SEKOIA
ANTOLOGI PUISI GAKSA 2017
VOLUM 1
Penyelenggara
IRWAN ABU BAKAR
PRAKATA PENERBIT
Alhamdulillah, kami bawa kepada anda sebuah antologi puisi hasil karya penulis alam siber yang berkarya di grup-grup Facebook milik GAKSA.
14 pengkarya yang terlibat adalah dari negara Malaysia dan Indonesia. Kami amat hargai kesungguhan mereka untuk melibatkan diri dengan penerbitan antologi ini.
Kami akan menerbitkan antologi yang serupa melalui Volum 2 dan Volum 3 dalam sedikit masa lagi.
Sekian.
Muhammad Rois Rinaldi
CEO, Gaksa Enterprise
Banten, Indonesia, 30 Mac 2017.
Perhatian. Sajak-sajak yang ditandai dengan simbol * adalah sajak-sajak yang telah ditolak oleh penilai.
KATA PENGANTAR
SEKOIA, Antologi Puisi GAKSA 2017
Volum 1
Oleh SAS Puzi Hadi
ANTOLOGI puisi GAKSA, SEKOIA dibarisi 14 penyair Malaysia-Indonesia iaitu Abdul Mukhid, Abid Addin (Habibah binti Shamsuddin), Ade Novi, Fillah Kampar, Gabriel Kimjuan, Irwan Abu Bakar, M.S. Rindu (Mohamed Salleh Lamry), Muhammad Rois Rinaldi, Novia Rika (Novia Rika Perwitasari), Paridah Ishak, Saiful Zanawi, Wahyu Yudi (Wahyudi Abdurrahman Zaenal), Yudi M Barzah dan Zairid 87 (Zikree Ridhuan Baharim).
Tujuh penyair Malaysia ialah Abid Addin (Perak), Gabriel Kimjuan (Labuan), Irwan Abu Bakar (Kuala Lumpur), M.S. Rindu (Selangor), Paridah Ishak (Kuala Lumpur), Saiful Zanawi (Kuala Lumpur), dan Zairid 87 (Negeri Sembilan).
Dan tujuh penyair Indonesia ialah Abdul Mukhid (Malang), Ade Novi (Jakarta), Fillah Kampar (Riau), Muhammad Rois Rinaldi (Serang, Jawa Barat), Novia Rika (Tangerang, Jawa Barat), Wahyu Yudi (Kota Ketapang, Kalimantan Barat), dan Yudi M Barzah (Bandung).
Kronologi tarikh kelahiran para penyair Malaysia-Indonesia bermula paling senior ialah M.S. Rindu (1942), Irwan Abu Bakar (1951), Abid Addin (1962), Wahyu Yudi (1966), Abdul Mukhid (1974), Yudi M Barzah (1976), Saiful Zanawi (1986), Fillah Kampar (1987), Zairid 87 (1987), Gabriel Kimjuan (1988), dan Muhammad Rois Rinaldi (1988). Tanpa maklumat tarikh lahir ialah Ade Novi, Novia Rika, dan Paridah Ishak.
PENYAIR MALAYSIA
ABID ADDIN
PENYAIR Abid Addin yang berpuisi sendirian kini mulai aktif di laman internet dalam beberapa sesawang sastera Facebook sejak 2016. Puisi Kota Seoul (1983) di musim sejuk menambah cengkam penyair yang sedia terasa sepi. Puisi Kosong (2013) dan Rindu Cinta (2015) berunsur kerohanian; puisi pendek “Kosong” menarik pengucapan langsung penyair-Tuhan:
Aku tidak punya
aku Engkau punya
tiada apa
yang aku punya
setitis darahku
Engkau punya
sejagat alam
Engkau punya
aku punah
tanah debuku
dalam genggam-Mu!
Nada marah penyair lewat puisi-puisi kritik sosial Tanpa Rupa (2014) dan Aku Peduli Apa (2016); dalam “Aku Peduli Apa” itu tiga stanza pertama sudah cukup diketengahkan tanpa perlu dua stanza terakhir. Penyair Abid Addin punya prinsip diri dalam dirinya tapi harus diimbangi dalam karya puisi secermat mungkin. Puisi tidak lain berkongsi pengalaman serta ilmu kepada khalayak pembaca.
GABRIEL KIMJUAN
BENCANA beraneka wajah diuliti penyair Gabriel Kimjuan iaitu gempa bumi pada puisi Suara Aceh (2015), kebakaran hospital dalam Tragedi HSA (2016) dan musibah banjir lewat Banjir Termenung (2017). Ada permainan rima akhir dalam puisi “Suara Aceh” pada keseluruhan puisi:
… yang reput
… dimamah perut
… bergegar kuat
… segala kudrat
… tambah melekat
… penuh erat
… lebih semangat
…
Permainan bunyi akhir terlalu ketara dalam puisi-puisi yang lain menjebak dirinya dengan klise yang tidak perlu dipertahankan pada puisi-puisi akan datang.
IRWAN ABU BAKAR
PENDIRI laman sesawang E-Sastera, Irwan Abu Bakar berpunya kelas tersendiri karya puisinya. Puisi sebagai alat hiburan kepada khalayak yang tidak seharusnya terlalu serius. Tapi masih punya sesuatu bagi ditimbangtara keilmuan yang disampaikan. Terdapat antara puisinya dalam kategori sajen (sajak jenaka).
Puisi-puisi pengalaman bersolat di masjid, Makmum di Saf Ke-1 (2017); jenaka kritik sosial harga minyak naik, Hari 1, 2017 (2017); puisi kerohanian pada kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, Korban Sayang (2016) dan, kisah kata hati burung pipit, Sepipit Usaha (2016) ; dan, bualan Messenger dengan rakan negara jiran ketika Acheh dilanda gempa bumi, Gegar di Hati (2016).
Seterusnya, kritik kepada sami Buddha berfikiran songsang di Myanmar, Agamawan Nerakawan (2016) dengan iringan foto; mengelamun kisah tempat membayar wang tanpa tuan di tandas, Semangkuk Ikhlas di Sudut Pulau (2017); sajen kisah pemimpin lupa daratan, Pemimpin Kaki Sebelah (2016); sajen pemimpin Melayu hilang wibawa dan rakyat tak peduli negara bangsa (nation), Aku Tak Mahu Merdeka (2016); puisi madah tentang kita dengan gelas minuman, Muka di Depan Gelas (2016).
Puisi paling menarik, “Muka di Depan Gelas” perlambangan ketika gelas berisi dan sesudahnya kosong kepada kita:
Sebiji gelas yang penuh berisi
kebahagiaankah itu?
atau sebiji gelas yang kosong
itukah kebahagiaan?
Kuteliti muka di hadapan gelas
penuh gelasnya, berseri muka
menjangka keenakan
kosong gelasnya, berseri muka
nikmat kepuasan.
Penuh kosong gelas hanya lambang
di hati rasa bersarang.
M.S. RINDU
PENYAIR senior M.S. Rindu bercerita banyak kisah menarik dalam puisinya. Kisah asal usul makanan segera sate yang popular di Selangor, Sate Kajang (2016); rasa sedih kekurangan peniaga Melayu di bandar kecil Sungai Besar (2015) di Selangor dan, Kedai Melayu di Teluk Intan (2015) di Perak; kritik sosial pendatang bekerja di kilang di Selangor dalam Gadis Vietnam (2016); dan, protes mengenai nasib orang asal terpinggir lewat Nyanyian Orang Asli (2015).
Persepsi penyair kepada wanita Banjar yang garang, Perempuan Banjar (2016); kisah durian semakin mahal pada Durian Kampung (2016); penyair berkira-kira ketentuan siapa mendahului siapa pada mati, dia atau isterinya dan apa harus dilaku lewat Di Hujung Usia (2016); kehidupan rukun damai jiran berlainan bangsa dalam Jiranku (2017); dan, puisi Hujan Bulan Disember (2017) seputar musibah banjir yang sering berlaku menjelang Disember.
Puisi nukilan M.S. Rindu bergaya prosa, deskriptif dan langsung yang mudah difahami. Namun ada mesej tersendiri di sebalik pelbagai kisah biasa tapi kita sering terlepas pandang atau mengabainya.
PARIDAH ISHAK
PARIDAH Ishak bawa puisi panjang 14 stanza Pelayaran Tun Perak (2016) pada tokoh lampau Tun Perak, tapi pemilihan diksi ‘reformasi’ (Stanza III) agak kurang sesuai dengan zaman dahulu; berkaitan adab berbudi bahasa dijengah pada Puisi Bahasa (2016) yang tidak menepati judulnya (tajuk wajar ditukar); deskriptif pokok lalang pada Serumpun Lalang (2016); dan, mengambil semnagat tokoh Pendeta Za’ba melalui Sajak Zaaba (2016) dengan tajuk tidak berjaya merumus intipati puisi keseluruhan.
Puisi-puisi pendek seperti Aduhai Mawarku (2016) dan Permata Bonda (2016) lebih berkesan penyampaiannya. Peristiwa kehilangan pesawat MAS MH370 dalam Mencari MH370 Dalam Dhuhaku (2015) lebih bersahaja didendang (Stanza I-II) dan doa diangkat kepada Ilahi (Stanza II-IV).
SAIFUL ZANAWI
BUAH puisi Saiful Zanawi menarik satu segi tapi menjadi tanda tanya satu segi yang lain. Keseluruhan sepuluh puisi menampakkan bakat sebagai calon penyair. Dia cuba bawa kelainan cara menulis (atas dasar poetic licence?) mungkin tidak disenangi kalangan ahli bahasa yang menitik berat aspek tata bahasa. Setiap patah perkataan diawali huruf besar dengan contoh berikut:
Dunia Ini Kegersangan Sifat Kemanusiaan
Adakah Kedamaian Itu Milik Kita
Tangisan Dan Darah Yang Mengalir
Pasrah Dan Duka Yang Terlahir
Wajah Tiada Ketawa Terzahir.
(Dalam “Sampai Bila Harus Berperang Hentikan Peperangan”)
Penyair ketara bermain perulangan anafora secara berlebihan bukan memperkasa puisi tapi tidak meninggal kesan besar yang dihajati. Hanya puisi Dendangkan Cerita Kita. Kukarang Cerita Kita (2014) yang berbekas.
ZAIRID 87
ANAK muda Zairid 87 punya masa depan dalam dunia puisi dengan mendalami kehendak puisi yang berkesan. Puisi Tafsiran Sastera Melayu dan Jalinan Persahabatan dapat dianggap berkesan berbanding yang lain-lain. Masalahnya ialah penyair masih berbahasa prosa dan luahan perasaan yang berlebihan dan tidak puitis.
PENYAIR INDONESIA
ABDUL MUKHID
PELBAGAI gaya karya puisi Abdul Mukhid mengambil imej lagenda dalam puisi-puisi Nyala Api (2017), Reinkarnasi Kucing (2017) dan Pasupati (2010). Puisi kerohanian pada Kopi Abadi-Mu (2016), Daras (2016) dan Lebaran Terindah (2016). Puisi alam lewat Hujan November (2016). Puisi peribadi dengan Sahasra Muka (2016). Puisi fantasi melalui Televisi (2016). Puisi tanah air pada Vox Dei (2009).
Penyair muda jirannya Malaysia dapat belajar gaya tulis penuh imaginasi garapan Abdul Mukhid. Bagaimana dia memanipulasi ayat puisi untuk kita berfikir:
Sinta tercenung
adakah dia berhala
ataukah kecantikannnya berhala
ataukah cinta itu sendiri berhala (Dalam “ Nyala Api”)
Gaya dialog yang jarang ditemui dalam puisi:
…
“Kenapa bulan begini hujan meradang di khatulistiwa?”
tanya sang Surya di ujung senja. (Dalam “Hujan November”)
ADI NOVI
BAHASA puisi penyair Adi Novi mengalir bersahaja dalam puisi peribadi pada Dari Depok Hingga Sabang (2016) dan Maaf (2016), puisi alamnya iaitu Kering (2016) dan Sendiri (2016) serta puisi renungan Dunia Hitam (2016).
Gaya deskriptif berunsur alam dalam “Sendiri”:
Mendung masih bergelayut dalam gumpalan awan hitam
Sang surya masih malu, menampakkan diri
Sedangkan daun merindukan tetesan embun hari ini.
Seperkara lain, adakah satu kebiasaan penyair Adi Novi mendahului huruf besar pada setiap baris puisinya.
FILLAH KAMPAR
PUISI-puisi penyair Fillah Kampar menampakkan bakat semula jadinya dalam menyampaikan puisi yang berkesan. Puisi peribadi Angin Menghitung Nasib Negri, puisi renungan Matematika Masa, puisi musibah alam Musim Hujan, dan puisi kerohanian Teruntuk Doa. Namun penghayatannya masih bersifat luaran yang boleh dipertajamkan.
MUHAMMAD ROIS RINALDI
KEUPAYAAN puisi air tangan penyair Muhammad Rois Rinaldi dalam 10 puisinya sukar dibantah. Dia beri interpretasi keunikan sang penulis Penyair (2016):
Penyair adalah mata api yang menyala (Stanza I, baris 1)
Penyair adalah onta gila di sahara pasir. (Stanza II, baris 1)
Penyair adalah gagak tanpa warna. (Stanza III, baris 1)
Penyair adalah peluit yang melengking (Stanza IV, baris 1)
Di samping puisi terdahulu “Penyair” ada kesinambungan pada puisi panjang Orasi Penyair (2016). Gaya penyampaian enjambement pada keseluruhan baris empat stanza pertama puisi Para Pedagang (2016):
Bukan. Bukan agama. Peperangan
datang dari pasa-pasar. Agama
hanya minyak. Para pedangan
menyalakan api. Bukan. Bukan batas
negara. Batas negara menjaga nyawa. (Sebahagian Stanza I)
Dalam puisi P l e d o i (2014) dipersembah serangkap puisi panjang berserta tipografi dinamik dan enjambemen:
Tenang.
Aku tidak di sini. Kepentingan di mataku
Mati.
Dusuklah
di singgasanamu. Duduk manis.
Kekuasaan
Gaya enjambemen dikekalkan pada puisi Setelah Bendera Itu Dikibarkan (2016) dalam bahasa puisi prosa bermantera.
NOVIA RIKA
KEHADIRAN penyair Novia Rika amat memberangsang memperkasa antologi puisi ini seperti mana penyair Irwan Abu Bakar dan Muhammad Rois Rinaldi. Dia berada pada landasan seorang penyair yang terserlah berpuisi dan mengundang ketajaman khalayak berfikir.
Kita tergugah dengan puisi kerohanian Seribu Kubur (2016) dan Bisikan Dosa (2016); puisi peribadi Hidup (2016); puisi renungan Gugur Daun (2014); puisi unsur alam Doa Alam Semesta (2015) dan Gemersik Dedaunan (2017); puisi dedikasi Ikrar Ibu (2016); dan puisi panorama Pintu-pintu Pulau (2016).
WAHYU YUDI
PENDEKATAN puisi prosa (prose poem) ketara pada karya puisi penyair Wahyu Yudi untuk dikongsi cita rasanya. Puisi Sekoia (2016), Sukadana (2016), Epilog Senja (2016) dan Dikotomi (2016) dalam gaya puisi prosa yang sedap dbaca dan didengar yang bakal bercerita dan bercerita dari awal hingga ke akhir puisi. Puisi kerohanian digapai dalam Iktikaf (2016), Hajar Aswad (2016) dan Spiritual (2016). Puisi kritik sosial pada B O M (2016). Puisi dedikasi Sang Penyajak (2016) jauh beda daripada gaya pengucapan Muhammad Rois Rinadi dalam puisi “Penyair”.
YUDI M BARZAH
SEPERTI mana kehadiran penyair wanita Nova Rakia yang jelas beri impak puisi yang kukuh, begitulah diharap kepada penyair Yudi M Barzah boleh mewarnai pelangi antologi puisi ini. Daya imaginasi luar kotak membuai minda khalayak pembaca yang mungkin juga suka fahami mesejnya (khusus khalayak pembaca di Malaysia).
Gaya puisi prosa (prose poem) yang agak kental pada puisi Jerebu Waktu (2017) dan Lelaki Tua di Pasar Andir (2017). Namun terasa penyair terlalu terikat dengan permainan rima akhir puisi dalam Cikajang (2017), Aroma Diri (2017), 2017 (2017), Qana’ah (2017), Di Sayap-sayap Camar Samar (1998-2017), Kesal (2017), Melodrama Telaga Cinta (2017), dan Tubuh (Elegi Keperawanan) (2017). Sejauh mana perlu dipertahan gaya ini yang pasti mengikat kebebasan penyair dalam berpuisi iaitu dalam konteks puisi bebas.
SEKILAS PANDANG
SEKOIA menyatukan penyair Malaysia dan Indonesia ke dalam sebuah antologi puisi bagi Volum I. Satu usaha yang baik untuk saling menjamah baca karya lintas sempadan. Bagi volum ini, ada gabungan penyair senior, mapan, dan baru tanpa mengira darjah peribadi. Kita dapat membezakan pencapaian puisi setiap kategori penyair.
Penyair paling senior M.S. Rindu masih mampu berpuisi mengikut cita rasa bahasa orang terdahulu tapi pengisiannya tinggi yang menghidu pelbagai sudut kehidupan harian. Ini dapat diikuti pada puisi-puisi “Sate Kajang”, “Sungai Besar” dan “Nyanyian Orang Asli”.
Kehadiran empat penyair mapan Malaysia-Indonesia iaitu Abdul Mukhid, Irwan Abu Bakar, Muhammad Rois Rinaldi, dan Wahyu Yudi mewajarkan kita sebagai khalayak penyair mahupun peminat puisi untuk menimba kaedah menulis puisi pelbagai gaya penyampaian.
Penyair tidak sahaja menumpu kepada pelbagai tema dalam kehidupan di dalam puisinya serta mendalami aspek struktur penulisan yang beraneka bentuk luaran seperti gaya puisi standard dan puisi prosa (prose poem). Kemahiran memanipulasi kata dan ayat puisi di samping mendalami unsur-unsur membangunkan puisi seperti anaphora, simile, aliterasi, asonansi, enjambemen, pembentukan rima akhir dan lain-lain sangat digalakkan. Hanya tidak secara berlebihan dan obses berkarya sehingga tampak seperti diada-adakan sehingga hambar dibaca oleh khalayak.
Selebihnya kelompok penyair muda yang sedang berjuang menampilkan diri sebagai penyair di dua tanah air, iaitu Malaysia dan Indonesia. Calon penyair Malaysia ialah Abid Addin, Gabriel Kimjuan, Paridah Ishak, Saiful Zanawi, dan Zairid 87 wajar meningkatkan mutu penulisan puisi masing-masing. Bakat telah sedia ada hanya memantapkan diri dengan ilmu bantu melalui pembacaan serta menimba kekuatan karya puisi tersohor oleh penyair mapan tanah air dan luar negara.
Calon penyair Indonesia ialah Adi Novi, Fillah Kampar, Novia Rika, dan Yudi M Barzah. Antara mereka, penyair Novia Rika bakal menanjak lebih pantas ke hadapan; dan yang lain-lain harus berlari sepantas dia bagi menempatkan diri dalam dunia puisi Indonesia yang sengit persaingannya.
Disarankan pada volum antologi puisi GAKSA akan datang, di samping meneruskan gabungan penyair senior-mapan-baru; mencuba volum antologi puisi dengan tema khusus. Contohnya, setiap penyair dengan tiga puisi bertema khusus tentang isu alam sekitar, sejarah, kemerdekaan tanah air, kerohanian, dan lain-lain.
Akhir kata, tahniah kepada Irwan Abu Bakar, penyelenggara Antologi Puisi GAKSA yang membuka ruang baru bagi merapatkan para penyair Malaysia-Indonesia ke dalam sebuah buku. Terdahulu, hubungan sastera dua negara yang agak terpisah di dunia nyata kerana kesukaran lalu lintas buku Malaysia-Indonesia untuk dinikmati secara langsung.
Kini adanya teknologi canggih internet, merapatkan jurang kembali bertaut atas usaha E-Sastera Malaysia mewujudkan laman sesawang dalam Facebook, iaitu Karya Asean GAKSA sekitar tahun 2016. Kebanyakan penyair dalam antologi puisi SEKOIA telah aktif berpuisi di sana.
Alor Setar, Kedah Darul Aman, Malaysia.
