, nanti memijak kepala. Kata-kata datuk dulu yang akhirnya menjadi ikutan ayah.

Aku tidak suka cara itu. Langsung tidak setuju. Aku mahukan ayah yang mesra juga penyayang macam mak. Namun ada juga kalanya ketika aku demam, semasa mak keluar berniaga di pasar, ayah menjaga aku dengan baik. Ada nasi untuk dimakan, dan ayah membawakan aku panadol.

Malam itu, aku, mak, dan adik makan bersama. Bukan main berselera lagi kami makan. Tidak ada masalah pun mahu mengeluarkan isi siput kerana kami menggunakan lidi untuk mengorek isinya keluar. Sedang leka menyedut siput, tiba-tiba aku tersedak kerana hampir tertelan cuping siput. Sampai terbatuk-batuk beberapa kali. Emak cepat-cepat menepuk belakangku. Agak panik juga rasanya. Mujurlah cuping siput itu berjaya dikeluarkan.

“Lain kali, berhati-hati sikit bila menyedut siput. Kalau tertelan cupingnya, susah nanti,” kata mak.

“Tak sengaja, mak. Sedap sangat makan, tergopoh-gapahlah jadinya,” kataku sambil mengesat air mata yang terkeluar akibat babak cemas tadi.

Gulai siput daun kaduk ialah makanan kegemaran kami sekeluarga. Setiap kali kalau terjumpanya di pasar, mak pasti tidak lepas peluang untuk membelinya.

Malam itu, aku antara sedar dengan tidak, terdengar perbualan antara mak dengan ayah. Entah apa yang dibualkan. Tapi oleh kerana rasa terlalu mengantuk, aku terus melayan tidur hingga ke pagi… dan terbangun saat mahu ke sekolah. Biasanya, ayah yang mengejutkan aku setiap pagi, sementara mak sudah di kebun mengutip sayurnya untuk dijual di pasar.

“Ada apa ayah, sejak semalam lagi terdengar bising-bising?” Aku memberanikan diri bertanya khabar sambil ke katil ayah. Biasanya, waktu ini ayah sudah bersiap-siap untuk ke kebun.

“Ini, sakit sangat semalam. Tidak boleh tidur.” Ayah menunjukkan ke arah betisnya yang ditumbuhi kudis berwarna merah dan berair.

“Pelik sungguh, tetiba ditumbuhi kudis,” kataku kehairanan. Tapi aku perlu ke sekolah cepat. Lagi pun keadaan ayah tidaklah teruk sangat. Mak sudah masak sebelum keluar pagi ini. 

Aku tinggalkan ayah dengan perasaan simpati. Walaupun semalam dia memarahiku dengan teruk, namun sebagai anak, aku perlu mendengar segala tegurannya dan jadikan iktibar pada masa depan. Aku perlu selalu bertegur sapa dengannya.

Petang itu, seperti biasa, apabila aku balik dari sekolah, terpaksa cuci pakaian dulu. Setelah kering perlu digosok, guna seterika buatan tembaga. Aku masukkan bara tempurung, kemudian renjis air pada pakaian tersebut. Aku hanya ada dua pasang pakaian sekolah, sepasang baju kurung dan sehelai skirt. Aku lebih suka dan selesa berbaju kurung semasa ke sekolah. Hal ini adalah kerana kawan-kawanku semua pakai baju kurung. Kadang Mek Eng, pemilik kedai runcit di simpang jalan itu, selalu mengata aku.

“Eh, awak ni nak masuk Islamkah? Selalu makcik tengok pakai baju kurung,” kata Mek Eng, pada suatu hari.

“Tak adalah, makcik. Saja aje,” balasku spontan. Terkadang aku terasa juga dengan pertanyaan sumbang seperti itu. Tapi apakan daya. Aku tahankan saja.

Petang itu, aku terpaksa ke sekolah lagi untuk sesi latihan hoki. Hari itu pasukan biru akan memilih pelajar untuk mewakili rumah bagi pertandingan antara rumah-rumah. Aku tidak suka bersukan, aku tidak kuat berlari. Setiap kali ada pertandingan merentas desa kat sekolah, aku akan tarik diri. Biasanya, aku hanya menjaga di suatu simpang, sambil mencatat nombor peserta yang melintasi di tempatku. Itu saja. 

Balik sekolah waktu petang, kekadang terpaksa menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu. Ada kalanya hujan ribut bersama guruh serta petir. Aku biasanya teruskan sahaja perjalanan ke rumah tanpa berhenti di mana-mana. Sampai di rumah, habis basah kuyup.

Pada waktu lapang, aku suka menyanyi. Malah tidak sangka, ayah pernah cakap, suaraku boleh tahan. Aku pernah dijemput untuk mengasah bakat, namun menolak kerana aku tidak pernah pun menyimpan  hasrat untuk serius dalam bidang itu. Cukup sekadar suka-suka sahaja.

Dalam perjalanan pulang dari sekolah petang itu, aku dihadang oleh sekumpulan budak nakal yang memang aku kenali. Mereka menutup jalan dengan mengatur basikal sehingga aku langsung tiada ruang untuk melepasinya. Aku terpaksa ke tepi parit di sebelah jalan. Salah seorang daripada mereka mengambil peluang menjamah bahuku. Aku tidak mampu berbuat apa-apa kerana aku keseorangan di kala itu.

Terkadang aku menangis kerana diusik. Namun aku tidak pernah mengadu pada orang tuaku. Perkara kecil, tidak perlulah diperbesarkan. Lebih baik diamkan saja. Bukan sekali dua tetapi sering kali. Itulah yang menyedihkan hatiku.

Suatu senja, ayah pulang dalam keadaan termengah-mengah. Mak terkejut lalu bertanya apa yang telah berlaku.

“Isa nak pukul aku dengan batang cangkul. Gara-gara aku pergi minta hutang. Cuba fikir, dia suruh aku pergi membajak semasa nak buat padi tahun lepas. Hinggalah padi dah dituai, masih tak nak bayar hutang. Bila aku pergi minta, nak pukul aku pulak. Mujur aku sempat lari.”