17 Februari 2017
BIODATA PENGULAS
PUZI HADI (Mohamad Puzi Bin A. Hadi)
DILAHIRKAN di Kulim, Kedah pada 9 Mei 1951. Mengikuti pengajian luar kampus USM Pulau Pinang dan menerima ijazah Sarjana Muda Sastera (Kesusasteraan) pada tahun 1998.
Beliau memenangi Hadiah Sastera Malaysia (Puisi) Tahun 1984/85 melalui puisi “Shauqiyah Hanim”. Menghasilkan enam antologi puisi, iaitu Bujang (1975), Bak Ombak (Teks Publishing Sdn. Bhd., 1988), Lokomotif (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991), Dot Dot Dot (E-Sastera Enterprise, 2012), Sudoku Puisi (Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, 2016) dan Puisi Siber Dari Henfon ke Laman Sesawang & Facebook (E-Sastera Enterprise, 2016). Tiga buku esei sastera ialah Karya dan Karyawan: Sepintas Lalu (Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, 1991) dan Aktivis dan Aktivitas E-Sastera Malaysia (E Sastra Management Enterprise, Jakarta, 2014) dan Deklamasi Puisi (E-Sastera Enterprise, 2016).
Juara pertama, Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah dan Peringkat Kebangsaan (1987). Menerima pentauliahan Munsyi Dewan (Sastera) daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (2013). Kini selaku Ketua Dua Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) sejak Mac 2015.
Bersama E-Sastera sebagai penyelenggara antologi puisi bersama, iaitu Bukit Siguntang Mahameru (2011), Sensasiber: Antologi Puisi Siber 2011 Pilihan Puzi Hadi (2012), E-Loka: Direktori Penyair eSastera Malaysia 2011 (2012), Ana: Antologi Karya ESastera Mengenang Brirasa 2011 (2012), E-Loka II: Direktori Penyair eSastera Malaysia 2012 (2013) dan Sirah Rasulullah dalam Puisi Siber (2015).
Berpeluang menulis pengantar antologi puisi, cerpen dan esei penulis Malaysia, Singapura dan Indonesia, iaitu Gelanggang (Noorjaya), Masaalik (Ustaz Niamat Yusoff), Tukang Auta (Nimoiz T.Y), Rumput dan Angin (Hasimah Harun), 44 Soneta (Mokhtarahman), Ana: Antologi Karya Mengenang Brirasa (Brirasa d.l.l.), Kuntom Ungu (Irwan Abu Bakar), Aku Mencintaimu dengan Sepenuh Kereta (Setiyo Bardono, Indonesia), Risalah Syahadah (S.Iqram), Sedulang Tahfifah (Jusoh Ahmad), Bunga dan Bayu (Hasimah Harun), Mat Karipap (Roslie Sidik, Singapura), Menyulam Merdeka (Yajuk), Sastracyber: Makna & Tanda (Muhammad Rois Rinaldi, Indonesia) dan Naskhah Pertiwi: Antologi Puisi Merdeka (Pusat Bahasa dan Seni, Universiti Utara Malaysia).
Pada 5 Disember 2015, Puzi Hadi telah menerima anugerah Sasterawan Alam Siber (SAS) dari E-SASTERA di majlis Hadiah E-Sastera.com (HesCom) 2015 yang diadakan di Kuala Lumpur. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah (JKKNK) bersama Kerajaan Negeri Kedah menganugerah Puzi Hadi sebagai Tokoh Seni Budaya Negeri Kedah 2016 di JKKNK Alor Setar pada 8 Disember 2016.
SENARAI KANDUNGAN
Prakata Penerbit – Muhammad Rois Rinaldi
Kata Pengantar – Puzi Hadi
Puisi
- Abdul Mukhid, 3
- Abid Addin, 15
- Ade Novi, 26
- Fillah Kampar, 47
- Gabriel Kimjuan, 59
- Irwan Abu Bakar, 70
- M.S. Rindu, 82
- Muhammad Rois Rinaldi, 93
- Novia Rika, 109
- Paridah Ishak, 120
- Saiful Zanawi, 133
- Wahyu Yudi, 144
- Yudi M Barzah, 155
- Zairid 87, 166
PUISI
1. ABDUL MUKHID
Abdul Mukhid, lahir di Malang pada 22.02.1974. Alumnus Jurusan Pendidikan Bahasa Inggris IKIP Malang (sekarang Univeritas Negeri Malang). Karya-karya cerpen dan puisinya tersebar di sejumlah antologi bersama. Kumpulan puisi peribadinya ialah Tulislah Namaku Dengan Abu (2006). Juga menulis buku motivasi Bertanya atau Menjadi Keledai (Penerbit Pinus, 2009). Penghargaan sastra yang pernah diperoleh adalah Juara 2 penulisan naskah drama atas naskah Rahwana (Dewan Kesenian Medan, 2005), nominator puisi Purbacaraka Awards (2000), nominator manuskrip cerpen Siwa Nataraja 2 (2016), pemenang lomba penulisan cerpen tema keberanian yang diadakan Intersastra (2016). Pernah bekerja sebagai instruktur bahasa Inggris dan menjadi dosen honorer di UIN Malang dan Unibraw Malang. Kini memfokuskan bekerja di rumah sebagai penerjemah dan penulis lepas.
PUISI
1.01. Nyala Api
1.02. Reinkarnasi Kucing
1.03. Televisi
1.04. Kopi Abadi-Mu
1.05. Hujan November
1.06. Daras
1.07. Lebaran Terindah
1.08. Sahasra Muka
1.09. Pasupati*
1.10. Vox Dei
1.01.
NYALA API
Di dalam kobaran api
Sinta menangkap bayang
seorang lelaki suci
dalam kobaran api
seperti dirinya.
Dia dibakar
karena menghancurkan berhala-berhala
kata sebuah suara.
Sinta tercenung
adakah dia berhala
ataukah kecantikannya berhala
ataukah cinta itu sendiri berhala.
17 Januari 2017
1.02.
REINKARNASI KUCING
Seekor kucing hitam mati
ruhnya terjebak di lubang hitam
menjelma dewi Ubasti
manakala para Firaun merapal mantra.
Dan kucing-kucing menari seksi
di layar-layar kaca
menyerbu otakmu
dengan ribuan fantasi.
Januari 2017
1.03.
TELEVISI
Tiba-tiba televisi
menjarah rumahku
menyulapnya menjadi
benua asing.
Tiba-tiba
nama-nama aneh
menyerbu keluarga
merebut bahasa ibu.
Tiba-tiba
anak istri menjelma alien
dan mahluk-mahluk di televisi
menjadi zombie
yang menelan mimpi.
Malang, 5 Okt 16
1.04.
KOPI ABADI-MU
Biarkan aku ampas
dalam seduhan kopi abadiMu
Biarkan aku lunas
membayar dusta durjanaku.
Namun jangan siasiakan aku
Kurela menjadi biji dan ditumbuk lagi
asalkan Kau reguk aku
dalam pahit manis cinta-Mu.
Malang, 11 Okt 2016
1.05.
HUJAN NOVEMBER
Hujan menghantam, membanjir, menggenang
“Kenapa bulan begini hujan meradang di khatulistiwa?”
tanya sang Surya di ujung senja.
November menjawab bersahaja
“Untuk mengantarkan genapnya masa tahunmu, Surya.”
Dan air hujan terus menggerus masa silam
meremahnya menjadi kepingan kenangan
yang terseret ke muara keabadian.
November 2016
1.06.
DARAS
Kalbuku mendaras masa silam
mengeja alif ba ta kehidupan
dan firman-Mu mendera
merobek mimpi di ujung senja.
9 Juni 2016
1.07.
LEBARAN TERINDAH
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Laila ha illa Allahu Allahu Akbar
Allahu Akbar wa lillaahil hamd.
Takbir berkumandang di pagi hari nan fitri
anak-anak riang berlarian ke sana ke mari
seorang bocah kecil meringkuk di sudut jalan
menangis sesenggukan.
Dengan muka bercahaya
Sang Mustafa datang menyapa
“Wahai, kenapa engkau menangis di hari raya
Hari orang ramai bersuka cita?”
Berkisahlah bocah itu
tentang bapaknya yang telah tiada
gugur di medan laga
berperang di bawah panji Rasul yang mulia.
Lantas ia bercerita tentang ibunya
yang tak lagi seperti dulu
dan telah bersuamikan orang lain pula
tentang dirinya yang telah diusir
merana dan terlunta-lunta.
“Mereka lari membawa semua harta kami, Tuan.
Aku bahkan tak punya pakaian untuk lebaran.”
Isak tangis bocah itu membahana
menyentuh kalbu sesiapa mendengarnya.
Sang Mustafa berkaca-kaca
lalu menitahkan sabda:
“Wahai, maukah jika aku menjadi ayahmu,
Aisyah menjadi ibumu, Ali menjadi pamanmu,
Fatimah menjadi bibimu, Hasan dan Husain
menjadi saudaramu?”
Bocah kecil itu diam terperanjat.
Sadarlah ia bahwa di hadapannya
adalah Mustafa, sang Manusia Utama.
Dengan wajah berbinar ia berkata
“Bagaimana mungkin aku menolaknya?
Duhai Rasul, Kekasih Tuhan dan manusia.”
Sang Rasul Terkasih pun
memberi busana
dan melunaskan lapar dahaga
si bocah merana
Berhamburlah lelaki kecil itu dengan sukacita
bermain dengan anak-anak sebaya
dan diceritakan kepada mereka apa
yang telah dialaminya.
Anak-anak itu sejenak menghentikan permainannya
Di sela-sela takbir yang menggema
mereka berkata: “Oh seandainya…oh seandainya
ayah-ayah kami juga gugur di medan laga
dalam perang bersama Rasul Tercinta.”
Malang, 2 Juli 2016
1.08.
SAHASRA MUKA
Seribu gelombang amarah
akan meluluhlantakan
berhektar-hektar pohon
bermil-mil jalanan
berjiwa-jiwa meregang.
Seribu gelombang angkara
akan mengeruk samudra
menenggak minyak
menggerogoti emas berlian
juga ribuan sukma kelaparan.
Akulah sahasra muka
Satu jiwa seribu keinginan
Akulah sahasra muka
Satu kau bunuh
seribu beranak pinak
menjadi laksa, menjadi juta
Akulah sahasra muka
siap menelan para janma
di semesta Nusantara
bahkan seluruh mayapada.
06-01-2016
1.09.
PASUPATI
Arjuna melepaskan Pasupati ke Arasy
sebelum langit pertama Jibril menangkapnya
mematahkannya hingga lebur jadi mesiu
yang menggempur layar-layar TV rumahmu.
Lalu Arjuna berteriak:
kenapa takdir selalu tak terelakkan
dan waktu akhirnya hanya bayang?
Kita pun termangu
tak kuasa menghitung
yang pernah ada
atau yang pasti sirna.
26-10-2010
1.10.
VOX DEI
Kata orang pemilu adalah perlambang
suara rakyat adalah suara Tuhan
tapi tiap kali usai pemilu
rakyat selalu dibungkam
dan suara Tuhan kerap hanya jadi pajangan
tak pernah benar-benar didengar.
15-03-2009
2. ABID ADDIN
Nama Pena: Abid Addin @ bib. Nama Penuh: Habibah Binti Shamsuddin. Asal: Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. Umur: 55 tahun. Tarikh lahir di s/b: 1.8.1962. Tarikh lahir sebenar: 26.7.1962 bersamaan tahun hijrah 24hb. Safar 1382. Kelulusan: Sijil Pelajaran Malaysia. Mula Berkarya: Sejak sekolah menengah. Pekerjaan: (1) 1982-1984. PDRM (Pengawal Pengiring Raja Permaisuri Agung), (2) 1985-1988. Rej. Askar Wataniah (mewakili sukan menembak), dan (3) 1999-2015. Berniaga sendiri (kedai runcit). Mula membaca novel pada usia 11 tahun (darjah 5, tahun 1973): (1) Awang Sulung Merah Muda, (2) Menunggu Bedok Berbunyi; Di bawah Lindungan Kaabah – Prof HAMKA, (3) Peristiwa – Abdullah Hussain, (4) Satay Saloon – Ishak Hj Muhammad, (5) Hujan Pagi – A.Samad Said, dan karya-karya Khadijah Hashim, La Rose dll termasuk buku-buku puisi Bahasa Alam, Lagu Kehidupan dll. Seterusnya membaca buku-buku politik dan agama apatah lagi cerita seram dan mistik. Juga berminat membaca karya Muhammad Isa Dawud seperti Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda. Koleksi novel-novel lama era 60-an yang dibeli oleh kakak sulung masih disimpan tanda erat bersepadu kasih sayang pada novel-novel/buku-buku tersebut kerana hanya itu saja harta yang ada. Karya pertama dicetus ilham oleh Allah pada usia 18, tahun 1980. Seterusnya hingga kini (2017), sekadar disimpan sebagai khazanah sendiri kerana selama ini jenuh bertarung memikul tanggungjawab yang pelbagai sehingga tidak ambil pusing akan dunia sastera yang giat menerawang di serata alam. Pada Julai 2016, baru ada kelapangan diberi Allah s.w.t. untuk berinteraksi dengan para sahabat karyawan di Nusantara.
PUISI
2.01. Kota Seoul
2.02. Secangkir Kopi Secangkir Rindu*
2.03. Kosong
2.04. Tanpa Rupa
2.05. Untuk Seketika*
2.06. Rindu Cinta
2.07. Dalam Penulisan*
2.08. Aku Peduli Apa*
2.09. Tolong!*
2.10. Kalau Takdirnya
2.01.
KOTA SEOUL
Kota Seoul
aku rantau dalam sepi
menyusur urat urat muda di dadamu
mengharung deru dingin nafasmu
aku dibungkus sepi
dalam bicara rerumput gersang
dipencarianku
dipenantianku.
Kota Seoul
aku rantau tidak mimpi
mencari senyum yang hilang
di lorong hatiku yang payau
mencari menanti
senyum tak datang.
Kota Seoul
kelibat aku, disindir pokok-pokok
telanjang
diejek nadi pejalmu memanjang
tika perjalananku terhenti
di pusat dadamu
di lereng pencarianku
Kota Seoul
aku ditinggal pergi.
Kota Seoul, 25. 3. 1983
2.02.
SECANGKIR KOPI SECANGKIR RINDU
Teralaskah kantung perutku
sekadar secangkir kopi pekat
mengalir deras / songsang
di ambang
nostalgia.
Terupayakah aku
menghirup buana tangis pergimu
dalam secangkir laluan dulu
kugapai liuk-lintuk arcamu
di konkritas
lagendaku.
Terhulurkah olehmu
secangkir gemersik rindu
dalam hangat imbau
gamitmu
igauanku!
Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak, 21/4/1986
2.03.
KOSONG
Aku tidak punya
aku Engkau punya
tiada apa
yang aku punya
setitis darahku
Engkau punya
sejagat alam
Engkau punya
aku punah
tanah debuku
dalam genggam-Mu!
Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak, 23/12/2013
2.04.
TANPA RUPA
Renyukkan kertas
terperosok
di kaki bangku
dikuis
kaki kematu
diterajang
ke celah pintu.
Renyukkan kertas
di dalam
tercorek riwayat
seribu satu dosa
seribu satu pahala
sang raja bermadah
pujangga
bergurindam jiwa
rakyat mendarah air mata.
Renyukkan kertas
renyukkan
hati kita
sejuta wajah
tanpa rupa.
Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak, 14/4/2014
2.05.
UNTUK SEKETIKA
Untuk seketika
biar aku hitung
deru waktu meluru
jangan aku keliru
jangan aku terganggu.
Untuk seketika
biar aku libas
hama menerbang
menyelinap ke celah ranjau
bisa merentap nyilu.
Untuk seketika
aku goyah
gayat payah menongkah arus.
Untuk seketika
biarkan aku kelu
memintas waktu
malam!
sukarku pejam.
Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak, 20/1/2014
2.06.
RINDU CINTA
Tidak ada
tikanya, merindu
tidak ada
jikanya, merindu
seluruh waktu
senyaman
alir darahku
merentas
kecap nikmat-Mu
selunak
irama nadiku
pengabdianku
rinduku
pada-Mu.
Hangat cintaku ini
menatang rindu
bukan kepalang
menangkis hiba
kemelut panjang
rindu cintaku
pada-Mu
mengikis lukaku.
Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak, 30/1/2015
2.07.
DALAM PENULISAN
Kita bisa menjadi apa saja
pendokong watak pelbagai rupa
bisa aja
menjadi buaya-menjadi serigala
menjadi manusia atau benda
sebagai perompak mahupun alim ulamak
atau wajah tanpa rupa.
Dalam penulisan
pendokong wataknya
adalah kita
membias rindu tanpa cinta
walau menangis dalam ketawa
dipalit getir segala rasa
lalu
kita berwatakkan sebatang pena
atau sebatang pensil kayu lama
menerjah rasa tersirat di dada
tersurat terconteng
di kajang persuratan media maya
longlai memikul
jenuh bertarung
dalam babak babak ABJAD
menerawang tanpa batas.
Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak, 28/8/2016
2.08.
AKU PEDULI APA
Aku tidak peduli
walau kalian jutawan
walau kalian karyawan
cendiakawan
TERBILANG!
aku tidak peduli
walau kalian kenyang
aku kelaparan.
Aku ini bilis
berenang di lautan luas
walau mukimnya sekadar persisiran
juga sekadar pipit merenung helang
menongkah angin tajam mata memandang
sekadarnya aku ini
masih hingusan raungnya menderam.
Aku peduli apa
asal tenggorokkan tidak tersengkang
TULANG!
suaraku pantas memintas pincang
tindak tanduk bersopan
kadang kadang keras
bukan anak kurang ajaran
aku anak ada asuhan.
Aku peduli apa
dan tidak mahu peduli
kalau aku kalian buang.
Di sisi Tuhan
tidaklah aku mahu
RENGGANG!
Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak, 20/11/2016
2.09.
TOLONG!
Tolong!
jangan rindui aku
melebihi had laju
yang dibenarkan
takut terbabas ke longkang
mendarah rindu
sesat hala tuju.
Tolong!
jangan rindui aku
melebihi laju putar waktu
jarum jam keliru
aku terganggu
benar benar terganggu
akan rindu kamu itu.
Tolong!
jangan bias cinta rindumu
itu pada aku
benar benar menakutkan aku
walhal selama waktu
aku sekadar menyemarakkan
rindu yang membekam di dadamu
itu rindu kamu
bukan wajarnya untuk aku.
Tolong!
dengar baik-baik
aku sekadar punya satu rindu.
Rindu Tuhanku
Tuhanku!
Tuhanku!
Shah Alam, Selangor, 28/11/2016
2.10.
KALAU TAKDIRNYA
Pandang langit
pandang awan
pandang laut ombak kuat
pandang alam
mengakrabkan aku dengan Tuhan
enjin feri menderu-deram
kalau takdrinya feri karam tenggelam
biar di tika kuat rinduku
pada-Mu, Tuhan!
Feri otw Pulau Langkawi, 7/12/2016
3. ADE NOVI
Ade Novi. Kelahiran jakarta 10 November. Mulai menulis sejak kelas 2 smp secara otodidak, berupa puisi dan cerpen. Karyanya sudah banyak terbit di media dan majalah remaja di Nusantara, sebagai mahasiswi sebuah perguruan tinggi di jakarta UNINDRA, guru, aktifis di lembaga komunitas perempuan peduli depok, dan masih banyak aktifitas di bidang organisasi kewanitaan lainnya. Perempuan multitalenta ini memiliki berbagai karya, antaranya antologi puisi dan antologi artikel ilmiah bersama serta kumpulan cerpen dan kumpulan puisi sendirian.
PUISI
3.01. Waktu
3.02. Pertemuan Tiga Inci
3.03. Dari Depok Ke Sabang
3.04. Kering
3.05. Berdarah Lagi
3.06. Dunia Hitam
3.07. Masa Lalu
3.08. Maaf
3.09. Sendiri
3.10. Kau Terlalu Jauh
3.01.
WAKTU
Akhirnya waktu memberi ruang pada cinta
Saat ia kuhirup dan kuhisap
Ya…
Aku dan kamu adalah ruang waktu
Yang berjalan tanpa henti
Meski hujan badai dan kemarau panjang.
Ia menggelinding bagai roda kehidupan
Jarumnya tajam hingga menembus tulang.
Kesedihan adalah sahabatnya
Yang selalu menemani disetiap langkah
Walau takdir telah tertulis
Sketsanya tersurat habis.
Diujung penantian waktu
Akankah ia kalah?
Hanya waktu yang dapat menjawab.
Jakarta, akhir Agustus 2016
3.02.