“Susah betul nak cari makan di kampung kita ini. Saya dengar, di kampung-kampung tempat anak menantu kita tinggal, sebaik saja selesai membajak, mereka terus bayar. Langsung tidak berhutang,” kata mak.

Aku mendengar saja perbualan mereka. Aku budak-budak, mana tahu hal orang dewasa.

“Tu, traktor yang warna merah, dah rosak. Perlu panggil Jali untuk baiki cepat. Sekarang musim nak menanam tembakau, ramai yang datang minta bajak tanah mereka, hai pening-pening.” Rungut ayah.

“Rosak apa pulakkan baru dibaiki dua bulan lepas?” tanya mak kehairanan.

“Dua bulan lepas tu tukar mata, dah tumpul sangat dah. Tak lut nak membalikkan tanah.”

“Oh, cakaplah macam tu. Kalau abang tak cukup duit, ambillah duit saya dulu,” kata mak.

Kadang-kadang aku hairan juga. Mak dan ayah biasanya selalu bertekak tapi ada ketikanya mereka begitu sepakat bagai aur dengan tebing. Itulah suami isteri. Kata orang, lidah dengan gigi lagi tergigit. Namun kalau salah seorang teraniaya, samalah juga dengan cubit paha kiri, paha kanan terasa sakit. Mak turut simpati dengan nasib yang menimpa ayah.

Dua buah traktor yang diusahakan langsung tidak mendatangkan untung. Orang berhutang keliling pinggang. Pernah beberapa kali pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri datang nak siasat ayah. Tapi ayah marah, tidak pelawa mereka masuk rumah. Ayah geram kerana mereka menyangka ayah punya pendapatan lumayan tanpa tahu masalah tabiat penduduk di kampung kami.

Ibu sarankan agar ayah jualkan saja traktornya itu. Tak guna disimpan, besi makin buruk. Hasilnya tidak ada. Namun ayah tetap bertahan. Dengan hutang orang bertimbun, tiada pun orang simpati pada ayah. Nak minta hutang, diri sendiri pula yang dicaci maki.

Setelah berfikir semasak-masaknya, dikira bahagi congak sama rata, akhirnya ayah lepaskan jua traktornya pada Jali. Biar dia pula merasa sakit hati bagaimana orang meminta bajak tanah tapi enggan membayar. Buat padi tahun ini, tahun depan baru nak langsaikan hutang. Begitulah resam penduduk kampung tempat aku dibesarkan.  Walaupun bukan semua berperangai begitu, tapi kebanyakan daripada mereka adalah begitu.

TAMAT 15.

16.
MUSTAJABNYA LIDAH DI MULTAZAM

Oleh: Suzana Jumadil

AKU terlalu rindukannya. Wangian karpet yang menusuk deria hidu saat sujud, menjadikan rinduku semakin menggigit untuk datang lagi di situ. Berubah pun musim dan tahun, kerinduan itu tetap sama. Bagaikan bayu rindu membelai bisikan syahdu pada hamparan ruang terbuka Nabawi ini, lantas memujukku untuk hadir dan terus memuja rindu kepadanya. Begitulah hari-hariku meniti dunia ini dari kaca mata diri dan hati.

Aku menjadi tetamu Rasulullah di Masjid Nabawi dan menjadi tetamu Allah di Masjidilharam, saban tahun. Selain beribadah mengharap keredaan Tuhan, tujuanku menyonsong jauh untuk mencari dia yang aku rindui. 

“Saya nak jadi imam Masjid Nabawi.” Kata-kata itu malar segar dalam ingatanku.

“Insya-Allah… Mama doakan kamu berjaya mengejar impian itu…” Tubuh kecilnya saat itu kupeluk kejap. Nilai kasih tidak mampu dikira menggunakan kalkulator. Terlalu infiniti jumlahnya. Wajah itu kutatap sejenak. Senyuman syukur kepada Ilahi teroles di bibirku kerana kehadirannya dalam hidupku adalah suatu anugerah terindah dan tidak akan hilang sampai bila-bila. Itu amat aku yakini. 

Namun,  hati seorang ibu ada waktunya diusung rasa marah tanpa sedar. Melepaskan geram sewenangnya meskipun khilaf puteraku hanya sedikit. Kenapa lidahku sekejam itu memarahinya di hadapan Multazam? Kesalku tidak berhujung hingga kini. 

“Kenapa tumpahkan air zam-zam? Kalau Pak Arab yang mop lantai tu marah dan bawa  kamu pulang, tak jumpa mamalah kamu sampai bila-bila. Baru padan muka…” Air zam-zam yang tadinya aku masukkan dalam botol mineral, cuma mampu kupandang. Tergolek dan isinya tumpah ke lantai Masjidilharam yang sejuk dingin.

Kemarahanku bukan kerana air itu tumpah, tapi adalah kerana kelelahanku beratur panjang menunggu giliran mendapatkan air berkat itu. Wanita Turki yang berasak-asak merempuh barisan menyebabkan hatiku diamuk ganas. Kesabaranku saat itu terlepas kepada anakku satu-satunya ini.

Hari-hari berikutnya, ibadahku bersama sang putera, bertambah khusyuk. Dia yang kulahirkan, bagaikan menghadiahkan ketenangan setiap kali menatapnya. Tiada amarah yang terbenam di dasar hati, jauh lagi dendam atas kesilapan-kesilapan kecilnya. Jemariku sentiasa dalam pautannya. Bak kasih yang bersimpul mati. Leretan senyuman yang menguntum pada bibirnya bagaikan sinar suria yang ceria menyapa lapangan jiwa. Mata bundar warisan almarhum ayahnya, adalah pancaran ketenangan yang mendamaikan.

Berselang sejam sesudah Tawaf Wada, musibah paling kejam melanda hidupku. Dia hilang tanpa dapat kukesan. Kunjunganku ke Tanah Haram ini, terpaksa dipanjangkan kerana mencarinya. Sebulan aku bertemankan pasukan keselamatan, memastikan dia selamat untuk kubawa pulang. Sayang sekali, jejaknya hingga kini terus hilang. Tiada gambaran dari kesedihan yang mampu kuluahkan.