PERTEMUAN TIGA INCI
Entah akan dibawa ke mana rindu ini
Ia bergejolak bagai gemuruh ombak
Tak tentu arah mengikuti tiupan bayu.
Detaknya semakin membabi buta
Meski dalam kotak segi empat
Tak habis waktu yang dijanji
Walau terpati pada palung sebuah hati.
Jakarta, Agustus 2016
3.03.
Dari Depok hingga Sabang
Peluhmu tak mematahkan semangatku
Meski darah terus mengalir
Desahan ombak mengajakku ke sana
Rayuan angin yang melambai-lambai
Seakan memanggilku.
Walau langit kelabu, kucumbui dia dengan rindu
Jalanmu curam dan berliku
Dengan kuda besiku kepacu semangat baru.
Sabang, Aceh, 31/8/16
3.04.
KERING
Aku menebas angin lewat cakrawala
Menggerigi samudra dengan gelombangnya
Hingga sayapku patah dan terluka.
Bau tanah juga nyanyian hujan tak lagi terdengar
Hanya gugurnya daun yang tersisa.
Musim ini melumat habis tubuhku
Panas dan gersang membakar hingga tulang
Air mata jadi selimut disetiap mimpi.
Meski kunikmati kemarau ini.
Jakarta, 10/9/16
3.05.
BERDARAH LAGI
Senyumnya palsu
Siapa yang harus disalahkan?
Ketika sayapnya patah dan hatinya terluka
Hanya kecewa dan kecewa.
Kemarin kematian berwarna merah
hari ini biru, esok mungkin unggu
Selalu berbeda tak ada yang sama
Yang sama hanya dosa
Yang berwarna hitam.
Jogya, 16/9/16
3.06.
DUNIA HITAM
Sia-sia kau telanjangi pagi karena malam terus menyelimuti
Sia-sia kau perangi senja karena lembayung masih pancarkan indahnya
Siapa yang salah, air tanah dan udara adalah milikNya
Jika kau berteriak maka gunung-gunung akan pecah
Jika kau menangis maka samudra akan menggulungmu dengan gelombangnya.
Jangan sia-siakan waktumu hanya untuk keniscayaan yang menyesakkan
Dunia ini tak seburuk penglihatanmu namun tak seindah pikiranmu.
Buka matamu dan dengarkan kata hatimu
Ada yang sembunyi di sana
Di dasar hati paling dalam dengan kesucian yang hakiki
Ia akan bicara padamu tentang semua hal yang dia lihat dan rasakan.
Beri ia senyuman dan sapalah
Bertemanlah dengan masa lalu
Hingga kau jumpai masa depanmu.
Jakarta, 10/11/16
3.07.
MASA LALU
Kueja setiap huruf atas namanya
Mungkin aku hanyalah embun
Yang datang sekejap dalam ingatan
Seperti daun jatuh, bagai air mengalir tanpa muara.
Indah dan bahagia hanya fatamorgana
Mimpi serta rindu disanjung dan dilupakan.
Hati terbelah menari dalam pesakitan
Cerminku pecah
Tak mampu kubawa kembali
Meski tangan menggapainya
Karena raga sudah terpatri mati.
Jakarta, 29/12/16
3.08.
Maaf
Maafkan aku yang berkali-kali datang dalam lelapmu
Maafkan aku yang melukis luka di dinding hatimu.
Aku adalah sayapmu yang patah
Aku adalah puisi yang selalu kau tulis
Meski tak pernah aku baca.
29/11/16
3.09.
Sendiri
Mendung masih bergelayut dalam gumpalan awan hitam
Sang surya masih malu, menampakkan dirinya
Sedangkan daun merindukan tetesan embun hari ini.
Lihatlah, ada sepasang merpati di sana
Meski berjauhan mereka sedang bercengkrama
Bercerita satu dengan lainnya
Melepas rindu yang hampir membeku.
Angin berhembus perlahan, menyejukkan hati
Melodi cinta menari kembali.
Depok, Jawa Barat, 12/16
3.10.
KAU TERLALU JAUH
Tersungkur aku dalam tangis
Menjerit dalam perih tak tertahankan
Dalam gelap ku bermimpi
Menanti pertemuan di persimpangan
Sekedar menghayal bayangmu
Walau kan melumpuhkan kesadaranku
Biarlah memandangmu dalam sendu
Berharap angin kan menghapus harap pilu
Menggenggamku dalam tawa
Menikamati detik demi detik diawal jumpa.
Terlalu jauh
Kau terlalu jauh
Bersama angin ku berlari
Menggapaimu dalam bayang nyata
Walau kutau, terlalu jauh.
4/12/16
4. FILLAH KAMPAR
Penulis Lahir di Kampar, Riau, tanggal 24 Juni 1987. Saat ini bekerja di bidang Sosial Kemasyarakatan di Kabupaten Kampar. Hobi membaca karya sastra Melayu lama dan sejarah Islam. Senang menulis dan tergabung dalam beberapa group menulis di media sosial dan komunitas di kabupaten.
PUISI
4.01. Aksara Dan Kalam*
4.02. Angin Menghitung Nasib Negri
4.03. Fantasi Kopi*
4.04. Hari Berkabung
4.05. Matematika Masa
4.06. Musim Hujan*
4.07. Selamat Tidur
4.08. Teruntuk Doa
4.09. Setalam Hasidah
4.10. Yang Kusebut Doa
4.1.
AKSARA DAN KALAM
Sebelas telah berlalu
Berbilang malam lebihkan Satu
Pada surah ke tiga enam ada diterangkan
Tidaklah siang itu mendahului malam.
Bulan satu berpendar terang
Menunggu purnama dalam sebentar
Aku membacamu menghilang gusar
Tersedu hati menunggu jelang?
Pada busur berbilang darjat kuukur
Satu garis mewakili enam
Pada dua belas kudarabkan kemudian
Artikan hasilnya walau tak seutuhnya faham.
Dia berbilang di sempurna angkasa
Aku memandang serupa bahagia
Dalam rayuan angin, awan pun menutup
Sebalik cahaya redup, hati mengatup.
Jika tiga ratus enam puluh nilaimu penuh
Menghitung masa berbagi bayangan dan teduh
Dari sinar mentari pagi dan panaroma subuh
Membacamu serupa rapuh
Sungguh hamba yang fakir ilmu lagi dungu.
Amboi perjalanan jauh sudah kutempuh
Mengkhatamkanmu tak pernah kumampu
Sedang segala kesemuan kukejar satu-satu
Padahal padamu kepastian bertumpu.
Badan membungkuk dalam rukuk
Bersama sujud di antara simpuh
Menghiba diri dalam takut
Seandainya ia tiba membesuk
Adakah boleh hamba barang sebentar membujuk?
Pada busur yang kubuang
Menghitung engkau dalam tetapan
Tapi masa tiada kupandang.
Yang dengannya telah Dia bersumpah
Sungguhlah kerugian bagi manusia.
Dalam ‘kecuali’ kucari diri
Hamba hilang dalam elegi.
4.2.
ANGIN MENGHITUNG NASIB NEGRI
Kucoba bersandar di dada malam
membayang luka serupa cinta.
Namun kapan ia datang
Wujud tidak suara pun luput.
Hanya kasihnya lembut mengecup
Serupa embun menggulir di alur pucuk.
Pada kasih akan dahan
Pokok gagah menghentam akar
Di bawah kerindangan, aku bersandar.
Pada perjalanan yang melelahkan
Aku putuskan balik pulang.
Dalam musim yang silih berganti
Angin menghitung nasib negri.
4.3.
FANTASI KOPI
Dear You,
Secangkir kopi dan kerlingan matamu
Senyummu, adalah madu pada musim bunga tanjung yang merebak di subuh sejuk
Pekat dan hitam pada bola mata itu
Menelanku bulat-bulat
Bersama angin pagi yang lembab meniupkan asap
Gagang cangkir ataukah pinggulmu yang kurangkul erat serupa harpa?
Hey, ini bukan pesta dansa!
Tapi ku masih mendambamu
Pada seruput tepi bibir
Yang memuncahkan rasa pahit-pahit manis
Tidak tercampak sebagai sepah
Walau hitam engkau serupa manis juga
Pada senyummu yang mengalihkan dunia!
4.4.
HARI BERKABUNG
Hujan yang satu persatu tali bertali
Alir mengalir, genang menggenang
Ada rasa semu terdinginkan, gigil terseruakkan
Merumrum kedalam sukma
Semerak gemericik.
Dalam lena, senandung malam menghimbau pagi kembali
Dalam dekap malam, memeluk kelam yang sejuk
Hmm,Hujan berbatas dinding,tapi hati berasa kuyup.
Inikah???
Titik-titik hujan menghujam hati
Lalu mengalir, mengigilkan sanubari.
Sampai esok kelak kau tak kembali
Biarlah titik-titik hujan jatuh dari ujung daun kamboja
Menyirami haus rindu.
Di balik gundukan tanah
Cintanya yang setia menantimu kembali
Di surga.
4.5.
MATEMATIKA MASA
Kasihku, kapankah bintang timur kembali pulang?
Tersebab susah sulit ku terjaga dalam lelang berkah-Mu.
Sulit ku lihat warna ungu yang dierami putih
Pada penetasan waktu menjelang subuh.
Saat kunjungan yang ku tahu pasti Kau semakin dekat,
Akulah sang pengabai yang maha sombong itu?
Tidak saat bintang itu terbit kembali
Fahamkanku tentang kepastian hitungan waktu
Menyambung detik dari panjangnya sinar surya
Engkau sempurna mengajarkanku matematika masa.
4.6.
MUSIM HUJAN
Lembut biru menatap lazuardi
Menikung halus cahaya warna~warni
Bias pelangi ke air kolam jernih kehijau-hijauan.
Pada permukaannya teratai putih
Biru dan ungu pun tampak serupa
Bermahkota kuncup, sebagian pula merekah.
Semalam hujan membekukan
Bahkan kendil pun redup berpancar.
Aku terlelap dalam khawatir
Andainya hujan membawa banjir.
Adalah tuhanku maha penyanyang
Awan yang ringan terlihat melayang.
Menukar pagi menuju siang
Tetap dengan cara-Nya: pesan akan waktu jangan dipersiakan, apatah lagi percuma terbuang?
Pagi kembali bergulir, senyumku sepucuk meniti bibir
Sebait doa, sepetik zikir.
4.7.
SELAMAT TIDUR
Aku beranjak tidur
Menautkan ruh di langit layang.
Pada fikir yang bertumpuk
Kutinggalkan pesan urut.
Tertanggal dan terbilang.
Berhitung ku mulai Satu
Membilang sisa umurku di dunia
Amboi, detik banyak kupersia
Umurku melangkah semakin jauh saja.
Tidak berkokoh pada pagaran agama
Senda gurau mainan manja
Gelak ketawa akal binasa
Amalku jauh ilmuku langka
Sedang gelap kumaknai terang.
Sebagai titik kosong kehampaan cahaya
Dalam kuasa fisika Allah Azza Wajalla.
Pada langit ungu yang berbilas putih
Fajar menunggu hamba solih!
4.8.
TERUNTUK DOA
Engkau kasihku
Memanggilku saat langit ungu berselubung putih
Pada fajar yang kau janjikan segala kelebihan.
Mataku membuka
Terasa seakan sukma hidupkan raga kembali
Setelah perjalanan yang kadang terasa indah
Sesekali datang seperti momok.
Engkaulah yang menguasai pagi
Pula petang
Pada banyak peralihan waktu
Dimana kau bersumpah dengannya.
Teruntuk doa? Dan dua waktu yang berbayang
Bulir-bulir embun yang sejuk
Menggantung gamang di ujung daun.
Walau membasahi badan ilalang
Hati masih berselimut miang
Segera ku singkirkan selimut
Sebelum sebuah peluk membuatku kelupuk
Dari setalam rindu yang tak mampu ku hidang.
4.9.
SETALAM HASIDAH
Tuan, silahkan, ini setalam hasidah
Dari tanah-tanah hitam yang subur
Oleh kakek nenek kami berpesan.
Toppingnya; hutan-hutan kami yang tak lagi lebat
Atau cendawan-cendawan yang tak lantas tumbuh
Meski hujan turun berkurun.
Manisnya adalah nira enau duapuluh tahun yang lalu
Sebelum longan berbuah rendah
Sebelum lebah hidup di dalam reban.
Rumah kami tiada lagi berpintu
Berbaring di dalam berselimut pasrah
Jalanan ini semata kami menumpang lalu
Dari tanah moyang kami yang beralih swasta.
Hidangan terakhir
Terimalah, Tuan
Dari setalam hasidah yang masih tersisa!
4.10.
YANG KUSEBUT DOA
Temui aku di pelataran senja
Karena di waktu malam bayanganku sempurna
Saat kau dekap tapi hanya hampa.
Mengulur air mata, ku takkan iba.
Sudah ku jawat kau sebelum embun turun ke tanah
Dan kau memilih membiarkan ku menguap bersama cahaya yang berselingkuh dengan udara.
Dan kesendirian begitu membuatku resah
Dan Tuhan memanggil jiwa, menanyakan makna Doa
Dan yang ku temukan hanyalah kata-kata perintah yang ku balut dengan “bahasa meminta”
Kenapa sebegini gagal menjadi hamba?
5. GABRIEL KIMJUAN
Gabriel Kimjuan lahir pada 26 September 1988. Ahli Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA). Karya beliau pernah tersiar di akhbar mingguan, majalah Wanita, Wadah, dan Tunas Cipta serta di corong radio Labuan FM. Aktif berkarya di laman sosial Facebook. Mempunyai 30 buah buku antologi bersama di luar dan dalam negara. Mempunyai sebuah buku kumpulan puisi, Benang Merah. Pernah dianugerahkan sebagai Penulis Muda Perwila (2015). Pada tahun 2016, telah mewakili Malaysia sebagai penerima Anugerah E-sasterawan Asean (Asean E-writer Award).
PUISI
5.01. Suara Aceh
5.02. Sentuhan Sedih Sejuta Senyuman
5.03. Jendela Jannahku*
5.04. Dirgahayu Cinta
5.05. Penunggu Cinta Agung
5.06. Interaksi Dunia Mimpi
5.07. Bilik Anugerah 2017*
5.08. Senyuman Sebalik Sebak
5.09. Tragedi HSA
5.10. Banjir Termenung
5.01.
SUARA ACEH
Serpihan bongkah yang reput
ranap dimamah perut
negeri Aceh bergegar kuat
runtuh segala kudrat
namun hati tambah melekat
dengan tabah penuh erat
meneruskan hidup lebih semangat
lupa akan sejarah pekat
yang lama terkubur rapat
biar semua lebih dekat
menangis sejuta hajat
tetap tersenyum memikat
jangan lukakan lagi apa yang memahat
buat pedoman ratapan nasihat.
Taman Mutiara, Labuan, Malaysia, 11 Disember 2016
5.02.
SENTUHAN SEDIH SEJUTA SENYUMAN
Siapa selongkar selimutmu
sakitku semakin sesak
sungguh sengsara secubit seksa
sejak sedih sendirian
segala suara sesat sudah
sembunyi sebalik senyuman
semadi sang sinaran
sepuluh sarung senapang
sedia seiring suluh sasaran
setahun susah senang
sanggup senada suruhan
sapu sejuta sentuhan.
Taman Mutiara, Labuan, Malaysia, 3 Disember 2016
5.03.
JENDELA JANNAHKU
Jikalau jentolok
jatuh junamkan jiwaku
jagalah jenaka janjiku
jaga jejaki jalanku
juga jasa-jasaku
jangan jemuri janinmu
jarikan jelamaan jantungku.
Labuan Shipyard, Labuan, Malaysia, 25 November 2016
5.04.
DIRGAHAYU CINTA
Ketika aku bertasbih
air mata menitis pedih
mengukur waktu yang jauh
memohon rahmat tuah
pada-Mu sebuah hidayah
dirgahayu cinta yang bersumpah
janji pada tanah tumpah
bertaktha riwayat hingga terpisah
ajal dan maut terkubur sejarah
pena bertemu tanda noktah
bersama cerita sejuta wajah.
Taman Mutiara, Labuan, Malaysia, 8 Januari 2017
5.05.
PENUNGGU CINTA AGUNG
Bila rindu
masih adakah untukku
bila sayang
masih adakah cinta agung
kerana cinta itu
buat aku terpanah menusuk kalbu
masih kau perlu aku
untuk terbuai seketika waktu
biar aku jadi penunggu
menanti dengan segenap kudratku.
Taman Mutiara, Labuan, Malaysia, 3 Januari 2017
5.06.
INTERAKSI DUNIA MIMPI
Pada pertama kali
waktu berkejar pelangi
kita jumpa di sini
sebuah alam fantasi
yang jauh sekali
sama seperti mimpi.
Jadi sahabat sejati
walau hanya menemui
seurat wajah halusinasi
tetap rapat sekali
hanya doa ini
meneroka lahiriah realiti.
Mari kita kongsi
biar berbeza hati
saling sama melengkapi
mana harus berbagi
bila sudah berjanji
jangan mudah dikunci.
Ini dunia kini
ramai yang mencari
untuk mahu interaksi
rasa mula ditakluki
dengan cara tersendiri
idola jantung abadi.
Taman Mutiara, Labuan, Malaysia, 4 Januari 2017
5.07.
BILIK ANUGERAH 2017
Satu permulaan tintaku
langkah masih hijau
nafas yang baru.
pena warna biru
zahir satu-persatu
jadi nasihat bermutu.
semai dalam buku
bersama sejuta rindu
jangan jadi palsu.
menconteng muka ilmu
meludah hidup sekutu
di tahun baharu.
masuk bilik kelambu
bacalah coretan hidupku
pasti anugerah milikmu.
Taman Mutiara, Labuan, Malaysia, 1 Januari 2017
5.08
SENYUMAN SEBALIK SEBAK
Sayang
secukupkah sifatku
semaikan seindah sejadahmu
selamanya semakin sukar
saat sindiran saling sengketa
selebar sebakku sabar saja
senyumanmu sentiasa suka
sunyi sepiku seksa sayang
seandainya suaramu sudah sedia
siap siagalah seberang syurga.
Labuan Shipyard, Labuan, Malaysia, 3 Disember 2016
5.09
TRAGEDI HSA
Pagi di bulan Oktober
gembira dengan senyuman
semua sudah masuk kerja
periksa pesakit di atas katil
tambah air dan jenis darah
rasa sakit dan sengsara
lumrah manusia akan terasa.
Detik cemas hospital HSA
langkah kaki dengan pantas
api merebak seperti kilat
kawan mula menjadi lawan
musnah semua harta benda
juga manusia masih derita
tragedi Oktober bertukar hiba.
Akan terpalit dalam kenangan
yang pergi tetap pergi
kerana percikan kecil
semua takut dilema ini
hanya doa setia tersemat
buat rindu igauan ngeri
agar tidak berulang kembali.
Taman Mutiara, Labuan, Malaysia, 26 Oktober 2016
5.10
BANJIR TERMENUNG
Saban tahun akan mengusung
di tahun paling hujung
banjir suka termenung
beri kabar untuk merenung
buka mata saat malang
buat rakyat tidak tenang
saat akhir sukar merancang
bukan mimpi sebarang
duduk rumah diri seorang
menunggu bantuan untuk datang
banjir sudah semakin matang
melebar air ke seberang
jangan sampai nyawa yang hilang
baru menangis di tanah lapang.
Taman Mutiara, Labuan, Malaysia, 8 Januari 2017
6. IRWAN ABU BAKAR
Irwan Abu Bakar lahir pada 11 Mei 1951. Pengasas gerakan E-Sastera di Malaysia pada 2002 dan menubuhkan Persatuan Aktivis E-sastra Malaysia (E-SASTERA) pada 2010, dengan beliau menjadi Presiden sehingga kini. Beliau menulis puisi, cerpen, novel, dan artikel. Mempunyai karya di dalam beberapa antologi puisi sejak 2003. Karyanya juga termuat dalam tiga kumpulan puisi sendiri, sebuah kumpulan puisi dengan ulasan, kumpulan cerpen Rewang Minda (eSastera Enterprise, 2016), dan novel Meja 17. Beliau juga menulis buku sastera nonkreatif, dengan dua buku terkini berjudul E-sastera: Teori & Aplikasi (eSastera Enterprise, 2016) serta Deklamasi Puisi (bersama Puzi Hadi) (eSastera Enterprise, 2016). Pernah memenangi anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia (cerpen eceran) dan Anugerah Sastera Johor Darul Takzim (puisi eceran). Dari segi profesyen, Irwan ialah jurutera profesional dalam bidang kejuruteraan mekanik, dengan kelulusan pascaijazah dalam bidang kejuruteraan bioperubatan. Kini bertugas sebagai profesor di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur dan menjadi Pengarah syarikat BioApps Sdn Bhd, sebuah syarikat terbitan UM yang beroperasi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dalam bidang perkhidmatan rehabilitasi.