Aku tidak jemu menggali. Di mana hikmah yang tersembunyi atas ketentuan Ilahi. Air mata, mungkin sudah berbaldi-baldi jika disukat. Doa kulantunkan dalam hati sejak kehilangannya, bukan sedikit. Semoga dia dalam jagaan Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Terbayang pelbagai gambaran pilu yang merosakkan iman. Memandang peminta sedekah yang hilang kaki dan tangan, hatiku menjadi rawan. ‘Ya Allah, peliharalah anakku dari segala kejahatan manusia, jin dan syaitan’.

Sejak itu, jadilah aku tetamu Masjid Nabawi dan Masjidilharam saban tahun. 10 Tahun berulang alik ke tanah suci itu. Membawa hati dan harapan agar doaku untuk menemuinya terlaksana. Aku meyakini bisikan hati, bahawa dia sejahtera dalam lindungan Allah. Malah, suatu hari nanti, aku pasti dapat menemuinya. Sama seperti doaku yang sentiasa beralun dalam jiwa. Tawakkal kugantungkan di hati bersama usaha yang tidak kenal erti jerih.

Sujud syukurku tidak terhingga. Gema suara imam Masjid Nabawi yang merdu melantunkan bacaan surah Al-Waqiah, menjentik jiwaku. Seolah-olah itulah suara anakku. Aku terbawa-bawa dalam memori atau barangkali menyedapkan hati sendiri.

“Mama… merdu, kan bacaan surah yang dibaca imam tadi…” Kata-katanya sepuluh tahun yang lalu, menyingahi memori. Tumpah lagi air mataku ketika sedang solat. 

“Ya Allah, jika ini satu ujian… Aku redha. Peliharalah dia dengan kasih sayangmu. Tunaikan segala impiannya dan pertemukan aku dengannya sebelum aku menutup mata. Amin…” Itulah doaku sesudah usia semakin meninggi. Terasa dunia ini hanyalah laluan menuju perjalanan yang lebih panjang di sana. Tawakkal dan harapan sentiasa ada dalam doa yang tidak pernah kenal surutnya.

Kali ke 11 hari ini, kakiku menjejaki Tanah Haram dan menjadi tetamu Masjidilharam sebagai jemaah haji.  Selama hari-hari ibadah sebelum berwada untuk mengunjungi bumi Rasululullah. Aku mendaki Jabal Rahmah dengan kudrat yang masih bersisa. Di sana, tanganku tadahkan dalam khusyuk yang mampu hatiku rai. 

“Wahai Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang. Adam Kau campakkan ke bumi India dan Hawa Kau humban ke Tanah Palestin, kemudian Kau pertemukan kedua-duanya di sini sesudah ratusan tahun terpisah, maka Kau pertemukanlah aku dengan anak lelakiku dengan limpahan kasih sayang-Mu, ya Allah…” Doaku masih tidak berubah. Semoga dia dapat kutemui walau dalam apa jua bentuk atau caranya. Air mata kubiarkan kering sendiri disapa bayu yang menyapa Jabal Rahmah yang kukuh ribuan tahun ini.

Solat taubat kutitipkan menyesali keterlanjuran kata-kata masa lalu. Saat sujudku yang pertama di Masjid Nabawi kali ini, lintasan hati menyampai pesan. Anak lelakiku hari ini genap berusia 21 tahun. 

“Berkati usianya, Ya Allah…” Doa itu terlafaz dalam sujudku yang terakhir dalam solat malamku. Sesudah beriktikaf tanpa teman, aku membawa langkah perlahan mendatangi Taman Syurga yang dijanjikan Allah. Langkahku dipermudahkan, sujudku yang paling lama di Raudah ini tidak mampu kuungkapkan dengan kata-kata. Andai saja malaikat maut mendatangiku saat ini, itulah kecintaan dan dambaan. Aku menjadi hamba yang pasrah, Karpet berwarna hijau lumut yang wangi itu, basah oleh air mataku. 

Sesudah pasrah kepada Allah aku hamparkan, aku mula meninggalkan perkarangan Masjid Nabawi yang dipenuhi payung takungan hujan. Aku kembali ke hotel yang jaraknya 300 meter dari dataran masjid paling indah ini.

Kakiku gontai melewati ruang lobi Hotel Sajja Al-Madinah yang luas. Aku sedari, terdapat sekumpulan lelaki berjubah putih dan berserban, bersembang penuh karisma pada sofa yang tersedia di lobi tu. Dari bicara mereka, aku sangat meyakini, mereka itu pemuda-pemuda berbangsa Arab. Namun, aku abaikan saja keberadaan mereka, lantas laju menuju pintu lift.

“Mama… ” Suara itu lembut menyapa. Aku berkalih memandang. Seorang lelaki muda keluar dari kelompok pemuda-pemuda arab tersebut dan mendatangiku. Waktu bagaikan terhenti saat matanya tersenyum memandangku. Wajahnya berjambang tapi masih nampak kemas, sama seperti rakan-rakannya. Sinar mata itulah yang merajai kerinduanku selama ini.

“Mama…” Sekali lagi dia menyapa. Kini, aku sudah jauh dalam dakapannya.

“Terima kasih sebab doakan saya.” Aku kehilangan suara untuk berkata-kata. Air mata terlalu murah rialnya saat itu. 

“Kenapa…?” Hanya itu yang mampu kulafazkan. Hatiku ingin bertanya, kenapa dia menghilang? Ke mana dia pergi selama 11 tahun? Namun… suaraku terbenam dalam kerongkong lalu jelma di kelopak mata. Itulah air mata syukur sesudah doaku untuk menemuinya, dijawab Allah.  

“Maafkan saya, ma… Saya tersesat masa di lobi, bas yang saya naiki rupa-rupanyanya bukan ke Jeddah. Tapi, ke Madinah. Dalam bas itu, saya duduk dengan seorang imam yang boleh ajarkan saya menghafaz. Saya belajar tanpa sistem formal. Dia sangat tegas, ma. Akhirnya, dalam masa setahun saja, saya berjaya khatam dan hafaz Al-Quran.” 