PUISI
6.01. Makmum Di Saf Ke-1
6.02. Hari 1, 2017
6.03. Korban Sayang
6.04. Gegar Di Hati
6.05. Agamawan Nerakawan
6.06. Sepipit Usaha
6.07. Semangkuk Ikhlas Di Sudut Pulau
6.08. Pemimpin Kaki Sebelah
6.09. Aku Tak Mahu Merdeka
6.10. Muka Di Depan Gelas
6.01.
MAKMUM DI SAF KE-1
Aku tertolak ke saf pertama di solat subuh di masjid itu
tidak layak aku di situ
kiri kanan orang alim-alim belaka
mereka berjubah putih panjang dan berserban
sekurang-kurangnya berpelekat baharu dan bersongkok putih
pakaian dan badan harum baunya disembur pewangi dari Mekah
tidak layak di situ aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah.
Makmum di kiri kananku alim-alim belaka
amat bersistem duduk dan geraknya
tidak bangkit mereka untuk bersolat sebelum bilal berqamat menyebut “Hai ya alas solat”
tidak bergerak tunduk rukuk sebelum imam sempurna di kedudukan rukuk
dari berdiri tegak tidak mereka bergerak sebelum dahi imam sempurna sujudnya di sejadah
memang tidak bergerak mereka mengikut gerakan imam
sebelum imam sudah sempurna tiba di sesuatu kedudukan
lamanya sujud akhir mereka sehingga kusangka mereka telah terlelap tidur
tidak memberi salam kanan mereka sebelum imam selesai salam kirinya.
Selesai solat mereka tidak bergegas bangun tetapi tekal di kedudukan
bersama imam berzikir sehingga tamat mengamimkan doa imam di akhir
lantas disalam tangan imam.
Selesai segala-galanya aku berdoa
“Ya Allah, tumpangkan aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah ini
bersama-sama mereka apabila kelak mereka diusung masuk ke syurga dan aku ditahan nanti.”
Selesai solat bergegas aku ke kedai Mamak menikmati sarapan
sekeping roti canai dan segelas teh tarik panas kupesan
datang orang-orang dari saf pertama solat subuh di masjid tadi
mereka berjubah putih panjang dan berserban, sekurang-kurangnya berpelekat baharu dan bersongkok putih
pakaian dan badan harum baunya disembur pewangi dari Mekah
duduk semeja dengan aku yang ber-Tshirt tanpa kolar, seluar jean ketat, dan rambut terdedah
makan juga mereka tiap seorang roti canai sekeping dan teh tarik panas segelas.
Selesai makan aku ke kaunter dan aku bayarkan makanan untuk semua
tersentak mereka lalu mereka beramai-ramai berdoa
“Ya Allah, tumpangkan kami bersama-sama lelaki ini yang ikhlas sedekahnya
apabila kelak dia diusung masuk ke syurga dan kami ditahan nanti.”
Terpinga-pinga aku.
Kuala Lumpur, 24.01.2017
6.02.
HARI 1, 2017
Awal-awal pagi telah kupandu kereta setia keluar rumah
hari pertama 2017
lima minit meninggalkan get rumah
meter petrol berdenting
amaran petrol tinggal sedikit, hanya sedikit adanya.
Oh, tahun 2017-ku bermula dengan sebuah tangki yang kosong!
Aku perlu mencari jalan
untuk mengisi tangki, dan mengisi tangki, dan terus mengisi tangki…
(Khabarnya petrol dah naik 20 sen lagi)
Kuala Lumpur, 2.1.2017
6.03.
KORBAN $AYANG
Kerap kali aku menjadi Ibrahim
dan kau kesayanganku menjadi Ismail
Ismail di sepi poketku, buah hati kesayangan, minta dikorbankan
namun tidak berjaya kupujuk diri menyerahkan
malah pandai kucari-cari alasan.
Kerap aku si Ibrahim terlupa
Ismail itu siapa yang punya
kerap aku si Ibrahim terleka
kenyang lapar di tangan Tuhan.
Kuala Lumpur, 13.09.2016
6.04
GEGAR DI HATI
Skala Ritchernya kudengari sayup-sayup sebagai 6.5
102 nyawa terkorban, khabarnya, di kejauhan bertiup
15,000 di Pidie Jaya bergelap, putus bekalan air diwartakan
aku terus membelek, merenung sebuah sajak cinta remaja terbaharu yang disiarkan di grup Facebook, seksi imejnya.
Tetiba masuk mesej di Messenger, baru kusedar
“saya harus segera pulang ke Aceh, Bapak,” begitu bunyinya
“negeri Aceh tepatnya di wilayah Pidie mengalami bencana dan kehancuran besar. Lailahailallah
fasilitas umum rusak parah
semoga Allah selalu melindungi Aceh dan seluruh negeri-negeri Islam di dunia.
Keluarga saya banyak yang berada di Aceh,” tambahnya
“hal itu membuat saya khawatir,” lagi tulisnya.
Mesej dari Iqbal membuat aku tesentak, tersedak
dia jaka Medan pilihan, 10 terbaik, di USU Medan dia sedang belajar
baharu sahaja kukenali dia di Jogjakarta, sebulan lepas
nyata dia lelaki bagus, hidupnya untuk Acheh dan hanya untuk Allah.
Hatiku berdebar, kerusiku bergetar, rumahku bergegar!
Kuala Lumpur, 10.12.2016.
6.05.
AGAMAWAN NERAKAWAN
Apa agama yang kamu pegang
membakar menyembelih orang kamu tak tentang
agama apa yang kamu anuti
tindakan zalim bangsa, kamu pertahan.
Agama kami ni, tak ada Tuhan?
Kuala Lumpur, 3.12.2016
6.06.
SEPIPIT USAHA
Di muncung pipit
setitis air
di keliling Ibrahim
semarakan api.
Terbang pipit menggugurkan setitik air
setitik sekali
beratus kali.
Di hati pipit
bukannya marak api ditakuti
di hati pipit ditakutinya
murka Allah
jika dia hanya berdiam
di depan zalim Namrud
mata dipejam.
Kuala Lumpur, 26.10.2016
6.07
SEMANGKUK IKHLAS DI SUDUT PULAU
Sebiji mangkuk
di atas meja
di depan pintu
kamar kecil.
Mangkuk sendirian
duduk menadah
50 sen sahaja
tagihan upah.
Mangkuk bisu
berkata tak bisa
sekeping poster
wakil bicara.
Kosong kerusi
di sisi mangkuk
wang disumbang
siapa pemilik?
Dalam ragu
kuseluk saku
masukkan 50 sen
selepas kencing.
Kuah, Langkawi, 8.7.2017
6.08.
PEMIMPIN KAKI SEBELAH
Kami angkat dia menjadi pemimpin
kerana dia ada hanya sebelah kaki
Berdirinya berhati-hati
jalannya tidak jauh
larinya tidak laju
duduk dia bersama rakyat
susah senang rakyat difahami
hatinya sarang rakyat.
Lalu menjadi dia pemimpin tinggi
terdedah kepada segala
datang tawaran dari semua arah
dengan duit rakyat
dibelikan tongkat
yang membantunya berdiri
kemudian dibelikan prostesis
yang membantunya berjalan
kemudian yang membantunya berlari
kemudian yang membantunya memanjat
kemudian yang membantunya terbang.
Kini dia sibuk berdiri, berjalan, berlari, dan terbang
dengan duit rakyat.
Rakyat kebuluran.
Kuala Lumpur, 4.11.2016
6.09.
AKU TAK MAHU MERDEKA
Dalam hangat dakapanmu
enak aku di situ
biarkan aku di situ terbelenggu
tanpa merdeka tidak mengapa.
Juga menjadi sebahagian Great Britain
atau satu negeri dalam USA
pada zaman moden yang bebas terbuka ini
itu tidak mengapa.
Nanti dalam pilihan raya akan datang
Melayu pun boleh menjadi
PM Britian atau Presiden USA
asalkan Melayu itu tak curi
berbilion wang negara.
Kuala Lumpur, 31 Ogos 2016
6.10.
MUKA DI DEPAN GELAS
Sebiji gelas yang penuh berisi
kebahagiaankah itu?
atau sebiji gelas yang kosong
itukah kebahagiaan?
Kuteliti muka di hadapan gelas
penuh gelasnya, berseri muka
menjangka keenakan
kosong gelasnya, berseri muka
nikmat kepuasan.
Penuh kosong gelas hanya lambang
di hati rasa bersarang.
Kuala Lumpur, 22.10.2016
7. M.S. RINDU
Mohamed Salleh Lamry (M.S.Rindu) lahir di Kuala Selangor pada 22 September 1942, memulakan kerjaya sebagai guru sekolah rendah (1956-1971). Mendapat ijazah BA (1975) dan MA (1978) dari UKM serta ijazah PhD dari UM (1989). Beliau bekerja sebagai pensyarah dan Sarjana Tamu di UKM dari 1978 hingg 2003. Beliau pernah menulis cerpen dan sajak dengan nama samaran M.S. Rindu pada tahun 1960-an, tetapi tidak meneruskannya setelah bekerja sebagai pensyarah. Selepas bersara dari UKM, beliau memberi tumpuan kepada penulisan biografi tokoh-tokoh kiri. Antaranya, Gerakan dan Tokoh Kiri (SIRD, 2006), Abu Samah Mohd. Kassim: Pejuang Kiri Kemerdekaan Zuriat Datuk Bahaman (SIRD, 2008), dan Siti Norkiah Mahmud: Serikandi dari Pahang Utara (SIRD, 2011). Buku biografi beliau yang terakhir, Biografi Ishak Shari: Pemimpin Bumi Semua Manusia (Penerbit UKM, 2014) telah memenangi HSPM bahagian biografi bagi tahun 2014. Kini menulis sajak dan cerpen kembali setelah berhenti menulisnya kira-kira 50 tahun.
PUISI
7.01. Sate Kajang
7.02. Sungai Besar
7.03. Kedai Melayu Di Teluk Intan
7.04. Gadis Vietnam
7.05. Nyanyian Orang Asli
7.06. Perempuan Banjar
7.07. Durian Kampung
7.08. Di Hujung Usia
7.09. Jiranku
7.10. Hujan Bulan Disember
7.01.
SATE KAJANG
Kira-kira seabad yang lalu
dua pendatang dari Jawa
Tasman dan Rono
mula berjualan sate di pekan Kajang.
Mereka menjual sate dari rumah ke rumah
dengan cara mengandarnya
sebelum ada kereta tolak dan kedai sendiri.
Berbanding dengan sate Jawa
sate mereka lebih besar
dengan sambal kacang yang manis
menarik minat ramai
dan membuat sate Kajang menjadi terkenal.
Sejak tahun 50-an
banyak orang Kuala Lumpur datang ke Kajang
untuk menikmati sedapnya sate
walaupun di Kuala Lumpur juga ada sate.
Sate menjadi ikon pekan Kajang
tapi ada sate di tempat lain
diberi nama sate Kajang
walaupun penjualnya bukan keturunan Tasman dan Rono.
Perniagaan sate Kajang berkembang
diwarisi dan diteruskan
oleh anak cucu Tasman dan Rono.
Kini Haji Samuri
anak saudara Tasman
muncul sebagai saudagar besar
yang mengembangkan perniagaan sate Kajang
di puluhan kedai di Lembah Kelang.
Kajang, Jun 2016
7.02.
SUNGAI BESAR
Dalam masa setengah abad
Sungai Besar sudah banyak berubah
dari sebaris kedai papan di pinggir kampung nelayan Cina
berkembang menjadi bandar kecil yang serba ada.
Di samping pejabat kerajaan, balai polis, masjid, dan sekolah
di Sungai Besar juga ada bank, hotel dan pasar raya
serta ratusan kedai besar dan kecil
yang merupakan ciri sebuah bandar moden.
Tapi kekurangannya yang agak ketara
yang wajar dijadikan isu
Ia sangat kekurangan peniaga Melayu
walaupun dikelilingi kampung Melayu.
Peniaga Melayu memang ada
di Bangunan MARA dan digerai-gerai di depan pasar
di samping satu dua kedai kain yang agak besar
tapi belumlah seramai mana
dan jelas begitu kurang
berbanding peniaga bukan bumiputera..
Kajang, Mei 2015
7.03.
KEDAI MELAYU DI TELUK INTAN
Dulu ada sebuah kedai Melayu
kedai buku dan percetakan
kedai besar di Teluk Intan.
Lama kedai itu terdiri
kedai Buyung Yunus diberi nama
lambang peniaga Melayu yang berjaya.
Sayang kini ia sudah tiada
dengan meninggalnya Pak Buyung Yunus
keturunannya tidak mampu meneruskan usahanya.
Kedai Buyung Yunus hanya tinggal nama
itupun hanya generasi lama
yang tahu tentang sejarah dan kewujudannya.
Kajang, Mac 2016
7.04.
GADIS VIETNAM
Aku tidak perlu pergi ke Vietnam
untuk bertemu gadis Vietnam.
Setiap pagi minggu
jika aku pergi ke pasar Kajang
aku akan bertemu puluhan gadis Vietnam.
Mereka pekerja sebuah kilang di Bangi
baru pulang dari syif malam
singgah di pasar Kajang
untuk membeli barang keperluan.
Aku tidak tahu berapa ramai
gadis Vietnam bekerja di negara ini
dan mengapa mereka bekerja di sini
adakah kerana gadis tempatan tidak mahu bekerja di kilang?
Tapi kehadiran gadis Vietnam di negara ini
merupakan manifestasi
kita bergantung kepada buruh asing.
Memang kita telah menolong mereka
dengan menerima mereka bekerja di sini
tapi sebagai implikasinya
tidak sedikit tukaran asing
yang akan mengalir ke negara mereka.
Kajang, Ogos 2016
7.05.
NYANYIAN ORANG ASLI
Kamilah yang mula-mula mendiami hutan Bangi
di mana kami membuat kampung sendiri
untuk meneruskan cara hidup kami.
Kami diarahkan berpindah
apabila sebuah universiti
mahu didirikan di tanah yang kami diami.
Kami diberi sedikit sagu hati
tapi tidak diberi tanah ganti.
Kami berpindah ke hutan Bukit Tunggul
untuk membuka perkampungan baru
dengan usaha kami sendiri.
Tapi kami dipaksa berpindah lagi
apabila tanah yang kami diami
dijual kepada usahawan kaya
untuk dijadikan padang golf pula.
Begitulah nasib kami
rakyat kecil yang terpinggir
terpaksa berpindah ke sana ke mari
seolah-olah menjadi penumpang
di tanah air sendiri.
Kajang, Jun 2016
7.06.
PEREMPUAN BANJAR
Maafkan aku
jika persepsiku salah
menurut pandanganmu.
Tapi persepsiku terbentuk
dari melihat perangai ibu, adik dan mak cikku
dan banyak perempuan Banjar yang kukenali
Aku melihat mereka garang dan kuat cemburu
dan berani melawan suami bila berkelahi
begitulah watak mereka yang kukenali
yang tertanam bertahun-tahun pada diriku.
Mungkin tidak semua perempuan Banjar begitu
tapi watak mereka yang kukenali
yang garang dan kuat cemburu
memang tidak mudah hilang dari ingatanku.
Kajang, Mei 2016
7.07.
DURIAN KAMPUNG
Dulu engkau dijual secara longgok
dengan wang sepuluh ringgit
aku mungkin dapat membelimu
lima biji selonggok jika kecil
atau tiga biji selonggok jika besar.
Engkau tidak ditimbang
seperti Musang King
atau D24
yang harganya memang lebih mahal.
Aku mampu membelimu
walaupun hanya selonggok dua.
Kini engkau pun sudah ditimbang
sebelum bertukar tangan kepada pembeli
sekilo mungkin sepuluh ringgit
ataupun paling murah mungkin lapan ringgit.
Hargamu sudah mahal
ketika harga barangan lain sudah mendadak naik.
Manalah aku mampu membelimu
aku hanya mampu melihatmu
dan mencium baumu.
Kajang, Oktober 2016
7.08.
DI HUJUNG USIA
Kami sama-sama berada di hujung usia
aku tidak tahu siapa yang akan pergi dahulu.
Jika aku pergi dahulu
biarlah dia berkahwin semula
dengan lelaki yang lebih sempurna
kerana kebahagiannya adalah kebahagianku juga.
Tapi jika dia pergi dahulu
aku tidak akan mencari ganti
kerana dia tidak ada duanya
dan aku tidak mungkin mencari ganti
yang lebih baik daripadanya.
Kajang, Mei 2016
7.09.
JIRANKU
Jiranku bukan Melayu
di kiri Cina
di kanan India.
Hubungan kami baik dan mesra
dan kami tidak pernah bersengketa
walaupun kami berbeza bangsa dan agama.
Jika bertemu
kami bertegur sapa
saling bertanya khabar semasa.
Jika tiba hari raya
kami saling bertukar makanan
dan saling berkunjung
jika kami ada kelapangan.
Inilah realiti
kehidupan kami rakyat biasa.
Tidak ada konflik perkauman
tidak ada kecemburuan sosial
sebagaimana yang selalu terbayang
di arena politik di luar sana.
Kajang, Januari 2017
7.10.
HUJAN BULAN DISEMBER
Hujan bulan Disember
memang boleh diduga
kerana ia berulang
dari masa ke masa.
Hujan bulan Disember
membawa banjir
merosakkan tanaman dan harta benda
memang membawa bencana.
Hujan bulan Disember
jelas satu musibah
dan ujian dari Allah.
Hujan bulan Disember
menyedarkan kita
betapa kecilnya kita
di hadapan Allah yang maha kuasa.
Hujan bulan Disember
menyedarkan kita
kita adalah hambanya
yang tidak berdaya.
Namun, hujan bulan Disember
harus mendorong kita
untuk berjuang mengatasinya
kerana kita telah diberi akal oleh-Nya.
Kajang, Disember 2017
8. MUHAMMAD ROIS RINALDI
Muhammad Rois Rinaldi dilahirkan di Kramatwatu-Serang, 8 Mei 1988. Semenjak Sekolah Dasar (SD) ia menekuni dunia perpanggungan sastra, sejak tahun 1998. Ia lebih banyak menulis puisi dan esai, sesekali menulis cerita pendek. Karya-karyanya dimuat di berbagai media Nasional dan Internasional. Ia juga telah menerbitkan karya-karyanya dalam bentuk buku konvensional, antaranya Terlepas (Pustaka Senja, 2015), Sastracyber – Makna dan Tanda (Esastra Enterprise, 2015), Noor Aisya: Karya & Kiprahnya (Pustaka Senja, 2015), Sang Kalamorgana (Sembilan Mutiara Publishing, 2013), dan Sepasang Angsa (Abatasta Publishing, 2012). Dalam kurun waktu 17 tahun ia meraih puluhan penghargaan di bidang sastra. Puisinya “Nun Serumpun”, menjadi puisi terbaik dalam malam Anugerah Puisi Dunia yang diselenggarakan oleh Persatuan Sasterawan Nusantara Melayu Raya (NUMERA) di Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia. Ia juga menerima Anugerah Puisi Dunia 2014. Bukunya Sastracyber: Makna dan Tanda menjadi buku terbaik eSastera dalam kurun 10 tahun di HesCom E-Sastera 2015. Selain itu, dua tahun berturut-turut memenangi lomba menulis puisi tiga negara yang diselenggarakan oleh PBKS, 2011 & 2012. Ia berturut-turut menerima anugerah utama Penyair Alam Siber (E-Sastera Malaysia pada 2014, 2015, dan 2016). Pada HesCom 2013 di Bali, ia dinobatkan sebagai tokoh E-Sastra Indonesia. Presiden Lentera Internasional dan pendiri Rumah Baca Bintang Al-Ikhlas Banten ini kini bertugas sebagai CEO Gaksa Enterprise.
PUISI
8.01. Penyair
8.02. Sebelum Pukul Tiga
8.03. Par Pedagang
8.04. Seusai Nyanyian
8.05. Orasi Penyair
8.06. Di Kota Lama
8.07. Dejavu
8.08. Telepon
8.09. Pledoi
8.10. Setelah Bendera Itu Dikibarkan
8.01.