Dia cuba menerangkan kerana memahami persoalan dari bisikan hatiku yang masih tidak mampu bersuara. Beberapa detik masa berlalu, aku masih dalam dakapan puteraku itu. Sesudah sedar yang kami berada di lobi hotel, laju jemarinya melepaskan dakapan dan menarikku ke sebuah sofa. Saat itu dinihari, suasana masih tidak lenggang dan tidak sepi. Kumpulan pemuda yang bersamanya tadi, sudah beransur pergi.

“Ma… Setiap tahun mama datang ke sini, kan… Ayah angkat saya menitipkan salam kemaafan. Dia tahu dan sering mengajak saya melawat mama dari jauh. Dia memberi saya pilihan, jika saya mendekati mama, pasti doa mama tidak akan makbul. Sebaliknya, jika saya menjauh dan mengorbankan rindu saya kepada mama, pasti doa mama akan Allah makbulkan. Sekarang saya sudah menjadi imam di Masjid Nabawi.” Penerangannya menambahkan deras air mataku. 

“Mama yakin, doa mama disahut Tuhan. Kamu dipelihara dan dijaga dalam limpahan kasih sayang-Nya.” Aku peluk dia yang duduk di sisiku. Dia memiliki ketinggian melebihi aku. Tubuh di balik jubah putih itu ialah puteraku. Aku pandang dan kuteliti berkali-kali. Kini aku meyakini yang aku bukannya bermimpi.

Doaku makbul. Dia kini menjadi imam Masjid Nabawi mengikut jadual. Doaku tanpa sedar juga makbul, dia dibawa pergi oleh Pak Arab yang baik budi. Semakin aku yakini, betapa  lidah yang tidak bertulang di hukum Tuhan, saat mustajabnya doa di Multazam.

TAMAT 16.

TAMAT.

BERKENALAN DENGAN PENULI

1. AHKARIM

BIODATA. Ahkarim ialah nama pena bagi Abdul Halim bin A. Karim. Berasal dari Langgar, Alor Setar, Kedah. Mendapat pendidikan di Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar; Ijazah BA dari Universiti Malaya pada tahun 1971; Ijazah MSc (Organization Development) dari Sheffield Harlem University (UK) pada tahun 1986. Berkhidmat dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) di beberapa jabatan persekutuan (Kementerian Pelajaran, Perbendaharaan Malaysia, INTAN, Pengarah JPJ Negeri Kedah, dan jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Johor sehingga tahun 2001). Berkecimpung dalam penulisan kreatif melalui genre cerpen dan puisi selepas bersara. Telah menghasilkan empat kumpulan cerpen: Tanika, MoU Sumi, Pensionofobia dan Confessions of A Tablighi; sebuah kumpulan puisi, Suara Antagonis; dan sebuah novel: Sir Khatim. Kini aktif dalam beberapa NGO, termasuk Ahli Jawatankuasa Persatuan Aktivis E-Sastera Malaysia (E-SASTERA).

2. ANIE DIN

BIODATA. Rohani Din disenangi dengan panggilan Bunda Anie Din. Berpendidikan sekolah menengah. Ibu yang mempunyai empat orang anak dan sembilan orang cucu. Giat menulis setelah bergelar nenek. Penulisannya bermula dengan novel bersiri Diari Bonda, yang hingga ke hari ini bersiri 6 dan lain-lain.  Juara 1 Novel; Anugerah Buat Syamsiah dan Juara 2 Novel; Sanggar Anugerah Buat Syamsiah. Ketiga-tiga novel itu dan Ku Tunai Janji antara lima senarai pendek untuk Anugerah Sastera Singapura. “Kereta Api Terbalik Langgar Kerbau Di Rembau” dicalonkan untuk anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Banyak lagi novelnya yang telah diterbitkan. Mengendalikan antologi puisi 4 negara – siri Bebas Melata, yang hingga kini bersiri 11. Selain novel, beliau menulis cerpen, puisi, dan pantun dengan jumlah bukunya kini mencecah 60 judul. Kumpulan puisinya yang pertama bejudul “Membilang Langkah” dan terkini “Bersama Mas Mencari Emas”. Beliau sering diundang ke sekolah rendah, menengah, dan pengajian tinggi (maktab dan universiti) untuk memperkenalkan gaya dan cara penulisannya. Gemar menunaikan undangan sastera, tidak kira di mana selagi terjangkau kaki dan semangatnya. Anugerah yang telah diterimanya ialah (a) Tokoh Sastera Mahrajan 2016 – Sabah, (b) Good Neighbour Award  2015 – Singapura, dan (c) Anugerah Sukarelawan Pertapis 2012 – Singapura. Juga dicalonkan untuk Anugerah Mitra Nusantara 2015 – Thailand dan Senarai 5 Pencalonan Anugerah Sagang 2017- Provinsi Riau.

3. CIK SERI BANANG

xxxxxxxxxx

4. EKHWAN RUSLI

BIODATA. Nama penuh Ekhwan Rusli ialah Mohd Amirul Ekhwan bin Rusli. Beliau ialah warganegara Malaysia yang merupakan bapa kepada sepasang cahaya mata. Beliau menulis cerpen sejak tahun 2017. Anak tunggal berkelulusan Kejuruteraan Kimia ini kini menjawat posisi pengurusan di firma pembuatan produk konkrit praregang. Penulisannya merupakan pandangan dari sisi sejarah dan teknologi, serta sudut pandang hasil kembaranya di luar negara sewaktu menimba ilmu dan mencari rezeki. Alhamdulillah, meskipun tidak memiliki pendidikan formal dalam bidang kesusasteraan, beberapa buah cerpennya telah diterbitkan di akhbar-akhbar, walaupun jumlahnya masih kecil. Cerpennya “1511: P3GUN” dalam antologi ini merupakan garapan khas bagi menunaikan permintaan arwah ayahnya yang mahukannya menulis sesuatu yang memerirhalkan kesultanan. Ekhwan boleh dihubungi di e-mel: maerwan@gmail.com.

5. EM SASTROATMODJO

BIODATA. Puisinya tersebar di belasan antologi bersama, antaranya: Antologi Puisi menggenggam dunia (2014), Merpati Putih (2011), Solo Dalam Puisi (2014), Antologi Penyair Asia Tenggara: Lentera sastra II (2014), Tifa Nusantara II (2015), Sopo Siro Sopo Ingsun (2015), Tifa Nusanara III (2016), dst. Tulisannya tersebar di beberapa media, diantaranya: Tabloid wanita Kudus, Kabar Pesisir, Majalah Gandrung Sastra, Majalah Gusdurian Jombang, Republika, Tetas Kata Riau, Jurnal Khittah Nu Pati, Maarif NU Jateng, dst. Pernah diundang oleh Lentera Sastra Internasional bekerjasama dengan Dewan Kesenian Cilegon mengikuti Pertemuan Penyair Asia Tenggara di Cilegon 2014, Pertemuan Sastrawan Arus Sungai Sastra Magelang, Pertemuan Sastrawan Tifa Nusantara II di Tangerang, Pertemuan Sastrawan Tifa Nusantara III di Marabahan Kalimantan Selatan, Mata Katulistiwa di Yogyakarta, dst. Bersama grup musikalisasi puisinya; AlFine, pada tahun 2016 mendapat juara 1 lomba Musikalisasi Puisi se-DIY & Jateng pada Festival Sastra UGM yang diselenggarakan oleh FIB Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta. Diundang tampil di Tembi Rumah Budaya, Balai Bahasa Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta, dst. Pada tahun 2018, ia dinobatkan sebagai Pemuda Pelopor Bidang Pendidikan Kabupaten Pati yang diselenggarakan oleh Dinas Pemuda dan Olah Raga, serta didaulat mewakili Kabupaten Pati mengikuti pemilihan Pemuda Pelopor di Provinsi Jawa Tengah 2018. Mendirikan Lembaga Pengembangan dan Pemberdayaan Masyarakat (LPPM) Dermowongsho, Pendiri sekaligus pengasuh Rumah Kreatif Ki Ageng Mojo (2018 mendapatkan penghargaan dari Kabupaten Pati). Saat ini mengajar bahasa dan sastra Indonesia di Pondok Pesantren Ali Maksum Krapyak Yogyakarta sembari menjalankan usaha toko buku daring @Belantara Buku dan @Jejeli Buku.

6. IRWAN ABU BAKAR

BIODATA. Irwan Abu Bakar (atau Dr. Ir. Wan Abu Bakar bin Wan Abas) dilahirkan pada 11 Mei 1951 di Segamat, Johor.  Isterinya ialah Hasimah Harun dari Pasir Mas, Kelantan. Mereka dikurniakan tujuh orang cahaya mata, lima lelaki dan dua perempuan. 

(2) Pendidikan. Irwan bersekolah rendah dan menengah di Segamat serta mengikuti kursus Tingkatan 6 untuk empat bulan di English College, Johor Bahru, Johor. Kemudiannya beliau telah berpindah untuk mengikuti kursus diploma dalam biidang Kejuruteraan Mekanik di Maktab Teknik, Kuala Lumpur (kini UTM).  Selepas itu, beliau telah melanjutkan pelajaran di University of Strathclyde, Glasgow, United Kingdom untuk mengikuti kursus Bachelor of Science (Mechanical Engineering) dan PhD (Bioengineering). 

(3)  Profesion. Irwan merupakan profesor di Jabatan Kejuruteraan Mekanik (kemudian dipindahkan ke Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan), Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya sehingga Januari 2018. Selepas bersara, beliau telah dilantik sebagai Research Associate di Jabatan yang sama. Irwan pernah menerajui Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (FKUM) sebagai Dekan sebanyak tiga kali untuk tempoh 10 tahun. Beliau juga telah menerajui penubuhan program ijazah sarjana muda Kejuruteraan Bioperubatan (BBEng) dan kemudiannya pembentukan Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan di FKUM, serta dilantik sebagai Ketua Jabatan yang pertama bagi Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan FKUM itu. Melalui proses yang berkenaan, Irwan menjadi pengasas pendidikan kejuruteraan Bioperubatan di Malaysia. Selepas itu, beliau telah terlibat sama dalam pembentukan program sarjana muda Kejuruteraan Bioperubatan (Prostetik dan Ortotik), ringkasnya BBEng (P&O), di Jabatan yang sama. Di samping itu, beliau juga telah menerajui pembentukan Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya dari empat program alam bina yang mulanya beroperasi di bawah Fakulti Kejuruteraan. Beliau juga telah terlibat dalam pengkomersialan hasil penyelidikan di makmal prostetik dan ortotik dengan bersama-sama membangunkan syarikat terbitan Universiti Malaya, BioApps Sdn Bhd yang mengendalikan perniagaan pembekalan dan perkhidmatan prostesis (anggota badan buatan) dan ortosis (alat sokongan anggota badan). 

(4) Persatuan Profesional. Di luar tugas rasminya, beliau memimpin persatuan-persatuan profesional kejuruteraan pada peringkat nasional, iaitu Persatuan Kejuruteraan Perubatan dan Biologi (MSMBE) sehingga 2015 serta Persatuan Prostetik & Ortotik Malaysia (PPOM) dan Persatuan Biomekanik Malaysia sehingga sekarang. Irwan juga ialah Fellow, Academy of Sciences, Malaysia (FASc). 

(5) Kegiatan Sastera. Irwan mempromosi konsep “whole-brain thinking” sebagai jurutera yang terlibat secara aktif dalam bidang sastera. Beliau telah menerbitkan pelbagai karya sastera dan pernah memenangi beberapa anugerah sastera tempatan. Di samping itu, beliau diiktiraf di Malaysia sebagai pengasas kegiatan sastera siber (atau e-sastera) Melayu. Portal sasteranya dilanggani penulis dari pelbagai negara. 