PENYAIR
Penyair adalah mata api yang menyala
waktu dingin menguasai negeri-negeri
sihir. Nyala yang mengusir wabah dari kemah-
kemah tempat para penakut bersembunyi.
Ketika darah dan kepala manusia
dibekukan keputusasaan.
Penyair adalah onta gila di sahara pasir.
Ketika orang-orang terusir terlunta
dalam lapar dan dahaga, ia mengguncang
pokok qurma dan membuka kanal
di tepi laut mati. Onta adalah tunggangan
bagi setiap yang tak berdaya. Tetapi
onta gila menolak ditunggangi.
Penyair adalah gagak tanpa warna.
Suaranya yang mengganggu waktu tidur
dibenci. Orang-orang menutup telinga
dan berpaling. Tetapi gagak tak peduli.
Ia selalu datang waktu tidur. Bersuara
tanpa henti. Orang-orang marah.
Memburu. Ada yang tertangkap. Dibunuh.
Ada yang tak tersentuh. Menjadi teror
sepanjang waktu.
Penyair adalah peluit yang melengking
di stasiun terakhir. Mengguncang kesadaran
para penumpang yang terpukau
keriuhan dan huru-hara. Tetapi
lengking penyair selalu saja dibungkam
sekumpulan setan yang bernyanyi
nina bobo.
Tanah Kramat, 2016
8.02.
SEBELUM PUKUL TIGA
Pohon
makin diam malam makin larut.
Lampu-lampu yang sulut
mengumpar kabut.
Berlaluan
sepi itu pada lumut dahan dan rumput.
Tak ada raut disungut kemelut.
Tak ada siapa direnggut.
Hanya
angin kalut beringsut makin ke sudut.
Seperti hendak memagut
menggetarkan bahasa maut.
Rumah Sakit Umum Cilegon, 6 Syawal 1437 Hijriyah
8.03.
PARA PEDAGANG
Bukan. Bukan agama. Peperangan
datang dari pasar-pasar. Agama
hanya minyak. Para pedangan
menyalakan api. Bukan. Bukan batas
negara. Batas negara menjaga nyawa.
Di pasar nyawa hanya benda murah
dalam etalase. Kematian
sumber keuntungan dan permusahan
adalah jalan yang harus diciptakan
—menuju kedigjayaan pasar-
pasar itu.
Bukan. Pedagang bukan yang tampak
di permukaan. Mereka hanya pesuruh.
Para pedagang sembunyi di balik
kostum dan topeng. Tetapi
mereka tidak pernah jauh dari penderitaan
manusia. Mereka selalu hadir di tengah
kebingungan membawa angin
perdamaian sambil mengajari siapa saja
mengongkang senjata.
Datang. Mereka selalu datang. Mengingatkan
harga tanah.Harga samodra. Harga udara.
Mereka membuat benua-benua bertemu
dalam ketegangan. Mereka selalu berbisik
tentang ras para petarung dan suku-
suku abadi di bumi.
Ketika korban bertumbangan, tidak ada
satu pun manusia dapat menghentikan.
Mereka menanam kata persahabatan
di sepanjang pemakaman. Bendera putih
berkibaran di antara isak dan pekik.
Viral! Viral!
Negeri-negeri telah dihubungkan
dengan potongan tangan dan kepala.
Duka dikemas dalam sejuta iklan.
Indonesia, 2016
8.04.
SEUSAI NYANYIAN
Tidak ada yang sisa di Samosir.
Hanya gelombang Toba dan roh
leluhur didiami angin mendesir.
Di kisaran sayap burung gereja
petuah-petuah tua melompati batu purba
menziarahi mitos Sidabutar
waktu purnama.
Di mana nyawa dan darah berpusar
dalam pesta liar para dewa.
Kembara eEastera, Medan, 2015
8.05.
ORASI PENYAIR
Di hotel bintang lima ini kita bertemu lagi
dalam pembicaraan yang makin jauh
Kita ini kamus bagi kata-kata
Tidak sulit membuat kalimat pembuka.
Tetapi kita selalu bingung
mendengar gema dari mulut kita sendiri.
Ya, kita sudah bosan
menjadi pengguna motor dan mobil rongsok.
Ogah lagi berdesakan di pasar becek yang bau
ikan, baju murah, dan keringat
orang-orang susah.
Bukan wayahnya kita tidur berdesakan
di teras ruko sambil bersajak
tentang perlawanan dalam tekanan. Kita
memang harus melarikan diri dari gerusan
zaman sungsang. Tidak boleh lagi
bertumpukan dengan orang-orang malang
yang mendesis kelaparan.
Karena sesama orang malang takkan bisa
saling menyelamatkan.
Kawan-kawan yang waras dan mawas,
kita memang telah sepakat mengubah haluan.
Kita harus menyebar ke gedung-gedung
Menguasai sidang-sidang paripurna,
mimbar besar, partai politik, dan presiden.
Kita tidak boleh lagi menjadi anjing
menggonggong hingga serak, hingga mati.
Kita harus ambil bagian lebih besar.
Karena di negeri ini hanya orang-orang besar
yang boleh berlaga.
Ya, kawan-kawan, kita tidak perlu bisik-bisik.
Kita sama tahu, sebagian kita suka duduk
di ruang kepala dinas, di lobi kementerian
dan di istana presiden. Jangan khawatir.
Jangan sembunyi-sembunyi.
Kita telah sepakat untuk menguasai mereka.
Kesemena-menaan harus dikendalikan.
Kita dekati mereka. Tawarkan jasa
propaganda. Mereka suka itu. Sangat suka.
Kita jadi juru bicara. Lalu kuasai.
Angkat derajat orang-orang di bantaran kali.
Merdekakan sawah petani dari garis polisi.
Rias rumah-rumah nelayan dengan grafiti.
Sekolahkan pemulung dan pengemis.
Tetapi, kawan-kawan,
berpuluh tahun kita bergantian di tempat itu
tidak ada yang menggebirakan. Selain kita
gembira karena mampu membangun
rumah dan membeli mobil lumayan mewah.
Apakah kita memang orang gampangan?
Gampang ditaklukkan oleh uang
yang membebaskan kita dari kemiskinan?
Kita yang makin jauh dari kenyataan
berbual tentang kenyataan.
Kita sporadis. Di mana-mana kita ada
bersuara penuh tenaga. Sebagian kita berdiri
di bawah bendera politik.
Mendengungkan kejujuran dan kebenaran
dari kota ke kampung-kampung.
Kita gagal menegakkan keadilan
karena sibuk menegakkan kepala sendiri.
Kita tidak lagi alergi pada soal jual menjual
badan. Jual menjual kata-kata.
Kita yang menolak jadi anjing liar
yang mampus oleh gonggongannya sendiri
jadi anjing juga.
Kawan-kawan yang namanya disebut Tuhan
dalam kitab-kitab suci. Hari ini kita bicara lagi
meski kita makin sangsi kepada setiap gema
dari mulut sendiri. Kegembiraan kita
bukan lagi pada tegaknya keadilan.
Dunia kita telah dikuasai tawar menawar.
Digoda eksistensi. Dipukau popularitas.
Hari-hari berat bagi kita
bukan lagi berkumpul di tepi jalan
di antara suara-suara orang pinggiran
yang saling buhun karena uang seribu rupiah.
Bukan lagi ketika melihat gadis-gadis polos
dibawa para germo ke rumah pejabat.
Hari-hari berat kita adalah hari tanpa pujian.
Hari berat kita adalah hari tanpa penghormatan.
Pertanyaan kita makin kekanak-kanakan:
Di halaman manakah wajah kita dicetak?
Penerbit mana yang menggandakan
karya kita hingga berjuta eksemplar?
Kawan-kawan, saya tahu ini menjengkelkan.
Tetapi bukankah kita mulai terbiasa
mengabaikan apapun?
Kita sama-sama berada dalam kemewahan ini.
Tidak ada kenyataan dan pertanyaan.
Tidak ada kata-kata yang perlu direnungi.
Kata-kata bagi kita terlalu mudah.
Lihatlah lampu keristal itu, betapa indah.
Lihatlah pernak-pernik pada dinding itu,
betapa cantik. Dunia kita hari ini
berupa warna-warni cahaya buatan.
Jadi, kawan-kawan, baiknya kita bersantai.
Mari menyantap burger dan pudding.
Hidup kita sebatas ruang tertutup ini.
Cilegon, Musim Angin, 2016
8.06.
DI KOTA LAMA
: bersama Arafat AHC
Bangunan tidak menyimpan ingatan
juga kota lama ini.
Kanal sepanjang Little Netherland
hanya jadi kisah angkringan
— para lelaki yang mengunyah mendoan.
Tetapi kita terus mencatat Marabunta dan Marba
sebagai harapan dan masa silam.
Seolah-olah kita akan hidup
selamanya di sini.
Sebelum laut rob
dan perbincangan kita mengambang
di atasnya
sebagai buih yang sia.
Arafat, bukankah kita hanya pengunjung
yang akan segera pergi?
Semarang, 2014
8.07.
DEJAVU
Kembali mimpi itu
tiba dalam kelenaanku.
Laut — gemuruh
ombak penuh teka-teki.
Kapal — layar tak pernah
dibentangkan ke Barat.
Angin kepada kelenang
langit meninggalkan kesiup.
Ada lengking sang jagat
menyusup sepi di sahara pasir.
Cahaya kegelapan!
Cahaya kegelapan!
Napasku ngeri diburu
kenyataan.
Kramatwatu, 28 Ramadhan 1437 Hijriyah
8.08.
TELEPON
Saya ingin lagi menelpon Anda
waktu petang atau pagi di hari libur sekolah
seperti waktu itu
Anda kesal karena tidak mendengar apa-apa.
Suara saya tersudut di antara rendaman baju
dan tumpukan piring, juga air mendidih.
Jiwa saya lebih dulu terlontar ke kesunyian
yang gelap.
ketika rahang Anda mengeluarkan gema pertama.
Namun waktu menyentuh saya dan Anda
terlalu jauh. Tidak saja mengubah bentuk wajah
potongan rambut dan lekuk tubuh.
Ia mengubah semua hal menjadi lain.
Barangkali kelak ketika ingatan kembali terluka
saya akan menelpon Anda.
Seperti petikan senar gitar yang dihentikan
sebelum lagu berakhir
saya tenggelamkan handphone di kolam
lalu asyik bernyanyi sambil bermain sabun.
Tubuh saya telah lama ditinggalkan jiwanya.
Tetapi tidak di tubuh Anda.
Banten, 2015
8.09.
P L E D O I
Tenang.
Aku tidak di sini. Kepentingan di mataku
mati.
Duduklah
di singgasanamu. Duduk manis.
Kekuasaan
tidak menghinakanku. Tidak memuliakanku.
Aku tidak dalam belenggumu.
Tubuh yang kau rajam ini
rangka. Aku terlepas dari kehendak
dan ketakutan.
Akulah
yang mengungkungmu. Kematianku
yang begitu kau damba
tidak akan membuatmu bebas. Tidak
ada jalan bagimu
untuk berjarak dariku.
Kemana pun
kau berlari, aku arah yang mengantarmu
kepada kenyataan yang bergerak
di antara masa lalu dan masa depan.
Hari ini bagimu
hanya ada aku.
Tidak peduli, kini, musim apa,
semua yang tumbuh di kepalamu
gugur seketika. Tinggal aku
yang hidup di sana.
Aku yang mengakar
dan menjalar!
Kau telanjangi aku, tapi hidup ini lebih telanjang.
Dalam telanjang begini jubah agungmu
tampak sungguh lucu. Aku tidak kedinginan.
Kau yang menggigil.
Tidak. Di tanganmu aku tidak tersiksa.
Kaulah
yang tersiksa. Kesakitan-kesakitanku
mengganggu waktu tidurmu.
Menghilangkan
napsu makan.
Aku yang ingin kau kuasai,
telah menguasaimu.
Ketika
kau mengakhiri hari ini dengan darahku
kau budak
dalam kemerdekaanku!
Banten, 2014
8.10.
SETELAH BENDERA ITU DIKIBARKAN
Sekarang Anda menyanyikan lagu kebangsaan
di negeri kami. Kami tidak mengenali lagu itu, tapi
Anda memaksa kami menyanyikannya.
Mulut kami terbata-bata mengikuti mulut Anda.
Ayah kami yang patah giginya Anda paksa juga.
Kami hanya berdaham ketika melihat ludah
di kopyah ayah. Kami yang tidak lagi punya hati
kepada hari-hari upacara dijadikan
seremonial. Jiwa kami tidak ada harga. Tubuh
kami hanya patung hias. Dalam rencana-rencana
tersulubung, kami tidak boleh teriak.
Karena kami menanggung hutang kepada Anda.
Tetapi bagaimana kami dapat mengembalikan
yang tidak pernah kami ambil?
Kami bicara kepada Anda dengan bahasa sandi.
Kami kehilangan suara dan tenaga
tidak berguna. Karena bendera Anda telah dikibarkan
lagu-lagu kami tinggal ratapan lelaki
yang selalu menangis di nada-nada minor.
Anak-anak memang masih merangkai bunga
tapi bunga-bunga itu masa depan
yang mudah gugur dalam permainan tangan.
Mereka tidak melihat kenyataan.
Kenyataan hanya ada di televisi.
Hanya dalam streaming yang Anda ciptakan
dari halusinasi peradaban tanpa haluan.
Anda hadirkan nama-nama pahlawan kami
sebagai masa lalu; cita-cita moyang sebagai
makhluk purba; dan setiap hal di hari ini juga
selanjutnya adalah milik Anda.
Kami beratus juta jiwa hanya buruh murah;
hanya petani yang kalah dalam perebutan tanah;
hanya nelayan yang terusir dari setiap laut;
hanya pegawai sipil kelas rendah; hanya petugas
partai yang diangkangi pemilik modal. Kami
beratus juta jiwa yang selalu diam ketika Anda
meratakan gunung kami. Anda rengggut
sawah kebun kami. Kami yang tidak lagi punya
pantai hidup di tanah-tanah landai.
Kami masih di sini karena angan-angan
tentang kemuliaan hidup dalam kemerdekaan
atau tidak untuk apapun.
Kepada anak cucu, kami menanggung dosa.
Karena warisan bagi mereka bukan tanah daulat
tapi ketidakberdayaan. Kelak mereka takkan tiba
di kubur kami. Tanah bagi kubur kami
tidak ada. Kubur kami ada di angin.
Jerit penyesalan kami menjadi mitos pada malam-
malam hampa di antara rengek bayi-bayi lapar
di rumah-rumah yang sepi kasih sayang.
Kami dalam setiap ingatan berwajah jelek
dan menjengkelkan. Selain itu tidak ada.
Karena sejarah Anda yang punya. Tulisan-tulisan
kami di dinding gampang usang, sedangkan
jutaan hektar kertas yang Anda cetak
terus dibentangkan.
Nyanyikanlah. Nyanyikan lagu kebangsaan itu.
Di bawah bendera Anda kami patung hias.
Beratus juta jiwa kami terkungkung dalam tubuh
bertumbangan.
Indonesia, 2016
9. NOVIA RIKA
Novia Rika Perwitasari. Berasal dari Indonesia, tinggal di Kota Tangerang Selatan. Senang menulis puisi untuk mengungkapkan rasa hati dan menghidupkan jiwanya. Sejak 2011 puisinya tergabung dalam berbagai buku antologi puisi di Indonesia. Di tahun 2016 meraih Juara 1, lomba penulisan puisi nasional yang diselenggarakan oleh Majelis Sastra Bandung.
PUISI
9.01. Seribu Kubur
9.02. Bisikan Dosa
9.03. Hidup
9.04. Gugur Daun
9.05. Doa Alam Semesta
9.06. Barisan Perjalanan
9.07. Gemerisik Dedaunan
9.08. Ikrar Ibu
9.09. Titik Api
9.10. Pintu-pintu Pulau
9.01.
SERIBU KUBUR
Dari seribu kubur kau dengar
kabar dalam pendam duka
melintasi tanah yang selalu merah
di bawah musim-musim yang melintas,
pergi.
Tak semua jawaban tersaji
bagi hatimu yang menanti waktu
dari kubur ke kubur
mengisahkan dunia yang tersembunyi
di balik doa arwah.
Kabarkanlah denyut jantungmu
pada pelintas langit yang membawa cahaya
menutup mata dan mengikiskan luka-luka
sudah siapkah kau membawa kabar
untuk kuburmu yang menganga.
-2016-
9.02.
BISIKAN DOSA
Terasa seperti bisikan dosa
mengalir dalam lidah
basah, rintik biru hujan
bagai bisikan mengalir
menusuk dingin
merasuki nadi yang beku.
Di atas kepala, langit mengirim cakar mendung
menutupi tubuh berkulit dosa
langkah-langkah tanpa kepala
mengukur jarak hati ke neraka
seberapa dekat?
seberapa dekat sudah langkah ini?
Air dalam tubuh membuih
menghitung seluruh udara, makanan dan ilmu,
yang mengubah diri jadi manusia
seberapa banyak?
seberapa banyak sudah diri ini jadi manusia?
-2016-
9.03.
HIDUP
Aku adalah bisik angin
ketika kilat petir menyilaukan matamu
badai meniup lepas debu-debu jiwa asing
di hatimu, dalam dirimu.
Aku adalah mekar bunga liar
ketika hutan hujan kehilangan hujan
tumbang oleh amarah api
dan dari abu, tangisku ‘kan jadi sungaimu.
Aku adalah cahaya kunang-kunang
dalam gua gelap rongga matamu
ketika kau bersembunyi dari malam dan rasa takut,
juga dari dirimu sendiri.
Aku sedekat napasmu pada kematian
‘tuk mengosongkan penglihatanmu
seakan segala isi hidup tak berarti
jika kau membungkuk dengan kedua lututmu
nyalakan lilin di hatimu
menjadi utuh
menjadi hidup.
-2016-
9.04.
GUGUR DAUN
Suatu saat daun kan mencium tanah
dalam hening yang tak terjamah
jaringan hidup merekah
merebahkan serat-serat indah
bersisian dengan jejak tirah
jatuh pada dekap lemah
luruh di ujung sejarah.
Suatu hari ranting kan merindu daun
di tengah kenangan yang tertimbun
dalam getar daun berembun
tertiup kisah yang mengalun
terpendam di pucuk rerumpun
kesunyian berhamburan tanpa ampun.
Dan suatu hari kita pun merasakan
tangis di bawah gugur daun
di antara pijar sinar
berpendar di sela dedaunan
mengubur kerinduan.
-2014-
9.05.
DOA ALAM SEMESTA
Gejolak alam melangkah di muka bumi
terdengar angin berbisik di balik lentik reranting
daun berguguran bagai kembang nisan
menangisi kisah-kisah tersembunyi di balik bumi
mendaki puncak maha tinggi
mengalir turuni lembah
terjerumus dalam palung hitam.
Burung-burung jarang bernyanyi
bunga makin sunyi, merekah sendu di tengah udara berdebu
langit terkadang biru terkadang kelabu
awan kumulus enggan bertandang
manusia semakin bimbang, semakin hilang
memisahkan diri dari semesta.
Air memancar dari mata bumi mengguyur bersama lumpur
menerjang ke dasar bumi, menyeret jiwa yang terpana
dan langit pun mengirim irama perpisahan.
Kerajaan laut gelisah digiring patahan kerak-kerak bumi
bergelombang ke angkasa, debur dahsyat menggempur
kehidupan tersapu pilu dan langit merintih di sela cahaya.
Benih-benih ribuan tahun menggelegak, amarah membuncah
gunung-gunung bersiul, bunga api menggila di udara
bersama debu batu-batu menghancurkan hidup yang membatu
langit pun berdarah di tengah kegelapan.
Tahun demi tahun bumi menua oleh sakit yang digali sendiri
dalam tiap gelombang jiwa-jiwa terbang ke angkasa
menyampaikan salam tanpa suara
pada jiwa-jiwa yang tersisa di tanah fana.
Nyala pelita di bawah terang bintang
dalam bahtera malam yang tak habis-habis
doa dilaburkan ke alam semesta
di bawah kuasa-Mu seluruh langit, bumi dan daratan
akan bertahan atau menemui ajalnya.
-2015-
9.06.
BARISAN PERJALANAN
Waktu tersungkur di kakimu
di lingkar kakimu yang berdebu
yang menjilat kulitmu hingga keriput
menguras jari-jemarimu
pada sebentuk masa lalu
Lelap tanpa zaman
di mata kakimu itu.