(6) Penerbitan Cetakan Keras.  Irwan mula menerbitkan puisi di media cetak pada tahun 1995 (”Diasfora Alam Bahasaku”, Pelita Bahasa, Februari 1995). Sehingga kini, Irwan telah menerbitkan dua buah kumpulan sajak di Malaysia, iaitu Semelar (2003) dan Kuntom Ungu (2012). Juga beliau telah menerbitkan kumpulan puisi di Indonesia, iaitu Grafiti Hati (2016) dan sebuah buku kumpulan “puisi berserta ulasan”, iaitu Peneroka Malam (2014). Beliau juga terlibat secara aktif dengan deklamasi puisi, terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Irwan mula menerbitkan cerpen pada tahun 2002 (”$yy…”, Berita Minggu, 25 Mei 2003). Pada tahun 2016, beliau menerbitkan kumpulan cerpen Rewang Minda yang mengandungi 18 buah cerpen tulisannya. Cerpen-cerpen itu kebanyakannya telah tersiar terlebih dahulu di laman-laman web tertentu. Novel pertama tulisan Irwan berjudul Cinta Berbalas Di Meja 17 (2008). Edisi-edisi terkemudian novel itu diberi judul Meja 17 (2012, 2015, dan 2016). Edisi Indonesia novel ini telah diterbitkan di Jakarta pada tahun 2014, juga dengan judul Meja 17. Pada tahun 2018, Irwan menerbitkan novel keduanya. Novel itu berjudul 30 Februari dan telah diterbitkan di Cilegon, Indonesia (Mei, 2018). Karya eceren Irwan berupa sajak dan cerpen telah diterbitkan dalam pelbagai majalah dan akhbar sejak 1995, termasuk majalah Dewan Sastera serta akhbar Berita Minggu (kini dinamai Berita Harian Ahad) dan Mingguan Malaysia (kini sudah diberhenitkan penerbitannya). Di samping itu, Irwan merupakan penyelenggara dan penyelenggara bersama bagi beberapa buah antologi puisi dan novel bersama. 

(7) Penerbitan Portal Sastera. Kini Irwan meneruskan penerbitan e-majalah sastera (majalah sastera dalam Internet), eSastera.com (www.e-sastera.com) yang bermula pada tahun 2002 tetapi dengan format baru. Majalah itu kini mempunyai cawangan di Facebook.com dalam bentuk grup-grup facebook yang dibentuk di bawah akaun facebook E-Sastera Malaysia. E-majalah itu dinamai E-Sastera@Facebook dan dibentuk oleh grup ”E-Sastera@Facebook Induk” sebagai grup kawalan dan pelbagai grup karya berasaskan genre. Antaranya ialah grup E-Sastera Sajak, E-Sastera Cerpen, E-Sastera Novel, E-Sastera Kritikan, E-Sastera Berita (Pemberitahuan dan Laporan), dan E-Sastera Forum. Butir-butir tentang e-majalah E-Sastera@Facebook diberikan dalam buku berjudul Panduan Pengguna E-Sastera@Facebook (Esastera Enterprise, 2015). Mulai 2019, kehadiran di Facebook itu ditambah dengan grup “E-sastera @ Facebook Karya” yang memanfaatkan penggunaan hashtag # untuk memisahkan genre karya yang disiarkan. Grup ini kemudiannya ditukar nama kepada Majalah Esastera @ Facebook. Sebelum itu, Irwan menerbitkan e-majalah eSastera.Karya (di URL eSasteraKarya.com atau eSasteraKarya.WordPress.com) untuk mempromosikan format sastera elektronik yang melebihi apa yang mampu dihidangkan di Facebook. E-majalah ini juga dikongsi ke Facebook untuk menarik pelanggan yang banyak di situ. Portal unik yang pernah diterbitkannya tetapi telah ditutup pada masa ini ialah tivi-Sastera (www.eSastera.tv). Mulai 2012, eSastera telah menerokai bidang ”sastera Twitter” dengan nama @tSastera (namanya di laman Facebook ialah Twit Sastera).Mulai 2019, melalui GAKSA, Irwan menerbitkan portal e-karya sastera peringkat ASEAN yang dinamai Sastera.Vaganza ASEAN. Portal itu kemudiannya ditukar nama kepada E-sastera Vaganza ASEAN di URL http://www.SasteraVaganza.net (kini ditukar ke URL http://www.eSasteraVaganza.com).  Karya di portal ini dikongsi ke Facebook dalam grup “GAKSA e-Sastera.Vaganza ASEAN”. 

(8) Penerbitan Produk Audio. Irwan juga telah menubuhkan GLP (Grup Lagu Puisi eSastera) yang bernaung di bawah syarikat eSastera Records (Pengurus: Dinie Wan). GLP telah menerbitkan dua buah album penuh lagu-lagu puisi, iaitu Perada Cinta (2014) dan Dot Dot Dot (2016). Beberapa buah singles juga telah diterbitkan. Malah lagu puisi nyanyian GLP berjudul “Terus Berlari” telah dijadikan lagu korporat syarikat BioApps Sdn Bhd, sebuah syarikat terbitan Universiti Malaya yang merupakan pembuat dan pembekal perkhidmatan dalam bidang prostetik dan ortotik.

(9) Anugerah Sastera. Anugerah sastera yang pernah dimenangi Irwan ialah Hadiah Sastera Johor 2019 (Buku Sastera), Tokoh Patria Numera 2017, Hadiah Sastera Darul Takzim 2007-2008 (Puisi Eceren), dan (c) Anugerah Sastera Perdana Malaysia 2004-2005 (Cerpen Eceren). Beliau juga pernah menjadi Editor Bersekutu bagi majalah Dewan Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. 