Barisan debu terangkat dari bukit-bukit liat
mengukur jarak-jarak tak terukur
pada lintang bujur pembelah inti bumi
lalu jatuh pada jalan yang menghilir
t’lah kau tempuh hingga lengas getar langkahmu
waktu, luruh di perbatasan cahaya.
Kemarau singgah pada urat-urat syaraf
menggugat kuncup neuron
menaburkan kelam.
Lepas purnama-purnama merantau
kau lepas sendi-sendimu
dalam barisan perjalanan
lurus, sunyi atau berliku
selalu
selalu kau dekap hatimu
bagai dekap ibu yang bergumam
tenanglah sayang
selalu ada rumah di akhir perjalanan.
-2016-
9.07.
GEMERISIK DEDAUNAN
Kemarau datang di ujung-ujung daun
menerkam sisa usia yang tergulung di pucuk ranting
gurat tulang daun menebal dengan bebal
lembar-lembar kisah saatnya menyentuh tanah.
Aroma daun kering meliuk lincah
gemerisik jatuh di rerumputan
tertiup angin dan bergulung-gulung di jalanan
bermandi debu, bergesek batu, meremah di tanah.
Tiupan angin menerpa pucuk-pucuk ranting, masuk ke pintu
aroma kematian selalu melayang, jadi bagian udara
seperti bisik angin di jendela, kepak kertas tertiup angin
dan seruan waktu yang berdenging kala hening.
Daun-daun berguguran di beranda
tersapu angin yang menjulurkan tangan ke langit
tersimpul seraut wajah di jendela
helai rambutnya menipis, memutih di atas dipan.
Gemerisik dedaunan terdengar seperti tawa anak-anak
yang dahulu pernah menghiasi rahimnya
dan seperti daun tersapu angin, cinta
telah pergi dan menjadi bagian kenangan.
-2017-
9.08.
IKRAR IBU
Wanita itu berjalan bagai lilin di malam dingin gelap
ia wanita lembut yang kuat melahirkan benih cinta
air mata kasihnya adalah serat-serat lautan hati
mendebur ke pantai bersama gema nyanyian suara anak dalam aliran angin.
Dari gelap rahimnya ia nyalakan sumpah
bagi jiwanya tuk mencium hujan hasrat agung
ia berbisik lembut:
Terbang, terbanglah cintaku
anak-anak surgaku
selamanya akulah bumi untukmu
ketika kau melintasi lengkung langit paling tinggi.
-2016-
9.09.
TITIK API
Berikan saja setitik senyum pada mata yang bermuara
pada kesunyian paling sepi
pada sepi paling api
seperti belati yang mengiris nadi
‘tuk melihat denyut yang tak teraba mata.
Aliran darah dalam tubuhmu apakah serupa
gelombang samudera ataukah getar padang rumput?
jangan kau biarkan habis
tersuling jadi air mata
yang tak kembali pada debur hatimu
tiuplah titik api, karena di sanalah
kau mengenal jiwamu.
-2015-
9.10.
PINTU-PINTU PULAU
Garis biru ombak pecah di udara
mengupas aroma garam yang melumuri pulau
tanah itu terangkat, mengapung di tengah samudera
dikepung lagu laut dan kepak sayap burung migran
terdengar siul lembut Sulingan Laut yang lari dari musim dingin
tidurnya tak pernah sepi.
Dini hari matahari lahir di tengah lautan
mengetuk pucuk kapal, tiang pancang dan siluet jangkar di air laut
di atas geladak anak-anak kapal membongkar muatan
sarat kapal melebar, jejak air laut tercetak di lunas..
Kapal-kapal kecil berkelana dari pelabuhan ke pelabuhan
pintu pulau pembuka jalan para nelayan dan petani
di pintu itu kapal-kapal lalu lalang; muntah ikan dan hasil bumi
lempar sauh, angkat sauh
memahat lengkung lembah di perut kapal.
Bertahun-tahun garis biru ombak pecah di udara
menghempas kanal-kanal dermaga dan jembatan
pelabuhan kian ramai, kian melebar
kapal-kapal besar hilir mudik di arus tenang
menghindari buoy yang terang dan galak
agar lambung tak luka, badan tak karam.
Dari penjuru hutan dan pedalaman
kayu, getah, dan minyak membanjiri lambung kapal
karet remah dan biji-biji kopi tertutup peti
diangkut dari tanah penuh suara ombak dan riuh manusia
lepas dalam pelayaran, diarung gelombang
berlabuh di pintu-pintu pulau negeri yang asing.
Di jalan laut, pelabuhan adalah pintu yang harus diketuk.
-2016-
10. PARIDAH ISHAK
Paridah Ishak dilahirkan di kg Dulang Kecil, Yen, Kedah. Mula menulis sejak 1976 dalam pelbagai genre. Tersiar di dalam media tempatan dan telah menghasilkan 17 antologi sajak dan cerpen bersama.
PUISI
10.01. Pelayaran Tun Perak
10.02. Puisi Bahasa
10.03. Serumpun Lalang
10.04. Sajak Zaaba
10.05. Jom Bermain Tali
10.06. Bayang-bayang Di Air Tenang
10.07. Simpulan Kedukaan
10.08. Aduhai Mawarku
10.09. Permata Bonda
10.10. Mencari MH 370 Dalam Dhuhaku
10.01.
PELAYARAN TUN PERAK
Pelayaran Tun Perak dari Melaka
hajat hendak singgah di Kelang
hatinya dirundung walang bukan kepalang.
Ah, alangkah sibuknya pelabuhan!
dengan pendatang dari seberang
sekaliannya sudah bersiaga
merantau ke tengah kota ke ceruk desa
dengan tekad waja
sebagai perkerja.
Sedang anak negeri
mahu reformasi
bijaknya berperi-peri.
Beliau mencabut destar
mindanya ligat berputar
mengimbau dengan wajar.
Bukankah ada seorang pateh
yang banyak onarnya
mencipta aneka petaka
memberi celaka seorang hamba
yang dikasihi Raja
sehingga berbunuhan sesama saudara.
Apakah tidak berubah
nasib Tuah ditimpa olah
angkara warga mencipta sengketa membawa padah.
Beliau menggaru kepala
lantaran pening pula
risaukan ramainya penghijrah
yang mengaut emas ke dalam kantung
jumlahnya tak terhitung.
Koleknya disongsong angin
firasatnya menghilir
diburu deru angin semilir
Sudah jauh kolek dikayuh
ingin pula berlabuh
di pengkalan Pangkor.
Beliau melihat sebuah bahtera
di tengah segara
dan seorang cucunya sedang berurus niaga
menukar emas perak dengan tiara negara
dengan sekeping wadah janji
tidak mungkin terpenuhi
bakal dimungkiri.
Ah, mengapalah cucu itu!
tidak membalik hikayat silam
tentang kesultanan Melaka yang tenggelam
kerana ada gunting dalam lipatan
kerana telunjuk lurus kelingking berkait
kerana adat tempua tidak bersarang rendah.
Kenapa masih hendak mencari budi
berkeliling pelosok negeri
mengenal pasti sasaran
memusnah semua harapan
yang direncana warga sebaiknya.
Mengapa tidak mahu menjadi warga yang pasrah
redha pada kalah
usah menuding penentu salah
justeru segalanya telah terserlah.
Tun Perak sudah penat memikir
ingin pula beradu di taman inderaloka
biarlah pelayaran ini segera berhenti
angin pun tidak bertiup lagi
sudah mati.
Kita ingin segera ke Langkawi
menulis puisi tentang cinta pada pertiwi
tentang sebuah jati diri.
Selayang Utama, 17 Feb 2016
10.02.
PUISI BAHASA
Layah jentayu menyapa awan
keladi bisa simpan tersusun
wajah ayu rupa menawan
berbudi bahasa bersopan santun.
Jika berbahasa biar beradab
tegur suatu dengan bersebab
menyusun kata lancar kejab
jangan ditafsir mindanya lembab.
Lepas laku menutur kata
lagak umpama gila-gila bahasa.
Budi bahasa pakaian diri
menghias wajah dengan senyuman
kemana pergi pasti dihormati
rupa paras bukan ukuran.
Budi bahasa itu
lumrah semua
bukan suatu waktu dahulu
kekal selamanya se-Nusantara.
bak semangat padi
semakin tunduk semakin berisi
bak ular menyusur akar
bisa tak hilang ke mana menjalar.
Selayang Utama, 12/12/2016
10.03.
SERUMPUN LALANG
Berumpun lalang tegak mendongak
dari tanah menghunus tombak
melukakan kaki terpijak
sukar terelak.
Daunnya keras kejung
menghiris pantang terguris
tanpa maaf lagi sinis..
Putih bunganya bersepora benihnya merata
membawa semangat juangnya berpijak di bumi nyata
di desa desa di kota kota.
Sayang lalang menjulang
tiada yang berani halang
walau menjolok mata memandang.
Namun gertakan pawana nan berhembus kiri kanan
melentokan diri kadang kiri kadang kanan
menyandar kekuatan.
Selayang Utama, 24/12/2016
10.04.
SAJAK ZAABA
Aku dan kamu
hidup sekarang pada zaman maju
Zaman pendapat baharu, fikiran baharu
Tidak lagi seperti dahulu
Zaman kebebasan dan perkembangan ilmu
Manusia tidak lagi boleh diperlembu
Suara Zaaba, SULUH BAHASA DBP 1965
Terkedulah aku
membaca bicara bersambung melantun
mengetuk minda kosong dungu
terpaku melirik aksara bait berilmu
satu-persatu.
menghadaminya dengan mahu.
PESANAN ZAABA
Kita mesti berani menggodam mengetuk,
Meruntuh meroboh segala yang lapuk,
Memotong yang busuk, memangkas yang bengkok
Mengganti membaharui dengan yang elok,
Mengikut panduan sebenar-benar petunjuk;
Ambil ingatan jadikan panduan
pancaran makrifat terserlah lampaui kegelapan
sejak lama zaman berzaman
menyuluh gelita rusuh hati
menimbang keputusan sejati.
akal budi menjati diri berperibadi tinggi
telusuran perhatian minda melantasi ruang
tentang perjuangan anak bangsa yang masih melata.
Berpada sentiasa seadanya
sukar merubah kebiasaan dengan pasrah walau itulah
keimanan berpaksikan redha
anak bangsa dikejutkan daripada lena bermimpi panjang
merentasi waktu berlalu dengan lesu.
Berjuanglah demi kehidupan
walau ranjau di hadapan di kiri di kanan
tanpa menoleh belakang yang suram
atasi setiap kelemahan diri
berpegang azam
kemas digenggam.
Selayang Utama, 11/10/2016
10.05.
JOM BERMAIN TALI
Ini tali beluti
tali sauh bahtera
tersimpul erat pegang kuat-kuat.
dengan kederat hebat
menjana energi urat berselirat
yang di sana menarik ganas
jangan dilepas
berhempas pulas
tanpa culas malas.
Seorang terjatuh sebaris merempuh
usah biarkannya memudaratkan luka
merah darahnya mencemar suasana.
Tarik kuat pastikan kemenangan
kekalahan mohon dijauhkan.
Itu hanya permainan duniawi
mencipta euphoria sejenak.
Bergayutlah dengan tali Ilahi
sesungguh hati
seikhlas nurani murni
berpasrah takdir-Nya.
Selayang Utama, 4/2/2016
10.06.
BAYANG-BAYANG DI AIR TENANG
Sudah tergonggong seketul tulang
banggaan diri mencanak tinggi
diusung merata ditayang-tayang
tidak mungkin dilepaskan
kemas dicengkam gigi geraham.
Mentari terik di tengah hari
segera ke tasik anjing berlari
tekak yang kering ingin dibasahi
ceritera berulang-ulang diriwayatkan.
Tasik biru berair tenang
di dalamnya wajah terbayang.
Terkejut memandang seketul tulang
hadir tamak sukar terhalang
Ingin direbut lagi mesti dan pasti.
Keserakahan yang membawa padah
anjing ditipu bebayang sendiri
mengejar rezeki tanpa fikir
Akan tercebur ke tasik lalu mati
terperangkap dalam serakah
yang tidak sudah.
Selayang Utama, 13/5/2016
10.07.
SIMPULAN KEDUKAAN
Kesedihan laksana laut yang melaut
ombak pun menampar pantai putihnya
pasir pun berserakan.
Analogi kesedihan sebenar
menggetarkan jiwa raga
meruntun hati nurani.
Terkadang
meresapi seperti angin
sesekali lembut ayunannya
akan juga menjatuhkan dedaunan.
Dan saban tika meratapi kehilangan.
senyum manis pun
tidak lagi mahu menyapa bibir.
Bilakah agaknya musim kering
yang melayukan dedaun gemilang
akan mengundang pelangi dan hujan
yang memudarkan bahangnya kesedihan
mewarna warni kehidupan
tidak melalui titi fatamorgana
digelung buli buih duka
apalah yang dapat dikutip darinya
buat membina arca
bertugu kasih sayang.
Selayang Utama, 24/5/2016
10.08.
ADUHAI MAWARKU
Wajahmu adalah
sekuntum mawar harum menguntum
menyeri sekitar penuh damai
mengawang keriangan
mempesona lirikan mata
senyummu mengusir resahku yang rusuh.
Pautan tangan bergandingan
kemesraan abadi
melewati hari lalu.
Aduhai mawar kebanggaanku
telah gugur kelopakmu
keperdu pohon rimbun
meneduhi akhiranmu
pasti bersama waktu
menyatu rinduku bersamamu
doaku buat mawar kecintaanku
berbahagia di sana di sisi-Nya.
Selayang Utama, 31/08/2016
10.09.
PERMATA BONDA
Sepasang mata yang bening
kemilau sinarnya
setenang kolam di bawah bulan.
Sepasang alis hitam
rerambut halus di dahinya
kotak fikir yang sarat
mindanya dicerna dengan hebat
kata putus yang ditimbang dengan bijaksana
merahnya ulas bibir yang tidak dipoles
mengulum gigi putih berbaris
sentiasa ada pengucapan ria
buah pilu yang terawang pun jatuh.
Inginku sentuhi bibir merkahmu
yang memandang pengertian
mengalih bayangan-bayangan
gentayangan tidak keruan
jemari yang lemah ini
tidak terdaya lagi mengelus pipimu
hai anak
rindu bergolak.
Selayang Utama, 11/11/2016
10.10.
MENCARI MH 370 DALAM DHUHAKU
Dedaun waktu luruh, satu demi satu
usaha mencarimu tanpa jemu
di bawah langit dunia
menyelak awan-gemawan
mungkin sayap bilahmu tersangkut
di celah-celah sirus, komulus.
Berita penemuan mengujakan
sirna hati-hati yang rusuh.
Tetapi camar pengiring perjalanan
hanya menggeleng-geleng dan tertanya-tanya
“Keberadaanmu di mana?”
Ya Ilahi
andai ia masih melayang
di atas tinggi langit, turunkanlah
andai ia telah terbenam
di samudera dalam, keluarkanlah
andai ia telah terhampar,
di hutan belukar, sasarkanlah radar
andai pencarian ini masih sukar, mudahkanlah.
Demi waktu Dhuha-Mu
Keindahan-Mu, kecantikan-Mu,
Kekuasaan-Mu dan Perlindungan-Mu
Rahmatilah kami bersama para Solehin.
Taman Selayang Utama, Selayang, Selangor, 14 Mac 2015
11. SAIFUL ZANAWI
Saiful Zanawi (nama pena — Makna). Dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan tanggal 10 Disember 1986. Merupakan graduan diploma pengajian Filem dan TV, Akademi Seni Kebangsaan (ASK). Pernah bertugas sebagai Penata Bunyi bagi drama dan filem tempatan. Kini bertugas sebagai jurukamera di TheEdgeTv. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, minat terhadap dunia penulisan, menjadi antara perkara yang sering diberikan perhatian. Sebagai penulis baru, Saiful hanya mahu menulis segala makna rasa dalam tiap bait kata yang mungkin suatu hari akan dibaca oleh ramai orang untuk merasai makna yang sama.
PUISI
11.01. Perwatakan Dunia Ada Bahagiannya. Dunia… (Sebahagiannya)*
11.02. Malam Semalam. Semalam Juga Punya Rasa*
11.03. Tunas Itu Dibiarkan Atas Jalanan. Si Kecil Jalanan*
11.04. Sampai Bila Harus Berperang. Hentikan Peperangan
11.05. Melangkah Dalam Jalan Ini. Jalan*
11.06. Ikatan Darah Yang Sama. Wajah Keluarga*
11.07. Dendangkan Cerita Kita. Kukarang Cerita Kita
11.08. Perasaasn 01. Dalam, Tinggi, Sisi, Indah, Sakit, Hilang*
112.09. Ingin Terbang Lagi*
11.10. Dalam Setiap Segala
11.01.
PERWATAKAN DUNIA ADA BAHAGIANNYA.
DUNIA… (SEBAHAGIANNYA)
(i)
Dunia Menuju Celaka
Bila Kesat Bahasa Menjadi Zikir
Bermaharajalela.
Tunas Kecil Tidak Di Jaga Sopan Bahasanya
Kelak Besar Berkatalah Apa Sahaja
Soal Keberadaan Dosa Pahala
Dipandang Hanya Satu Mata.
Dunia Menuju Celaka
Bukan Hanya Kau Sahaja
Dia, Aku, Mereka Semua Sama
Kalau Di Lorong Gelap, Tak Menemukan Cahaya.
(ii)
Dunia Menuju Celaka.
Saat Cinta; Kelingking Kau Dan Aku
Bertemu Tanpa Ikatan, Cuba Jadi Satu.
Cinta Sayang Kasih Arjuna Dara Usia Muda
Cinta Pertama Bak Di Kata Orang Dunia
Cinta Suci Katanya Ikhlas Hati.
Jalan Pembawakan Pada Rasa
Jika Tersalah, Jangankan Merana
Jangan Dilupa Pula Binasa
Kemudiannya.
Oh… Dunia Menuju Celaka
Bila Cinta Terpaut; Ikatan Kelingking Yang Tak Punya Apa.
(iii)
Dunia Celaka, Bukan Berpanjangan.
Dunia Harus Dikenal Dalam Penerimaan.
Jalan Klang Lama, 9.30 Malam, 18 Oktober 2013
11.02.
MALAM SEMALAM
SEMALAM JUGA PUNYA RASA
“Begini Begini…
Begitu Begitu…
Aku Mahu.”.
Usang Rasa Diri Bila Jiwa Tidak Bersama
Lelah Mata Ini Menatap Tidak Kunjung Ada
Keras Senyum Ini Dalam Membiarkan
Dalam Tawa Tangisku Teresak Ikut Rentak
Teriakku Kemudian Kehausan Menggertak
Lara Yang Ada Perkongsian
Bahagia Tak Laku, Kekal Begitu.
Malam
Lenakanlah Rasa Dalam Jiwa Sepi
Bangun Nanti Senyumlah Kembali
Ku Usap Dada Jari Genggam Berani
Ku Usap Hati Jiwa Semangat Diri
Resah Pergi.
Bertemankan Malam
Tanpa Kelibat Bintang Berkelipan
Hidupku Begitu Hidupmu Begini
Begini Hidupku Begitu Hidupmu
Lenakanlah Rasa Dalam Jiwa Sepi
Bangun Nanti Senyumlah Kembali
Supaya Lerai Segala Duka Ini
Supaya Berbalik Kita Pada Keberadaan Dahulu.
Biar Dalam Sedar Nanti
Biar Dalam Celik Peribadi
Biar Hati Rasa Ini Jiwanya Tidak Lena Lagi
Biarkan Malam Kekal Semalam.
Kekal Semalam.
Sunway Giza, Kota Damansara, Pagi 8.06, 6 Februari 2014
11.03.
TUNAS ITU DIBIARKAN ATAS JALANAN.
SI KECIL JALANAN
“Nah.. Ini Wangnya. Jauhlah Kalian Bermain.”
Adakah Begini Atur Caranya?
Adakah Begini Peribadinya Kita?
Si Tunas Berwajah Simpati Dalam Gembira Angkuh
Senyum Di Balik Kecil Tubuh.
Tangis Di Balik Dinding Dunia
Dunia Kemelaratan Dalam Jalanan
Kuasa Sang Celaka Maharajalela.
Apa Hendak Dilakukan Pada Si Kecil Berkeliaran
Berkeliaran Sehingga Senjanya Usia Terduduk Dengan Badan Balut Luka
Merah Nanah, Berdiri Kaki Sebelah
Apakah Si Kecil Ini Keturunannya Harus Kekal Begitu
Di Jalanan Itu.
Lidah-Lidah Alpa Dalam Kata Yang Dusta Menyakinkan, Buat Kita Percaya
Mata-Mata Derita Menangis – Kita Terpedaya
Susuk-Susuk Luka Dalam Jiwa Tunas Itu – Simpatinya Kita Apa Adanya.
Adakah Begini Atur Caranya?
Adakah Begini Peribadinya Kita?
Menghulur Kerana Tidak Mahu Diganggu
Menghulur Kerana Mahu Membantu
Menghulur Kerana Gusar Tunas Itu Bakal Dikasari
Hulurlah…
“Terima Kasih Abang, Kakak, Pak Cik, Mak Cik Duitnya.”
Ini Khayalan Tunas Kecil Itu
Menarik Nafas Lega — Selamat
Pulang Nanti Masih Manis Senyum Di Bibir
Ini Jalanannya Di Jalan Ini.
Sunway Giza, Kota Damansara, Malam Jam 11.24, 31 March 2014
11.04.
SAMPAI BILA HARUS BERPERANG.
HENTIKAN PEPERANGAN
Dunia Ini Kegersangan Sifat Kemanusiaan
Adakah Kedamaian Itu Milik Kita
Tangisan Dan Darah Yang Mengalir
Pasrah Dan Duka Yang Terlahir
Wajah Tiada Ketawa Terzahir.
Yang Ada Hanya Pengeboman
Yang Ada Hanya Pengkhianatan
Yang Wujud Perpecahan
Yang Wujud Ketakutan
Tiada Persaudaraan Hanya Pertelingkahan.
Dunia Ini Sudah Tiada Indah Pelangi
Sudah Tiada Kisah Indah Di Sebalik Warna Pelangi
Sudah Tiada Yang Berbau Wangi
Di Sebalik Taman Yang Menghiasi Duniawi.
Sudah Hilang Hidup Yang Punya Erti
Melihat Diri Menjadi Saksi
Melihat Diri Dan Keturunan Menunggu Mati.
Hentikan Peperangan
Hentikan Segala Serangan
Fikirlah Soal Masa Hadapan
Untuk Anak Dan Keturunan.
Jangan Pentingkan Diri Kerana Kealpaan
Jangan Pentingkan Diri Kerana Kekhilafan
Jangan Pentingkan Diri Kerana Kekuasaan.
Hentikan Peperangan
Hentikan Segala Serangan
Fikirlah Soal Masa Hadapan
Untuk Anak Dan Keturunan.
Hentikan Peperangan
Wujudkan Keamanan.
Kuala Lumpur, Malam Jam 10.37, 2 Julai 2012
11.05.
MELANGKAH DALAM JALAN INI.
JALAN
Aku Tidak Punya Bait Bahasa Lagi
Setelah Terbang Jauh Berjalan Kaki
Setelah Kulihat Alam Seisinya
Entah Di Mana Harus Kumula
Entah Bagaimana Harus Dikata
Sedang Jemari Pena Kaku, Lesu.
Aku Mulai Menulis Satu Kata
Ide Soal Keberadaan Dunia
Beradanya Aku Atau Dia
Di Sisi Dalam, Luarnya.
“Argghhhhhh.. Persoal Saja Jalanan Kita Di Mana.
Sendiri Atau Bersama-Sama.”
Aku Menulis Dan Terhenti Tidak Habis
Aku Tinggal Isi Tanpa Penutup Walau Selapis
Aku Dah Habis Tidak Ku Menangis.
“Arghhhhhhh… Persoal Saja…?”
Di Balik Yang Tertulis, Apa Yang Sudah Habis
Kertas Kosong Dan Ilham Rasa
Jiwa Manusia Dunia Kebanyakan
Di Balik Tulisan — Nyata Sudah Tertulis
Dipertanya?
Apa Itu Bakalnya Suara Dari Langit.
Untuk Didendangkan Pada Kekasih Untuk Kekasih.
Jalan Dunia Yang Penuh Emosi
Jalan Dunia Yang Banyak Sisi
Jalan Dunia Untuk…
Diri.
Jalan Dunia Dalam Bahasa Sepi
Terduduk Sendiri.
Dikemaskini: Sunway Giza, Kota Damansara, Siang Jam 04.33, 3 Mei 2014
Ditulis: Kota Surabaya, Indonesia, Jam 6.32 Petang, 4 Mac 2014
11.06.
IKATAN DARAH YANG SAMA.
WAJAH KELUARGA
Wajah Keluarga
Itulah Wajah Susah Payah Dalam
Senang Bahagia Sekarang.
Senyum Yang Diambil Dari Ibu
Tabah Yang Diambil Dari Ayah.
Wajah Keluarga
Wajah Yang Paling Dicinta
Walau Kecil Sarat Bergaduh
Penghujungnya — Manja Yang Ada.
Tawa Yang Gamit Suasana.
Wajah Keluarga
Wajah Ayah Wajah Ibu
Wajahnya Kita, Adik Abang Kakak Kita
Wajah Yang Senyum Marah Demi
Warisan Hadapan.
Wajah Keluarga
Wajah Pengorbanan Masa Dan Hari
Wajah Yang Tidak Ternilai
Wajah Memori Abadi Sehingga
Akhir Hari Nanti.
Wajah Keluarga
Wajah Di Mana Waktu Semua Riang Bahagia.
“Izinkan-Ku Kumpul Semula Waktu Dahulu.”
Amanputra, Puchong, 26 Ogos 2014, 8.02 Malam
11.07.
DENDANGKAN CERITA KITA.
KUKARANG CERITA KITA
Kukarang Sebuah Cerita
Bukan Semata Puisi Cinta
Sebuah Cerita Di Sebalik Rasa
Antara Kita Dan Dunianya.
Kukarang Dalam Cahaya
Segala Makna Di Balik Bahasa
Yang Lebih Indah Dari Kata
Di Balik Seloroh Jiwa Gelora.
Hadir Cintaku Dalam Usaha
Usaha Rasa Untuk Bersamamu
Kulagukan Cerita Dariku Untukmu
Biar Dunia Dendangkan Ia
Dendang Semula Cerita Kita
Dendang Semua Bahagia.
Sesama Kita Damai Bercinta
Seperti Syurga Di Hadapan Mata
Bukanlah Aku Penglipur Lara
Tercipta Aku Untuk Dia
Inilah Cerita Kita.
Senawang, Negeri Sembilan, Pagi Jam 08.34, 1 Julai 2014
11.08
PERASAAN 01.
DALAM, TINGGI, SISI, INDAH, SAKIT, HILANG
Dalam Rasa Terlalu Memaksa
Dalam Hati Selalu Sendiri
Dalam Bercinta Ingin Bersama
Dalam Susahnya Dicari Erti.
Tinggi Ke Langit Sayang Kau Kupuja
Tinggi Lagi Kubuang Egoku
Tinggi Lagi Semangat Mahu Berada
Tinggi Keberadaan Di Hatimu Buat Aku.
Sisi Kiri Sisi Yang Kau Mahu
Sisi Kanan Sisi Yang Kau Perlu
Sisi Di Sini Di Sana Kau Ertikan Rasa
Sisi Di Mana Sebenar Yang Kau Pertanya.
Indah Terlalu Indah
Indah Memoir Terluka
Indah Di Dalam Gundah
Indah Khabar Dari Rupa.
Sakit Aku Jatuh Tak Terkata
Sakit Jiwa Tidak Sempurna
Sakit Lagi Rasa Hati Dalam Bicara
Sakit Ikhlas Kau Balas Kecewa.
Hilang Kelam Dalam Asmara
Hilang Asmara Dalam Dilema
Hilang Dilema Dalam Terluka
Hilang Terluka Dalam Cintanya.
Kuala Lumpur, Pagi 4.27, 24 Oktober 2014
11.09.
INGIN TERBANG LAGI
Mereka Di Sana Terbang Tinggi Bersama Mimpi
Aku Di Sini Menginjak-injak Kaki
Mencari Paksi Sendiri.
Mereka Selesa Di Jalanan Yang Jauh Itu,
Setelah Berbakti Pada Mimpi, Mimpi Nyata Bangun Sendiri.
Namun Aku
Aku Kekal Pada Jalan Ini
Walau Tahu Diinjak Kembali Kepala
Pada Paksi Kaki Berdiri
Untuk Pastikan Mimpiku Bukan Mimpi Lagi.
Padanya Kita Gagah Berbakti
Padanya Juga Kita Jadi Saksi
Padanya Juga Berlawan Kita, Kita Bukan Balaci?
Padanya Diberitahu; Kita Punya Harga Diri?
Aku Berjuang Untuk Diri Sendiri
Aku Ingin Terbang Lagi
Terbang Dalam Paksi Yang Aku Sayangi
Terbang Tinggi.
Aku Ingin Terbang Lagi
Pada Tapak Di Mana Menginjak-injak
Mencari Paksi Sendiri Untuk Berdiri.
Ingin Terbang Lagi
Terbang Di Langit Luas Tinggi
Melihat Kembali Diri Di Bumi.
Kuala Lumpur Convention Center, 13.04 Petang, 7 April 2015
11.10.
DALAM SETIAP SEGALA
Dalam Kebisuan Bahasamu
Aku Tahu Aku Rasa
Betapa Engkau Tidak Mampu
Menyatakan Jiwa Sama Dalam Belahan Hati Berbeza.
Dalam Setiap Lirik Matamu
Aku Bimbang Kerana Aku Tahu
Kau Melarikan Lirikan Kiri, Dan Kanan
Menyatakan Engkau Malu, Lalu
Tersipu Aku Dalam Berkenan.
Dalam Setiap Hitungan Jarimu
Aku Lihat Aku Pandang
Kau Umpama Gelisah Menghitung Waktu
Menyatakan Engkau Bersedia Mengikat Jari
Tanda Setuju Untuk Dipimpin Selalu.
Oh… Engkau Bersuara Akhirnya
Ingin Aku Bertanya, Tenggelam Dalam Lunak Nadamu.
Aku Membisu
Aku Melirikkan Mataku
Aku Menghitung Jariku
Semua Tidak Menentu Arah Tidak Tentu Hala.
Dalam Setiap Segala Itu
Adakah Engkau Merasa Sama Seperti Aku.
“Apakah Kepayang Ini Mabuknya Aku Seorang?”
Hospital Pantai Bangsar, Kuala Lumpur, 24 April 2015: Jam 0341 Petang
12. WAHYU YUDI
Wyaz Ibn Sinentang. WYAZ (Wahyudi Abdurrahman Zaenal) IBN SINENTANG lahir di kota Pontianak tanggal 24 April 1966. Mulai menulis puisi sejak tahun 1980. Selain puisi, juga menulis cerpen dan artikel. Karya-karyanya pernah dimuat di beberapa media lokal, nasional, maupun negara jiran. Karyanya juga terangkum dalam beberapa antologi puisi dan antologi cerpen. Kini mempunyai enam kumpulan puisi dan sebuah kumpulan cerpen. Saat ini menetap di kota Ketapang (Kalimantan Barat), Indonesia. FB: Wahyu Yudi.
PUISI
12.01. Sekoia
12.02. Taksa
12.03. Sukadana
12.04. Iktikaf
12.05. Epilog Senja
12.06. Hajar Aswad
12.07. Dikotomi
12.08. Spiritual
12.09. Bom
12.10. Sang Penyajak
12.01.
SEKOIA
Ingin tegarku menjulang kekar bagai perjalanan hidupmu mencumbu masa
rekam sejarah hingga rambut memutih semangat tetap flamboyan perkasa
jilat api pun luluh terbius aura meranggas imaji rasa.
Lisan kisah tutur berabad ikon melegenda patron bagi jelata
kukuh menjulang pelindung setia saksi bisu bergelindingnya ego takhta
kembali muda melahap residu ketamakan topeng yang meruwat kata.
Di labirin malam aku renungi makna anatomi lembut kekarmu
bekal rahasia sebagai jampi pamungkas taklukkan amarah angin berilmu
lantaran netra dunia telah dibutakan oleh sekebat kertas semu.
Bumi Ale-Ale, 19-10-2016
Nota:
Sekoia (Inggeris sequoia, disebut “se-koy-ya”), nama pohon tingginya bisa mencapai 115 meter dan diameter 7-8 meter, penghuni hutan Conifer wilayah subtropis. Pohon terbesar ciptaan Tuhan dan paling panjang umur. Ia menembus batas milenium. Bisa 1500-1800 tahun usianya. Di lain referensi, umurnya bisa mencapai 3000 tahun.
12.02.
T A K S A
Rekah cemara mengering di ujung senja hilang memorabilia hati
bukan lantaran sanjung segumpal awan hadir mengisi sunyi hari
rebah ranting-ranting kecewa nantikan janji angin taksa kelabui diri.
Tawa canda cuma cerita terbungkus rapi mata simpan kecewa
gemuruh dada menyesak bisu kata terkatup angan terlalu jemawa
balairung senja memang tak bisa dilarung terkondisi labil jiwa.
Selongsong rindu abai nalar sesungguk kesah hampa menyublim pilu
terawang amor tersamarkan gerhana petaka, akad beludru tertikam sembilu
sudahi saja bunga-bunga kepalsuan perdaya hasrat anggap angin lalu.
Bumi Ale-Ale, 19 Oktober 2016
12.03.
SUKADANA
Elegi syahdu merindu pada seraut wajah tulus maknai rasa
syal kelabu tak luput dikenakan tiap musim bangunkan mata
senyum tipis hiasi bibir yang setia berzikir lewati derita.
Dia diam saat kata-kata berjumpalitan kenang ikrar telah memupus
waktu mengungkit kecewa dahan asanya menguning retak nyaris lampus
kenangan takkan bisa diubah namun hati jangan sampai tergerus.
Bersama terik ubun matahari perjalanan semusim memendam suka duka
kata tinggal kata adonan asa susut bayangi pelupuk terluka
lantaran firasat bergumul ragu sebelum kekuatan cinta datang membuka.
Bumi Ale-Ale, 6 Oktober 2016
12.04.
I K T I K A F
Gelap selimuti malam kumandang azan memanggil umat Isya mendekap
wajah senja tertatih batin terpanggil nuju surau munajat menghadap
sebuah pinta yang telah lama belum terkabul hati mengungkap.
Gelap kali ini kekal dalam perjalanan panjang wajah senja
segalanya penuh noda dan dosa iman bergelut dalam tanya
sementara portal penantian kian menggunting jarak kematian menatap jiwa.
Iktikaf dalam gamang relung kesadaran terbuka bangkitkan lagi asa
termangu sesal sesaat hati telanjur gibah tercemar kata-kata berbisa
air muka memucat menunggu maaf diijabah hingga napas binasa.
Bumi Ale-Ale, 29-09-2016
12.05.
EPILOG SENJA
Bukan salah dunia dia hanya berputar pada sumbunya saja
bukan pula salah belantara dia hanya korban nafsu manusia
bukan juga salah rembulan dia hangatkan warna malam kita.
Ketika saling menyalahkan, kebenaran beranjak tiada mau kembali menyapa
kelimpungan nantinya sesal bahanakan hilang nikmat duniawi jadi derita
ketimpangan ini lama sudah mengakar semenjak iblis kobarkan goda.
Kembali diuji batang kokoh dengan kebesaran menyimpan congkak dajal
kebenaran pudar di pundaknya zaman telah menguliti tawakal
harum surga jauh dari rengkuh busuk jasad menebar kekal.
Bumi Ale-Ale, 20 September 2016
12.06.
HAJAR ASWAD
Ingin gapaimu belum masa tubuh datang suci belum terbungkus
mata natap kerinduan mendalam panggil hati sadarkan niat tulus
hasrat terus kulum waktu tegar pohon tawakal menanti lurus.
Saat ini kurasa aura pesona ajak kalbu untuk berpikir
benahi perilaku dunia upaya membuka jalan nuju sakral terlahir
detik gaib ikhlas senantiasa tumbuhkan kukuh diri terus berzikir.
Rida Ilahi moga suatu kesempatan dapat berlabuh pada hasrat hati
entah kapan waktu jua nanti akan datang berbaik menyalami
renungi dalam diam yang penuh makna agar sukma berseri.
Bumi Ale-Ale, 11-09-2016
12.07.
DIKOTOMI
Anyir darah gosong mesiu tandai masa lampau penuh pasung
derita bukan hanya setahun menyemat tapi berabad membusung
namun tiada paham generasi jangankan apresiasi sejarah kabar burung.
Anyir darah kini dibeset jarum suntik permainkan nyawa semaunya
wajah-wajah layu menggigil di sudut waktu pun terbuang percuma
dan lebih tak paham lagi hargai perjuangan para tetua.
Anyir darah menebar sangit di sekujur ilustrasi perjalanan hidup
nisan tak bernama lahir kembali bersama sunyi yang terkatup
tinggal nilai kebaikan menanda lirih pada sesungguk roh melapuk.
Bumi Ale-Ale, 21 September 2016
12.08.
SPIRITUAL
Begitu mudah jiwa terpuruk cari penyejuk iman tanpa kurasi
manjakan khilaf dengan teori-teori gubahan sesama manusia akhirnya terjerumus
jiwa bukan batu dia roh punya rasa halus menyentuh.
Sulit untuk dimengerti ketika wajah dengan kearifan sekadar topeng
menjanjikan kebenaran mutlak namun hanya makna di ujung bibir
semua hanya simbol di hadap khalayak tidak untuk dipungkiri.
Allah mahaadil, terungkap kebusukan terstruktur jengah melukis wajah pongah
penyejuk iman abadi hanya Engkau sejuk melebihi yang sejuk
biarlah kembali kepada kodrat ketimbang sodorkan wejangan tak layak.
Bumi Ale-Ale, 3 September 2016
12.09.
B O M
Betapa naif saat pemicu ledakkan tubuh luluh tinggal serpihan
jiwa ke mana perginya bimbang dalam penyempurnaan terminal akhir
dibaiat ideologi dicuci otak jati diri gugur diperbudak keadaan.
Betapa rancu ketika harga-harga barang melambung semaunya ekonomi terpuruk
jelata melongo tanpa bisa berbuat apa-apa si kaya terbahak
umara lengah terjebak kesepakatan global kesenjangan pecah belah negeri.
Bom waktu meradang siap berangus bukan semata karena paham
semua berakar dari kampung tengah minta disempal sesuap nasi
kemiskinan picu amarah akal ambigu malah dianggap sebagai lawan.
Bumi Ale-Ale, 3 September 2016
12.10.
SANG PENYAJAK
Tubuh malam sawan bergelimang darah dosa meraja di mana-mana
mengalir khamer dunia secawan anggur kenikmatan berdansa kata kebohongan
dia terpekur kesia-siaan menipu gurat wajahnya benar-benar merah mengental.
Beratus bahkan beribu kata sudah dirangkai untuk menyejukkan prahara
amarah demi amarah menyusup dalam bait-bait yang tampak santun
provokasi majas termarginalkan karena kepentingan segelintir larik terlahir prematur.
Dia diam tapi nuraninya berontak enggan sudahi permainan diksi
aroma khamer kian karib, ilham berlompatan mengalir tanpa kompromi
tak ada kebenaran di dunia pikirnya menikam makna sajak.
Bumi Ale-Ale, 2 September 2016
13. YUDI M BARZAH
Yudi M Barzah, lahir di Bandung 41 tahun yang lalu, pada 8.11.1976. Lulusan Sarjana Seni dari Sekolah Tinggi Seni Indonesia (STSI), Bandung pada tahun 2000. Menulis puisi sejak duduk di bangku Sekolah Menengah Pertama (SMP) tahun 1990-an, sampai sekarang. Selain menulis puisi, aktif di dunia teater dan kesenian di kota Bandung.
PUISI
13.01. Cikajang
13.02. Jerebu Waktu
13.03. Aroma Diri*
13.04. 2017*
13.05. Lelaki Tua Di Pasar Andir
13.06. Qana’ah
13.07. Di Sayap-sayap Camaar Samar
13.08. Kesal?
13.09. Melodrama Telaga Cinta
13.10. Tubuh (Elegi Perawanan)
13.01.
CIKAJANG
Cikajang diterawang kenang
Terbayang gadis berselendang
Rambut tergerai melambai panjang
Berjalan pinggang melenggang
Di perbukitan teh luas membentang.
Cikajang diterawang kenang
Meliuk-liuk jalan bermesra uap Kamojang
Hangat sejuk hawa pegunungan
Bertandang gunung Papandayan
Menjulang mengajak berpetualang.
Cikajang diterawang kenang
Garut pangirut dodol bersandang
Oleholeh buah tangan saat pulang.