(10) Gerakan Sastera. Irwan memulakan gerakan sastera siber di Malaysia pada tahun 2002 melalui portal eSastera.com (juga dinamai e-Sastera.com). Gerakan itu dikenali masyarakat sebagai gerakan e-Sastera.com. Mulai tahun 2013, gerakan itu mengeluarkan anugerah sastera yang dinamai Hadiah e-Sastera.com (atau HesCom), dengan anugerah pertamanya ialah Anugerah Penyair Alam Siber (atau APAS). Anugerah tertinggi yang dikeluarkan melalui HesCom ialah Anugerah Sasterawan Alam Siber, dengan penerimanya menggunakan gelaran SAS pada nama mereka. Pada masa yang sama, Irwan telah menubuhkan syarikat penerbitan Esastera Enterprise (yang mulanya dinamai kAPAS Publication). Dalam persatuan penulis, Irwan ialah Presiden, Persatuan Aktivis E-Sastera Malaysia (E-SASTERA) sejak didaftarkan pada tahun 2010. (Portal utamanyanya di http://eSastera.org). Irwan juga pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden, Persatuan Sasterawan Numera (Nusantara Melayu Raya), Malaysia, dan juga pernah menjadi Bendahari, Jawatankuasa Protem, Persatuan Sasterawan Paksi Rakyat (PAKSI). Pada tahun 2016, Irwan telah menubuhkan gerakan sastera pada peringkat ASEAN yang dinamai Gabungan Komunitas Sastra ASEAN (GAKSA), (dengan portalnya di http://gaksa.org). Secara serentak, Irwan juga menubuhkan syarikat penerbitan di Cilegon, Banten, Indonesia dengan nama Gaksa Enterprise. Mulai 2019, GAKSA menerbitkan portal e-karya E-sastera Vaganza ASEAN yang dinyatakan dalam item 6 di atas.Pada tahun 2016 juga, serentak dengan penubuhan GAKSA, Irwan menubuhkan gerakan e-sastera pada peringkat global yang dinamai World Association of Literary Communities (WALC).

7. JaBiT ABDUL AZIZ

BIODATA. Dilahirkan pada 17 Mac 1963 di Kampung Saba Darat.  Berkelulusan GCE A Level. Mula menceburi bidang penulisan cereka pada tahun 1981 melalui “Hadiah Nobel” (sandiwara radio, 1981) dan cerpen bertajuk “Korban” (siaran radio).  Novel pertama dihasilkan ketika menyertai Peraduan Menulis Novel sempena Awal Tahun 1400 Hijrah (1981) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei berjudul Jambot. Mula menulis cerpen pertamanya dalam tahun 1981 dan kembali menulis dalam tahun 2008 setelah kemarau karya cerpen selama 27 tahun dengan menghasilkan beberapa buah cerpen dan sajak.  Kesemuanya diterbitkan dalam majalah Bahana. Novel yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam ialah novel remaja G.P. (2001), novel remaja s.i.r! (2007) dan Sa.b.a.! (2010). Pernah mewakili Negara Brunei Darussalam sebagai peserta Program Penulisan Mastera: Novel pada tahun 2001 di Indonesia dan menghasilkan novel Sa.b.a!. Penerima Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP (kategori Cerpen) pada: Tahun 2008 dengan cerpen berjudul “pe.jam.”; Tahun 2009 dengan cerpen bertajuk “pe.rang.”. Penerima Hadiah Pertama dalam Peraduan Menulis Cerpen Acara Sampingan Majlis Ilmu 2008 melalui cerpen berjudul “pe.jal.”. Bermula tahun 2011, mempelopori penggunaan perkataan yang diceduk daripada Kamus Bahasa Melayu Nusantara terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam dalam karya cerekanya bagi “menyatupadukanmenghormatimensohorkan kayanya perbendaharaan kata bahasa Melayu se-Nusantara”.  Pada masa yang sama, pendekatannya ini membolehkan karya cerekanya dapat dibaca dan dinikmati oleh penduduk Nusantara yang melebihi 250 juta jiwa dibanding dengan Negara Brunei Darussalam yang mempunyai sekitar 0.3 juta orang. Melalui penerbitan novel Sa.b.a! dan sumbangan karya beliau yang lain, beliau telah dianugerahkan South East Asia Write Award (SEA Write Award) tahun 2015. E-mel: jabitcool@yahoo.com

8. MAHROSO DOLOH

xxxxxxxxxx

9. MASLINA NGADIMAN

BIODATA. Maslina Ngadiman berasal dari Kota Tinggi, Johor. Kini bertugas sebagai pengurus penerbitan di Larkin, Johor. Datuk dari sebelah bapa berasal dari Semarang, Pulau Jawa sementara nenek ialah perempuan Melayu dari Muar. Anugerah: (1) Cerpen “Maharani 1938”. Hadiah Penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2016. Anugerah Sastera Johor 2019. (2) Cerpen “Cyprus dan Lelaki Itu”. Tempat pertama Sayembara Majalah Anis 2012/2013. Novel: Tawanan Mimpi, Tawanan Mimpi Misi Lembah Merah, Semanis Tart Ceri, Separuh Potongan Piza, Tiga Hati, Gila-Gila PSP, Budak Vespa, Jiran Masam Manis, Puteri Tudung Bermanik. No. Tel: +60102541402. Emel: ngaslina@gmail.com.

10. MUKTI JAYARAKSA

BIODATA. H. Muktillah, S.Ag. MM.Pd dengan nama pena Mukti Jayaraksa. Lahir di Pulomerak pada 26 Desember 1974. Sejak kecil ia tinggal dilingkungan pesantren. Ayahnya seorang pengasuh pondok pesantren Banu al-Qomar. Sejak lulus dari SDN Tegal Bunder (1988), Madrasah Ibtidaiyah (1989) MTs al-Khairiyah (1990) dan Madrasah Aliyah al-khairiyah Karangtengah (1993) yang kesemuanya di Kota Cilegon, kemudian ia merantau ke kota kembang, Bandung untuk melanjutkan studinya di IAIN Sunan Gunung Djati yang sekarang UIN Bandung jurusan Bahasa dan Sastra Arab (1993-1998) . Di kota kembang, ia tinggal di Pondok Pesantren Sirna Galih asuhan KH. Aceng Jaini Dahlan (1993-1995). Perburuan ilmu terus ia lakukan di Institut Ulum al-Qur’an (2000) dan IMNI Jakarta (2010). Iapun pernah singgah di beberapa kota, Lampung, Palembang, Bengkulu, Medan dan Kalimantan Timur, Gorontalo, NTT, Sultra serta kota-kota di sekitar Jawa Barat. Kegemarannya membaca dan menulis terus ia asah dan latih bersama rekan-rekannya melalui media Buletin Ciplukan dan surat kabar di wilayah Banten. Sekarang bersama teman-temannya sedang merintis Taman Bacaan Masyarakat (TBM) di Kota Cilegon. Kini ia mengemban amanat sebagai pengasuh Pondok Pesantren Banu al-Qomar dan Ponpes al-Munawwaroh Gerem raya, pernah menjabat Kepala Madrasah Aliyah al-khairiyah karangtengah (2003-2015). Sebagai ketum Forum Silaturrahim Pondok Pesantren (FSPP) Kota Cilegon. Sebagai Presedium FSPP (2019). Dalam kesehariannya iapun sibuk berdakwah dari panggung ke panggung. Artikel-artikelnya muncul di Baraya Post, Kabar Banten dan Radar Banten UN dan Pendidikan Agama( 2009), Perspektif Versus Perspektif (Sengketa Lahan Kubangsari), Agama Baru Ahmadiyah , Pasca MoU Pemkot-PT KS Posco Tantangan Menghadang, Membacalah! Lalu, Menulislah!, Dari Kritis Hingga Autis, Antara Hiburan dan Hobi (Refleksi Wacana Relokasi dan Lokalisasi), Membangun Pemuda (2011). Juga teks-teks Khutbah Jum’at, Idul Fitri dan Idul Adha yang dikonsumsi oleh DKM Masjid. Buku perdana Kumcer :Meminang PSK (2012). Syahadat Banten (2017) Beberapa buku yang memuat karyanya, Air Mata Debus, Tonggak Tegak Toleransi (MPU X) Kupang 2015. Jika ingin berkenalan dengan Mukti Jayarakta, Kirimkan saja email ke hajimuktillah@yahoo.com. Atau mukti.jayaraksa@gmail.com dan Facebook: Mukti Jayarakta. Atau via SMS ke 087871584568. 