Cikajang napak tilasku mengeram
Beranak bayangan seseorang
Yang terus hidup dalam kenang
Tak akan karam hilang dikubur malam.
Bandung, 04/01/2017
# Cikajang: nama daerah di Garut.
# Kamojang: pembangkit listrik tenaga uap dan tempat wisata alam air-panas.
# Dodol: makanan khas Garut.
# pangirut: slogan nama kota Garut.
13.02.
JEREBU WAKTU
Suguhi aku! tentang raungan dapur berbilik bambu, menanak nasi di atas hawu serupa tungku, berbau aroma debu, dari masa kanak-kanak dulu, saat ibu mengais pilu, sebab beras dipenuhi kutu.
Oh di mana sekarang aku? Wajah-wajah syahdu mengiris kalbu, sesak nafas menghirup jerebu, yang dibawa angin dari pembakaran hutan tak kenal waktu, demi komoditi yang belum tentu, dinikmati oleh anak cucu.
Oh jerebu, harus ke mana aku mengadu?
Paru-paru sesak di kubur waktu.
Bandung, 01/01/207
13.03.
AROMA DIRI
Melati melati
Ke sukma
Aku mengaji
Ciumi putih wangi
Di kelopak hati
Damai jiwa bersuara
Berkudung daun hijau toska
Iqra cinta dikalungkan mata
Dalam sekuntum pribahasa bunga.
Memetik metafor dzikir asmara
Dari seorang wanita
Untuk dibawa ke altar do’a
Dalam ruang menghadap-Nya
Meminta segala impian asa
Laku insan tak daya tak upaya
Lakoni takdir kehidupan nyata.
Bandung, 05/01/2017
13.04.
2017
Perdu merindu
Ilalang hilang
Disemai tunas
Tak pernah tuntas.
Meranggas!
Dedaunan pohon
Tergilas!
Sengatan panas
Perjalanan
Mengukir cadas
Di getas darah menetas
Merentas!
Serupa wajah ganas.
Lembaran
Melukis sketsa kertas
Keras!
Membrangus segala kenyataan
Yang menindas
Di ruang-ruang tak terbalas
Hanya menyudut
Disandaran bertuah
Ikhlas?
Bandung, 01/01/2017
13.05.
LELAKI TUA DI PASAR ANDIR
Belum juga fajar reda merenda manja, kau telah menggayuh letih, diantara subuh yang masih jauh, merenda kaki berselimut but menelusuri rizki di becek pasar yang semberawut, memungut sisa sayur terjatuh dari bandar kehidupan yang angkuh, demi harapan mendapat sarapan setelah shalat subuh.
Kau lelaki tua dengan rupa kriput sketsa duka, menjajakan tenaga sebelum mata terjaga, berjaket sobek dihiasi kupluk coklat senja, melukiskan manusia yang tak menyerah pada samsara raga, ikhlas jujur tanpa laku meminta-minta.
Kau lelaki tua dengan rupa kriput sketsa duka, cahaya cinta ada di binar kedua bola mata, mengajarkan aku kepada rupa seorang bapak, izinkan aku meminta mantra, dari ubun-ubunmu yang dipenuhi ilmu nyata, dalam mengarungi kehidupan dunia, tanpa basa-basi teori semata.
Bandung, 02/01/2017
13.06.
QANA’AH
Geladak perak
Menyeruak sajak
Sorak serak
Berbudi akhlak.
Di alun lapang hati
Se-iya nurani ragawi
Bergerak!
Jumpai ma’dah darah
Mutma’inah
Ranah qana’ah
Hidup berpetuah!
Ajaran benar tak ‘kan salah
Memilah syadrah?
Membeku pasrah?
Syariat bermunajat
Tuhan tidak melaknat
Umat
Yang teguh berdiri
Menghadap kiblat?
Bandung, 02/01/2017
13.07.
DI SAYAP-SAYAP CAMAR SAMAR
Samar samar camar
hinggap di tepi tepi
tepian karang
terjal!
curam!
memandang mandang
pandangan ke dalam
di kedalaman
lautan
biru melambai lambai
rindu
diburu buru
waktu
gelombang topan
hambatan
menghantam hantam pelayaran
tawa! akal! mengakal
dikepal sabar tawakal
jadi pegangan berkapal
arungi samudera kehidupan.
Bandung, 1998-2017/01/03
13.08.
KESAL?
Separau gagak
Suara ditampar sajak
Sayap laron terinjak
Kekuasaan menyeruak
Di kaki-kaki tak berakhlak.
Di jalanan di obral
Jargon-jargon moral
Oral
Sebatas iklan hayal
Di buih busa akal
Mengakal akali akal
Demi kekuasaan mengekal
Dikepal
Aaah… semua hanya bikin kesal!
Bandung, 06/01/2017
13.09.
MELODRAMA TELAGA CINTA
Telaga mewarta tirta
merengkuh dentuman dada
di tepi hati semilir cinta
membuai ungkapan suara jiwa
di dendangan mata pria dan wanita
merajuk kesumat raga
di helaan nafas lega
menciumi damai suasana
semesta berbicara
lewat bibir sukma
episod melodrama
berakhir dalam titik air mata suka.
Bandung, 06/01/2017
13.10.
TUBUH (ELEGI KEPERAWANAN)
Aku tampar kau dengan renda jingga
Benang merah sejarah luka
Dari tilas tertimbun puing-puing cinta
Aku membaca kau dengan merana
Disaksikan kejujuran muka
Yang dihiasi sembab mata
Tanda air mata bermuara.
Kau wanita dengan luka menganga
Terkhianat sang durjana
Rayuan kumbang pengisap bunga
Di ruang muslihat labirin nafsu asmara
Menghamparkan cinta di altar gelora
Menghamburkan rindu ke ranah nafsu
Mengeluhkan desahan peluh membasuh
Tubuh rubuh!
Hingga memejam mata di nikmat laknat
Memanjat hajat hasrat syahwat
Disemai tubuh menggeliat
Melejat!
Kini kau menyendiri dalam sunyi
Kumbang lari memburu bunga pagi
Yang masih dihiasi embun tirta suci
Kau merana dalam layu hati
Mengurung sesal di tepi-tepi diri
Senyap sepi
Menyetubuhi langkah kaki
Pergi!
Membawa kepala tertunduk ke bumi
Mencari-cari arti cinta sejati
Yang dapat merengkuh
Segala kenistaan tubuh.
Bandung, 08/01/2017
14. ZAIRID 87
Zikree Ridhuan Baharim. Umur: 28 Tahun. Tarikh Lahir: 22 Jun 1987. Warganegara: Malaysia. Jantina: Lelaki. Tinggal di Rembau, Negeri Sembilan D.K. Graduan Cosmopoint International College of Technology (CICT). Pendidikan Tertinggi: Diploma Komputer Grafik. Mula bergiat dalam penulisan sejak di bangku sekolah menengah, bermula dengan sajak dan puisi tradisional. Pendidikan asas penulisan kreatif dan kesusasteraan ketika di sekolah menengah. Pernah mengikuti kursus penulisan kreatif anjuran KARNADYA Publishing sekitar 2007/2008.
PUISI
14.01. Realiti Sebuah Kata-kata*
14.02. Keamanan Yang Hilang*
14.03. Insan Pendidik*
14.04. Tafsiran Sastera Melayu
14.05. Syair Perantau Pulang*
14.06. Jalinan Persahabatan*
14.07. Pertemuan Yang Menghinakan*
14.08. Pepatah Melayu*
14.09. Kali Ini, Dahulu, Sekarang, Atau Kini
14.10. Lamunan Asyik*
14.01.
REALITI SEBUAH KATA-KATA
Dalam biasan indah rupa
Adalah coretan kata-kata khabaran
Menyemarak di setiap sudut imaginasi
Memesongkan hakikat dan realiti.
Bicara manis mengungkap rasa
Di sebalik janji, khianat, kebenaran, dan kepalsuan
Manakah lebih berkuasa?
Antara nafsu, dendam, kuasa, dan rasa.
Lemparan kata-kata fitnah berbaur dendam
Bagai salakan anjing liar memburu perhatian
Perikemanusiaan dipinggirkan, amanah dikhianati
Demi mencapai matlamat yang sia-sia.
Apa ada pada cinta dan kasih sayang
Hanyalah susunan abjad membentuk frasa
Sedang manusia hidup buangan seperti haiwan liar
Yang kuat berdiri megah, yang lemah tersepi bicara.
Kepuraan berselindung di sebalik kejujuran
Kebenaran tersisih jauh, dan keikhlasan hanyalah mainan manusia
Tiada lagi kata sejujur sifat, tiada ungkapan setulus hakikat
Bagai menanam tebu di pinggir bibir
Manis di mulut, pahit di hati.
14.02.
KEAMANAN YANG HILANG
Tawa, riang semalam, hilang bagai hening fajar pagi
Bisu bandar ini, suram bumi ini, tanpa kerelaan
Datangnya tidak dijemput, sepantas kilat melenyapkan segalanya
Tanpa kasihan dan ihsan, seperti terkunci minda mereka.
Tempat ini sebelumnya menjadi tumpuan, penuh dengan keindahan dan kemewahan
Tapi kini, tempat ini penuh dengan penyeksaan
Dihujani peledak digegarkan dengan tembakan dan peluru ganas
Hanya serpihan bandar menghiasi tempat ini.
Di manakah wira, yang kononya gagah melontar bicara?
Di manakah pemimpin, kepala negara sanjungan rakyat?
Hilangkah suara anda, atau sekadar tempikan di kala senang
Tidak cukupkah rakyatmu yang terkorban, atau masih kurangkah balu-balu dan anak yatim-piatu?
Bumiku menangisi dari tangan kemodenan
Bumiku meronta dari luka peperangan.
Renunglah pada diri, apakah punca segala musibah dan bencana ini?
Kita pembentuk tamadun, pencipta insfrastruktur dan pembangun dunia
Bukankah akal dan hati saling bersatu membentuk insan?
Turutilah kewarasan akal, yakinlah pada gerak hati yang suci
Kita bermula dari Yang Esa, dan berakhir kepada-Nya
Allah s.w.t., Tuhan semesta alam.
14.03.
INSAN PENDIDIK
Teguhmu gah dan akur dengan semangat berkobar
Melihat kami pada dasarmu yang suci
Tiada keruhan jiwa, prasangka, dan titik-titik noda
Perihalkanlah kemurniaan sanubari kecilmu.
Langkah insan sutradara kami
Kecil tapakmu, besar jasa dan bakti
Tiadalah kami memberi, sedang banyak yang telah diterima
Sayangnya kami ini, meminta secebis ilmu darimu.
Lihatlah betapa luas langit biru
Dan di antara kepulan-kepulan awan kecil, adalah kamu
Menghiasi langit biru dengan tompokan putih selembut salju
Dengan dingin hujanmu.
Membara tekad dan yakinmu
Jitu doa dan keikhlasanmu
Tidak setimpal harta dunia
Fatamorgana yang menghancurkan.
Walau lembut belaianmu
Walau tegas seruanmu
Walau menghiris nasihatmu
Sekalipun pahit tindakanmu
Sehingga kini aku sedar, tanpa ini semua, tiadalah insan sebaik manusia.
Lipatan sejarah lalu, akan kuukir, dihiaskan permata dan dibentuk seindah rupa
Lalu dihadiahkan kata-kata indah, dan disaluti dengan lunaknya senyuman
Agar kekallah ia dan terus bersemadi
Untukmu wahai pendidik.
14.04.
TAFSIRAN SASTERA MELAYU
Damai cereka ini, indah tulisannya
Di titipan detik dan hayunan waktu
Tetap kekallah ia sebagai sesuatu itu
Walau berabad lagi.
Dihidupkan lara, ditiup asmara
Bangkitlah cerita, binaan plot
Lalu dihidangkan seni ini sebagai tatapan
Penglipur lara hidup sentiasa.
Buaian dendangan lagu syair
Bergema pencak pentas puisi lara
Disulami pantun dan gurindam
Seloka diajuk, berderai gelak ketawa.
Sejarah lalu hikayat lama
Tanda dan lambang bangsa waja
Bertabur keringat, semangat, dan minda
Bertebaran gema, lentur pewaja
Hiduplah sejarah penuh bermakna.
Hanya harta ini untuk kita bersama
Sastera lalu, ciptaan tulen
Sastera moden, garapan terkini
Hingga selamanya.
14.05.
SYAIR PERANTAU PULANG
Rayuan jiwa sukar dimengerti
Tanah tumpah menuggu bakti
Hujan emas telah dinikmati
Ibumu kesepian setia menanti.
Harapan lalu, iltizam semalam
Kenangan pahit sejarah silam
Telah kutempuh onak yang kejam
demi sejalur cahaya yang suram.
Kepompong sempit, tinggallah di sana
Matlamat kini pada Menara
Dilambung ombak, dicabar dahaga
Demi mereka ku teruskan jua.
Pantang mengalah, tiadalah berundur
Hidup berjaga janganlah tidur
Maruah ditegang, marah dikendur
Bukanlah kita bangsa yang mundur.
Berlalu sudah tahunan lalu
Hanya tinggal sekelumit bulu
Tiadalah angkuh sombong melulu
Panjatkan syukur berusaha selalu.
Wahai bonda bersabar iman
Tiadalah aku anak sialan
Kasih ibu tiada terlawan
Menanti kupulang ke kampung halaman.
Negara ini tempat kami
Akan kucurah segala bakti
Demi bangsa, agama, dan pertiwi
Kerana kami bangsa yang berbudi.
14.06.
JALINAN PERSAHABATAN
Kami adalah satu
Menerpa ke langit, menghentam ke bumi
Serasi jiwa, seiras fiil, dan setulus keakraban
Tidaklah bererti, andai jari tiada berkuku.
Dahulu, aku sendiri, mencari-cari bayu
Aku rindu pada tiupannya, dengan dingin kasarnya
Kau menyejukkan hati yang membara
Kau menghangatkan tiap-tiap kemuraman.
Dari pandangan pertama, gemuruh jiwa
Kita bertemu bertukar kata dan rasa
Singkirkan rasa malu, yakinkan diri
Lalu utuhlah kita, insan yang bersahabat.
Berputik cinta bungaan kasih
Akal membayang setitik keinginan
Hati mentafsir kata-kata indah
Bersama dan selamanya.
Bingkas, tanpa sedar, lamunan panjang terhenti
Kita ditakdirkan berjumpa, namun berpisah
Suratan ini tanpa penyebab, dugaan kita
Walau tangisan darah, sekalipun tiada berubah.
Pergimu, pergilah jua
Bersama kita berpisah selamanya
Akan kau bersemadi di dalam jiwa
Hingga bertemu di takdiran datang.
14.07.
PERTEMUAN YANG MENGHINAKAN
Terpaku, seni, tinggallah aku di sudut sunyi
Tak terpakai, lamunan indah panorama dusta
Terpipih jauh, kerlingan hina memerangkap
Di mana?, aku mencari ruangan kosong.
Serlahlah, serahlah kewibawaan menerpa
Tidak bererti segulung kecermerlangan, demi sebuah pendapatan
Laluan sepi, menanti mangsa baru
Lantas menelan hingga ketemu pembebasan hidup.
Pertemuan dengan fantasi ini
Seakan tiada kesunyian lagi
Hidup dan mati tiada berbeza, seakan sama
Diri ini hidup seperti tiada mati.
Indah…, serasi…, utuh…
Tiada dapat memisahkan antara dadah dan aku
Tiada lagi sahabat bernama insan, tiada lagi mahluk bernama insan, tiada keluarga bernama insan
Hanya morfin, ganja, heroin, syabu, dan ectacy yang menemani hari-hari terakhir ini
Titian lembah beracun, hina dan durjana.
Masa, berlalulah…, berubah… terhenti…!
Akan ku persetankan ia, namun memisahkan aku dengan dadah, tidalah berdaya
Jangan kau kata ia najis, ia adalah aku dan tetap bersama ku
Hingga ke akhirnya.
14.08.
PEPATAH MELAYU
Lagak mendada, melaung tempikan
Habuk pun tiada, berkecundangan.
Kalau ruyung dihentak gopoh
Sagu berderai, pokoknya runtuh.
Kata melangit, kasihnya membukit
Bak nangka tengit, isinya pun sedikit.
Melulu berlari, sesat di persimpangan
Jangan mencari, sakit di badan.
Apa ada pada sekajur keindahan
Bagaikan kuda melompat ke tuan.
Jangan mengintai barang tidak tahu
Nanti tersadai tangan dan bahu.
Cantik molek, gadis pingitan
Kalau tidak bersolek, kalahkan setan.
Hanyut perahu hilangnya nahu
Hidup tak tahu, mati tidak mahu.
Kuku digigit, mata melirik
Badan bau tengit, tak makan didik.
Kaki melangkah diiringi kentut
Tersilap langkah, tersalah tuntut.
Melaga ayam, hakim tiada
Aksi suram, hasil tak ada.
Tenung-tenung penyu di pantai
Tak makan, termenung, badan terkotai-kotai.
Dinda terjatuh, kanda menyambut
Keluarga diruntuh, anak direbut.
Minum setempayan, makan sedulang
Perut meroyan, hati meradang.
Sedikit-sedikit lama-lama membukit
Sakit-sakit, lama-lama menjerit.
Padi masak kuningan emas
Kepala rosak, akhlak terkupas.
Kerlingan manja, dada bergelora
Badan dijaja, buaya tidak bersuara.
Taman indah, hiasan alam
Tidaklah berfaedah, dijadikan maksiat malam.
Gadis jelita dikatakan merata
Gadis marah dikatakan murah.
Lelaki kacak nampak berlagak
Nampakkan bodoh, jika asyik bergaduh.
Dari wadah, indah lantera
Indah khabar, ceritanya tak sudah-sudah.
Dari lembing, turun ke awang
Dari sumbing, menyalah tanggapan.
Danau indah, lembah gemalau
Kelunya lidah, bersoal kalau.
Celoreng seloroh gamat sekitar
Usah gelojoh, kesumat ketar.
14.09.
KALI INI, DAHULU, SEKARANG, ATAU KINI
Kali ini, tempua, bersarang di ranting
Bawahnya ular di dahan sebelah tupai
Kita, dahulu seperti tempua dalam era imperialisme
Tapi, ubi kayu telah berganti makanan ringan dan fast-food sekarang.
Kali ini, hutanku lengang
Tiada kehijauan dan kesegaran
Kami dahulu seperti hutan yang penuh kehijauan adat, dan kesegaran agama
Tapi kini kita ketandusan identiti dan jati diri
Daripada sogokan barat dan kekacauan budaya.
Kali ini, wajah sungaiku dicemari toksid dan racun
Ikan hilang punca, mati tersadai, tak hidup lama
Dahulu bangsaku dicemari onar budaya barat dan maksiat berleluasa
Tapi kini, dunia porak-peranda dengan kemanusiaan yang hilang
Peledak berleluasa, dan terhimpitnya manusia demi kehidupan.
Kali ini, udaraku tercemar dengan racun dan debu
Ozon menipis dan suhu tidak menentu
Kita dahulu, dihimpit inflasi, kemelesetan ekonomi, serta penyelewengan yang berleluasa, dan tekanan perasaan
Tapi sekarang kita diasak dengan globalisasi dan pengangguran.
14.10.
LAMUNAN ASYIK
Kusisip mawar itu, tika kausedar dalam asyik
Alunan angin syahdu membuai kita bersama
Degupan panas jantungku bersatu dengan detik dan waktu
Wajahmu di mana-mana, lenaku dibuai cintamu.
Secangkir, senyuman itu, mematahkan bahang setiap hati
Tiap tingkahmu bersemadi dalam perasaanku
Runtun surammu berarak ke jiwaku
Waktu hibamu memerangkap aku bersama
Saat ceriamu menyinari hidup ini.
Ingatkah dikau akan janji sang angin
Ingatkah dikau pada setianya si pungguk
Ingatkah dikau sedang pantasnya waktu itu
Maka aku tenggelam sendirian dalam meniti kedewasaan ini.
Kau rangkumkan fitrah kewanitaanmu
Kau uraikan ego kelelakianku
Kau bisikan kata-kata manis
Hidupku berubah masuk bersama dalam fantasi kita.
Kuharap bahang asmara ini bertahan lama
Hingga akhir masa
Agar kita kukuhkan bukti cinta tulus ini dalam diari waktu dan utuh
Biar seribu tahun, kau tetap mapan di hatiku
Tetap di sana hingga ke pintu syurga.
TAMAT.