11. PUTRAERY USSIN

BIODATA. Nama sebenar ialah Husairi Bin Hussin. Dilahirkan pada 18.02.1977 di Kampung Ulu Tawar, Karangan, Kulim, Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar, Baling, Kedah. Kemudian mendapat pendidikan menengah di beberapa buah sekolah di daerah Kulim, iaitu Sekolah Menengah Tarbiah Diniah, Sekolah Menengah Kebangsaan Labu Besar, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim. Kelulusan ijazah pula ialah Sastera Dengan Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia dan kelulusan sarjana Sains Pendidikan (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia. Kini berkhidmat di Maktab Rendah Sains MARA  sebagai guru Bahasa Melayu. Antara karyanya yang pernah terbit ialah novel You Ni: Ayat-ayat Jiwa (2010), Kelab Fixie (2012), Blok C: Syoknya Di Asrama (2014), Bukit Syahdu dan Seronojnya Bermain Tenis (2015), She Ha! Kala Hati Bertaut Sayang (2016), Suar Hati (2019) serta beberapa buah cerpen dan sajak di majalah-majalah tempatan.

12. ROSLIE SIDIK

xxxxxxxxxx

13. SUJATA WEE

BIODATA. Alamat: Pt 284, Jln. Baru, Kg. Kulim, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan. No. telefon: 0108791336. Puisi penulis telah diterbitkan secara eceran dalam akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia, dan Sinar Harian serta dalammajalah Dewan Budaya, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, New Sabah Times, Buletin Penyair, Jendela Timur, dan Buletin Pemuisi. Sementara itu, karya eceran daripada pelbagai genre telah menyertai antologi bersama yang berikut:  (1) Antologi travelog Catatan Kembara; (2) Antologi pantun Pantun Serumpun; (3) Antologi pantun Asmaradana; (4) Antologi resipi Dari Dapur Penulis; (5) Antologi resipi kuih Penganan; (6) Antologi pantun Asmaraloka; (7) Antologi sajak Negeri Yang Terkoyak Bencana; (8) Antologi sajak Januari Biru; (9) Antologi sajak Sajak 152; (10) Antologi sajak Istana Kasih 5; (11) Antologi sajak Gema Membelah Gema; (12) Antologi sajak Sajak Tanpa Judul; (13) Antologi sajak Wangian Kembang; (14) Antologi sajak Merekat Retak Cermin; (15) Antologi syair Tuk Suji Bilang; (16) Antologi sajak Raikan Hidup; (17) Antologi sajak dan cerpen Numera Bersayap Harapan bersama KEMALA; (18) Antologi pantun dua kerat karmina; (19) Antologi cerpen Sehati; (20) Antologi kuatrin Suara Hati; (21) Antologi sonian Garuda; (22) Antologi sajak Dari Hujan Ke Hujan; (23) Antologi petua Dari Meja Penulis; (24) Antologi sajak Kemboja Merah Di Telapak Tangan; (25) Antologi sajak Bunga Cinta; (26) Antologi pantun empat kerat; (27) Antologi sajak Tanda Mata; (28) Antologi sonian Langit Palestin; (29) Antologi syair Legenda Ikan; (30) Antologi sonigraf Bunga -Bunga Hati; (31) Antologi pantun Aidilfitri; (32) Antologi puisi dan cerpen Seakrab Angin; (33) Antologi cerpen Detik Masa; (34) Antologi sajak Istana Kasih 6; (35) Antologi pantang larang Pantang Larang; (36) Antologi sonian Rona Kata Dalam Kita; (37) Antologi sajak Terima Kasih Tuhan; (38) Antologi sajak When The Days Were Raining; (39)  Antologi sajak Gumpalan Rasa; dan (40) Antologi pantun Pantun Jenaka.

14. SUZANA JUMADIL

BIODATA. Suzana Jumadil atau nama sebenarnya, Suzana Binti Jumadil, berasal dari Tawau, Sabah.  Mendapat pendidikan awal di SK Batu 22, Apas Balung, Tawau (1984-1989). Kemudianya menyambung persekolahan di SMK Balung, Tawau (1990-1994) dan  SBP Lahad Datu, Sabah (1995-1996). Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang Sastera dengan Pendidikan (1997-2000). Sekarang ini,  beliau bertugas di SMK Kubong, Limbang Sarawak. Kini, beliau bergerak aktif dalam dunia penulisan. Karya beliau tersiar menerusi genre puisi dan cerpen di akhbar perdana dan akhbar tempatan di Sabah dan Sarawak. Beberapa antologi bersama penulis lain (cerpen dan puisi)  turut memuatkan karya beliau. Novel pertama beliau, bertajuk Hingga Nafas Yang Terakhir, telah terbit pada bulan November 2019.

TAMAT.